COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 22 November 2014

Uber dan Grabcar

Dah lama jugak saya tak post sesuatu dalam blog.., terpesona dengan FB., tetapi kelemahan FB ialah susah nak cari balik posting kita yang terdahulu..., lebih2 lagi posting yang xde orang yang nak baca... hehe

Berkenaan Uber, pernah sekejap saya post berkali-kali (di FB) untuk menimbulkan kesedaran mengenai ancaman yang dibawanya. Alhamdulillah, sekarang ini sudah ramai rakan-rakan pemandu yang sedar, namun adakalanya kempen boikot yang kita buat memberikan iklan percuma kepada Uber. Harapnya kita lebih berwaspada.

Belum pun reda dengan isu Uber ini, kita diperkenalkan pula dengan perkhidmatan baru yang dinamakan PHV (Public Hire Vehicle) atau dalam Bahasa Melayunya ialah "Kereta Sewaan Awam". "Bijak pandai" di atas sana selalu membuat tanggapan mudah bahawa cara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi ialah dengan menukarkan jenis kenderaan. Pada saya cara ini salah, cara yang sepatutnya ialah dengan meningkatkan modal insan pemandu.

Walau bagaimanapun, sebagai pemain industri (pemandu) kita perlu menyesuaikan diri dan bersedia dengan kewujudan PHV. Ini lebih baik daripada kita hanya membantah dan terus membantah tanpa membuat apa-apa persediaan. Kepada persatuan yang membantah dasar-dasar PHV dan Uber.., saya menyokong tindakan tuan-tuan, sila teruskan..., namun dalam masa yang sama saya ingin mengajak tuan-tuan untuk bersedia sekiranya (selalunya macam tu la) bantahan kita tidak dipeduli.

Berbalik kepada isu Uber dan Grabcar, rumusan yang saya buat ialah;-
  1. Uber terus wujud disebalik operasi-operasi oleh JPJ dan saman yang dikeluarkan, malah bilangan kenderaan Uber terus meningkat. Saya sendiri masih boleh mendaftarkan kenderaan persendirian saya sebagai kenderaan Uber X, 
  2. Kewujudan kelas lesen PHV (yang tidak dapat disekat) akan memberi ruang kepada Uber untuk mengesahkan perkhidmatan Uber Black dan Uber Lux mereka. Manakala UberX terus dipertahankan mereka kerana mereka berpegang kepada prinsip perkongsian kenderaan dikalangan pengguna jalanraya,
  3. Uber secara jelas menyatakan bahawa musuh kepada perniagaan mereka ialah perkhidmatan teksi,
  4. Penerimaan pengguna kepada Uber terus meningkat dengan drastik kerana persepsi negatif pengguna kepada perkhidmatan teksi, dan
  5. Kerajaan secara "politiknya" akan membiarkan isu Uber ini tidak berkesudahan bagi memenangi kehendak majoriti pengguna yang semakin suka dengan Uber.
Bagaimana kita nak mengatasi 5 faktor di atas bagi menyekat Uber?
  1. Adakah kita mampu menyekat Uber walhal kerajaan (JPJ) pun terkial-kial?
  2. Adakah kita mampu menyekat kewujudan kelas perkhidmatan PHV?
  3. Adakah kita mampu untuk memastikan semua pemandu teksi beroperasi dengan ramah, mesra, kenderaan bersih, penampilan diri yang kemas serta mengenakan tambang ikut meter bagi menarik kembali sokongan masyarakat kepada kita?
  4. Adakah bilangan undi kita (pemandu) lebih banyak dari undi pengguna perkhidmatan teksi?.
Melihat kepada ketidakseimbangan ini, maka pilihan kita yang ada hanya 2 berikut;-
  1. seperti pepatah inggeris "if you can't beat them, join them", atau
  2. "the enemy of our enemy is our friend" iaitu bekerjasama dengan pesaing Uber dengan syarat-syarat yang kurang menjejaskan kita.
Saya pilih yang kedua..., harapnya kawan2 tidak membuat pilihan yang pertama....

Pesaing Uber yang paling kuat ialah Myteksi melalui aplikasi Grabcar nya. Saya dan beberapa rakan telah beberapa kali berdebat dan berbincang dengan pihak MyTeksi, dan nampaknya pihak MyTeksi sangat mendengar dan mereka bersetuju dengan permintaan kami antaranya;-
  1. pastikan permintaan kepada perkhidmatan grabcar hanya dari kalangan pelanggan yang sememangnya menginginkan kemewahan sahaja, oleh yang demikian, kadar tambangnya hendaklah melebihi kadar meter teksi eksekutif (lebih tinggi sekurang-kurangnya 25% ke atas),
  2. memberikan keutamaan kepada pemandu teksi sedia ada untuk memandu PHV Grabcar, dan
  3. membantu pemandu teksi sedia ada untuk membiayai pembelian kenderaan PHV sekiranya mereka memilih untuk menukar permit teksi eksekutif mereka kepada PHV.
Pastinya beberapa pengendali apps teksi lain akan marah dengan dengan pendirian saya dan beberapa rakan ini, tetapi apakah persediaan anda dalam menghadapi ancaman Uber?. Atau anda masih mahu jatuh menjatuh sesama pengendali apps teksi dan akhirnya membiarkan diri anda di "bunuh" oleh Uber...

5 ulasan:

  1. Asalamualaikom.
    Jika susah cari makan dengan membawa teksi, yg dipenuhi berbagai2 kenkangan, apasalahnya kita mengunakan kereta persendirian dengan aplkasi uber pula, tampa perlu puspakom, membeli insurans penumpang,boleh pickup di airport keluar kawasan tampa perlu memohon kebenaran spad dan banyak lagi kebebasan diperolehi dri pada membawa teksi.

    BalasPadam
  2. Saya terfikir jugak nk buat macam tu..., barulah dinamakan persaingan yg adil...., :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bapak nkau drebar teksi, tentu nkau x buat gitu.

      Padam
    2. Kalau bapak nkau drebar teksi, tentu nkau x buat gitu.

      Padam
    3. tu dia arbi arbaei hasad dengki x abis2.. kalo bapak aku drebar teksi aku soh dia buat grabcar.. buat ape kayakan syarikat teksi kalau dah harga melampau2.. berenti sewa teksi beli kereta sendiri buat uber/grabcar.. untung sendiri makan sendiri..

      Padam