Putrajaya Cyberjaya Radio Taxi 03-8888 4000....

Ahad, 5 Jun 2011

Pemasangan NGV - Sekadar berkongsi pengalaman

Baru-baru ini seorang rakan bertanya kepada saya mengenai pemasangan NGV. Saya bukanlah tahu sangat mengenai NGV ini, cuma sekadar melalui pengalaman mengg
unakan NGV selama beberapa tahun lalu. Kalau tanya kepada penjual atau syarikat pemasang peralatan NGV..., semuanya baik..., sebab mereka perlukan duit kita untuk perniagaan mereka..., :)

Apa yang saya tahu mengenai NGV ini hanyalah seperti berikut;

  1. Peralatan NGV ini mengandungi mengandungi beberapa alatan yang dipanggil "NGV kit" antaranya regulator, emulator, electronic controlling unit(ECU), meter, silinder gas dan lain-lain.
  2. Regulator berfungsi untuk memperlahankan pressure dari tangki gas, emulator pula untuk memastikan enjin menerima NGV sebagai bahan bakar dan ecu pula berfungsi sebagai kawalan komputer bagi sistem NGV ini bagi memastikan ecu sebenar enjin tidak mengesan apa-apa masalah dengan penambahan alatan baru pada sistem enjin.
  3. Semua produk ini diimport (dengarnya sudah ada syarikat yang buat sendiri beberapa alatan NGV ini).
  4. Saya mengetahui dua jenis sistem NGV iaitu caburator system (berharga antara RM2,500 hingga RM3,500) dan sequential system (berharga antara RM5,000 hingga RM7,500) bergantung kepada pembekal. Khabarnya sudah terdapat sistem baru yang lebih canggih, namun saya tidak pasti mengenainya.
  5. Caburator system sesuai bagi kenderaan yang masih menggunakan caburator dan juga kenderaan yang tidak dikawal oleh ecu.
  6. Sequential system pula sesuai digunakan oleh kenderaan eletronic injection dan yang dikawal oleh ecu.
  7. Pengalaman saya, kenderaan Proton Waja Campro tidak boleh menggunakan sistem caburator walaupun dengan adanya alatan "emulator". Teksi saya dahulu mengalami masalah "backfire" iaitu letupan di bahagian "air filter" sehingga menyebabkan pecah alat pengunci kotak "air filter" tersebut. Dimaklumkan oleh mekanik, ia kerana ecu enjin gagal mengawal kuantiti oksigen yang diperlukan untuk pembakaran. Enjin juga akan semput akibat dari kegagalan ecu enjin menerima kemasukan alatan NGV pada sistem pembakaran.
  8. Pengalaman saya juga menunjukkan masalah ini diatasi setelah menukar kepada sequential system (terbang la lagi dalam RM3,500 untuk tukar kit sahaja, silinder gas guna yang lama)
  9. Bagi yang ingin memasang sistem caburator pada kenderaan iswara, rusa dan seumpamanya, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan alatan sistem NGV ini mudah diperoleh dan boleh di baiki di mana-mana bengkel yang memasang NGV.
  10. Awas kepada pengguna yang menggunakan sistem sequential, kerana sistem yang anda gunakan tersebut selalunya hanya boleh dibaiki oleh pembekalnya sahaja. Jika sistem NGV anda rosak, ia hanya boleh dibaiki oleh bengkel yang memasangnya sahaja.
  11. Oleh yang demikian, jika ingin memasang sistem NGV sequential ini, pastikan pembekalnya adalah betul-betul kukuh. Untuk makluman, banyak sekali pembekal sistem NGV ini yang dahulunya tumbuh bagai cendawan, mereka mengimport perlbagai produk NGV kit dari Argentina, Brazil, Cina dan lain-lain yang akhirnya tutup (Koperasi saya ini sendiri pernah terkena dan terpaksa berbelanja puluhan ribu untuk menukar sistem NGV ini kerana pembekal lama tutup perniagaan).
  12. Untuk makluman, pembakaran NGV ini bersifat kering iaitu tanpa ethanol seperti petrol yang bersifat basah. Pembakaran NGV menyebabkan enjin lebih panas berbanding petrol.
  13. Kebanyakan enjin terkini, alatan dalamannya seperti valve bersifat compact (kecil dan ringan) bagi menjimatkan petrol. Valve yang kecil ini akan mudah bengkok jika terlalu panas dalam tempoh yang lama. Oleh yang demikian, jika anda memecut kenderaan NGV anda melebihi 110km dan dalam tempoh terlalu lama, ia boleh menyebabkan valve enjin menjadi bengkok (saya dengar ada sistem NGV baru yang secara automatik tukar kepada petrol jika kita pandu melebihi had laju yang ditetapkan).
  14. Harga bagi satu liter NGV sekarang pula ialah RM0.68 sen berbanding RM1.90 petrol RON95 (dengarnya akan naik lagi), ini bermakna kos bahan bakar NGV hanya 36% sahaja berbanding petrol (jimat 64%).
  15. Saiz tangki silinder pula ialah antara 40 hingga 80 liter, kebanyakan teksi menggunakan sylinder 60 liter. Walaupun saiz tangki 60 liter, namun ia hanya boleh memuatkan lebih kurang 13 liter NGV sahaja iaitu lebih kurang RM9.00. Saya tidak pasti mengenai ini, ada yang bagitau saya, sebab NGV tersebut telah dimampatkan dengan udara tekanan tinggi (nama lain bagi NGV (Natural Gas For Vehicle) ialah CNG iaitu (Compressed Natural Gas).
  16. Untuk membuat pengisian semula NGV sekarang ini, tidaklah sesusah dahulu, boleh dikatakan stesen Petronas NGV boleh didapati di seluruh Malaysia.
  17. Bagi setiap tangki 60 liter yang diisi penuh, kenderaan boleh dipandu sejauh maksimum 180 kilometer di highway dan lebih kurang 140 kilometer di jalan bandar bergantung kepada cara dan keadaan pemanduan.
  18. Kos penyenggaraan kenderaan NGV ini boleh dikatakan sama sahaja dengan kenderaan biasa, kecuali jika anda memasang sistem NGV yang salah atau anda memandu kenderaan NGV dengan laju dalam tempoh yang lama di lebuhraya kerana kemungkinan besar valve akan bengkok malah boleh membuatkan head enjin kereta anda pecah (kawan saya yang baru 6 bulan guna teksi Saga BLM enjin Campro dah kena tukar head kerana masalah ini)
  19. Untuk makluman anda juga, jaminan pembekal bagi kenderaan yang dipasang dengan sistem ini akan luput kerana melanggar syarat jaminan iaitu membuat perubahan pada sistem wiring dan juga bahan bakar. Nasihat saya, kalau nak guna NGV, tunggulah selepas tempoh jaminan tamat.
  20. Mengenai keselamatan sistem NGV ini, ada yang mempertikaikan kononnya kenderaan mudah meletup atau terbakar. Apa yang saya tahu, saya tidak pernah berjumpa teksi yang terbakar kerana NGV ini. Kebakaran dan juga letupan yang dihebahkan dalam akhbar sebelum ini adalah akibat kecuaian pengguna yang mengubahsuai tong gas LPG dan mengiisikannya dengan NGV. Tangki gas LPG tidak dibuat untuk menampung tekanan tinggi seperti tangki khas NGV. Ketebalan dinding tangki juga jauh berbeza...,
  21. Satu lagi nasihat saya, sekiranya kenderaan anda hanya digunakan untuk perjalanan yang dekat atau kos petrol anda di bawah RM50.00 seminggu, adalah lebih baik anda terus menggunakan petrol kerana terlalu lama untuk anda mendapatkan semula kos pemasangan dari penjimatan yang anda dapat dan terdapat risiko kerosakan enjin yang agak tinggi.
Sekian sahaja apa yang saya tahu mengenai NGV ini. Ditegaskan lagi bahawa pengetahuan saya ini hanya dari pengalaman saya sendiri semasa menggunakan sistem NGV sejak tahun 2003. Mungkin juga pendapat saya di atas tidak betul, jangan jadikan entry ini sebagai fakta, cukuplah sekadar perkongsian pengalaman sahaja. Saya pasti rakan-rakan teksi saya mungkin lebih arif dari saya dan saya amat mengalukan jike tuan-tuan kongsikan pula pengalaman masing-masing. Wassalam

21 comments:

  1. Terima kasih, satu info yg berguna dan diharapkan ada info2 yg berguna khasnya untuk rakan sepencarian untuk dibuat pandu.

    BalasPadam
  2. Permasaalahan ini banyak melanda kawan2 yang mengunakan engin campro,Tapi tiada kepada teksi iswara.

    BalasPadam
  3. Setuju sangat.., dasar mewajibkan penggunaan teksi proton yang sekarang ini guna enjin campro adalah tidak adil kepada pemandu yang terpaksa berhadapan dengan masalah kerosakan enjin akibat penggunaan NGV.., tapi orang atasan tidak mahu peduli dan akhir nya pemandu yang menjadi mangsa.

    BalasPadam
  4. Nissan Sentra, Nissan Cefiro, Nissan Serena juga tidak sesuai guna NGV..., banyak teksi LCCT jenis nie yang dah barai enjin sbb NGV..., tapi sebab utamanya sy rasa pemandu je yg kurang arif had penggunaan NGV nie..., dah belasah laju semacam je kt highway tu..., sendiri mau ingat la....

    BalasPadam
  5. Pernah x alami masalah teksi meletop-letop dan cara penyelesaiaannya. Beribu-ribu dah habis tp masalah tak settle lagi...

    BalasPadam
  6. Saya pernah alami tu..., tuan pakai kenderaan apa? dan ngv yg dipakai jenis apa? mungkin kita boleh kongsi sikit pengalaman kalau sy tau maklumat di atas

    BalasPadam
  7. Salam satu Malaysia, saya baru 2 bulan menggunakan NGV Bi Gas,Sequential,dengan menggunakan tangki 78L dipasang pada kereta Toyota Ipsum 2.4cc Engin 2AZ-FE VVTI Aluminium block model 2005 (agaknya sama dengan Estima dan Harrier. Memang menjimatkan kerana satu tangki +/-RM12 saya dapat berjalan antara 120km hingga 150km. Power ada sedikit saja kurang terutamanya bila mendaki bukit, berbading dengan Petrol RM50 hanya dapat 250km shj. SANGAT MALANG SEKALI BAGI SAYA kerana dalam tempoh sebulan lebih saja, kereta telah overheat, air masuk engin, skru2 pengikat block dan slinder head juga loosed. Terpaksa diturunkan engin dan overhaul. Saya sangat kecewa, kena bayar ribu2 pulak, sedangkan Syarikat yang memasang menafikan perkara ini. Saya dengar masalah ini sebelum memasang tetapi tidak percaya!!! (Sekarang baru padan muka saya). Walau bagaimanpun saya tetap yakin NGV adalah penyebabnya kerana ia beroperasi dengan suhu yang tinggi. Oleh itu berhati-hatilah sebelum memasang NGV kira kos pulangannya dengan melihat kesesuain engin kenderaan, jarak perjalanan, lokasi perjalanan kerana bukan semua lokasi ada NGV stesen (nanti kereta berat bawa tangki kosong. Perjalan jarak jauh terpaksa gunakan petrol). Itu saja, sekadar berkongsi pengalaman.
    tk
    Ahmad, Putrajaya

    BalasPadam
  8. Terima kasih En. Ahmad atas perkongsian pengalaman tersebut...., banyak yang saya dengar pengalaman macam itu..., Erm..., tak salah saya, NGV Bigas nie dipasang oleh ABEX NGV kan?..., yg pejabat kat Bangi tu....

    BalasPadam
  9. kereta ape yang sesuai nk psg ngv nie erk???

    BalasPadam
  10. Kalau tanya orang yang jual/pasang NGV..., semua kereta sesuai... Pada saya, kalau kita selalu jalan jauh dan kos petrol sangat tinggi, sekurang-kurangnya RM200.00 seminggu, maka bolehlah kita fikirkan bahan bakar alternatif ini, cumanya kena pastikan juga sistem NGV yang bakal dipasang adalah sesuai dan pembekal juga adalah syarikat yang berkeupayaan..

    BalasPadam
  11. ade cdgn x nk psg ngv jnis ape kt kete saye,waja campro 1.6 2010..sye dgr ade byk jnis ngv cume x tau jnis ape yg sesuai...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama 13 Oktober 2011 12:08 PM
    Waja Campro 1.6 semestinya menggunakan "Sequential System". Perbezaan Sequential system dgn NGV yang lain ialah ia menggunakan ECU (Electronic Controlling Unit) dan Gas Injector...

    Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan tidak memandu melebihi 110km dengan NGV dalam tempoh yang lama kerana ia boleh menyebabkan "overheating" kepada valve.. Wallahuaa'lam

    BalasPadam
  13. klau pakai kereta baru,ape nsihat utk pmasangan ngv?ade yg ckp fuel injection x sesuai.enjin cpty rosak..klau enjin 2.5 blh mmndu mlebihi 110km/h k?

    BalasPadam
  14. kalau nak pasang NGV, aku nasihatkan cari authorize dealer. Jangan main blasah jer sebab murah. Lagi kalau yang nak install NGV Sequential, coz aku dah menghadapi masalah dengan sequential system aku di sebabkan kompeni salah pilih installer tuk pasang kat waja campro aku.

    aku sokong brader salleh kate, kalau pakai sequential, jangan lari sampai 110km ... kalau nak gak, tukar ke petrol tuk laju. insyaAllah selamat.

    BalasPadam
  15. memang best guna ngv.tapi mida kena ubah bila dah murah kenalah ikot low cost punya bajet. saya kerja di penang dan ulang alik ke kl setiap minggu dengan exora. speed sy cuma 80km/j sahaja. apa nak hairan 6jam dah sampai kl. kalu ikut kos sebenar mencecah rm800 tol+minyak sebulan jika guna petrol.

    BalasPadam
  16. Salam wbt, saya nak dapatkan nasihat sebelum ambil tindakan. Saya bercadang nak beli unser 2nd hand dan nak masukkan sistem NGV. Tolong bagi nasihat berkaitan 3 perkara ini:
    1- NGV jenis apa yg sesuai dan berapa bajet keseluruhannya?;
    2- Pemilihan tangki, ada tak tangki yg diletakkan di bawah bonet kereta? Jika ada, brp liter tangki tersebut dan masihkah saya perlu memasang tangki dalam bonet?
    3- Di mana lokasi @ syarikat pemasangan NGV yg bagus?saya tinggal area Jalan Klang Lama, kerja di Bangi.

    Sekarang saya menggunakan kereta Persona 1.6 campro kos minyak mencecah RM20-RM25 sehari, mankala tol pula RM5 sehari. Perlu jimatkan kos utk tambah cahaya mata. Harap dapat beri tunjuk ajar, terima kasih.

    -Khairudin 019-660 8338

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try call Abex NGV.., kat Kawasan Perindustrian Selaman Seksyen 10 Bangi aje..., 0163383159. Dia ada buat pemasangan silinder NGV di bawah badan kenderaan. Mintaklah diskaun.., jual nama Koperasi Pengangkutan Putrajaya..., :-)

      Padam
  17. Apa cara sekalipun penggunaan ngv adalah kurang sesuai untuk enjin petrol...kecuali terciptanya enjin khas untuk ngv....tanya kepada mekanik yang berpengalaman tentang masalah ini...

    BalasPadam
  18. Salam semua.....saya ni guna ngv untuk saga lama...WCM????...pada satu hari, masa saya nak service kete kat ngv installer....saya nampak satu owner kerete waja yg guna ngv...sudah tuang sedikit minyak 2t moto dalam tangki minyak petrol dia.....saya pun tanya kenapa dia wat mcm tu...dia ckp dari awal dia pasang ngv dia hidupkan enjin kete ngan petrol yg bercampur minyak 2t....pas tu baru dia switch kpd ngv....katanya untuk jaga enjin.....katanya kete dia tak de masalah heat...BETUL KE???

    BalasPadam
  19. salam semua.
    saya baru install ngv 2 bulan. kereta waja 1.6 2003. tangki 80L.maximum cecah 150km aja. seminggu selepas install. kena ulang alik wkshop (5 kali) utk tuning katanya.sebab enjin selalu mati masa gear rendah (D). sebelum pasang, dah full service (workshop lain) spt tukar plus,air filter..etc.
    skrang jadi balik enjin mati2 masa traffik light posisi D.atau tengah mengundur (R).
    tapi jika tukar minyak.mmg ok dah berjalan lancar.tak ada pun problem mcm nie.
    apa point nk cakap pada pomen kena buat aper..at least saya ada point/idea nak komen pomen...

    harap dpt membantu saya

    sekian
    jaguh-29/2/12

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waja 1.6 tahun 2003 rasanya enjin Mitsubishi kan...? sepatutnya NGV tiada masalah dengan enjin tu..., mungkin sistem NGV yang dipasang. Sistem NGV apa yang dipasang tu...., Mixer atau Sequential.?

      Padam