COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Khamis, 19 April 2012

APAKAH PENYEBAB SEBENAR ADUAN PENUMPANG TERHADAP PERKHIDMATAN TEKSI?



Salam Perkhidmatan Teksi 1 Malaysia…,
Saya menerima permintaan seorang pengunjung blog ini yang merupakan seorang mahasiswi yang menyiapkan uji kaji di semester akhirnya berkenaan permasalahan perkhidmatan teksi. Sebenarnya ramai mahasiswa yang meminta ulasan saya mengenai perkhidmatan teksi untuk dimuatkan dalam kertas mereka, namun saya tidak berkesempatan mengulas nya kerana merasakan kebanyakan pendapat saya telah pun dimuatkan di blog ini. Walau bagaimanapun, kali ini saya meluangkan sedikit masa untuk ini memandangkan dah lama sangat saya tak update blog…... :)
Persoalan penting yang ditanya kepada saya ialah Apakah penyebab sebenar aduan penumpang terhadap perkhidmatan teksi? Sebelum mengulas lanjut mengenai persoalan ini, saya menjelaskan perihal am mengenai teksi terlebih dahulu.
Sekarang ini, terdapat lebih kurang 30,000 buah teksi di Lembah Kelang yang terdiri dari pelbagai jenis perkhidmatan, warna, kadar tambang dan juga kawasan operasinya. Pecahan perkhidmatan teksi boleh diperincikan seperti berikut;
1.    Teksi Bandar (Bajet)
a)    Hanya kenderaan keluaran Proton sahaja dibenarkan dengan syarat kenderaan tersebut menggunakan enjin kuasa kuda 1.5 ke atas,
b)    Permit teksi ini dikeluarkan kepada individu dan juga syarikat,
c)    Kadar tambangnya adalah menggunakan meter yang mengira kadar tambang berdasarkan formula berikut;
-       1KM atau 3 minit pertama RM3.00
-       115 meter atau 21 saat waktu menunggu berikutnya RM0.10
-       Surcaj perkhidmatan radio teksi RM2.00
-       Surcaj waktu tengah malam (12.00 malam hingga 6 pagi) 50% dari bacaan meter
-       Surcaj ke lapangan terbang KLIA RM12.00.
-       Boleh beroperasi dalam kawasan Lembah Kelang sahaja (KL, Putrajaya, Seremban, Melaka dan seluruh Negeri Selangor kecuali kawasan Kuala Selangor dan KLIA). Genting Highland dan Melaka juga dibenarkan teksi jenis ini menghantar penumpang.

d)    Terdapat pelbagai warna teksi bajet ini yang antaranya ialah;-
-       Merah dan biru bermaksud teksi bajet permit individu,
-       Merah dan putih tidak mempunyai maksud khusus untuk mengkategorikan nya sebagai teksi milik individu atau sebab syarikat sebab ada yang milik individu dan ada juga milik syarikat,
-       Merah di keseluruhan badan kenderaan bermaksud teksi milik Syarikat Public Cab,
-       Hijau di keseluruhan badan bermaksud teksi milik Syarikat Sunlight,
-       Putih keseluruhan badan milik syarikat Marlis Corporation,
-       Kuning di keseluruhan badan milik syarikat Super Cab, dan
-       Putih dan biru milik Destination Transport dan lain-lain.

2.    Teksi Premier
a)    Boleh menggunakan kenderaan import atau buatan tempatan dengan syarat kuasa kuda nya 2.0 ke atas,
b)    Setahu saya hanya syarikat mendapat permit teksi jenis ini,
c)    Kadar tambangnya juga adalah berdasarkan meter iaitu;
-       1KM atau 2 minit pertama RM4.00,
-       Setiap 45 saat waktu menunggu berikutnya RM0.20,
-       Surcaj midnight 50%,
-       Surcaj call RM2.00
-       Surcaj lapangan terbang RM12.00.
d)    Buat masa sekarang ini, teksi jenis ini sudah berkurangan di jalanraya ekoran kerajaan menggantikan perkhidmatan ini dengan perkhidmatan yang dinamakan teksi eksekutif. Yang masih kelihatan hanya teksi jenis Enviro.

3.    Teksi Eksekutif
a)    Boleh menggunakan kenderaan import atau tempatan dengan syarat menggunakan enjin kuasa kuda 2.0 ke atas,
b)    Diberi kepada pengusaha individu dan juga syarikat,
c)    Teksi jenis ini mesti berwarna biru (Candy Blue) di keseluruhan badan kenderaan,
d)    Boleh beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, dan
e)    Kadar tambangnya adalah berdasarkan meter seperti berikut;
-       1KM atau 2 minit pertama,
-       Setiap 21 saat waktu menunggu berikutnya RM0.20,
-       Surcaj midnight 50%,
-       Surcaj call RM2.00
-       Surcaj lapangan terbang RM12.00.

4.    Teksi Lapangan Terbang
a)    Menggunakan kenderaan import atau buatan tempatan,
b)    Perkhidmatan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu teksi bajet (kuasa enjin 1.5 ke atas), teksi premier (kuasa enjin 2.0 ke atas) dan teksi keluarga (van),
c)    Kadar tambang adalah berdasarkan zon yang dicadangkan oleh pengendali kaunter jualan kupon (tiket) setelah diluluskan SPAD (kerajaan).
Sebenarnya ada lagi jenis perkhidmatan teksi yang dipanggil Kereta Sewa. Kereta Sewa adalah jenis perkhidmatan teksi yang beroperasi dari pangkalan tertentu seperti di Pudu Raya, Pekan Kajang, Kuala Selangor dan lain-lain. Ia boleh beroperasi ke seluruh semenanjung. Kenderaan yang digunakan untuk kereta sewa ini adalah pelbagai jenis kenderaan import dan tempatan. Kadar tambangnya adalah berdasarkan jarak perjalanan tanpa menggunakan meter.
Pendapat saya mengenai kepelbagaian perkhidmatan teksi ini sebenarnya MENGARUT sahaja. Perwujudan pelbagai jenis teksi, kadar tambang, kawasan operasi dan lain-lain bukanlah sesuatu yang diminta oleh rakyat atau pengguna. Yang dimahukan ialah KUALITI PERKHIDMATAN yang hanya boleh disumbangkan oleh perkhidmatan yang selamat dan cekap, sistem bayaran tambang yang jelas dan munasabah, ruang boot kenderaan yang luas serta sedikit selesa, dan yang paling penting ialah kualiti pemandu teksi itu sendiri.
Menyediakan perkhidmatan teksi eksekutif dengan kenderaan jenis Mercedes Benz sekalipun tidak memberi makna apa-apa kepada pengguna sekiranya pemandu nya kasar, biadab, berbau busuk atau memandu secara berbahaya. Kepelbagaian jenis teksi ini juga hanya menambahkan keresahan dan kekeliruan kepada pengguna.
Mengikut maklumat yang saya dapat dari LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan - sekarang tugas ini diambil alih oleh SPAD), aduan yang banyak diterima mereka ialah PEMANDU TIDAK MENGGUNAKAN METER, MENGENAKAN TAMBANG LEBIH dan MENGGUNAKAN JALAN JAUH untuk mendapatkan tambang yang lebih. Kerajaan juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan semua peraturan mengenai tambang ini ekoran kekurangan penguat kuasa. Sebagai langkah jangka pendek, kerajaan mewujudkan pula perkhidmatan teksi berkupon.
Teksi berkupon bermaksud perkhidmatan teksi yang kadar tambangnya menggunakan kupon. Modus operandi perkhidmatan ini ialah;
a)    Pengusaha kaunter teksi dilantik oleh kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan di lokasi-lokasi strategik seperti di terminal pengangkutan, pasar raya dan lain-lain,
b)    Kadar tambangnya ditentukan berdasarkan jarak yang dibahagikan mengikut zon lingkungan. Contohnya, Zon 1 (jarak lingkungan 2KM pertama, kadar kuponnya ialah RM5.00),
c)    Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi di lokasi yang terdapat kaunter kupon ini perlu pergi ke kaunter teksi, menyatakan lokasi tujuan, membayar kadar tambang yang dimaklumkan serta mendapatkan 2 keratan kupon iaitu salinan penumpang dan salinan pemandu,
d)    Pengguna seterusnya menaiki teksi di ‘queue’ pertama, menyerahkan kupon salinan pemandu kepada pemandu tanpa perlu membayar caj tambahan lain kecuali tol,
e)    Pemandu menghantar penumpang ke destinasi dituju dan selepas itu membuat tuntutan kupon di kaunter. Pemandu akan mendapat 90% dari kadar yang dinyatakan di kupon. 10% adalah untuk pengurusan syarikat pengendali,
f)     Syarikat pengendali juga perlu mewujudkan kaunter aduan serta perkhidmatan “lost & found” sekiranya penumpang meminta bantuan untuk mendapatkan barangan yang tertinggal di dalam teksi.
Sistem kupon ini sangatlah membantu untuk mengelakkan ketidakpuasan atau syak wasangka antara penumpang dan pemandu berhubung kadar tambang. Penumpang sudah tahu kadar tambang yang tepat untuk sampai ke destinasi yang dituju, pemandu akan memandu ke destinasi mengikut laluan yang paling singkat dan cepat kerana kadar tambang yang diperoleh adalah sama. Pemandu juga mendapat bayaran 90% dari kupon yang kebiasaannya lebih sedikit dari kadar meter.
Pelaksanaan sistem kupon ini mendapat sokongan dan tentangan oleh pelbagai pihak. Ada juga ahli politik yang mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk populariti masing-masing. Namun hakikatnya, ekoran sikap pemandu yang tidak guna meter atau menggunakan laluan jauh supaya bacaan meter menjadi tinggi, ramai pengguna lebih selesa dengan sistem ini walaupun sedikit mahal berbanding meter.
Pihak SPAD memaklumkan bahawa mereka sedang melaksanakan kajian sama ada untuk meneruskan sistem kupon ini atau tidak. Buat masa ini, perkhidmatan kaunter kupon sedia ada masih dibenarkan beroperasi sehingga kajian tersebut siap dan dilaksanakan.
Berkenaan komuniti pemandu pula, sebahagian dari mereka menubuhkan atau menyertai persatuan-persatuan teksi. Banyak sekali persatuan teksi yang ditubuhkan, selalunya persatuan tersebut mewakili kawasan mereka selalu beroperasi, contohnya Persatuan Teksi Serdang, Persatuan Teksi Cyberjaya dan lain-lain. Penubuhan persatuan teksi ini adalah di bawah Akta Pertubuhan yang mana permohonan penubuhannya perlu dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Perkhidmatan persatuan teksi ini terhad kepada menjaga nasib dan kebajikan sesama ahli dengan mewujudkan khairat kematian, sumbangan kemalangan dan lain-lain. Namun, boleh dikatakan semua persatuan ini menyalahgunakan kewujudan persatuan mereka dengan memonopoli kawasan operasi sesuatu perhentian teksi. Contohnya, Persatuan Teksi Serdang mensyaratkan hanya ahli sahaja boleh beroperasi di stesen KTM Komuter Serdang. Peraturan sepatutnya ialah semua teksi Lembah Kelang boleh beroperasi di mana-mana kawasan kecuali di KLIA dan LCCT.
Akhir sekali, kembali kepada tajuk Apakah penyebab sebenar aduan penumpang terhadap perkhidmatan teksi? Saya tidak mahu menyalahkan pemandu mahupun pengusaha sebagai puncanya. Pemandu teksi hanyalah manusia biasa yang berkhidmat untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga. Boleh juga diumpamakan mereka sebagai peniaga kecil. Mereka berkhidmat dengan dikongkong oleh dasar dan peraturan yang ditentukan kepada mereka. Komuniti pemandu ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Antara nya pesara kerajaan, pesara swasta dan orang-orang yang tidak mendapat pekerjaan (termasuk dibuang kerja atau berpendidikan rendah).
Pokok pangkalnya ialah kerajaan (SPAD) sendiri dalam menyediakan dan melaksanakan dasar mereka. Kerajaan tidak punyai satu dasar perkhidmatan teksi yang jelas. Peraturan-peraturan sedia ada yang bercelaru ini diwujudkan oleh mereka mengikut keadaan sahaja. Campur tangan politik juga menambahkan lagi kecelaruan. Contohnya ialah dasar warna teksi yang pelbagai.
Berdasarkan permintaan pengguna yang mahukan perkhidmatan teksi yang berkualiti melalui pemandu yang berdisiplin dan terlatih, kadar tambang yang jelas dan munasabah serta ruang boot kenderaan yang besar dan sedikit keselesaan kerajaan sepatutnya boleh membuatkan dasar-dasar yang khusus bagi mencapai hasrat pengguna tersebut.
Pemandu teksi amat penting kepada negara, merekalah yang membawa pelancong yang datang melawat. 30,000 orang pemandu teksi di Lembah Kelang ini mampu membawa persepsi buruk kepada kerajaan dengan sekelip mata (dahulu pernah dihebohkan berkenaan pemandu yang berkempen untuk pembangkang di dalam teksi). Disiplin, cara pemanduan yang berbahaya, berbau busuk, mengenakan tambang lebih, tidak guna meter, menggunakan jalan yang jauh sekarang ini menghantui sebilangan besar pengguna. Pemandu teksi yang berkualiti boleh dianggap sebagai duta kecil yang mampu mengharum nama negara.
Bagaimana menjadikan pemandu teksi ini sebagai pemandu yang berdisiplin dan terlatih?. Untuk tidak mahu memanjangkan lagi posting ini, saya ringkaskan cadangan saya seperti berikut;
  1. Wujudkan skim latihan dan kursus sepanjang kerjaya yang diwajibkan kepada semua pemandu teksi untuk menghadirinya sekurang-kurangnya 4 hari setahun. Gunakan kemudahan yang wujud di Institut Keusahawanan Negara, Institut Kemahiran Belia Negara, MARA dan lain-lain. Antara latihan yang perlu diberikan kepada pemandu ialah;-
-       Khidmat pelanggan,
-       Pengurusan Kewangan Diri,
-       Komunikasi dan bahasa,
-       Undang-undang jalan raya dan pemanduan cekap serta selamat,
-       Maklumat Kawasan Operasi serta Pelancongan, dan
-       Agama dan sivik.
  1. Pemandu yang menghadiri kursus ini perlu diberikan pengecualian sewa oleh syarikat teksi serta elaun kursus dibayar oleh kerajaan seperti pelajar institut kemahiran yang lain.
  2. Wujudkan sistem penilaian terhadap kemahiran pemandu dengan memberikan permit individu jika mereka berjaya mencapai satu tahap yang terbaik. Pemandu baru perlu menyewa dengan syarikat teksi dahulu.
  3. Wujudkan sistem saringan bagi menapis penjenayah dan penagih dadah untuk bekerja sebagai pemandu teksi,
  4. Pastikan pendapatan bersih pemandu teksi mampu mencapai sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dengan cara mengurangkan kos operasi mereka (subsidi), atau meningkatkan produktiviti mereka dengan mewujudkan dasar yang menggalakkan lebih ramai orang menaiki teksi, dan
  5. Sebagai tambahan, wujudkan lah juga skim yang boleh melindungi mereka dari kemalangan, kecacatan kekal, kemudahan perubatan dan simpanan hari tua.
Di samping itu, kerajaan perlu secara berperingkat membuat penyelarasan berikut;-
  1. Menyeragamkan kembali jenis-jenis kenderaan teksi sekarang ini dengan hanya mewujudkan 2 jenis teksi iaitu teksi bajet dan teksi keluarga (MPV atau van) sahaja. Pengguna super elit yang mahukan teksi yang super selesa, gunakanlah perkhidmatan limousin hotel atau perkhidmatan dari syarikat kereta sewa.
  2. Kenderaan teksi bajet diselaraskan kepada satu jenis kenderaan sahaja contohnya Proton Exora. Teksi keluarga pula dikhaskan kepada 2 jenis kenderaan (van dan MPV) sahaja.
  3. Warna teksi diselaraskan semula. Identiti pengusaha boleh dibezakan pada nama pengusaha di pintu atau sticker tertentu sahaja.
  4. Wujudkan dasar terbuka bagi kawasan operasi. Malaysia ni bukan besar mana pun…
  5. Penguatkuasaan yang lebih ketat dan tegas. Selepas pemandu diberikan latihan, dipastikan mempunyai pendapatan yang setimpal, maka pemandu yang masih melanggar undang-undang menerima hukuman yang berat.
Saya penuh yakin kualiti perkhidmatan teksi di Malaysia boleh ditingkatkan dan orang yang mampu berbuat sesuatu mengenainya hanyalah pihak KERAJAAN. Pemandu dan pengusaha hanya menurut sahaja dasar-dasar yang ditetapkan kepada mereka.
Wallahuaa’lam.

36 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob,
    Sebenarnya peraturan dah cukup baik dan cadangan Yob utk menambahbaik pun amat positif. Tapi yg lebih penting sikap dan iman pemandu teksi tu sendiri. Kalau sikap kita buruk dan tak ikut peraturan agama, peraturan macam mana baik pun tak efektif. Wallahualam!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu yong..., sokong sangat..., pendinding yg terbaik utk mengawal diri kita ialah IMAN....

      Padam
  2. terima kasih banyak2 diatas ulasan yg terperinci...jika saya masih mahu menambah pengetahuan lagi tntg perkhidmatan teksi ni, boleh saya tanya lagi waktu akan dtg?? hehe..
    terima kasih sekali lagi en salleh...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak tahu dengan lebih detail..., baik cik Irma bawak teksi..., seminggu cukup..., alami sendiri kehidupan pemandu nie.., hehe....

      Padam
  3. Salam Admin blog.
    Pembetulan sikit,putih keseluruhan milik selasih muara.

    Saya sokong tentang kepelbagaian perkhidmatan teksi ini sememangnya mengarut.Sokong juga untuk mengadakan 2 jenis teksi iaitu teksi bajet dan teksi keluarga,warna juga harus di seragamkan semula,baru teksi kita ada idintiti.

    Aduan paling banyak hanyalah bab TAMBANG sahaja,disebabkan sekarang ini persaingan sesama pemandu teksi semakin sengit,untuk mendapatkan penumpang maka tiada sebab,aduan2 seperti ini masih kedengaran.

    Ke bijaksanaan penumpang dalam memilih teksi itu lebih di utamakan.

    Mengapa harus mengunakan teksi yg mengenakan tambang lebih,sedangkan masih banyak lagi teksi yang mengunakan meter.

    BalasPadam
  4. identiti teksi itulah yg menjadi persoalan..bila dah terlalu banyak sgt warna teksi, itu yg menjadi kekeliruan penumpang...mgkin mereka rasa setiap warna teksi itu ada fungsi atau harga tambang yg berlainan...saya juga sebagai pengguna, agak confius..

    mmg saya juga ada fikirkan penyelesaian untuk seragamkan identiti teksi itu sendiri serta keterampilan pemandu yg kemas dan sikap yg baik..


    pada pendapat encik, kereta apa yg bersesuaian tuk dijadikan teksi bajet pada waktu skrg? bila kita mengambil kira keselesaan penumpang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy sekarang mengunakan saga baru,yg banyak di gunakan sebagai teksi,pemasaalahan teksi ini mempunyai ruang simpan barang yg kecil,dengan tong gas yg besar hanya boleh memuatkan 2 bag berukuran 2 kaki x1.5 kaki.

      memang di tidak sesuai di jadikan teksi.

      Ixora memang sangat sesuai di jadikan teksi,kerana mempuanya tempat meletak barang yg luas dan memberi keselesaan pada penumpang.

      Pemasaalahanya sekarang,ixora mempunyai sewa yg tinggi menyebabkan sesetengah pemandu tidak mampu membayarnya.

      Tidak ramai juga penumpang ingin menaiki Ixora skg ini kerana menyanka ia teksi Eksekutif.

      Ini di sebabkan pelabagai warna yg di gunakan.

      Pemasaalahan yg lain,ketahanan Engin campro ini juga menjadi masaalah kepada pemandu teksi,di sebabkan tidak tahan panas.Mudah rosak walaupun baru 3 bulan di gunakan.

      Masaalah alat ganti yg mahal,juga menghantui pemandu teksi.

      Padam
  5. kirenye sekarang ni, Exora juga ade dijadikan teksi bajet ke?

    BalasPadam
  6. pada pendapat encik la kan, ape lagi jenis perubahan yg perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi selain daripada menyeragamkan warna jenis teksi?

    BalasPadam
  7. Exora juga sudah dijadikan teksi bajet dan persona skg ini.

    Bukan sahaja menyeragamkan warna teksi,kenderaan itu juga harus diseragamkan,baru org akan kenal teksi.

    Lihat sahaja Black teksi di london,warna hitam itu khas untuk teksi sahaja,kereta persendirian dilarang sama sekali mengunakan warna hitam.

    Cuba lihat link ini http://joyiman.blogspot.com/2010/05/teksi-malaysia.html

    http://joyiman.blogspot.com/search/label/teksi

    yang sesuai di jadikan teksi

    BalasPadam
  8. hehehe..saya sudah pun terlebih dahulu membaca blog encik...selama saya buat kajian, blog encik juga menjadi salah satu blog rujukan saya~~terima kasih atas infonye =)

    BalasPadam
  9. di malaysia, relevan atau tidak teksi kita di pasang dgn alatan teknologi seperti adenye GPRS, WI-FI seperti yg sedia ada dinegara luar?

    kalau cara itu sgt berguna terhadap pengguna kerana ia memberikan kemudahan lebih serta pengalaman baru terhadap pengguna di malaysia, adakah kos untuk mengadakan teknologi itu di dalam teksi terlalu tinggi??

    dan bagaimana pula dgn kos penyelenggaraan teksi tersebut?...

    adakah ia mempengaruhi kadar tambang teksi kerana kemudahan teknologi tersebut??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penambahan alatan GPRS, Wi-Fi, GPS dan lain2 tu bagus..., tapi apa gunanya tanpa modal insan (pemandu) yang baik. Saya yakin penumpang tidak akan berminat menaiki teksi yang dilengkapi Wi-Fi tetapi bersikap biadap dan busuk....

      Untuk makluman, kos penyenggaraan teksi biasanya ditanggung oleh pemandu. Tidak banyak syarikat yang mampu menanggung kos penyenggaraan kecuali jika mereka mengenakan kadar sewa yang lebih setelah mengambil kira kos penyenggaraan.

      Penyediaan alatan GPRS, GPS & WiFi bukanlah terlalu tinggi kosnya sekarang ini. Alatan dan perkhidmatan ini bukanlah sesuatu yang mahal sekarang. Kalau pun ada peningkatan kos, ia tidaklah bergitu ketara dan boleh diatasi.

      Akhir sekali, saya masih berpendapat alatan GPRS & WiFi tidak bermakna tanpa modal insan (pemandu) yang berkualiti.

      Padam
    2. Pengunaan GPRS,Wi-Fi,GPS untuk penumpang,tidak ada gunanya jika teksi itu sempit,tidak selesa.Bagai mana mungkin kita akan santai,mengunakan peralatan begini kalau kita tidak selesa duduk dlm sesebuah teksi.

      Padam
  10. Pandangan seorang kawan yg mempunyai permit individu ,menyuruh paparkan di sini:

    Katanya:
    Kehidupan kita sebagai pemandu teksi semakin hari semakin teruk,dengan kualiti kereta yang teruk dan alata ganti yang mahal membuat pemandu teksi semakin tertekan.

    Cadangan:
    Teksi harus di berikan kepada syarikat yg kukuh,maksudnya tiada skty lain dan juga permit individu.

    tidak ada sewa beli,hanya sewa sahaja
    di mana segala kos kerosakan di tangung pihak syarikat.

    setiap pemandu wajib kerja 8-10 jam sahaja dan teksi hendaklah di pulangkan kepihak syarikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan yg baik juga.., cuma mungkin tidak mendapat persetujuan sebilangan pemandu lain...

      Padam
  11. salam...saya ingin tahu berapa anggaran sesebuah teksi jika menyediakan perkhidmatan GPRS, GPS & WiFi? termasuk dgn kos penyenggaraan dan juga tambang?
    adakah ia mempengaruhi jumlah tambang jika teksi itu dilengkapi perkhidmatan sebegitu?

    BalasPadam
  12. Salam..., saya x pasti sangat..., rasanya perkhidmatan GPRS, GPS dan Wifi boleh didapati dari telefon mudah alih sahaja...., kos mungkin sekitar RM600. Monthly fee utk talian (GPRS dan Wifi) adalah sekitar RM60 sebulan.

    Jika anggaran di atas tepat, anggaran peningkatan kos operasi harian meningkat lebih kurang 3% sahaja (dari RM115 sehari kepada RM118 sehari).

    Oleh yang demikian, kenaikan kadar caj tambang perlu ditingkatkan sebanyak 3% dari kadar sedia ada...

    BalasPadam
  13. bagaimanakah kos operasi harian dikira?

    BalasPadam
  14. http://taxidriversmind.blogspot.com/2011/02/tips-untuk-berjaya-sebagai-pemandu.html

    Rujuk posting saya di atas

    BalasPadam
  15. Salam nak menyampuk sikit...
    Setahu saya teksi kuning milik syarikat Uptownace manakala Marlis Corporation pula menggunakan warna merah dan putih sekarang...
    Berkenaan dengan cara membaiki perkhidmatan teksi ini saya rasakan wajar teksi diseragamkan warnanya seperti di New York dan beberapa negara lain...dan paling utama adalah sikap pemandu teksi itu sendiri jika sikap mereka tidak berubah maka perkhidmatan teksi tidak dapat diperbaiki

    BalasPadam
  16. Terima kasih kerana memberitahu..., :-)

    BalasPadam
  17. Salam Tuan tanah...
    Disini ingin saya kongsi pengalaman saya sebagai pemandu teksi selama sebulan...saya bawa teksi kerana ingin menyelami kehidupan sebagai pemandu teksi dan saya hanya menarik secara sambilan selepas waktu pejabat....
    Sebenarnya saya rasakan sekarang agak sukar pemandu teksi untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur kerana banyak kawasan di sekitar Lembah Kelang ini telah di monopoli oleh segelintir kumpulan-kumpulan teksi yang kononnya kawasan itu milik mereka pemandu luar tidak boleh mengambil penumpang hanya boleh menurunkan sahaja terasa macam di KLIA pula tapi itulah realiti seperti kawasan sekitar Bukit Bintang, Menara KL, Jalan Pinang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan seperti Stesen-stesen LRT dan Komuter.
    Agak menyedihkan apabila mereka ini sengaja mengehadkan kawasan seolah-olah itu kawasan milik mereka...Selain dari itu terdapat juga karenah penumpang yang pelbagai masa kini yang mana ada pelancong dari luar tidak mahu menggunakan meter kerana bimbang dibawa melalui jalan yang jauh.. dan bermacam-macam lagi..
    Pada hemat saya adakalanya bukan niat si pemandu teksi nak melalui jalan yang jauh namun saya ambil contoh saya sendiri, saya akan melalui jalan yang saya ketahui agar tidak 'sesat barat' dan mungkin jalan yang saya tahu itu jauh dari jalan yang pernah dilalui oleh penumpang tersebut jadi janganlah letak kesalahan sepenuhnya ke pemandu teksi sebaliknya penumpang haruslah bijak..Sewaktu menaiki teksi beritahu jalan mana harus di lalui kerna sekarang jalan terlalu banyak yang boleh dilalui untuk menuju kesesuatu tempat sebagai contoh saya ambil disini adalah Keramat...
    Suatu masa dahulu jika anda menaiki teksi dari Sogo dan hendak ke Keramat maka teksi akan melalui jalan sekitar Kg Baru dan terus melalui jalan Pasar Keramat keluar semula ke Jalan Jelatek kerana itu adalah jalan yang agak singkat namun kini ada laluan lain iaitu AKLEH yang lebih cepat...Begitu juga jika ke Bandar Baru Sentul mahupun Datuk Senu jika dari Kuala Lumpur ikut Jalan Pahang lebih dekat tetapi bagaimana jika teksi yang ditahan oleh penumpang tersebut sebelum ini hanya menarik di sekitar kawasan kediamannya seperti Puchong atau Shah Alam yang hanya sesekali masuk ke Kuala Lumpur??
    Sebagai penumpang kita jangan mengharapkan pemandu teksi seperti GPS (yang mana kekadang GPS juga menunjukkan jalan yang jauh dan bukan jalan yang singkat) Bukan semua Hotel atau jalan singkat dalam kawasan Taman si Penumpang boleh dihafal oleh si Pemandu Teksi???
    Selain dari itu bagi menaik taraf perkhidmatan teksi ini saya syorkan agar biarlah pemandu-pemandu teksi ini diuji oleh pusat kesihatan yang terpilih sahaja yang mana tidak boleh dibeli keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut kerana ada beberapa ketika saya dapat menyaksikan beberapa pemandu teksi yang kelihatan benar-benar tidak sihat dan sudah tidak layak memandu lagi tapi masih dibenarkan memandu...begitu juga dengan segelintir pemandu mabuk yang memandu dalam keadaan mabuk yang mana pernah saya lihat sendiri ketika mengisi gas di Bandar Tasik Selatan yang mana si pemandu teksi ini terpaksa merangkak keluar dari kereta akibat mabuk...
    Akhir kata banyak lagi yang perlu diperbaiki bagi menjamin kesejahteraan Pemandu dan juga Penumpang sendiri....Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkongsian tuan amatlah dihargai..., terima kasih banyak2

      Padam
  18. terimakasih blog ini banyak membantu saya, suami saya pemandu teksi yg baru dan saya dlm perancangan utk menambah bilangan teksi sbg satu perniagaan dan tengah membuat business plan utk teksi..

    BalasPadam
  19. satu lagi encik salleh company mana yg menawarkan teksi exora utk sewa beli

    terima kasih

    BalasPadam
  20. satu lagi encik salleh company mana yg menawarkan teksi exora utk sewa beli

    terima kasih

    BalasPadam
  21. Assalamulaikum Warahmatullah

    nak tanya lah tuan, bagi teksi persendirian yang tidak terikat dengan syarikat teksi, adakah ia diwajibkan menggunakan meter macam teksi yang dibawah syarikat

    BalasPadam
  22. Hasnu 22 Mei 2012 10:55 PTG
    Saya tidak pasti, Koperasi Putrajaya akan mengeluarkan juga teksi Exora, InsyaAllah dlm penghujung November nanti.

    Fenomena Zaman1 Jun 2012 2:33 PG
    Semua teksi diwajibkan menggunakan meter

    BalasPadam
  23. assalamulaikum....sudah lama saya tak melawat blog tuan..saya cume ingin tahu tentang perkhidmatan park & ride di putrajaya? saya nak tahu serba sedikit bagaimana perkhidmatan kenderaan awam sprt teksi dan bas beroperasi di park & ride tersebut? saya tiada sumber ingin bertanyakan tntg hal ini...harap tuan dapat membantu....

    BalasPadam
  24. Maaf Irma, saya juga tidak begitu mengetahuinya. Mungkin u boleh semak kat website perbadanan putrajaya.

    BalasPadam
  25. Saya selalu dapat teksi di bandar tasik selatan. Hari ni dapat teksi HB9320... Teksi ni penuh dengan barang2 makanan dll..lagi pandu laju tak melalui 50/km....

    Yang paling teruk ada kutu di dalam.....

    BalasPadam
  26. Rico86522 Julai 2012 8:20 PG

    Tak dinafikan ....., apa yang berlaku sekarang, pemandu angap teksi untuk dia guna.., jadi dia tak peduli kalau dia makan dlm teksi.., menyimpan bekas bungkusan makanan dalam teksi yg menyebabkan teksi berbau hapak/busuk, memandu ikut suka hati dan lain-lain.

    Walhal sebenarnya perkhidmatan teksi diwujudkan kerajaan untuk berkhidmat mengambil penumpang..., pemandu hanya bertugas dengan teksi bagi memberikan perkhidmatan. Maka sepatutnya kenderaan teksi serta tatacara pemanduan hendaklah memenuhi standard keperluan penumpang yang umum. Antaranya bersih, wangi, driver yang bersopan dan mesra, kenderaan yang bersih dan mengenakan tambang seperti ditetapkan kerajaan.

    BalasPadam
  27. assalam..sy nk tnya kt mna nak buat aduan klau tertinggal brg ats teksi

    BalasPadam
  28. memang senang meyalahkan pemandu teksi tanpa kita menyiasat apa puncanya,sebab anda sendiri bukan pemandu teksi hanya duduk dibelakang,turun bayar dan menyalahkan orang lain.disini saya lebih rela teksi dipasang perakam tersembunyi terlebih dulu.adakah semua penumpang itu betul?Jawapan paling mudah ya sebab daripada lpkp sampai spad.selagi kerajaan masih menggunakan orang tengah untuk pemberian permit selagi itu perkara yg sama berlaku.kenapa tak tanya bayar byaran permit individu untuk 1 hari rm6 dan berapa pula pengusaha teksi ambi dalam 1 hari rm20.sebuah persona harian rm52 sewaan selama 5thn berapakah nilainya,sedangkan teksi dibeli secara tender dan yang telah reject dari proton untuk kegunaan teksi.jangan kita bercakap bongkak dan sombong menghina dan menyalahkan pemandu teksi semata-mata.adakah penumpang itu semuanya baik,kalau jawapan kamu ada ya maka tidak ada seorang pun pemandu teksi dirompak,dibunuh dan sebagainya.pemandu teksi kesemua anda gelar kurang pelajaran,kenapa anda yang berpelajaran menaiki teksi yang tidak menggunakan sedangkan anda banyak pilihan.soal kawasan siapa yang meluluskan semua ni?sepatutnya anda siasat apa puncanya terlebih dahulu,sebelum membuat ulasan,cuba tanya 30,000 pemandu teksi lembah klang adakah mereka setuju apa yang spad buat,soal permit 1malayasia itu janji pm,spad tak pernah,spad lebih rela permit di pajak kepada syarikat.

    BalasPadam