

Sebenarnya, walaupun tidak boleh kaya, pemandu teksi masih boleh untuk berjaya. Saya ingin kongsikan mengenai salah seorang rakan yang hanya dengan bekerja sebagai pemandu teksi beliau boleh membeli sebuah rumah, kereta kedua untuk kegunaan isteri di rumah serta membiayai kehidupan keluarga dengan baik.
Bagaimana dia boleh berjaya?. Semasa saya menumpang teksi beliau (pada tahun 2005 yang lalu) saya melihat 3 perkara dalam teksi beliau iaitu;
- Catatan pendapatan dan belanja harian,
- Catatan penyenggaraan teksi,
- Senarai pelanggan dan catatan tempahan,
Inilah perkara yang menyebabkan rakan saya ini mampu membeli rumah sendiri serta hidup berkeluarga dengan agak selesa (sederhana).
Saya berpendapat, seseorang pemandu teksi boleh dianggap berjaya dalam kerjayanya jika peroleh pendapatan (bersih) sekurang-kurangnya RM2,500.00 ke atas sebulan, mampu membeli rumah sendiri dengan pendapatan di atas, mampu memberikan nafkah kepada keluarga termasuk kesihatan dan juga pelajaran untuk anak-anak serta mampu menyimpan sejumlah wang untuk tabungan KWSP serta perlindungan insurans.
Mengambil iktibar dari kejayaan kenalan saya di atas tadi, saya ingin mengajak rakan-rakan pemandu sekalian untuk turut sama menjadi pemandu teksi yang berjaya. Perkara-perkara yang perlu ada pada kita untuk berjaya adalah;-
- Berpakaian bersih, kemas dan wangi supaya pelanggan suka dengan kita,
- Teksi mesti juga bersih, kemas dan wangi supaya pelanggan selesa,
- Layan pelanggan dengan sebaik mungkin (senyuman, ucapan aluan, buka pintu, angkat beg masuk/keluar dari bonet dan lain-lain),
- Promosikan perkhidmatan kita dengan berikan ‘business card’ bagi perkhidmatan ke KLIA, LCCT, Melaka, Genting Highland dan semua destinasi yang dibenarkan (tempahan bagi trip yang dekat tak perlulah ambil sebab merugikan. Kecuali kepada pelanggan tetap yang selalu ke destinasi jauh).
- Tetapkan target harian. Cadangan saya RM200.00 bagi teksi bajet dan RM350.00 bagi teksi eksekutif. Target harian ini bukanlah bermakna capai target kita balik rumah. Ia bermakna selagi tak capai target, jangan balik. Kalau dah capai target, tetapi hari masih awal, pulun lah selagi larat…., J lagipun kena ingat, akan ada hari yang kita tak dapat bekerja, lebihan ini lah yang akan menampung kekurangan tersebut.
- Catatkan setiap pendapatan dan belanja.
- Asingkan pendapatan secara harian kepada;
- Ansuran teksi. Kalau teksi syarikat yang sewanya RM45.00 sehari, maka wang ini terus diasingkan.
- Tabung kerosakan. Dicadangkan jumlah tabungan yang berbeza mengikut jenis teksi. Teksi jenis Iswara dan Waja cukup dengan RM15.00 sehari manakala RM25.00 sehari bagi teksi eksekutif.
- Tabung insurans (bagi permit individu). Tabungan ini adalah berdasarkan premium insurans yang perlu dibayar tahunan. Katakan bagi teksi Waja, kos insurans bagi tahun pertama adalah RM4,000.00 (first party), maka tabungan harian adalah RM12.00 sehari.
- Modal untuk beroperasi di hari berikutnya (NGV, petrol, toll, makan minum dan seumpamanya). Lebih kurang RM50.00 sehari.
- Gaji. Pemandu selalu menganggap semua kutipan yang dia dapat itu adalah gaji dia. Sebab itu mereka akan kesempitan wang setiap kali nak bayar sewa teksi, kereta rosak atau musim persekolahan anak-anak. Sekiranya kita rasa bahawa kos sara hidup di bandar ini tinggi dan anak ramai yang masih bersekolah dan kita perlukan RM3,000.00 sebulan, maka peruntukkan RM100.00 sehari sebagai gaji kita.
- Lebihan dari kutipan ini jika ada peruntukkan lah kepada tabung khas untuk menampung kurangan kutipan akibat tidak dapat beroperasi.
8. Elakkan 3 perkara yang merosakkan pemandu teksi
- Wanita (cukuplah dengan yang dah ada dan setia di rumah tu),
- Judi
- Arak dan dadah.
Contoh ringkas bagaimana pemandu boleh mendapat pendapatan bersih bulanan RM2,500.00 sebulan adalah seperti berikut;-
Jenis teksi : Proton Iswara sewa dengan syarikat
Kadar sewa harian = RM45.00 sehari (insentif cuti 2 hari sebulan)
Kutipan harian : RM 205.00
Tolak Kos
1. Tabung Sewa : - RM 45.00
2. Kos operasi (NGV makan&minum) : - RM 50.00
3. Tabung penyenggaraan : - RM 15.00
4. Gaji : - RM 90.00
5. Tabungan khas : - RM 5.00
Ringkasan belanja dan pendapatan bulanan (28 hari sebulan)
Kutipan Bulanan : RM5,740.00
Tolak kos
Bayaran sewa teksi : - RM1,260.00
Tabung senggara : - RM 420.00
Gaji : - RM2,520.00
Tabungan khas : - RM 140.00
Mungkin ada yang tidak setuju dengan kira-kira saya di atas. Mana mungkin kita boleh dapat RM200.00 sehari. Jawapan saya.., memanglah kita tak boleh capai sasaran ini kalau teksi kita busuk bau stoking tak berbasuh. Memanglah tak dapat kalau kita tidak pernah ada ‘business card’ dan hanya mengharapkan queue di KL Sentral, KLCC dan penumpang yang menahan di tepi jalan. Memang lah tidak boleh kalau kita tidak catat pun pendapatan harian dan belanja kita, malah sebahagian kutipan kita tu singgah pula di kedai nombor ekor. Mana boleh kita dapat RM200.00 sehari kalau melayan GRO kelab malam, dah la bagi khidmat teksi percuma, duit pemandu pun dia tarah.
Mungkin catatan ini ada kesilapan di mana-mana, tetapi hasil dari pengalaman saya sendiri dan rakan saya yang saya anggap berjaya tersebut, sebenarnya kita juga boleh mendapat pendapatan yang berbaloi dari kerjaya ini. Wallahuaa’lam.
salam TDM,
BalasPadamSebenarnya ramai juga pemandu teksi yang berjaya.
Salam Sabtu.
BalasPadamYaaa Tuan EmPunya Blog Yang Prihatin Lagi BudiMan. Indeed, hamba Setuju Dengan Tuan Dan Tuan Joy.
Salam KeJayaan Buat Kita Semua Golongan Pemandu Teksi.
Salam BerSatu.
Aku dan Teksi: mungkin perkiraan saya salah..., sebenarnya xde ape nk tulis nie.., hehe., sesaje je ulangi (sementara ada masa terluang) apa yang saya pernah cakap kat ahli2 Koperasi.
BalasPadamSelalu jugak saya dengar luahan dari rakan-rakan (dalam dialog, mesyuarat dan seminar) yang seolah-olah pemandu teksi ni susah dan miskin sangat. Hasil dari luahan dalan program-program itu, sekarang ini Baitulmal bagi bantuan percuma untuk deposit, malah ada pemandu yang mendapat bantuan sewa bulanan dari Baitulmal.
Syukur lah..., dah rezeki mereka, cuma rasa macam tak adil kepada golongan yang benar-benar layak. Wallahua'alam
Fadzlan: Salam Kejayaan dan Salam Bersatu juga kepada tuan.
BalasPadamAlangkah baiknya kalau pemandu teksi ini boleh "Bersatu"..., InsyaAllah kita mampu merubah nasib komuniti kita...
mmg baik kalau bersatu.Tapi ada yg tak mau.Lopak masing2 jaga.terpaksa cari lopak yg tak bertuan.Masuk lopak sedia ada kena halau atau tegur pun tak menjawab...bisu agaknya.Paling tidak melilau kesana kemari.Kadang2 abok pun tarak.Kalau ngv bernafas sedikit.Kalau minyak??@!!
BalasPadamsalam sejahtera rakan2,
BalasPadamTempat kami berlainan sedikit dgn tempat tuan. Tempat tuan boleh bersatu. Tempat saya macam ada kelompok2, tambang pula ada yg tidak sekata..pakai balun aje..klu tambang tak kena mesti kena hamput. Ada yg bergaduh macam kebudak2an. mentaliti jauh tertinggal. saya yg baru ini pun hairan. tidak ada pemantauan agaknya. Saya lebih suka kalau disatukan seluruh malaysia. mempunyai satu induk yg kuat.
kalau 2 atau 3 sahaja yg berjaya ,yg lain bagaimana tuan? kalau LCCT/KLIA boleh agaknya. Tempat saya kalu dari jam 6.30 pagi selepas subuh hingga 12.00 tengah malam, saya rasa mustahil untuk mencapai ketahap RM200. Tinggal setengah nyawa . Teksi berlambak, bas pun berlambak dan penumpang pulak "cengil". Liat macam kebel elektrik.
BalasPadamLain padang lain belalang. Kunci kira2,biar apa sekali pun dirancang sukar untuk menjadi..
Tanpa Nama 13 FEBRUARI 2011 9:29 PM
BalasPadamSebenarnya saya sendiri pun pernah dimarahi semasa mula-mula saya nak queue kt stesen ERL Putrajaya nie. Mungkin semua pemandu pernah mengalami perkara yang seperti itu menyebabkan mereka turut ikut dan buat perkara yang sama.
Sabar ajelah.., yang penting kita tidak ikut sikap tersebut.., kalau kita pun ikut juga.., maknanya kita pun sama ajelah...
Tanpa Nama 15 FEBRUARI 2011 7:04 PM
Di Putrajaya ni nak kata bersatu semuanya tak jugak. Banyak juga puak-puak di sini dan ada juga yang sentiasa memperlekeh apa jua yang dibuat oleh Koperasi, sedangkan Koperasi ini milik pemandu teksi macam mereka juga.
Kadar tambang di Putrajaya Sentral agak selaras sebab menggunakan sistem kupon. Tapi kalau di Alamanda tu, faham-faham ajelah. Nak pakai meter orang belakang marah, tak pakai meter takut kena saman...
Bab bergaduh ini memang memalukan, boleh dikatakan di mana2 pun ada kes pemandu bergaduh nie. Bagi pemandu baru, jangan ikut perangai pemandu lama, tunjukkan sakhsiah pemandu yang baik sehingga diikuti pemandu lain.
Bab bersatu ni, memang sukar, tetapi bukan bermakna tidak perlu disahakan. Insyaallah, jika benar-benar kita berusaha dengan ikhlas.
Jaja :
BalasPadamSaya akui sesetengah tempat agak sukar kerana teksi banyak, saingan bas lagi... Masalah ini agak sukar untuk kita suarakan di peringkat atasan kerana kita tidak bersatu.
Jika tuan berada dalam situasi ini, serta telah ikut nasihat yag saya tulis..., saya ingin cadangkan tuan
Buat risalah kecil tulis "Perkhidmatan Teksi ke KLIA/LCCT" dan tambah lah dengan ayat-ayat lain yang "power"..., dan nombor telefon tuan, edarkan 1000-5000 keping di kawasan perumahan yang sederhana dan mewah (jangan hantar kat rumah setinggan lak..).
InsyaAllah kita akan dapat respon dengan segera dari pelanggan. Kalau teksi kita bersih, khidmat yang mesra dan cara pemanduan yang berhemah, Insyaallah pelanggan yang pernah naiki teksi kita akan terus jadi pelanggan tetap.
Fikir positif, untuk makluman, kira 10,000 trip dalam sehari penumpang menaiki teksi dari sekitar Lembah Kelang ke KLIA/LCCT, takkan kita tak boleh seorang dalam sehari...
Kawan 1 1/2 tahun jadi pengusaha dan pemandu teksi. Pada pendapat kawan memang kita blh berjaya kalau kita berdisplin dlm semua segi. Utk pendapatan kwn kira blh dpt antara 100-150 sehari walaupun pakai meter. Kwn sentiasa pakai meter malas nak bersoal jawab tt alhamdulillah apa yg kwn dpt amat berbaloi, cukup utk keluarga kkg dpt byran lebih dari penumpang tak payah main harga. Yg penting berkat
BalasPadamTanpa Nama 16 FEBRUARI 2011 12:38 AM
BalasPadamAlhamdulillah, itulah yang sebaiknya. Tahniah dan semoga ramai lagi pemandu macam tuan. InsyaAllah persepsi negatif masyarakat kepada komuniti kita akan berubah.
respek kat pilot taxi yang berdedikasi mencari pendapatan harian tapi tetap luangkan masa tak melupakan Dia yang satu.
BalasPadamkebersihan diri dan teksi adalah salah satu tarikan kpd penumpang. Manakala budi bahasa dan keterampilan diri adalah aset penting dlm menawarkan perkhidmatan yg sempurna. Paling penting jangan sesekali melupakan tanggungjawab kita kepada Allah kerana tanpaNya rezeki takkan dtg bergolek.
BalasPadamLeyzajamil: Saya pun respek juga...
BalasPadamMidonz: Amat bersetuju sekali..
saya ingin menjadi pemandu teksi dan saya seorang wanita. area shah alam. kerana, saya rasa kerja ini lebih flexible pd masa dan saya tidak terikat kepada masa dgn company jika dibandingkn dgn pekerjaan biasa. saya merancang utk meninggalkan pekerjaan saya dan saya rasakan menjadi pemandu teksi adalah pilihan yg baik. saya tertarik dgn cara susunan dan rangkaan bajet tuan punya blog. boleh bagi pendapat tentang rancangan saya ini? terima kasih
BalasPadamSdr Salleh, saya bookmark blog sdr. Memang betul sdr cakap RM90/hari sebagai pulangan harian paling afdal untuk drebar teksi ...tapi saya rasa RM30-RM50 'bersih'[tolak sewa, tol, makan dll.] itu dah alhamdulillah tu setiap hari tu dah memadai.
BalasPadamBukan sebab malas, sebab ramai yg terpaksa sewa teksi yang sakit tenat dan sepatutnya tidak dibuat teksi lagi oleh sykt teksi. Ramai yang ofer teksi sakit ni sykt teksi Melayu. Diarang ambil pajak teksi 2nd hand dari Uptownace, Metro dll. Saya seorang penyewa teksi dari sykt camni. Masa byk ter buang bela teksi kondem ni dari cari rezki.
Saya kata: Dapat RM50/hari (bersih) X 28 hari = RM1400/bln (bersih)dah kira baik kalu waimma guna meter. Toksah mimpi dapat RM2000 ke atas kalau kawasan kita main hari itu tak ada klien mampu bayar atau tiada lagi klien tetap. Jika ada lebih tu kira bonus untuk bulan tu.
Ada 1 website (nanti saya cari balik) kajian sosio-ekonomi atas drebar teksi baget Lmbh Kelang purata income RM1100 - RM1400 sebulan.
Kesimpulan saya, jadi drebar teksi bajet di KL/ Selangor ni miskin memang tidak, cuma masih dalam kategori berpendapatan rendah. Wallahu'alam.
Tanpa Nama 20 APRIL 2011 10:40 AM
BalasPadamSorry, saya baru kesempatan menyemak blog hari ni. Berkenaan pemandu teksi wanita, saya rasa cik punyai kelebihan keraa 60% dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teksi adalah wanita. Selalunya wanita akan merasa lebih selamat dan selesa dengan wanita. Cik berpeluang mendapat ramai regular customer seperti beberapa orang pemandu teksi wanita yang saya kenal (ahli Koperasi)
Mohd al-Bangi Taxi:
BalasPadamSecara umumnya saya juga turut bersetuju dengan saudara, namun saya cuba mengajak rakan2 utk "work smart" bukan "work hard" kebanyak rakan kita.
Berkenaan teksi sakit ini, begitulah nasib kita..., bukan teksi lama sahaja yg sakit..., bahkan kwn saya baru sahaja beli teksi saga BLM, 6 bulan dh kena turun enjin....
saya juga pernah buat part time teksi nie.terus terang dikatakan memang boleh buat duit..cumanya rajin atau tak..dan yg penting buat kerja kena ikhlas..
BalasPadamyang teruk kena selalunya peemndu teksi sewa yang mana rata2 terpaksa menanggung sewa harian teksi yang tinggi,penyelenggaran kereta,demam/sakit,teksi perlu jugak kena bayar,letak deposite rm 5,000,haraga sesudah tamat tempoh lebihntinggi lagi dari harga kereta tersebut,minta syarikat2 jangan jadi lintah darat,menindas pemandu teksi dengan sesuka hati,emak bapak korang ,kenapa tak bagi permit pada individu sahaja,ni bagi padfa syarikat2 korni,memperkaya korni,yang kita semua kasi mampus
BalasPadamkerajaan cakap rakyat di dahulukan pencapain diutamakan,tapi didahulan bukan nya rakyat seperti pemandu teksi tapi untuk korni syarikat2mereka,yang kaya makin kaya,yang misikin bertambah miskin
BalasPadamkamal serdang..
BalasPadampertama sekali saya mengaku bahawa ada 20,000 ribu pemandu teksi di sekitar lembah klang sahaja..kemungkinan hal ini menyebabkan ramai pemandu teksi menganggap bahawa pekerjaan ini susah untuk menjana pendapatan..saya sangkal tanggapan ini 100% dan saya yakin bahawa seseorang pemandu teksi itu dapat mencari rezeki di kalangan 20,000 pemandu teksi yang lain sekiranya kita menetapkan waktu bekerja secara sistematik dan teratur dan kalau boleh kita keluar sebelum subuh dan balik sebelum maghrib itulah yang terbaik ..manakala taktik untuk menarik pelanggan ialah kita mesti berpakaian kemas,keadaan kereta mesti kondusif dan mesra pelanggan.nasihat saya kepada para pemandu teksi ..ialah jangan berputus asa dan percaya bahawa rezeki ada di mana-mana..saya bersyukur kerana rezeki saya mencukupi dan jangan tinggal solat..salam
Permit teksi
BalasPadamKalau boleh kerajaan tak mahu bagi permit individu walaupun satu permit sebab konsortium bayar cukai. Kalau permit individu macamana kerajaan nak dapat income. Tak kira lah parti politik apa yang memerintah; mula2 memanglah diaorang tawarkan permit pada individu. Tapi lepas tu paham paham lah. Jadi kita sebagai pemandu teksi kalau bersuara/mogok pun buat penat aje. Lebih baik kita pulun bawa teksi sampai larat. Macam hari ni saya dah 3 trip hantar customer ke KLIA. Lepas asar saya nak pulun bawa teksi sampai tengahmalam.
Biarlah menteri/pegawai yang berkuasa nak makan r***** ke nak apa ke. Janji apa yang kita buat rezeki halal
Lagi satu memanglah ada rekod 20K teksi di lembah kelang, tapi yang beroperasi hanya separuh. Memanglah masyarakat pandang sebelah mata pada pemandu teksi. Tapi dorang tak tahu income sebenar pemandu teksi yang lebih usaha. Contohnya yang terdekat adalah saya. Adik saya seorang pengarah syarikat swasta sering pandang hina pada saya. Tapi baru baru ni bila dia dah tahu saya dah beli rumah semiD & medium cost apartment & baru booking toyota wish, selalu pulak dia jemput datang rumah dia. Kalau tak hari raya puasa aje baru jumpa.
BalasPadamJadi kepada pemandu2 teksi semua; kalau usaha lebih, income kita lebih banyak dari seorang pengarah syarikat tapi kalau malas income kita lagi rendah dari operator kilang !!!
pengarah syarikat pun kalau malas lagi hampeh dari pekerja kilang
BalasPadamhuh..boleh ker??sya pusing kat kl ni pening juga..citernya ambil penumpang tepi jalan sogo minta hantar ke puduraya tapi 100meter lagi nak sampai,penumpang tu turun sebab jalan sesak..saya rasa penumpang tu dah naik bas ke johor tapi saya masih lagi tersangkut dalam kesesakan di sekitar puduraya..ada juga bila saya elak kesesakan guna jalan yg jauh sikit,penumpang dah bising kata kita tipu sbb guna jalan jauh walaupun dah di maklumkan pada penumpang tersebut sebab sebab tindakan kita sampai ada yg tak nak bayar tambang..ni juga cabaran yg saya rasa ramai pemandu teksi pernah lalui..
BalasPadamhuh..boleh ker??
BalasPadam>>> Boleh, setiap penumpang yang naik teksi saya tanya mereka selalu ker LCCT/KLIA. Kalau ya berikan mereka contact nombor hp. Secara keseluruhan lebih kurang 10% yang selalu pergi ke LCCT/KLIA.
Lagi satu jangan sesekali join drebar2 teksi yang suka melepak main dam /judi. Lepas tu komplen income kecik.
Memang saya akui bawa teksi dari pagi sampai malam memang letih. Tapi hasilnya amat berbaloi. Pernah sekali minah saleh british naik teksi saya. Tambang kena rm 11, tapi dia bagi tips sampai rm 50. Saya beritahu tips dia bagi lebih dari tambang, tapi dia senyum je & cakap keep the change. Huh kalau lah semua penumpang macamtu kan bagus
Saya berkesempatan tulis ni pun sebab anak berkhatan hari ni.
Insyaalah kalau ada rezeki tahun depan nak ambil teksi eksekutif sebab umur pun nak masuk 52 tahun. Tenaga pun tak macam 10 tahun lepas. Teksi iswara saya ni pun dah uzur 6 tahun pakai mileage dah 580k
salam saya pemandu teksi di selatn.rezeki pandu taxi ni kita tak boleh taget.klau taget rm200 pakai nampak kita tak berumah lah.14tahun saya kayuh taxi makanminum.anak kesekolah gak cuma nak nyipan tu payah lah.kalau tuan2 pegi kt terminal larkin tu.akan ada kelompok teksisewa,keta sapu.taxi mete.yg cari pelanggan dengan selamba tanpa besalah,yg quue;ni tengok je kalau nak gaduh ari2 bole gaduh.bagi saya yg ada 5anak suka atau tidak kita kena teruskan kayuh,kt jb ni mukin tak sama kt k.l,
BalasPadamsalam.....kalau ada teksi eksekutif MPV aku ada stand hotel 5 star harga stand rm 150/bln/24/7 pendapatan kasar sekurang2 rm 6000 utk 25 hari/bln utk 10 jam/day kerja......call 019-2848656 ( ariesastira )
BalasPadamsalam, Encik Salleh, kalau x biasa dengan jalan KL, boleh bawa teksi guna GPS ke?
BalasPadammemang letih bawa teksi ni ,mula2 saya bawa teksi dulu bukan nya saya tahu jalan sangat kt kl ni,tapi saya sendiri cakap ngan penumpang tanpa segan saya baru,alhamdulilah penumpang x de masaalh untuk memberitahu jalannya.janji kita jujur.penumpang lagi suka kerna kita x tipu dia dan bawa pusing2 jalan naik kan meter.alhamdulilah setelah 6 bulan saya bawa hampir 70% jalan pelusuk lembah kelang saya hafal
BalasPadamSkrg nie dah ada GPS yang begitu detail cadangan laluan yang perlu diambil.., pasti boleh.., namun, bila dah lama bawak teksi nanti..., anda akan menjadi lebih cekap dari GPS tu...,
BalasPadamsalam, Encik Salleh,saya baru nak mula bawa teksi, dimana saya boleh dapat teksi sewabeli berpatutan untuk area j.b johor.10q.
BalasPadamboleh tanya Koperasi Teksi Bandaraya Johor Baru..., sy x tahu nombor pejabat dia...., no phone pengerusi 0177153890.., En. Mahmud
Padamsalam.. saya mencari teksi eksekutif serena atau starex. di mana dan siapa kah perlu saya hubungi? Terima kasih
BalasPadamSaya xde idea la utk sy bagitau.., boleh cuba2 tanya kat Sunlight.., saya hanya ada teksi Nazaria shj...,
Padamsalam en salleh.. saya baru lagi bawak teksi nie. saya tinggal di putrajaya tapi saya tak tau kawasan mana yg boleh saya carik makan kt situ. kalau tak menjadi keberatan, boleh en salleh bgtau saya tmpt yg sesuai utk saya mencari rezeki?
BalasPadamtq
Rashidi
Tanpa Nama Feb 9, 2012 01:58 AM
BalasPadamKat Putrajaya Sental tu boleh aje..., join la jadi ahli Koperasi Pengangkutan Putrajaya..., boleh guna radio teksi yang koperasi buat...,
Banyak juga faedah sebagai ahli, khairat kematian percuma, dermasiswa utk pelajaran anak2 dll..., :-)
assalamualaikum...saya ni kerja swasta..saya rasa pendapatan saya rendah dari pekerja kilang bangla...ingin tahu pendapat pemandu teksi di lembah klang..terutama encik salleh..dalam rancangan saya,saya nak bawa teksi secara part time saya nak sewa teksi 2hand sebab nak beli yg baru tak mampu lagi,syarikat mana yg ok atau kereta mana yg condition dia agak bagus...berapa agaknya bayaran utk teksi 2hand utk harian?..sape yg lawat blog abg salleh boleh la comment....
BalasPadamsaya memandu teksi sudah 21thn,dahulu meter naik hanya rm1.00lepas tu rm1.50 masa tu blh cari duit dan simpan sy dapat buat rumah dgn siumpan dikit2 tapi skg teksi banyak,bas,erl,lrt,byk tempat guna kupon tak jadi ahli tah blh ambil penumpang,ini hanya menguntungkan pegurusan setempat,apa ada dlm permt saya rasa bagus,tapikalau nak cari 200 masas skg susah klau nak dapat kena kERJA LBH 12JAM ,BLM BAWA DAN BAWA PART TIME TAKSAMA BAWA SEPENUH MASA ,PEMANDU TEKSI HANYA KAYIS PAGI MKN PAGI,BRG2 MAHAL,ALAT GANTI MAHAL TDK DIKAWAL,KAMI YG JADI [MANGSA .FOMULA YG DIBERI BAGUS TAPI PAYAH NAK [[LAKSANAKAN.
BalasPadam