COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Jumaat, 8 November 2013

CADANGAN SEMAKAN SEMULA KADAR TAMBANG TEKSI KEPADA SPAD


Pada 18 Oktober 2013 lalu SPAD mengadakan Mesyuarat Semakan Semula Kadar Tambang Teksi bersama pengusaha-pengusaha teksi Lembah Kelang. Lebih kurang 21 pengusaha teksi yang hadir termasuk Dato' Aslah, Dato' Alias, Tn. Hj. Abdul Jalil, Frankie (Public Cab) dan lain-lain. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi mengumpulkan pendapat pengusaha teksi berhubung cadangan SPAD mengkaji semula kadar tambang teksi. Pendekatan SPAD ini amat baik kerana mengambil kira pendapat semua pihak sebelum menentukan kadar kenaikan bagi memastikan kenaikan tambang nanti tidak menjejaskan permintaan pengguna terhadap perkhidmatan teksi.

Sebagai pemandu, kita inginkan kenaikan yang semaksima mungkin. Namun, sekiranya kenaikan terlalu mendadak, pengguna akan beralih kepada perkhidmatan pengangkutan lain ataupun membeli kereta sendiri. Lebih-lebih lagi, kenderaan semakin murah sekarang. Keadaan ini pastinya menjejaskan pendapatan pemandu. Tiada gunanya mendapat kenaikan tambang 40% tetapi permintaan penumpang menurun 50%.

Sebagai penumpang pula, pastinya kita tidak inginkan kenaikan langsung tanpa penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Namun perlu difahami bahawa kenaikan harga sesuatu perkhidmatan atau produk bukanlah semuanya bersamaan dengan peningkatan kualiti. Mohon juga pertimbangkan faktor bahawa perkhidmatan teksi bukanlah perkhidmatan yang terlalu kerap digunakan penumpang. Ia selalunya menjadi pilihan terakhir selepas kenderaan sendiri dan perkhidmatan bas. Kenaikan tambang teksi ini tidak menjejaskan pengguna secara mendadak berbanding kenaikan harga petrol yang menyebabkan banyak barangan lain turut naik.

Kadar kenaikan tambang teksi ini saya cadangkan seperti berikut;


Saya mencadangkan surcaj bagi perjalanan jauh melebihi 50KM atas faktor sukarnya mendapat penumpang lain dari kawasan yang jauh kembali ke pusat bandar. Contohnya perjalanan dari KL ke Seremban. Apa lagi apabila pemandu teksi mempunyai banyak persatuan yang "kononnya berkuasa" mengawal sesuatu perhentian teksi. Apabila saya menghantar penumpang ke Seremban, saya tidak boleh "queue" di stand teksi Seremban, begitulah juga bagi teksi dari Seremban ke Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun mungkin pengenaan surcaj ini boleh dibuat secara berperingkat. Contohnya lingkungan 20KM tiada surcaj, 20 - 30 KM dikenakan 10%,  30 - 40 KM 25%, 40 - 50 KM 35% dan 50% bagi jarak jarak melebihi 50KM.

Akhir sekali, saya menyerahkan kepada SPAD untuk mempertimbangkan cadangan ini bersamaan dengan cadangan-cadangan lain yang diterima dari semua pihak. Pastinya SPAD akan turut mengambil kira faktor kos operasi, sara hidup pemandu, kemampuan pengguna dan keadaan ekomoni semasa. 

Semoga kajian semua kadar tambang ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia.

7 ulasan:

  1. Tambang Tak Perlu Di Naikkan Ia Akan Membebankan Penguna Nanti Lagi Susah Pemandu Teksi Nak Cari Makan ( Customer) Sebab Bila Harga Terlalu Tinggi Kos Penguna akan Bertambah dan Membenankan Penguna,Adalah Lebih Baik Jika Pihak SPAD Dapat Membantu Dengan Mendapatkan Subsidi Minyak Dari Kpdnkk Bagi Mengurangkan Kos Bahan Api Yang Tinggi Di Samping Itu Juga Berharap Pihak SPAD Dapat Menyediakan Skim Insuran Kenderaan Yang Mana Mejority Pengankutan Awam Hanya Mampu Membeli Insuran Thirt Party Saja Sebab Insuran First Party Terlalu Tinggi.

    BalasPadam
  2. Baguslah kalau pemandu sendiri berfikiran sedemikian. Harap lebih ramai lagi pemandu seperti Fadzlan Abdullah yang membantah kenaikan kadar tambang teksi ini. Tidak lah menyusahkan kerajaan (SPAD) menangani bantahan dari pengguna sekiranya kadar tambang dinaikkan kelak....

    BalasPadam
  3. Saya menyokong cadangan kenaikan kadar tambang ini, namun mungkin kenaikan kadar "flag fall" dari RM3 kepada RM4 serta kenaikan surcaj tempahan dari RM2 kepada RM3 agak kelihatan terlalu mendadak serta memberi kesan kepada permintaan perkhidmatan teksi. Untuk makluman, perkara ini juga dibangkitkan semasa mesyuarat dengan SPAD tersebut. Ada antara peserta yang mencadangkan agar kadar tersebut dinaikkan 50 sen sahaja berbanding sebelum.

    Cadangan mengenakan surcaj luar kawasan pada saya adalah munasabah bahkan ramai pemandu yang mengenakan caj "sendiri" sekarang ini.

    Berkenaan teksi eksekutif, saya rasa tiada keperluan untuk dinaikkan kadarnya memandangkan kadar sedia ada agak sesuai dengan kos operasi, cuma masalahnya ialah penumpang masih belum bersedia sepenuhnya untuk menggunakan teksi ini. Jika dinaikkan, ia akan memberikan kesan lebih teruk.

    Kenaikan kadar tambang teksi bajet juga akan menggalakkan penumpang untuk memilih perkhidmatan eksekutif apabila jarak perbezaan kadar tambang tidak terlalu ketara.

    Untuk makluman juga, SPAD bukan sahaja mengadakan perbincangan ini dengan pengusaha, mereka juga memanggil persatuan-persatuan pemandu teksi. Cuma mungkin mereka tidak berkesempatan memanggil semua sekali kerana terlalu banyak persatuan teksi.

    BalasPadam
  4. Saya menghormati pendapatan saudara Fazlan Abdullah yang membantah kenaikan kadar tambang ini, sebaliknya meminta SPAD mengurangkan kos operasi dengan cara pemberian subsidi alat ganti, subsidi bahan bakar serta premium insurans first party yang munasabah. Bahkan saya menambah, bahawa SPAD perlu memberikan subsidi sebanyak 20% dari harga kenderaan untuk dijadikan teksi. Dengan pemberian subsidi sebegini, barulah pemandu boleh survive dengan kadar tambang sedia ada.

    Namun, persoalannya..., adakah kerajaan mampu atau "MAHU" menanggung semua itu dalam keadaan kerajaan sedang mengurangkan subsidi petrol, mengurangkan subsidi gula dan minyak masak dan dalam keadaan kerajaan akan melaksanakan GST pada tahun 2015...?

    Berbalik kepada kadar tambang teksi, kalau kita menolak kajian semula oleh SPAD sekarang ini dan dalam masa yang sama permohonan subsidi juga tidak diberikan..., bagaimana kita hendak "survive" bagi menampung kos operasi dan sara hidup yang sedang dan akan meningkat?. Kita perlu ingat, kajian tambang hanya dibuat setiap 3 tahun sekali, kita sudah terlewat sebenarnya kerana kenaikan sebelum ini dibuat pada tahun 2009, sepatutnya kenaikan dibuat pada tahun 2012 lagi.

    Jika tidak dinaikkan sekarang, kita perlu tunggu tahun 2017 pula untuk kenaikan berikutnya.

    BalasPadam
  5. Bagi sy cadangan dri rm3 ke rm4 tidak perlu dinaikkan, begitu juga 115 meter pertama tidak perlu di naikkan kepada 15sen, cukuplah kita pendekar 100 meter kepada 10sen.

    BalasPadam
  6. Bagi sy la..klu kerajaan nk tolong pemandu teksi xpyh baucer tayar ker...subsidi ker..buka meter rm3 dh ok...call rm2 dh ok...cuma pendekan 100meter 10 sen dn waiting time tu dr 21 saat ker 15 saat 10sen...klu time jem teksi bgerak bwah 20km sejam jarak dh tidak diambil kira padahal teksi bergerak...sbb tu time jln jem driver buka harga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendekan 115meter ke 100meter seposen...dan waiting time dr 21 saat ker 15 saat seposen...rm3 untuk buka meter dgn rm2 untuk call dn 50% untuk midnight dh ok...klu jarak lebih dri 30km naikkn 10% dh cukup...tol kurangkn 60% untuk teksi...yg ln xplu rasanya...

      Padam