(Dikongsikan salam perkenalan melalui email dari Bahagian Komunikasi Korporat SPAD)
Assalamualaikum WBT.
Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Badri Bin Ibrahim dan saya bekerja dengan SPAD di bahagian Komunikasi Korporat. Saya join SPAD sejak ianya ditubuhkan pada bulan Jun 2010.
Secara peribadi, saya telah mengikuti tulisan2 saudara di laman blohttp://taxidriversmind.blogspot.com/ dan tertarik dengan hal-hal yang telah dimuatkan. Jadi saya kira tidak ada salahnya jika saya bagi pihak SPAD menghulurkan salam tanda perkenalan dengan saudara kerana saya yakin kita boleh bekerjasama dengan lebih erat, bagi memastikan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia akan terus maju dan berdaya saing.
Untuk pengetahuan saudara, SPAD akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2011 (Isnin) dan banyak perancangan yang akan di lakukan. Tentunya sebahagian perancangan2 ini akan melibatkan pihak saudara dan rakan2 pengusaha/pemandu teksi. Sehubungan itu, jika pihak saudara mempunyai sebarang cadangan/idea atau memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan SPAD, saudara bolehlah berhubung dengan saya, talian seperti di bawah.
Saya ingin mengucapkan tahniah di atas tulisan yang membina di laman blog saudara dan saya memohon saudara untuk teruskan dengan usaha ini.
Terima kasih.
BADRI IBRAHIM
Editorial & Media Relations
Corporate Communications
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Tel : 03 2268 5782 | DID: 03 2268 5768 | Fax : 03 2272 3744
Email: badri@spad.gov.my
Salam tuan,
BalasPadamKeperihatinan tuan serta daya usaha tuan untuk berkongsi idea dengan kami pengusaha/pemandu teksi amat kami hargai.
Untuk itu, adalah menjadi harapan kami supaya laman ini boleh dikongsi bersama di dalam mendapat pandangan serta maklumat terkini yang berguna untuk kami pemandu/pengusaha teksi yang kekurangan maklumat di dalam menjalankan tugas contohnya perluas kawasan operasi teksi lembah kelang etc. dan hanya mendapat maklumat melalui akhbar sahaja atau press statement dari menteri sahaja itu pun kalau membaca akhbar. Harapan saya supaya laman boleh dijadikan media pengantara pihak tuan dan kami pemandu/pengusaha teksi.
Selamat datang SPAD saya ucapkan,semogga dengan pertukaran nama dan pengerusinya,akan menambah baik perkhidamatan pengankutan awam di malaysia.
BalasPadamKami pemandu teksi yang selama ini tertekan dengan berbagai tekanan dapat di ringankan sedikit bebanan itu.Di harap pihak SPAD dapat memahaminya.
Tanpa Nama 2011 JANUARI 31 00:59
BalasPadamSaya rasa, di era it sekarang ini, pastinya SPAD sendiri akan mewujudkan laman web yang interaktif untuk kita semua (pemandu dan pengusaha) mendapatkan maklumat, berkongsi idea atau masalah bersama.
Walaubagaimanapun, saya bersedia menerima apa jua cadangan atau pandangan tuan/puan untuk dihebahkan di blog ini atau dibentang semasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dijemput oleh LPKP atau SPAD nanti. Insyaallah
Terimakasih kerana sudi mendengar keluhan kami dengan mewujudkan laman web SPAD.
BalasPadamMinta rujukan sekiranya ada dari pihak SPAD berkenaan pengecualian penggunaan "Talipinggang keselamatan kepada Pemandu"semasa adanya penumpang. (Tak ada penumpang wajib pakai la)
Kerana dari aspek keselamatan, pihak pemandu akan berdepan dengan bahaya dimana sekiranya penumpang tersebut ingin merompak dan sebagainya, penumpang tersebut hanya perlu menarik talipinggang keselamatan pemandu tersebut dan menjerut di leher pemandu tersebut, pemandu tidak akan dapat berbuat apa apa lagi selain berserah kepada keadaan. Punggung pun boleh terangkat kalau dijerut (Cuba kalau tak percaya)
Harap diberi perhatian serius dan rujukan akta dari pihak mana dapat kami pemandu buat rujukan. Adakah SPAD,PDRM atau JPJ.
Salam.. Jutaan terima kasih kami kepada pihak Tuan kerana sudi meluangkan masa utk kami di sini. Kami sgt bersyukur kerana dapat memberi pandangan kepada pihak Tuan agar tindakan selanjutnya dapat diambil utk memantapkan lagi perkhidmatan teksi di seluruh malaysia.
BalasPadamPendapat saya semua teksi diseluruh malaysia seeloknya di selaraskan agar semuanya seragam dan boleh beroperasi di seluruh malaysia tanpa ada sekatan kawasan kerana inilah punca perbalahan antara pemandu teksi yg tidak faham kawasan masing2. TEKSI 1 MALAYSIA, semua sama warna,sama saiz, semua jalan guna meter.. Tempat lain dah lama mcm tu, tak de lagi nak gadoh hal kawasan, tak gadoh lagi hal tambang cekik darah.
Biar saiz besar tak pe, ini iswara pun harga dekat sama dgn teksi eksekutif jugak.semua pun teksi juga. yg penting servis perkhidmatan terbaik dan professional.
Tahniah kerana SPAD telah di ujudkan untuk kepentingan semua pemandu teksi di seluruh Malaysia, memandangkan saya juga akan memasuki perkerjaan sebagai pemandu teksi sedikit masa lagi di harap perkhidmatan yang di beri akan memberi impak yang terbaik bagi seluruh pemandu teksi Malaysia.
BalasPadamSALAM 1M.saya harap pihak SPAD telus dan bijaksana jangan sampai pudar ....
BalasPadam