COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Khamis, 25 Jun 2009

Majlis Interaksi YB. Menteri di JPM dengan pengusaha dan persatuan teksi


Pada 2hb. Jun 2009, alhamdulillah dan terima kasih kepada LPKP yang telah menjemput saya mewakili Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad (KPPCB) untuk berinteraksi dengan YB. Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, Menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap LPKP.

YB. Menteri dalam ucaptama beliau mengajak supaya semua pengusaha, persatuan dan pemandu teksi untuk bersama-sama dengan kerajaan mewujudkan perkhidmatan teksi yang mengutamakan rakyat sesuai dengan slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" oleh YAB Perdana Menteri.

Seperti biasa, beliau dengan keras dan tegas menyatakan bahawa ini bukan masanya pemandu teksi untuk membuat apa-apa tuntutan. "Saya tidak peduli dengan 20-30 ribu pemandu teksi kerana saya perlu mengutamakan jutaan rakyat Malaysia lain" lebih kurang begitulah kenyataan keras dan tegas beliau kepada kami yang hadir pada hari itu.

Disebalik kenyataan tegas dan keras ini juga, nampaknya beliau menyejukkan kembali (rasa gusar dan kecewa) hadirin dengan makluman bahawa kadar tambang baru teksi sedang dalam peringkat akhir kelulusan kabinet..., terima kasih..., :)

Semasa sesi interaksi (dialog) saya telah mengemukakan pandangan dan harapan ahli-ahli KPPCB kepada beliau seperti berikut;-
  1. Memaklumkan kepada beliau bahawa semua pemandu teksi khususnya ahli KPPCB telah merasa lega, gembira dan senang hati dengan dasar pengutamaan pengeluaran permit individu yang dilaksanakan YB. Dato' Noh Omar sebelum ini. Sehubungan itu, kami ahli-ahli KPPCB mengharapkan agar dasar baik ini diteruskan dengan diperbaiki kelemahannya.

  2. Memaklumkan masalah yang dihadapi lebih 2000 pemandu teksi yang baru menerima permit individu untuk mendapatkan pembiayaan dari Mara dan Tekun kerana ketiadaan peruntukan. Mengharapkan YB. Menteri untuk mengajukan isu pemandu (rakyat) ini kepada Kementerian Kewangan untuk ditambah peruntukan dengan segera.

  3. Manarik perhatian YB. Datuk Seri bahawa sebelum ini Suruhanjaya Koperasi, LPKP, PKK, MARA dan Tekun Nasional berada dibawah satu kementerian iaitu MECD. Dengan mansuhnya MECD, Koperasi telah diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) manakala LPKP di bawah Datuk Seri. Walaupun telah berada dibawah kementerian yang lain, mohonlah agar LPKP terus mengutamakan koperasi kerana sebuah koperasi dianggotai oleh ratusan pemandu teksi. Komuniti pemandu ini juga adalah rakyat yang perlu diutamakan. Membantu Koperasi juga bermakna membantu rakyat.

  4. Memaklumkan kepada YB. Datuk Seri bahawa dasar terbuka perkhidmatan teksi yang membenarkan semua teksi Lembah Kelang beroperasi di mana-mana kawasan atau stand teksi Lembah Kelang adalah baik. Namun penguatkuasaan yang lemah menyebabkan banyak stand-stand teksi dikuasai secara illegal samada oleh persatuan teksi atau kumpulan pemandu tertentu. Perkara ini boleh dilihat di stesen-stesen KTM yang mana hanya pemandu tertentu sahaja boleh beroperasi di sana. Memandangkan penguatkuasaan gagal dijalankan, KPPCB mencadangkan supaya pengawalan keahlian sesuatu stand teksi dibenarkan untuk dilaksanakan oleh persatuan teksi yang sah. LPKP akan memantau supaya persatuan berkenaan memastikan bilangan teksi yang beroperasi mencukupi serta pemandunya (ahli-ahli) mematuhi peraturan LPKP. Cadangan ini mungkin boleh membantu kerajaan memperbaiki perkhidmatan teksi yang dilihat lemah (nagatif) sejak sekian lama.

Seorang rakan dari Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia (tak salah saya) menarik perhatian YB. Datuk Seri mengenai masalah kadar meter teksi eksekutif yang tidak selaras. Ada yang mula dengan RM4.00 (rasanya syarikat Zalnas-milik Naza Group) manakala yang lain mula dengan RM6.00. Beliau menyatakan bahawa keadaan ini menyebabkan kekeliruan pelancong sehingga pernah menyebabkan pergaduhan antara pelancong arab dan ahli persatuan. Beliau mengharapkan supaya kadar meter teksi eksekutif diselaraskan, jika nak tetapkan RM4.00 pun tidak mengapa asalkan tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.

Respon YB. Menteri terhadap isu-isu di atas adalah seperti berikut.

  1. "Dasar pemberian permit individu bukanlah dasar oleh Dato' Noh sahaja, (jangan salah faham Salleh ye....,) saya dulupun bagi juga permit individu dan saya akan teruskan dasar ini pada masa sekarang. Adalah tidak betul jika kita hanya keluarkan permit individu dan menghentikan pengeluaran permit syarikat, kerana pemilik teksi individu adalah dipilih berdasarkan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun. Tanpa permit syarikat, bagaimana pemandu akan beroleh pengalaman sebelum memohon permit individu?" (lebih kurang beginilah jawapan YB. Datuk Seri kepada saya).

  2. Meminta supaya pemandu mencari alternatif lain seperti bank dan syarikat kewangan lain...., (Datuk Seri tentu tak maksudkan along ye...., rakan-rakan jangan salah faham pulak.....)

  3. YB. Datuk Seri tak sempat nak ulas harapan ahli-ahli KPPCB ini. (mungkin sebab banyak sangat pertanyaan kut..., saya rasa tentunya YB Datuk Seri bersetuju menunaikan harapan ini kerana ia sesuai dengan maksud slogan YAB. Perdana Menteri "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ")

  4. Perkara ini tidak boleh dilakukan. "saya tidak akan benarkan samada persatuan ke, koperasi ke apalagi geng-geng pemandu untuk memonopoli sesuatu stand teksi. saya bagi amaran, jika ini dibuat dan dimaklumkan kepada saya, saya akan turun pecahkannya"

  5. Isu kadar meter teksi eksekutif ini tidak perlu dipertikaikan pengguna. Dah nama pun teksi eksekutif, siapa nak dan mampu...., naik, tak mampu jangan. Pengguna juga sepatutnya tidak perlu mempertikaikan kadar meter dia RM4 ke atau RM6 ke..., apa yang dicatat di meter tu bayar sahaja.....

Pada keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar walaupun terdengar soksek2 kat belakang yang tidak berpuas hati dengan ketegasan YB. Datuk Seri....,

Apa pun, saya mendoakan supaya Dato' Seri diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah swt. untuk mengemudi LPKP kearah "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

(Selepas majlis, saya terkenangkan majlis dialog YB. Dato' Noh Omar bersama persatuan, pengusaha dan pemandu teksi di Grand Season Kuala Lumpur sebelum ini - rindu pulak kat kemesraan dan kebijaksanaan YB. Dato' Noh semasa mengendalikan dialog tersebut..., semoga beliau berjaya menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke arah kecemerlangan seperti yang beliau lakukan di MECD sebelum ini....)

2 ulasan:

  1. Salam tuan..
    Terima kasih kerana sudi singgah ke laman saya.

    Saya tak rasa ramai pemandu teksi yang punya banyak masa untuk berblogging melainkan mereka yg mempunyai semangat juang.

    Daripada berblogging yang tak menguntungkan adalah Tentu ada hasilnya kan!

    Saya tertarik dengan kenyataan saudara Nazri Aziz tentang perkara no.4 dan saya percaya sampai kiamat beliau takkan buat seperti apa yang beliau katakan.

    Sebenarnya saya lebih memperjuangkan nasib pemandu-pemandu teksi bajet bermeter.!

    Apapun , kerana tuan mewakili koperasi dan saya hanya mewakili batang tubuh saya, insyaallah kita boleh saling berhubung dan mengemukakan masalah pemanduteksi ini untuk di ketengahkan walaupun sebahagian besarnya akan dibakulsampahkan.

    BalasPadam
  2. Thanks dan selamat berkenalan tuan "pemandu teksi".
    Selamat berjuang untuk nasib pemandu teksi bajet bermeter..., utk makluman..., saya sendiri masih memandu teksi bajet..., belum berani nak menanggung sewa dan kos senggara teksi eksekutif tu...,
    hmm..., kadang-kadang pelik juga bila memikirkan cara dan kaedah pemimpin kita berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah...,
    Anyway.., selamat berjuang..., insyaallah, sama-samalah kita kongsikan pendapat dan pengalaman kita..., salam

    BalasPadam