COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Isnin, 11 Jun 2012

PROGRAM BANTUAN TAYAR TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA (TRIMa) -UPDATE

Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari laman ini

Berkaitan dengan posting saya sebelum ini berkenaan Perhimpunan Teksi Rakyat 1 Malaysia bersama YAB PM, ramai rakan-rakan tertanya-tanya berhubung Bantuan Tayar Untuk Teksi. Oleh yang demikian, saya kongsikan serba sedikit catatan yang saya dapat dari taklimat di Kelab Golf JPA, Bukit Kiara.

IDEA

Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.

OBJEKTIF BANTUAN
  1. Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
  2. Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
  3. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-). 
KELAYAKAN
  1. Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
  2. Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
  3. Memiliki kad pemandu yang sah,
  4. Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
  1. Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
  2. Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti. 
  3. Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
** Link borang boleh di cetak melalui link berikut... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/tr1maapplicationformbmv51.pdf

TERMA DAN SYARAT VOUCHER
  1. Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
  2. Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
  3. 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
  4. Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
  5. Tidak boleh ditukar dengan tunai.
  6. Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)
Untuk senarai panel kedai tayar Goodyear dan Continental..., sila buka link yang saya sertakan di atas posting ini...

39 ulasan:

  1. KALAU TEKSI BAWAH COMPANY CMNE?BOLEH APPLY SENDRI ATAU UNDER COMPANY?

    BalasPadam
  2. KALAU BWH KOPERASI ATAU PERSATUAN...BOLEH TAK WAKIL YANG HANTARKAN.ATAU PEMANDU SENDIRI YANG KENA HANTAR BORANG TERSEBUT

    BalasPadam
  3. Lia:
    1. Boleh apply sendiri ataupun melalui syarikat
    2. Kalau melalui koperasi atau persatuan pun boleh. Wakil boleh hantar..., hantar sendiri lagi baik...,

    BalasPadam
  4. teksi saya dalah milik oleh company
    Boleh apply sendiri ataupun melalui syarikat

    BalasPadam
  5. terima kasih dengan bantuan nie tapi kami tetap mahukan permit syarikat dibekukan dan keluarkan permit individu.. selain itu sistem teksi berkupon dihapuskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan anda. Penghapusan sistem kupon sesuatu yang bagus juga..., cumanya yang perlu kita pastikan..,

      1. Apakah dengan penutupan sistem kupon ini semua teksi akan menggunakan meter?

      2. Bolehkah pemandu yang menggunakan meter itu dipastikan tidak mengambil kesempatan atas penumpang dengan menggunakan jalan jauh...?

      3. Apakah penguatkuasaan SPAD mampu?,

      Saya mengalu-alukan sekiranya saudara memberikan alasan lengkap kenapa sistem kupon ini perlu dihapuskan dengan segera.... Beberapa persoalan yang turut bermain di fikiran saya ialah;-

      1. Apakah sistem kupon ini menzalimi pemandu walhal pemandu mendapat lebih sedikit dari kadar meter?

      2. Apakah penumpang tidak gembira membayar kadar kupon yang tetap?

      3. Difahamkan terdapat banyak sekali aduan terhadap perkhidmatan teksi, Kenapa tiada kedengaran di dalam mana-mana media massa pengguna mengadu berkenaan sistem kupon ini?. Yang selalu kita dengan aduan pemandu tak berdisiplin, tak pakai meter, kenakan caj lebih, kasar dengan penumpang dan seumpamanya.

      Sekadar pandangan peribadi saya selaku pemandu teksi yang beroperasi di Putrajaya Sentral....

      Padam
    2. 1. memang diakui tak semua pemandu teksi menggunakan meter dan ada segelintir yg enggan menggunakan meter. pemandu yg bangang nie lah biasanya mencalarkan imej pemandu-2 teksi di Malaysia. tapi sebagai seorang penumpang, dia berhak membuat aduan jika terkena dengan pemandu sedemikian. jika pemandu tak mahu mengunakan meter, jgn naik teksi mereka, pulaukan pemandu sedemikian.

      2. tak semua pemandu tu jujur. ada juga yg pakai songkok haji tapi masih nak menipu penumpang. sebagai seorang penumpang, mereka berhak menegur jika pemandu cuba menipu laluan. jika alasan yg diberi tak munasabah, turun dan buat aduan ke 15888. begitu juga dengan pemandu, jika nak guna laluan yg lain, minta kebenaran dulu dengan penumpang.

      3. apa guna penubuhan SPAD kalau mereka sendiri tak mampu membanteras segelintir pemandu teksi yg degil atau mereka sendiri tak berani nak tutup sistem kupon. pernahkah kita terfikir, milik siapakah syarikat-2 yg menjalankan sistem kupon nie?

      1. sistem kupon bukan saja menzalimi pemandu bahkan juga menzalimi penumpang. jika waktu jem dan sesak, kebanyakan teksi tidak mahukan sistem kupon. ini menyusahkan penumpang yg terpaksa beratur lama menunggu teksi yg masuk ke tempat berkupon. pernahkah mereka kaji kadar yg mereka tetapkan diwaktu kesesakan? saya pernah cuba mengambil penumpang ditempat berkupon di waktu kesesakan terutama lepas jam 5 ptg. kadar kupon yg diterima RM 5.60 tapi meter saya menjangkaui RM 8.00.

      2. ada ke yg gembira jika terpaksa membayar lebih untuk membeli kupon dr kadar meter yg biasa mereka bayar. kenapa mereka tidak menjelaskan kepada penumpang bahwa hanya 90% sahaja jumlah yg dibayar kepada pemandu?

      3. memang benar jika dilihat dlm media masa, banyak perkara negatif yg dilemparkan kepada pemandu teksi. perkara yg baik jarang dikeluarkan. harus diingat, wartawan juga adalah penumpang. kenapa mereka tidak mencuba memandu teksi dan merasai sendiri pengalaman sebagai pemandu?
      jika nak buka pintu tertera sticker " TEKSI INI MENGGUNAKAN METER", belakang kerusi depan pun ada sticker etika dan piagam pemandu, di cermin tepi belakang pun ada stiker, dan dibonet belakang pun ada sticker aduan SPAD. kadangkala dah macam kereta sarkas jadinya. dimanakah tempat aduan jika penumpang tak berpuashati dengan sistem kupon ini? tak kan nak sms ke 15888. nak adu ke media? hehehe mintak maaflah, dr 100 cerita kat media, 1 jer bleh dipercaya.

      Padam
    3. Saya adalah pemandu teksi budget di Johor Bahru. Bagi pendapat saya memang sistem berkupon tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana sistem ini adalah sistem yang zalim terhadap penumpang dan juga pemandu.

      1- Menzalimi penumpang:- Penumpang terpaksa membayar lebih sehingga 10% dari apa yang pemandu dapat,manakala pemilik syarikat kupon dengan mudah mengambil untung dengan hanya bermodalkan pondok dan dua orang petugas sahaja. Bukankah lebih baik keuntungan 10% ditukar dengan memberi kenaikan kadar harga tambang meter?

      2-Menzalimi pemandu:- Sistem ini juga merugikan pemandu teksi terutamanya pada puncak dan juga ketika melalui lampu isyarat yang banyak. Contohnya dari Plaza Angsana Johor Bahru ke Johor Jaya saya menerima kupon sebanyak Rm 16.40. Memandangkan kini telah bertambah banyak lampu isyarat, maka untuk ke Johor Jaya memakan masa yang lebih lama dan kadar meter telah berlebihan dari biasa kepada Rm 21.00. (Rugi 4.60).Bukankah ini merugikan pemandu teksi?

      Oleh itu bagi pendapat saya, tindakan yang perlu dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) adalah:-

      1-Membatalkan sistem berkupon:- kerana sistem ini merugikan penumpang dan juga pemandu teksi.

      2-Menaikkan Kadar saat :- Kerana kadar 10sen untuk setiap 21 saat pada kadar kelajuan dibawah 20km/j ini adalah punca kerugian pemandu. Ini bermakna hanya Rm 18 sejam.Boleh untung ke? Mungkin SPAD kata untung.. Tapi dia kira ke berapa jam pemandu teksi beratur/berjalan-jalan untuk mendapatkan seorang penumpang?SPAD kira ke berapa banyak gas/petrol dibazirkan untuk mendapatkan seorang penumpang? Pendapat saya, SPAD perlu kaji semula kadar tambang teksi.

      Batal permit syarikat:- SPAD perlu membatalkan semua permit syarikat teksi dan pemilik permit individu yang tidak lagi bertugas sebagai pemandu teksi.SPAD perlu telus dalam pemberian permit hanya kepada pemandu teksi yang benar-benar memandu teksi.Kadar sewa yang mahal adalah punca utama pemandu tidak menggunakan meter. Apa yang saya lihat banyak pemandu yang menyewa teksi dari pemilik permit individu, sedangkan pemilik permit tersebut langsung tidak memandu teksi.

      4-Tingkatkan penguasaan:- SPAD perlu tingkatkan penguasaan/penyamaran sebaik sahaja kadar harga dinaikkan.Apa yang saya lihat penguatkuasaan SPAD hanyalah sekadar hangat-hangat taik ayam..

      Ini hanyalah sekadar pendapat saya sahaja, jika ada salah dan silap harap di maafkan. Kepada pemandu lain sila bagi komen dan berikan pendapat anda pula..

      Padam
    4. Pemandu Teksi KL Sentral30 Julai 2012 pada 11:25 PTG

      Assalamualaikum, saya amat kagum dengan kesungguhan pemandu2 teksi di atas di dalam menegakkan keadilan kedua-belah pihak penumpang & pemandu. Bagi saya walau bagaimana pun cara atau undang-undang diperkasakan namun tanpa penguatkuasaan dari pihak berwajib tidak akan ada apa-apa kesan sekalipun. Kerana pihak berwajib kita di Malaysia ini yang saya nampak, mereka hanya membuat penguatkuasaan secara bermusim. Saya cadangkan pihak SPAD mengadakan operasi gempur pemandu teksi yang degil tak mahu guna meter ini setiap hari selama 6 bulan. Cuba tengok kesannya pasti akan ada perubahan. Saya yakin hanya dengan penguatkuasaan berterusan ini akan menyebabkan mereka yang degil ini akan berasa insaf. Demikian pendapat saya yang tidak seberapa ini. Terim kasih.

      Padam
  6. BILA PEMBAHAGIAN VOUCHER NH?DI BUKIT JALIL KAN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Difahamkan, sekiranya kita hantar borang melalui syarikat/persatuan danborang tersebut dihantar kepada LPKP sebelum Jumaat ini, kita boleh dapat voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil. Jika terlewat, kita masih boleh kemukakan borang permohonan terus kepada SPAD dan dapatkan voucher...

      Padam
  7. saya ingin mencadangkan agar permit dikeluarkan atas nama individu. sudah hampir 3 tahun permit dibekukan.. jika kita dah habis bayar sewa beli teksi pun masih kena bayar permit kat syarikat, dan mahal pula tu. mohon benarkan pengeluaran permit individu untuk setiap pemilik teksi sama ada sudah bayar penuh atau dalam sewa beli lagi... mohon tuan usahakan nasib semua pemandu teksi. terim kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..., saya juga sangat tidak setuju dengan syarikat teksi yang sewakan permit sampai RM25 sehari..

      Padam
    2. Salam semua... saya amat prihatin terhadap isu permit individu lebih bagus dari permit yang dikurniakan kepada Syarikat. Ini adalah kerana apabila perkataan KURNIA maka pihak syarikat sewenang wenang tarik penggunaan permit bila dia suka.. seperti mana yang saya sendiri dah kena. Di Penang, Permit teksi saya ditarik balik oleh Syarikat Lancaran Aman hanya kerana ada pihak lain tawarkan nak bayar lebih... Skrg ni ada kereta tak ada permit....nama keta pun syarikat tak mau tukar sampai skrg.. Nasib

      Padam
  8. MACAM MANA DGN TEKSI YANG BARU SAJA SAYA BOOKING,ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON UNTUK BANTUAN TAYAR TERSEBUT SELEPAS TEKSI SAYA DAH KELUAR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tiada maklumat lah berkenaan perkara ini.. Harap pihak SPAD dapat memberi maklumat yang lebih jelas...

      Padam
  9. Bagaimana pula untuk rakyat Sabah?

    BalasPadam
  10. bagaimana untuk pemandu teksi d sabah di mana nak ambil borang

    BalasPadam
  11. KAMI PEMANDU TEKSI D SABAH NAK TANYA, SEBAB KAMI PUN RAKYAT MALAYSIA JUGA BAGAIMANA DAN DI MANA KAMI NAK DAPATKAN BANTUAN TAYAR TU?

    BalasPadam
  12. Pastinya semua pemandu teksi di Malaysia layak mendapat bantuan tayar ini..., takkan pula mereka melupakan Sabah dan Serawak..

    Harap-harap pihak SPAD boleh segera memberi maklumat yang jelas kepada rakan-rakan teksi di Sabah dan Serawak pula..

    BalasPadam
  13. KAMI PEMANDU TEKSI DI SABAH SANGAT-SANGAT BERHARAP PIHAK SPAD DAPAT MENGUMUMKAN PERKARA INI PADA KADAR SEGERA JANGAN SAMPAI STOK TAYAR DAH TAK ADA

    BalasPadam
  14. assalamualaikum,sy cuba buka laman yg ada untuk alamat kedai2 tayar yg menyertai skim ini tapi gagal..di mana sy boleh dapatkan alamat2 itu...sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila pm sy jikalau saudara ada list tu kat ayeddx@yahoo.com ..thanks..

      Padam
    2. Senarai Dealer Goodyear..

      http://www.spad.gov.my/sites/default/files/1.tr1madealerscodelist-goodyearv10.pdf

      Senarai Dealer Continental..

      http://www.spad.gov.my/sites/default/files/2.tr1madealerscodelist-continentalv1.0.pdf

      Saya buka ok aje...,

      Padam
  15. ENCIK SALEH, KENAPA KAMI PEMANDU TEKSI D SABAH TIDAK D BERIKAN BANTUAN TR1ma SEDANGKAN SABAH PUN MALAYSIA JUGA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya semua pemandu teksi layak menerimanya. Saya juga percaya kerajaan ada perancangan khusus untuk tuan2 di Sabah.., cumanya buat masa ini saya tiada maklumat mengenai program pengagihan voucher tayar ini di Sabah.

      Padam
  16. Ya betul tu, kenapa kami selalu di anak tirikan dalam hal begini

    BalasPadam
  17. Ya betul, kalau begitu bagus cakap bantuan tayar teksi semenanjung saja barulah betul

    BalasPadam
  18. MAKLUMAN KEPADA RAKAN-RAKAN PEMANDU DARI SABAH DAN SARAWAK. Saya dimaklumkan oleh pegawai SPAD bahawa semua pemandu teksi layak. Memandangkan tiada cawangan SPAD di sana, sila download borang dari link yang saya nyatakan di atas posting ini.

    Sila lengkapkan borang tersebut beserta salinan kad pengenalan dan kad pemandu. Poskan ke alamat yang dinyatakan di borang.

    Voucher anda akan dipos oleh SPAD terus ke rumah anda.

    Setakat ini sahaja yang saya tahu buat masa ini.

    Terima kasih

    BalasPadam
  19. Untuk dapatkan senarai panel kedai tayar Goodyear dan Continental . saya tak dapat cari

    BalasPadam
  20. 90% pemandu teksi kl PENIPU! yg selebihnya 10% baru nak belajar MENIPU! Sorry... Ini pgalaman sy selama 3 tahun hidup d kl.

    BalasPadam
  21. saya pernah menggunakan perkhidmatan teksi di stesen komuter kajang..kereta teksi yang senantiasa ada dikawasan tersebut tanpa perlu menelefon.saya telah menngunakan khidmat teksi untuk pulang ke rumah iaitu dikawasan kajang perdana..meter menunjukkan RM8.80 dan pabila saya memberi RM10,wang baki tidak dikembalikan...memanglah hak saya untuk memintanya kembali tapi saya memikirkan tahap keselamatan saya kerana pada ketika itu adalah waktu bekerja dimana tidak ramai orang di kawasan perumahan saya.tambahan pula,banyak kisah rogol yang berlaku yang melibatkan teksi.pandangan negatif tetap tidak dapat ditepis kerana ianya dapat dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga di kemudian hari.saya takut jika selepas ini pemandu tersebut akan mengecam saya dan berbuat apa-apa..

    -DahLia-

    BalasPadam
  22. mcm mana nk cari nama panel tayar..link tu xde pun

    BalasPadam
  23. abd malik bin abd rahim26 Ogos 2013 pada 11:27 PTG

    permit atas nama ibu saya dan saya adalah pemandu kedua.
    ibu saya tiada lesen memandu dan hanya ada lesen pengendali.bolih ksh ibu saya memohon tayar percuma.

    BalasPadam
  24. Tahun ini pun ade ke - 2014

    BalasPadam
  25. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah GST dan lain2 yang diterangkan secara jelas. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri, package service kereta dan tayar moto pun ada...

    BalasPadam
  26. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah GST dan lain2 yang diterangkan secara jelas. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri, package service kereta dan tayar moto pun ada...

    BalasPadam
  27. bos tayar basikal ada kaa

    BalasPadam