KENYATAAN MEDIA
TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI
SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)
PEMILIK LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN PELANCONGAN PERLU DAFTAR SEMULA
Semua pemilik lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung Malaysia, iaitu pengusaha pengangkutan awam bas, teksi dan lori perlu mendaftar semula dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1 April sehingga 30 September 2011. Mengikut Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, kegagalan pelesen mendaftar semula dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan lesen tersebut LUPUT.
Proses pendaftaran semula ini juga melibatkan semua pelesen kenderaan pelancongan iaitu van dan bas persiaran. Objektif utama pendaftaran semula ini adalah untuk meningkatkan kawal selia serta memudahkan transformasi industri pengangkutan awam darat di negara kita, demi kepentingan kemudahan dan keselesaan rakyat Malaysia.
Dengan langkah pendaftaran semula ini, SPAD dapat mengenalpasti status terkini pemilik lesen. Selain pemilik lesen sedia ada, pemegang Surat Tawaran Kelulusan (STK), Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) dan pengendali yang sedang dalam proses rayuan juga perlu melakukan pendaftaran semula.
Pendaftaran semula ini merangkumi pemilik lesen di Semenanjung Malaysia sahaja. Proses pendaftaran semula adalah PERCUMA dan semua pelesen yang terlibat perlu mengisi borang khas yang boleh di dapati di semua Pejabat Wilayah SPAD atau boleh dimuat turun dari laman sesawang di www.spad.gov.my.
Borang yang telah lengkap beserta dokumen berkaitan boleh dihantar ke Pejabat Wilayah SPAD yang terdekat, atau melalui pos berdaftar ke alamat yang tertera di laman sesawang SPAD.
Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600.
30 MAC 2011
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Badri Ibrahim at 019-349 3300 / badri@spad.gov.my
Nurul Insyirah 03-88805620/ insyirah@lpkp.gov.my
Hmm..., sebenarnya x faham juga keperluan pendaftaran semula ini...., sepatutnya semua maklumat pemilik permit/STK lama telah disimpan di LPKP, kenapa tidak dipindahkan sahaja maklumat tersebut ke SPAD....?
BalasPadammula2 lpkp lepas tu spad..lepas ni apa lak tak tau lagi ler....tiap kali tukar kena daftar semula...
BalasPadamTak kira la apa pun,lpkp ka,spad ka,puyu ka,,,,yang penting kerja mau pro.jangan 1 urusan 2,3 bulan nk kena tunggu,,,
BalasPadamHari ni, 30/11/2011 terima surat dr SPAD sruh daftar semula ngan alasan saya belum daftar lg walhal dah daftar pun..APA MASALLAH NGAN SPAD NI? Mana yang diJERIT JERITkan BERSIH CEKAP AMANAH. Harap benar agar Ketua Operasi SPAD dan PENGURUSI SPAD melihat orang bawahan mereka buat kerja atau tidak. Tolong jgn susah rayat cam kami ni, wassalam.
BalasPadamRamesh
BalasPadamdimanakah saya boleh dapatkan borang permit teksi 2012?
jika saya boleh dapatkan di internet, apakah link untuk mengekses laman web tersebut!
permit teksi thn 2005 teksi saya dah habis pada oct 2011, skarang saya tukar kpd nissan sentra 2009 2nd hand macamana
BalasPadam