COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Selasa, 17 Februari 2015

Bantuan Kemanusiaan Komuniti Teksi Kepada Mangsa Banjir

17 Feb. 2015

Alhamdulillah Misi Kemanusiaan Komuniti Teksi yang bertujuan untuk mengumpul kutipan dari kalangan ahli-ahli persatuan teksi dan orang awam berjaya juga dilaksanakan. Walaupun sasaran asal program ialah kutipan tunai sebanyak RM20,000.00, namun kekangan masa serta ketiadaan pengalaman menyebabkan hanya RM9,610.55 sahaja yang berjaya dikutip. Namun, ini tetap membuktikan komuniti teksi sentiasa peka dan sedia membantu masyarakat yang ditimpa bencana.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak rakan-rakan yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada En. Saiful Nizam (Kuala Lumpur Taxi Driver Club - KLTDC) dan En. Kamal (Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia) atas cetusan idea bagi usaha ini. Saya bagi pihak KPPCB dan GKPMB hanya sekadar membantu bagi menjayakannya.

Untuk makluman semua penderma, jumlah kutipan yang diperolehi melalui persatuan dan koperasi teksi yang terlibat adalah seperti berikut;-
  1. Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Bhd : RM1,000.00
  2. Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Bhd. : RM3,724.55
  3. Pemandu dan penumpang teksi Putrajaya Sentral : RM1,936.00
  4. Tabung Lembaga KPPCB : RM700.00
  5. Kuala Lumpur Taxi Driver Club : RM615.00
  6. Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor : RM460.00
  7. Koperasi Jurupandu Usahawan Limosin KLIA Bhd. : RM215.00
  8. Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia : RM140.00
  9. Mohd Amir bin Mohd Nin : RM140.45
  10. Mohd Kamal bin Mohd Shariff : RM680.00
JUMLAH SUMBANGAN DITERIMA : RM9,611.00

Semua sukarelawan yang terlibat dalam misi ini telah bersetuju untuk mengagihkan sumbangan ini dengan bekerjasama dengan kariah Masjid Al-Falah USJ 9 bagi membina bangsal sementara kepada penduduk Kuala Krai, Kelantan. Anggaran kos bagi bangsal ini ialah sekitar RM2,000.00 seunit. Komuniti teksi menyumbangkan RM4,000.00 bagi membina 2 unit bangsal sementara ini.

Bagi menyampaikan sumbangan seterusnya, kami telah bersetuju menghantar 4 orang wakil komuniti teksi untuk bersama-sama rombongan Masjid Al-Falah USJ 9 ke Kuala Krai pada 19 hingga 21 Februari ini. Baki sumbangan akan diagihkan samada dengan cara membeli barangan dan menyampaikannya kepada mangsa ataupun hanya memberikan sumbangan tunai kepada ketua keluarga yang diziarahi nanti. Sebahagian kecil kutipan ini akan digunakan untuk belanja perjalanan sukarelawan ke sana.
Bersama sukarelawan Masjid AL-Falah USJ 9

19 Feb. 2015

Wakil komuniti persatuan dan koperasi teksi yg diwakili oleh saya, Ust. Mukhtaruddin, En. Mohd Amir dan Muhammad Ajwad (anak saya).

Selepas sarapan pagi dan taklimat oleh Tn. Hj. Sham (ketua misi), kami bertolak ke Kuala Krai kira-kira jam 10.00 pagi.

Kesesakan jalanraya serta beberapa kali kami berhenti rehat, alhamdulillah akhirnya kami sampai di Kg. Dusun Nyiur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Kami ditempatkan di sebuah khemah yang dipasang atas tapak rumah yang telah musnah.


20 Feb. 2015

Sebaik selesai solat subuh, Tn. Hj. Sham sekali lagi memberikan taklimat berhubung pembahagian kumpulan dan gotong royong serta lawatan ke Kg. Picu.

Bagi memudahkan pengurusan saya menyerahkan sumbangan tunai dari komuniti teksi yang saya bawa sebanyak RM5,000.00 kepada Tn. Hj. Sham. (RM2,000.00 untuk kenduri kampung yang dijadualkan malam nanti dan RM3,000.00 untuk disumbangkan kepada penduduk). Setakat ini, jumlah sumbangan yang telah diserahkan adalah sebanyak RM9,000.00.



Suasana Kg. Dusun Nyiur
Sebelum sarapan, kami meninjau keadaan kampung..., masyaAllah..., mangsa banjir masih tinggal di dalam khemah dan keadaan ini sudah berlarutan hampir 2 bulan...,Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh sukarelawan yang ditugaskan, kami mula bergotong royong untuk membangunkan semula rumah Ust. Azman (imam kampung) yang telah musnah. Satu kumpulan lagi ditugaskan untuk merobohkan sebuah rumah yang separuh roboh (tak boleh dibaiki semula).
Rumah Ust Azman yang hanya tinggal tapak

Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir (Nazir Masjid Al-Falah USJ 9 - Bekas CEO Proton) tiba kira-kira jam 9.00 pagi dan beliau terus bergotong royong bersama-sama kami.

Kami berhenti kira jam 1.00 tengahari untuk menunaikan solat zohor dan asar (jamak) dan makan tengahari.

Kira-kira jam 3.00 petang, kami bertolak ke Kampung Picu yang memerlukan kami menaiki bot ke sana. Jarak masa perjalanan dari Kg. Dusun Nyiur ke Kg. Picu adalah kira-kira 1 jam setengah. Sebaik tiba, kami terus ke rumah Pak Cik Hassan. 
Bertolak ke Kg Picu

Rumah Pak Cik Hassan
Antara keperluan yang disumbangkan kepada penduduk
Penduduk yang terharu dengan bantuan yang diberikan


Menyampaikan sumbangan RM950.00 untuk 19 buah keluarga
Kampung Picu turut dilanda banjir, beberapa rumah yang berada berhampiran sungai telah musnah, rumah yang berada di atas bukit juga ditenggelami air. Namun tiada bantuan yang sampai ke kampung ini, mungkin kerana ketiadaan jalan darat. Terdapat 19 buah keluarga yang tinggal di sini. Datuk Syed Zainal menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM100.00 bagi setiap keluarga, kami menambah sebanyak RM50.00 menjadikan setiap keluarga di sini mendapat sumbangan tunai RM150.00. Belanja sumbangan komuniti teksi setakat ini ialah sebanyak RM9,950.00. Kami bertolak pulang ke Kg Dusun Nyiur kira-kira jam 5.40 petang.

Selepas isyak, kami mengadakan majlis tahlil untuk 2 orang penduduk yang meninggal dunia (kira-kira seminggu yang lalu), diikuti kenduri kampung yang disumbangkan oleh komuniti teksi. Kira-kira 130 orang penduduk menyertai program ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM100.00 bagi setiap 23 ketua keluarga di kampung ini.


Datuk Syed Zainal memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada penduduk

Kenduri Kampung




Menyampaikan sumbangan tunai (RM100.00) kepada setiap keluarga di Kg Dusun Nyiur


21 Feb. 2015

Selepas bersarapan pagi, kami sekali lagi bergotong royong membangunkan semula dan membaiki rumah penduduk.






Alhamdulillah, tiang rumah Ust Azman telah didirikan. Semoga penduduk kampung dapat meneruskan kerja menyiapkannya. 

Kami menamatkan kerja kira-kira jam 1.30 petang untuk solat zohor, makan tengahari dan bergerak pulang.

Penutup

Sekian sahaja laporan saya untuk misi kali ini. Insya Allah kalau ada lagi sumbangan tunai dari rakan-rakan, saya sedia untuk sekali lagi.

Terima kasih juga kepada Masjid Al-Falah USJ 9 kerana sudi menerima kami untuk menyertai program mereka. Tanpa mereka, kami mungkin hanya beli barang-barang keperluan (yang mungkin tidak diperlukan) dan hantar kepada mangsa. Namun, dengan mengikuti program ini, kami dapat menyelami keadaan sebenar mangsa serta memberikan bantuan berdasarkan keperluan. 

Musibah banjir ini benar-benar menginsafkan betapa Allah boleh mengambil semula nikmat dan kesenangan kita dengan sekelip mata. Ia juga menguji kita sejauh mana kita menganggap saudara sebangsa dan seagama di sini sebagai saudara. 

Terima kasih kepada semua penderma, semoga Allah SWT membalas sumbangan kalian dengan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah.

2 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    BalasPadam