COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Selasa, 12 November 2013

PEMANDU LEBIH SUKA SISTEM KUPON ATAU METER...?

Salam 1 Teksi

Erm.., seminggu dua nie macam banyak pulak masa dan sempat menulis beberapa entry kat blog nie..., ;-)

Kali ini nak berkongsi sedikit berkenaan pendapat pemandu teksi sendiri samada mereka benar-benar tidak mahukan sistem kupon atau mereka mahukannya kerana lebih menguntungkan.

Memandangkan terdapat ura-ura pemansuhan sistem ini kepada sistem "kaunter teksi" dimana penumpang hanya membayar kepada pemandu berdasarkan meter. Koperasi Pengangkutan Putrajaya yang mengendalikan sistem kupon di Putrajaya Sentral dan Perhentian Teksi Jabatan Imigresen Putrajaya membuat soal selidik terhadap pemandu dan juga pengguna terhadap sistem manakah yang menjadi pilihan mereka.

Minggu lepas, saya berjaya mendapatkan 100 pemandu yang beroperasi di Putrajaya Sentral dan Jabatan Imigresen Putrajaya bagi mendapatkan maklumbalas dari mereka. Untuk makluman, hanya sekitar 50 orang sahaja dari mereka adalah ahli Koperasi. Soalan dan temuan yang saya peroleh dari 100 orang pemandu ini ialah seperti berikut;

  1. Adakah pemandu berpuashati dengan perkhidmatan sistem kupon yang dikendalikan Koperasi di Putrajaya Sentral?. 91% pemandu menjawab Ya dan 9% menjawab Tidak.
  2. Apakah pemandu bersetuju agar sistem kupon dimansuhkan dan diganti dengan menggunakan meter sepenuhnya?. 89% pemandu Tidak Bersetuju berbanding 11% Bersetuju.
  3. Dengan sistem kupon, pemandu akan memilih laluan mana bagi menghantar penumpang?. 79% menjawab akan memilih laluan paling dekat atau cepat sampai. Bakinya menjawab mengikut laluan yang dikehendaki penumpang.
  4. Jika menggunakan meter, pemandu akan memilih laluan mana bagi menghantar penumpang. 64% menjawab akan menggunakan laluan jauh yang lebih menguntungkan. 36% bakinya menjawab akan menggunakan laluan terdekat.
Dalam masa yang terdekat, Koperasi akan cuba mendapatkan maklumbalas penumpang pula. Rancangan saya untuk mendapatkan maklumbalas mereka dari perkara berikut;-
  1. Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan teksi berkupon yang dikendalikan di Putrajaya Sentral?.
  2. Adakah anda bersetuju terhadap cadangan untuk memansuhkan sistem ini dan anda hanya membayar terus kepada pemandu berdasarkan bacaan meter?.
  3. Dengan sistem kupon sekarang ini, adakah anda mendapati pemandu mengunakan jalan terdekat/tercepat untuk anda sampai ke destinasi?.
  4. Jika menggunakan meter, adakah anda yakin pemandu akan menggunakan jalan terdekat/tercepat?.
InsyaAllah, maklumbalas ini nanti sedikit sebanyak bermanfaat kepada Koperasi dan juga pihak berkenaan dalam membuat sebarang dasar dalam perkhidmatan ini. Maklumbalas ini juga bermanfaat kepada Koperasi untuk bermuhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan yang wujud.

4 ulasan:

  1. Operasi Kounter Di Lapangan Terbang Dan Kawasan Peranginan Penting Bagi Menyediakan Perkhidmatan Kepada Penguna Khususnya Amat Penting Bagi Pelancong Yang Datang Di Negara Kita Kerana Semua Sudah Maklum Tentang Bidang Teksi Di Seluruh Dunia Iaitu Teksi Tidak Akan Lari Dari Masalah Over Charges Walaupun Memang Benar Harga Tersebut Dan Pelancong Yang Selalu Menjadi Mangsa Ataupun Pemandu Yang Menjadi Mangsa Keadaan,Adalah Amat Baik Jika Perkhimatan Kounter Di Teruskan Terutaman Di Lapangan Terbang Supaya Pelancong Tidak Rasa Di Tipu Oleh Pemandu Teksi Dan Pemandu Teksi Juga Tidak Mempunyai Masalah Tentang Bayaran Kerana Mejoriti Pelancong Yang Baru Tiba Tidak mempunyai Wang Malaysia Atau Pun Wang Kecil.

    BalasPadam
  2. Kalau kita bertanya kepada yg Q di sesuatu tempat berkupon memang mereka menyokong, kalau bertanya kepada pemandu teksi yg bebas, tidak suka Q di sesuatu tempat memang mereka membantah, pada sy biar sistem berkupon diberikan kepada koperasi shj bukan syarikat..tq

    BalasPadam
  3. Klu tya driver kt putrajaya sentral mmg la suka pakai kupon sbb area situ semua antar penumpang ke area putrajaya, cyber jaya paling2 pulau meranti...jalan xjem...klu dekat sunway piramid pkai kupon nk ker midvalley klu pukul 530 ptg harga kupon rm18...klu pakai meter boleh pergi rm21 ringgit...kupon ni boleh pakai klu kawasan xjem jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pasengger dh bijak...klu time jln xjem diaorg mna mau beli cupon...dia org order myteksi jer...ezcab ker dn lain2 lh...klu time waktu puncak tu jln tgh jem tu baru lh nk beli kupon...

      Padam