Salam Teksi....,
- Ramai rakan pemandu yang terus mendesak supaya kerajaan hanya memberikan permit teksi kepada Individu sahaja. Secara peribadi, saya amatlah menyokongnya...,
- Tahun 2009, 3000 permit individu diumumkan YB Dato' Noh Omar, 3000 permit individu lagi diumumkan YAB Dato' Seri PM (sempena 100 hari pemerintahannya) menjadikan 6000 permit individu dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun. Ramai sekali rakan-rakan yang mendapat permit ini. Difahamkan 6000 permit individu ini telahpun dikeluarkan kepada pemandu (difahamkan sekarang ini, semua permohonan permit bajet telah ditutup),
- Disebalik 6000 permit ini, apa yang saya perhatikan, banyak sekali pemandu yang tidak boleh mengeluarkan teksi kerana blacklist atau telah lanjut umur.
- MARA juga tidak lagi memberikan pinjaman teksi kepada pemandu Bumiputera kerana onar yang dibuat kalangan pemandu sendiri yang tidak membayar ansuran dengan baik, akibatnya peruntukan pinjaman menjadi sedikit seterusnya tidak lagi boleh memberikan pembiayaan teksi.
- Ekoran itu, banyak sekali pemegang permit individu ini yang menyewakan permit mereka kepada syarikat teksi..., ada juga yang menyewakan permit mereka kepada rakan-rakan pemandu lain pada kadar RM150-RM200,
- Dari 6000 permit individu yang dikeluarkan tadi, dipercayai sekitar 3000 atau 50% daripadanya disewakan kepada pihak lain secara sukarela ataupun kerana tidak boleh membuat pinjaman bank (blacklist).
- Persoalannya..., adakah pengurniaan permit teksi individu ini benar-benar dinikmati rakyat....?
- Siapakah puncanya yang menyebabkan berlakunya ketirisan sehingga 3000 permit ini dinikmati(sewa) oleh orang lain....?
- Setelah apa yang berlaku kini..., agak memalukan sekiranya persatuan-persatuan teksi terjerit-jerit semula menuntut permit teksi individu.... melainkan mekanisma yang ampuh diwujudkan bagi mengelak perkara sama berulang....
Assalamualaikum Yob Salleh, salam kenalan. Tima kasih sudi ziarah dan follow blog teman. Nampak gaya pemberian lesen, seperti utk lesen2 lain banyak disalahguna. Akibatnya banyak berlaku kepincangan dlm sistem. Yg jadi mangsa individu yg betoi2 perlukan.
BalasPadamsebenarnya ada mekanisma utk nak bagi kepada individu sesuatu permit terutama yang sudah di blacklist oleh bank. Ada cara tu.
BalasPadam