COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 2 November 2013

SURCAJ TAMBANG RM12 KE KLIA DIMANSUHKAN


Salam 1 Teksi,

Mungkin sebahagian rakan pemandu teksi tidak sedar bahawa surcaj tambang (RM12.00) ke KLIA telah dimansuhkan oleh SPAD melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2013 bertarikh 15 Mei yang lalu.

Untuk makluman pembaca yang merupakan pengguna teksi, surcaj KLIA ini adalah caj tambahan ke atas bacaan meter teksi sekiranya destinasi penumpang ke KLIA kerana sebelum ini teksi bandar tidak dibenarkan mengambil penumpang dari KLIA ke luar. Sebagai contoh, jika bacaan meter dari Presint 9 Putrajaya ke KLIA ialah RM33.00, ia akan ditambah RM12.00 menjadikannya RM45.00 yang perlu dibayar pengguna.

Pemansuhan ini dibuat SPAD bersekali dengan membenarkan teksi bermeter mengambil penumpang dari KLIA.

Saya tidak pasti respon pemandu lain mengenai isu ini kerana tidak mendengar lagi sebarang rungutan pemandu melalui persatuan masing-masing. Namun secara peribadi saya kurang bersetuju kerana pemansuhan ini sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik.

Mungkin pada tanggapan SPAD, apabila pemandu teksi sudah boleh mengambil penumpang dari KLIA, maka surcaj itu tidak perlu lagi digunakan. Pemandu yang sebelum ini mendapat RM45 sahaja bagi trip dari Presint 9 ke KLIA, akan mendapat RM66 apabila mereka dapat mengambil penumpang lain dari KLIA ke Putrajaya. Lebihan pendapatan untuk pemandu ini hanya boleh dinikmati sekiranya pemandu yang menghantar penumpang ke KLIA terus masuk “queue” dan dalam masa yang singkat (kurang 30 minit) mengambil penumpang berikutnya ke pusat bandar.

Namun secara amalannya, begitu ramai rakan-rakan pemandu yang rajin menunggu sehingga sanggup bergerak kosong (tanpa penumpang) dari pusat bandar ke KLIA. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap teksi bermeter tidak seimbang dan kesannya pemandu terpaksa menunggu begitu lama.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak ekonomik bagi pemandu dari Putrajaya yang menghantar penumpang ke KLIA untuk menunggu antara 1 hingga 3 jam bagi mendapatkan penumpang dari sana.

Akhirnya, pemandu yang sebelum ini mendapat RM45 bagi perjalanan yang sama akan mendapat hanya RM33 walaupun terpaksa menanggung kenaikan kos operasi yang terus meninggi.

Mungkin boleh dipertimbangkan agar hanya pemandu yang menurunkan penumpang di KLIA sahaja boleh masuk "queue" bagi mendapatkan penumpang berikutnya supaya tidak berlaku lebihan teksi pada satu-satu masa.

Mungkin rakan-rakan pemandu lain ada pendapat yang berbeza, harap boleh dikongsikan untuk faedah bersama.

4 ulasan:

  1. masalahnya kadang2 saya menunggu terlalu lama. pernah menunggu sehingga 7 jam. bila dapat customer hanya ke lcct. adakah berbaloi tunggu q lama2 di klia

    BalasPadam
  2. Sy membantah cadangan ini, bukan semua pemandu akan Q di klia bila menghantar penumpang, ramai dah yg kena saman kerana mengenakan suchj ini, disebabkan ramai pemandu tidak mengetahuinya .

    BalasPadam
  3. Dengar cerita ada rakan2 pemandu yang menganjurkan perhimpunan pada 21 hb Jan 2013 nanti di ibupejabat SPAD bagi membantah pemansuhan surcaj ini.... Mungkin elok juga supaya SPAD dapat memberikan perhatian yang lebih terhadap isu ini.... WallahuAa'lam

    BalasPadam
  4. Minta tlg sahkan perkara ini. Boleh juga turut serta. Saya setuju semua perkara diatas. Tak semua pemandu teksi yg sanggup Q lama utk dptkn nombor.daripd tggu berjam2 baik balik cari passenger ditempat lain lagi baik. Tidak ptt lah kalau dimansuhkan surcaj rm12 ke KLIA. Macamn pemandu taxi nak cari income. Segala bagai kos dah naik sekrg ni. Minyak naik.. blm lg tol naik. Belum kira maintenance teksi lg.. semua tu perlu diambil kira. Minta tolong SPAD kaji semua perkara yang tlh lama digunapakai ini lepas tu nak mansuh pula.... 1 Malaysia keutamaan Rakyat terutamanya kebajikan pemandu-pemandu teksi perlu diUtamakan. Sekian.

    BalasPadam