COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Khamis, 22 November 2012

PANDUAN MENGURUSKAN KEWANGAN HARIAN TEKSI

Salam 1 Teksi. Posting kali ini sekadar perkongsian pengalaman dan idea sahaja. Jika pembaca merasakan pendapat saya ini salah, saya suka juga mendengar pendapat lain yang mungkin lebih baik dan saya boleh belajar dari tuan/puan juga... :-)

Sebagai pemandu teksi, kita sebenarnya adalah seorang peniaga yang menjual perkhidmatan kita kepada pelanggan. Dalam mana-mana perniagaan, kita sepatutnya membezakan entiti kita sebagai pemilik perniagaan  (perkhidmatan teksi) serta perkhidmatan yang kita tawarkan. Rujuk gambar di bawah..


Apa yang menjadi masalah selama ini ialah tidak mengasingkannya. Apa sahaja kutipan yang kita dapat, maka kita akan gunakan untuk apa sahaja samada untuk makan, minum, belanja kawan, beli barang dapur dan lain-lain. Maka hasilnya kita seperti tiada pendapatan tetap ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Untuk memudahkan kita menguruskan kewangan kita dengan lebih baik, saya cadangkan supaya kita menentukan berapakah gaji yang kita perlukan sebulan (contoh RM2,500.00 sebulan), kemudian kita tentukan pula berapa kos perkhidmatan teksi yang perlu perkhidmatan teksi yang kita jalankan ini menanggungnya, seperti sewa/ansuran bulanan, kos penyenggaraan, insurans dan lain-lain. Setelah kita menentukan peruntukan gaji dan kos operasi ini, maka kita akan dapat menentukan berapakah pendapatan yang perlu kita dapatkan setiap hari. Contoh pengiraan adalah seperti berikut;-

KOS PERKHIDMATAN TEKSI
PERKARA              RM

Gaji pemandu          2,500.00

Sewa/ansuran teksi          1,200.00

Kos penyenggaraan             200.00

Road tax/Puspakom dll             100.00

Tabungan kecemasan             200.00

Toll, makan, minum semasa bertugas             300.00
JUMLAH TAMBANG PERLU DIKUTIP SEBULAN          4,500.00
JUMLAH PURATA TAMBANG HARIAN (26 HARI)             173.08

Selepas kita menentukan kadar gaji dan kos operasi yang lain seperti di atas, maka jangan lagi kita menggunakan kesemua kutipan harian kita seperti sebelum ini. Cara mudah untuk mengelakkan diri kita menggunakan wang kutipan harian sewenangnya ialah dengan mendapatkan sejumlah wang sebagai modal pusingan. Contohnya dapatkan modal pusingan sebanyak RM300.00 dan wang ini hanya digunakan untuk menampung kos operasi sahaja. Kutipan tambang yang kita dapat pula terus disimpan di dalam akaun bank. Jika wang RM300 tadi telah kehabisan, maka keluarkanlah lagi RM300 untuk membiayai kos operasi bagi hari berikutnya. Cukup sebulan, kita keluarkanlah dari akaun bank RM2,500.00 sebagai gaji kita dan lain-lain jumlah untuk bayaran sewa/ansuran bulanan dan lain-lain. Hanya wang gaji RM2,500.00 sahaja kita gunakan untuk menyara diri dan keluarga. Jangan lupa, kita kena pastikan juga hasil tambang yang kita kutip sekurang-kurangnya RM4500 sebulan atau purata RM173.08 sehari. Nak gaji lebih..? mahirkanlah diri anda dengan perkhidmatan teksi serta "work smarter and harder".

Mungkin ada yang akan kata "mana boleh kita mendapat RM173 sehari, nak dapat RM100 pun susah. Kita ini ditekan lagi dengan tokey teksi yang zalim, kerajaan zalim tak bagi permit individu, saman AES lagi kena bayar, saman SPAD, saman JPJ, orang asing pun bawak teksi sekarang, teksi dah berlambak sangat..., bla-bla...."

Pendapat saya, di satu sudut kita patut meluahkan masalah yang kita tanggung selama ini dan kita berhak berjuang untuk menuntut sesuatu yang lebih baik. Ambillah kesempatan diambang pilihanraya ini untuk menuntut sesuatu (yang baik) untuk diri dan komuniti kita. Namun, di satu sudut yang lain, kita mesti akur bahawa bukan semua yang kita hendak kerajaan akan bagi. Nanti kalau kerajaan baru mengambil alih pimpinan negara pun, mustahil bagi mereka memenuhi kesemua kehendak kita. Maka untuk mengatasi halangan ini, kita sendiri kena berusaha dan berubah. Hidup dalam keadaan yang sentiasa rasa benci serta marah kepada orang lain hanya akan membuatkan diri kita bertambah derita. So, be positive..., jangan terlalu negative.

15 ulasan:

  1. Salam sejahtera... saya ingin tahu beberapa perkara berkenaan ngan teksi badget...

    1. Apakah akan terjadi apabila pemilik permit teksi meninggalkal dunia?

    2. Adakah pewaris(isteri/anak) boleh memohon utk permit itu ditukar kdp nama mereka?

    3. Berapakah jumlah permit teksi di mansuhkan setiap tahun dan adakah jumlah ini diganti ngan permit utk pemohon baru?

    4. Apakah sebab permohonan teksi dibekukan dan kenapa permohonan hanya boleh dibuat apabila ia dibuka semula?

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera..,

    Setakat pengetahuan saya, [ermit teksi pada dasarnya bukanlah harta yg boleh diwariskan. Namun biasanya LPKP (dulu) biasanya membenarkan pertukaran milikan permit teksi daripada ayah kepada isteri atau anak. Rasanya SPAD turut akan menimbangkan permohonan sebegini.., (Rakyat Didahulukan..) Boleh mohon di pejabat SPAD di kawasan masing2.

    Berkenaan jumlah permit teksi yang dimansuhkan serta sebab pembekuan permit.., hanya pegawai SPAD yang mempunyai maklumat tersebut.

    Setakat yang saya tahu, pembekuan sementara ini bertujuan untuk memastikan bilangan teksi adalah bersesuaian dengan bilangan pengguna. Sekarang ini terdengar rungutan mengenai terlalu banyaknya teksi di atas jalanraya. Kesannya ialah pemandu tidak boleh survive dengan pendapatan harian mereka. Kewujudan perkhidmatan teksi eksekutif juga tidak jelas halatujunya..., Wallahu Aa'lam

    BalasPadam
  3. Salam en salleh . Hari tu sy ada tel syarikat en salleh, katanya kalu nak mohon teksi mohon bulan julai. Lama sangat jadi saya bercadang nak mohon di company mahligai property kat pj. En saleh ada komen pasal com ni tak? Deposit 5k, harian 45 tanpa radio. Manatahu en ada kawan kat company tu. nak tahu ok atau tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau taxi Saga mahal tu..., tapi apa boleh buat..., syarikat teksi ni akan ambil kesempatan atas kita berdasarkan keadaan..., dulu super cab sewa RM40 aje sehari.., deposit RM3000. Saya tiada komen tuan, cuma kalau dah mula bawak teksi nanti kerja2 betul2, disiplinkan diri berkenaan masa..., target harian dn yg paling penting jaga nama baik pemandu teksi semua..., (jangan potong.. :-)

      Padam
  4. Salam bang,

    Sy plan nk amik sewa beli teksi saga..kalau sy bermastautin/kerja di luar kawasan operasi koperasi abg, boleh tak sy apply jd ahli dan sewa beli teksi dgn koperasi abg?

    tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..,

      sebenarnya boleh sahaja jadi ahli koperasi.., kwsn operasi koperasi lembah kelang..., cuma malangnya kami tiada teksi baru skrg nie...., teksi eksekutif terpakai ada lah..., NazaRia...

      Padam
    2. Salam bang,

      kalo cmtu agak2 bila teksi baru masuk bang? Nak kena book dulu ke cmne? Sy keje ingt nk bawa part time, adik sy le yg nk bawa full time..kira nk join venture le ni..

      tk

      Padam
  5. Salam ....idea tuan selalunya bernas ...tq untuk perkongsian

    BalasPadam
  6. Salam.Bang, nak tanya, kalau sewa harian teksi dengan abang bleh bawak area kl ke atau terhad setakat di putrajaya sahaja? berapa sewa harian & berapa deposit @ charge2 lain?

    BalasPadam
  7. sekarang Koperasi Putrajaya nie xde teksi baru utk sewabeli..., yg ada cuma teksi eksekutif nazaria terpakai, deposit + syer koperasi dll RM3500, sewa harian RM65 termasuk tabung...,

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. sekarang banyak tempat jam, taxi motor kan baik, boleh pass jalan jammed dengan pantas

    BalasPadam
  9. Salam,saya ingin menjadi pemandu teksi fulltime,lesen,psv smua saya dh ada,cuma yg belum ada adalah teksi.masalah saya deposit.saya ingin tahu ada x teksi yg x tidak ada deposit.saya juga ingin mendapat tunjuk ajar Dan info berkaitan teksi.boleh ke deposit tu dibayar secara ansuran.mohon pertolongan.

    BalasPadam
  10. Salam, saya mencadangkan supaya pemandu-pemandu teksi mempunyai perlindungan takaful yang berpatutan dibawah koperasi.

    hanya serendah RM 1 sehari atau RM30 sebulan sahaja pemandu-pemandu teksi akan mendapat manfaat berikut:

    1. Kematian akibat kemalangan sehingga RM 60,000
    2. Hilang upaya kekal kibat kemalangan sehingga RM60,000
    3. Kematian biasa sehingga RM 30,000
    4. Manfaat penyakit kritikal sehingga RM 15,000
    5. Manfaat pengkebumian RM 1000
    6. Manfaat harian hospital RM 45 sehari ( dapat membantu mengurangkan bayaran harian teksi jika pemandu terlantar di hospital)
    7. Hilang upaya kekal akibat biasa sehingga RM 30,000
    8. Hilang upaya kekal separa sehingga RM 30,000
    9. Rawatan kamalangan sehingga Rm 1000
    10. Pemandu-pemandu akan mempunyai simpanan yang boleh dijadikan simpanan kedua untuk persaraan.

    bagi persatuan-persatuan teksi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya di yusufetiqa@gmail.com

    BalasPadam
  11. Your opinion is really superb whatever you have discussed here; a taxi can really deals with the monetary problems.

    taxi cambridge to london

    BalasPadam