COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Ahad, 26 September 2010

DERITA SEORANG KETUA

Saya bukanlah seorang pemimpin besar, hanya sebagai Setiausaha kepada Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Bhd. yang dianggotai oleh 529 orang ahli dan 27 orang kakitangan sahaja.

Ramai mungkin merasakan seronok dan teruja untuk menjadi ketua, namun sebenarnya kita kelak akan dibebankan dengan tanggungjawab yang banyak dan tidak mampu ditunaikan. Semoga baik dan buruk catatan ini menjadi pedoman dan sempadan kepada kita semua.
  1. Sebagai ketua sebenarnya saya tidak punya kuasa pun, sebab kuasa itu hanya dipertanggungjawabkan ke atas saya. Seringkali saya dipersoalkan semula atas apa jua masalah yang dihadapi oleh orang bawahan saya.
  2. Saya terpaksa mengecewakan ramai orang untuk menggembirakan orang lain yang lebih ramai.
  3. Apabila saya marah, saya tidak pernah dapat melepaskan kemarahan saya mengikut kehendak saya demi menjaga organisasi yang saya pimpin.
  4. Saya terpaksa menerima cacian dan makian dari sebilangan yang lain demi untuk memuaskan hati sebilangan yang lain pula.
  5. Saya hampir tidak pernah menerima pujian ikhlas apabila usaha atau keputusan saya memberikan kejayaan.
  6. Namun begitu saya tidak pernah lepas dari dicerca atas setiap kesilapan yang dilakukan.
  7. Saya terpaksa membuat keputusan walaupun saya tidak tahu yang manakah keputusan terbaik.
  8. Saya terpaksa menjadi lebih pandai dari orang bawahan saya lebih-lebih lagi ramai dari mereka punyai kelulusan yang lebih jauh tinggi.
  9. Saya terpaksa membiarkan diri dimusuhi oleh rakan baik demi memastikan agenda organisasi dijayakan.
  10. Saya terpaksa bersedih seorang diri apabila sekian ramai yang dahulunya rakan karib tetapi kini memusuhi saya kerana tanggungjawab yang saya tanggung ini.
  11. Kerana banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, saya terpaksa cepat mempercayai dan memberikan tanggungjawab kepada orang-orang yang sanggup menolong saya walaupun selalunya, selepas beberapa tempoh, baru saya menyedari mereka tidak ikhlas bahkan menikam saya di belakang.
  12. Saya sentiasa terpaksa menekan perasaan sendiri apabila berurusan dengan orang bawahan yang bermuka-muka di hadapan saya. Kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua kepada semua orang bawahan/ahli organisasi saya.
  13. Seringkali terpaksa mengikut gerak hati kerana bersangka baik kepada orang walaupun sebenarnya saya dipergunakan.
  14. Saya terpaksa mendahulukan orang bawahan sehinggakan gaji staff saya pun melebihi elaun saya.
  15. Tetapi akhirnya apabila satu sahaja permintaan ditolak, orang yang selama ini sentiasa saya dahulukan telah mendakwa saya tidak adil, jahat dan takut mereka menjadi ancaman kepada saya.
  16. Kini, apabila nama baik Koperasi dipandang serong, saya terpaksa bertegas mengenakan hukuman walaupun saya sedar bahawa akhirnya sayalah yang akan dilihat sebagai diktator, berhati busuk, pendendam dan tidak bertimbangrasa.
"Ya Allah, sesungguhnya dengan ilmu, akal fikiran dan gerak hati ku yang engkau anugerahkan ini, aku percaya bahawa tindakan tegas yang akan aku ambil nanti adalah yang terbaik. Engkau berikanlah petunjuk-Mu dan balikkanlah hatiku jika keputusan ini sebenarnya adalah salah lagi batil. Berikanlah taufiq dan hidayah-Mu akan tindakan-tindakan lain yang lebih tepat Ya Allah"

"Namun, aku bersyukur Ya Allah, kerana walaupun tidak ramai, sentiasa engkau utuskan kepadaku ahli-ahli biasa yang memberikan kata semangat dan nasihat kepada ku untuk neneruskan perjuangan ini. Segala perit yang diharungi terasa bagai tiada apa-apa apabila melihat kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi"

12 ulasan:

  1. Sungguh benar catatan yang dibuat. Begitu sukar menjadi pemimpin hatta kepada diri sendiri. Namun begitu, insyaAllah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.

    BalasPadam
  2. tuan kedengaran tertekan dengan beban kerja tuan.....begitu??percayalah, setiap dari satu pekerja walau apa keja sekalipun yang dibuatnya pasti akan ada tekanan itu.

    BalasPadam
  3. kalo bosh pun tension, staf berganda2 la tension......

    BalasPadam
  4. Salam...

    pepatah Melayu.....

    "ikut rasa, binasa...
    ikut hati, mati..."

    jadi, lebih sempurna kita ikut akal fikiran yang waras, bukan emosi...Allah beri kita akal, fikiran...Dia juga beri kita pelbagai "kaedah" untuk buat sesuatu keputusan...

    BalasPadam
  5. dipendekkan cerita, en mohd ni nak lepas tension keje la ni yeh.....nnti dianggap ketua yang lemah pulak...hati2 dengan kata-kata.....

    BalasPadam
  6. Carrie-Ma..,

    terima kasih.

    Tanpa nama 2010 SEPTEMBER 28 20:42

    Catatan ini hanya berkenaan dengan diri saya sahaja, luahan fikiran/perasaan pada masa terlalu tension, tak eloklah kalau saya dedahkan bukti yang boleh memburukkan sesiapa.

    Tanpa Nama 2010 SEPTEMBER 29 00:58...

    Bukan kedengaran, dah kelihatan tertekan nie..., hehe. Terima kasih atas nasihat.

    syikin97 2010 SEPTEMBER 29 00:59

    Saya fikir terbalik sikit..., kalau staff tension..., bos berganda-ganda lagi tensennye..., betul tak? :)

    Tanpa Nama 2010 SEPTEMBER 29 21:02
    Terima kasih atas nasihat..

    AYU-kashah 2010 SEPTEMBER 30 02:25

    Terima kasih kerana memendekkan cerita saya :) hmm...., saya mengakui saya masih terlalu lemah dari kesempurnaan. Biarkanlah catatan ini berlalu begitu sahaja.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama 2010 OKTOBER 2 20:30
    Minta maaf, utk memuaskan hati, saya menarik kembali catatan mengenai facebook nie....

    Sebenarnya isu facebook nie tidak berkaitan sangat pun dari kandungan catatan saya.

    Minta maaf kalau ada yang telah tersinggung....

    BalasPadam
  8. ‘Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...ketika tngn ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah..ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...ikhlaskan semuanya dan dekatlah pd Allah SWT...agar tunduk di saat yg lain angkuh...agar teguh di saat yg lain runtuh...agar tegar di saat yg lain terlempar'

    Every boss should welcome the tough problem with the open arms, bcoz without them, u would not be needed.

    Dah lumrah kehidupan tuan. terkadang kita kat atas, terkadang kita di bawah..yg penting tuan bersabarla byk2 & never give up.. Just piece of my mind..=)

    BalasPadam
  9. cdg nk mohon permit teksi. tp x tau cara. ade spe2 leh tlg. duk serdang. 0172960248

    BalasPadam
  10. salampenat sewa beli teksi rm50 shari. ade leh spe bantu untuk dpatkan permit teksi individu. x tau cara. bg jln n sye buat. ade x leh tlg..0172960248. din82 serdang teksi lembah kelang

    BalasPadam
  11. En. Din boleh berkunjung ke pejabat SPAD (LPKP) di Putrajaya utk maklumat lanjut..., kalau permit individu utk teksi eksekutif bukak lagi rsnya.., cuma utk bajet yg dh tutup...

    BalasPadam
  12. salam en saleh bkn sye x nk g putrajaya tp mase sye suntuk.byangkan siang sye keje site supervisor. biase 8pg smpai 5ptg. kdang2 ot smpai mlm.pas blik kje mandi2 trus bwak teksi lak. mse ngn ank bini pun x ckup.sye kje sorg je.mintak tlg bg jalan je. ape y perlu nk stanby sbelum pohon permit. ade cal lpkp tp x detail sangat.mcm medc 2 pe. kne ssm ke. ari tu call ofis kt putrajaya x bgtau smua 2. sye nk tau step by step. skarg sye ade lesen psv,kte sewa beli ngn comp lg 3 taun. duit kuar msuk tu ade la skit2 n ade buat bank khas untk teksi.

    BalasPadam