Beberapa minggu yang lepas saya bersama beberapa pengusaha teksi berkupon dijemput menghadiri satu mesyuarat di Ibu pejabat LPKP mengenai cadangan LPKP untuk menukar sistem teksi berkupon kepada sistem “kaunter teksi”.
Berdasarkan pemahaman saya dari taklimat yang disampaikan pegawai LPKP, Sistem Kaunter Teksi bermaksud satu pengurusan teksi yang diselenggarakan oleh satu kaunter pengurusan bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan teksi yang lebih murah iaitu dengan menggunakan meter selain mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, LPKP mencadangkan sistem kupon ini ditukarkan kepada penggunaan meter sepenuhnya. Kaunter pengurusan dibenarkan pula mengenakan caj sebanyak RM2.00 bagi setiap trip kepada penumpang yang menggunakan teksi di kaunter tersebut.
Harapan LPKP, dengan penggunaan sistem ini, pengguna akan lebih berpuas hati terhadap tambang yang dikenakan kerana ia adalah berdasarkan meter. Di samping itu, LPKP telah pun menggazet kan kadar surcaj RM2.00 ini.
Dari sudut perundangan, kelihatan cadangan baru LPKP ini adalah lebih baik, namun demikian, berdasarkan realiti, timbul beberapa persoalan di fikiran saya yang antaranya;-
Dengan perubahan sistem kupon kepada sistem kaunter teksi dengan surcaj RM2.00 ini;-
- Adakah penumpang akan bersetuju untuk membayar surcaj RM2.00 ini sedang mereka masih belum yakin kepada pemandu sama ada mereka akan menggunakan laluan paling dekat?
- Adakah penumpang bersetuju bayar RM2.00 walhal mereka masih khuatir kalau-kalau meter teksi yang dinaiki telah diubahsuai menjadi laju?
- Apakah pengurusan “kaunter teksi” boleh memastikan pemandu menggunakan laluan meter teksi yang betul selepas menerima bayaran RM2.00 bagi setiap trip tersebut?
- Penumpang telah mengetahui satu harga yang tetap untuk sampai ke sesuatu destinasi,
- Pemandu tidak akan mencari jalan jauh atau berpusing-pusing 2-3 pusingan untuk sampai ke sesuatu destinasi kerana kadar bayaran adalah sama,
- Penumpang tidak perlu risau dengan meter roket lagi, dan
- Pemandu juga tidak perlu lagi berasa sangsi dengan penumpang yang menganggap mereka menipu walhal hanya sebahagian pemandu yang sedemikian.
Saya akui bahawa sistem terbaik bagi perkhidmatan teksi ini adalah dengan menggunakan meter sepenuhnya. Namun, apakah kita khususnya LPKP dapat menguatkuasakan dengan tegas penggunaan meter ini sehingga 98% pemandu teksi mematuhinya. Jika KPI ini dapat dicapai oleh LPKP atau SPAD yang menggantinya nanti, saya yakin persepsi masyarakat umum dan pelancong kepada perkhidmatan teksi di Malaysia akan berubah.
assalamualaikum,
BalasPadamingin saya memberi cadangan terhadap permasalahan ini.
1.pengesahan sistem route di kalangan pemandu teksi. sistem google map boleh diguna pakai untuk tujuan ini. sebagai contoh, destinasi kaunter terletak di lcct dan tujuan ke shangri la kuala lumpur, 65.9km dgn 58min.
2.kaunter hanya menguruskan fleet dan menasihati pelanggan manakala jarak dan masa ditentukan oleh pemandu. walaubagaimanapun pelanggan di nasihati tentang anggaran masa dan jarak serta jumlah tambangnya.
Saya menjangkakan cadangan En. Buginvilla tidak mudah dilaksanakan atas faktor;
BalasPadam1. Kebanyakan pengguna masih berasa sangsi akan kejujuran pemandu.
2. Sebahagian pemandu memang punyai sikap oportunis dengan mengambil kesempatan mengenakan tambang lebih dengan menggunakan alasan (a) waktu, (b) keadaan jalan, (c) laluan (d)orang asing/tempatan.
3. Terlalu banyak laluan (terutamanya laluan dekat) di sekitar KL dan Lembah Kelang ini yang mana sukar untuk ditentukan jarak dan tambangnya melalui google map itu.
Saya masih percaya bahawa menggunakan meter teksi adalah yang terbaik. Lagipun, Kerajaan telah menaikkan tambang meter ini lebih 50% sebelum ini.
Namun keengganan pemandu menggunakan meter ini masih berleluasa.
Saya akui bahawa pemandu salah kerana enggan menggunakan meter. Tetapi pastinya mereka tidak akan berani jika kerajaan mampu menguatkuasakan peraturan tersebut sehingga seurang-kurangnya setiap 100 pemandu yang tidak menggunakan meter, 98 daripadanya pasti akan mendapat hukuman.