COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Isnin, 29 Jun 2009

Perpaduan yang memecahbelahkan.....

Semenjak dua ini, isu perpaduan orang Melayu (PAS dan UMNO) telah mula pudar dan kurang dibahaskan di blog-blog. Saya sendiri mengikuti dengan rapat isu Perpaduan ini kerana kepentingannya kepada agama, bangsa dan tanah air.

Sebelum ini kita hanya tahu bahawa "perpaduan" sangat penting. Hasil dari perpaduan, kita peroleh keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kemajuan dan pembangunan.

Perpecahan pula menyebabkan kita lemah, tidak aman, menderita, peperangan, pertengkaran, permusuhan, dijajah, dihina dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, dari isu perpaduan yang timbul baru-baru ini dapatlah dirumuskan perkara-perkara lain yang mungkin kita belum dengar sebelum ini seperti;-

1. PERPADUAN BOLEH MEWUJUDKAN PERPECAHAN

Cadangan perpaduan yang dibawa PAS menyebabkan parti itu hampir berpecah.

2. PERPADUAN BOLEH MENYEBABKAN SATU PIHAK TERANCAM

Perpaduan PAS dan UMNO mengancam PKR, DAP, MIC, MCA dan lain-lain.

3. PERPECAHAN MENYEBABKAN SATU PIHAK MENJADI KUAT

Perpecahan Melayu (PAS dan UMNO) menjadikan DAP dan PKR menjadi kuat.

4. PERPECAHAN MENGUNTUNGKAN SESETENGAH PIHAK.

Perpecahan Melayu (PAS dan UMNO) menyebabkan kaum minoriti
dimanjakan demi untuk memperoleh sokongan oleh kedua-dua pihak BN dan PR.

Mungkin "perpaduan" yang dicanangkan tersebut, kedua-dua pihak tidak membicarakannya dengan ikhlas kerana Allah. Perpaduan yang diserukan itu juga bukan dengan seruan agar berpegang kepada tali Allah seperti firmannya....,

"Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."Surah Al-Baqarah 103.

(Pss......, mungkin masa perbincangan perpaduan yang sulit tu, UMNO sepatutnya tawarkan kepada PAS untuk benarkan hukum Islam dilaksanakan di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor yang dikuasai hasil kerjasama antara PAS dan UMNO nie. Tok Guru Nik Aziz pasti bersetuju untuk bersatu dengan UMNO jika itu yang ditawarkan) - Hanya Allah yang lebih mengetahui...

2 ulasan:

  1. '(Pss......, mungkin masa .....'

    betul ke cadangan perpaduan tu datang dari PAS, kalo betul, kenapa pula umno nak kena tawarkan tok guru untuk benarkan hukum islam dijalankan lak...SEBALIKNYA kalo cadangan tu datang dari PAS, PAS lah yang patut cadangkan kat umno, buat la pape pun asalkan pemimpin korang puas hati...agaknya la..baru la pemimpin umno setuju untuk adakan perpaduan...tak gitu???
    hmmm.....agaknya siapa nak siapa yerkkk!!!

    BalasPadam
  2. Saya pun tak tahu siapa yang nak kan siapa dalam kes nie... Semua baca kat blog-blog aje.. Teringat juga sabda nabi yang lebih kurang bermaksud...

    "orang mukmin itu seperti binaan batu bata yang saling menguatkan dan memerlukan antara satu sama lain"

    Maknanya orang mukmin ini saling memerlukan antara mereka.... Kalau betul begitu, tak perlu kut untuk kita nak pertikaikan siapa yang nakkan siapa...,

    Walaubagaimanapun..., jahil lah pulak saya untuk menentukan kumpulan Melayu mana yang mukmin dan mana yang tidak..., Wallahuaa'lam..

    BalasPadam