COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Isnin, 2 Julai 2012

PERMIT TEKSI SYARIKAT = PERHAMBAAN MODEN

Salam 1Teksi...
24 Jun yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia telah menyebut bahawa pemberian permit kepada syarikat teksi yang kemudiannya menyewa teksi kepada pemandu adalah SISTEM PERHAMBAAN ZAMAN MODEN. Saya percaya bahawa ungkapan yang menusuk hati pemilik syarikat teksi ini dibuat oleh PM secara spontan sebagai refleks kepada ucapan alu-aluan oleh Presiden Petekma (Yufof Lahir) sebelum itu. Difahamkan bahawa Yusof Lahir juga secara spontan memohon hanya permit individu kepada pemandu teksi walaupun tiada dalam teks ucapan.


Hasil dari ucapan PM tersebut serta arahan beliau kepada Y.B. Pengerusi SPAD untuk mencadangkan formula kepada kerajaan untuk menghapuskan permit syarikat, mungkin rakan-rakan pemandu tertunggu-tunggu bilakah berita baik tersebut akan diumumkan. Bagi syarikat teksi pula, mungkin ada yang sedang memikirkan apakah langkah terbaik dalam memastikan keberadaan syarikat mereka dalam industri teksi terus kekal. Yang menariknya, ada juga kalangan pemilik syarikat ini yang menganggap bahawa ucapan PM tersebut sekadar mengambil hati bagi memancing undi pemandu teksi.., wallahuaa'lam.


Saya amat berharap PM ikhlas dengan ungkapan tersebut serta memastikan SPAD mangambil tindakan proaktif dalam melaksanakannya. Walaubagaimanapun, masyarakat pengguna sebenarnya tidak mempedulikan samada permit teksi ini milik siapa. Bagi mereka, yang penting adalah mutu perkhidmatan teksi yang terbaik. Tiada gunanya kalau semua teksi di Malaysia nanti milik individu, namun pemandunya masih ramai tidak menggunakan meter, kotor, busuk dan tidak berdisiplin.

3 ulasan:

  1. "Saya amat berharap PM ikhlas dengan ungkapan tersebut serta memastikan SPAD mangambil tindakan proaktif dalam melaksanakannya. "Walaubagaimanapun, masyarakat pengguna sebenarnya tidak mempedulikan samada permit teksi ini milik siapa. Bagi mereka, yang penting adalah mutu perkhidmatan teksi yang terbaik."
    - pengguna memang tak peduli tetapi pemandu teksi pasti pedulikan...

    "Tiada gunanya kalau semua teksi di Malaysia nanti milik individu, namun pemandunya masih ramai tidak menggunakan meter, kotor, busuk dan tidak berdisiplin."
    - kalau permit yg disewa dr sykt pun sama juga kan...sykt bkn peduli pun

    BalasPadam
  2. Assalaamualaikum..
    Terus terang, saya kurang mengetahui dunia pemandu teksi.. Benarkah ada individu yg memegang begitu byk permit teksi??

    tp..ada saudar saya yg hidup senang dgn bekerja sbg pemandu teksi..

    Apa2pun.. Apa jua bidang kita, dan sbg rakyat..tentunya keadilan lah yg kita harapkan..

    T kasih atas kunjungan ke blog saya.. Saya amat menghargai nya.. Salam..

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam Yob Mad..,

    Difahamkan begitulah..., sbb tengok kat atas jalanraya macam bnyk sgt teksi milik sesebuah syarikat. tapi saya x la pasti sangat sbb maklumat pemilik hanya ada di SPAD.

    Bawak teksi nie, kalau jujur, ikhlas, rajin..., rezekinya berkat..., insyaAllah boleh juga hidup senang seperti org lain..., :-)

    BalasPadam