COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Rabu, 16 September 2015

PEMANDU SEBAGAI USAHAWAN TEKSI

Salam 1 Teksi...,

Pada 15 September 2015, saya telah dijemput oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk menyampaikan ceramah kepada 120 orang rakan-rakan teksi yang menerima bantuan deposit teksi dari MAWIP. Pihak MAWIP memaklumkan bahawa ramai sekali antara penerima bantuan ini yang gagal memanfaatkan bantuan kerana teksi mereka ditarik atau menyerahkan kepada pihak lain. Jika skim bantuan ini gagal membantu asnaf, maka MAWIP mungkin terpaksa mengkaji semula bantuan ini dan jika ini yang berlaku, maka rakan-rakan asnaf yang memerlukan bantuan ini di masa hadapan akan menjadi mangsa.

Berdasarkan maklumat ini, saya menyediakan kertas pembentangan dengan tajuk "Pemandu Sebagai Usahawan Teksi".

Catatan ringkas ceramah saya adalah seperti berikut;-

  1. Istilah "Pemandu", "Jurupandu" atau "Usahawan"?. Saya berpendapat istilah yang lebih tepat ialah "Usahawan Teksi". Perkataan pemandu lebih bermaksud kepada perbuatan seseorang yang memandu kenderaan. Seorang doktor juga akan menjadi "pemandu" semasa dia memandu kereta peribadinya. Saya menemui maksud istilah "usahawan" sebagai "seseorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan". 
  2. Pekerjaan sebagai "pemandu" ini tidak sesuai diistilahkan kepada pemandu teksi kerana mereka bukan bekerja, bahkan sebenarnya mereka sedang berusaha sendiri (menjual perkhidmatan) dengan risiko dan peluang yang sama dengan peniaga-peniaga lain. 
  3. Oleh yang demikian, saya mengajak peserta untuk mengubah persepsi salah dalam minda mereka dengan berubah menjadi seorang usahawan.
  4. Asas pertama untuk menjadi usahawan teksi yang berjaya ialah kena ada matlamat atau Visi, Misi dan objektif. Ia adalah berkenaan impian hidup seorang usahawan, imej yang ingin dibawa dengan perniagaannya serta langkah-langkah yang perlu dia buat untuk mencapai matlamatnya. 
  5. Asas ke-2 ialah pemasaran (marketing). Saya mencadangkan mereka mengamalkan konsep 7P dalam pemasaran iaitu Product, Promotion, Place, Price, People, Process dan Physical. Melalui konsep ini, usahawan teksi perlu pastikan produknya iaitu kenderaan yang selesa, bersih dan wangi. Mesti mempunyai namecard dan membuat edaran flyer mengenai perkhidmatannya kepada pelanggan. Pastikan tempat kita beroperasi adalah lokasi yang sesuai dan ramai pelanggan (menjadi amalan rakan-rakan teksi untuk terus menjadi penunggu stand dengan bermain dam dan lain-lain walaupun tiada penumpang. Sepatutnya kita fikir untuk mencari lokasi lain yang lebih ramai). Pastikan mengenakan tambang berdasarkan kadar yang ditetapkan kerajaan (meter). Pastikan pemandu (kita) kemas, pakaian bersih, jujur, ramah dan mesra. Manfaatkan semua proses dalam mendapatkan penumpang seperti menggunakan "apps", medium pembayaran secara online atau kad kredit/debit. Pastikan setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kita mendapat pengalaman yang jauh berbeza dari teksi lain supaya kita dapat seramai mungkin pelanggan tetap.
  6. Asas ke-3 ialah menyediakan akaun perniagaan. Saya menggariskan 3 langkah untuk menyediakan akaun ini seperti berikut;- 
  7. Langkah 1, kita kena pisahkan entiti kita sebagai individu pemandu dan perniagaan perkhidmatan teksi yang kita usahakan. Menjadi amalan lumrah rakan-rakan yang mencampur adukkan entiti ini sehingga menyebabkan semua hasil tambang yang kita dapat dihabiskan untuk semua urusan tanpa mengambil kira sebahagian dari hasil itu perlu diasingkan bagi membiayai kos perniagaan kita.
  8. Langkah ke-2 ialah kita perlu mengira semua kos perniagaan termasuk gaji pemandu (kita), sewa teksi, penyenggaraan, keraian, toll, petrol, NGV dan lain-lain. Melalui pengiraan ini, kita dapat tentukan berapakah sasaran hasil yang mesti dicapai setiap hari. Dalam pembentangan ini, saya mencadangkan sasaran hasil RM270 sehari jika pemandu (kita) mahu mendapat gaji bersih sebanyak RM3,000.00 sebulan. 
  9. Langkah ke-3 ialah mencatatkan pendapatan dan belanja perniagaan kita. 
  10. Bagi mengatasi masalah usahawan teksi yang sukar mendapatkan pinjaman kerana kesukaran untuk kita membuktikan hasil pendapatannya, saya menyarankan supaya setiap hasil yang kita dapat disimpan dalam akaun bank. Gaji kita yang dikeluarkan dari akaun perniagaan juga disimpan ke dalam akaun simpanan yang lain. Jika diamalkan secara istiqamah, pihak bank akan dapat menilai keupayaan kita melalui hasil dari perniagaan teksi yang yang tercatat dalam buku bank. 
Dalam sesi penggulungan ceramah saya di atas..., sebahagian peserta nampaknya faham dan berminat untuk mengubah diri menjadi usahawan teksi.., namun sebahagian yang lain masih merungut-rungut mengenai permasalahan semasa yang dihadapi iaitu;-
  1. Teksi sapu haram yang menggunakan apps,
  2. Kerajaan tak bagi permit individu,
  3. Nak dapat RM100 sehari pun susah..., macam mana nak dapat RM270.00 sehari???
Saya akui permasalahan ini..., namun.., dari satu sudut kita boleh memperjuangkan isu-isu ini melalui persatuan-persatuan teksi. Namun, di satu sudut diri kita sendiri sebagai "usahawan" kita kena fikir apa yang kita boleh buat dan usaha untuk mengatasi halangan.

Fikirkan kenapa kita hanya mendapat RM100.00 walhal orang lain boleh mendapat lebih dari itu?
Fikirkan juga apa langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan hasil.

Seorang "USAHAWAN" akan terus berUSAHA untuk mengatasi setiap cabaran dan rintangan yang muncul dihadapannya supaya impian hidupnya dapat dicapai.

Wallahu A'alam..























4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan yang bagus dari pihak tuan. Saya berminat nak membawa teksi tetapi masih takut. Minta pendapat tuan mana yang lebih baik sama ada mencari penumpang di Barisan (stand) atau bergerak mencari penumpang.?

    BalasPadam
  3. Cara mengoperasikan teksi adalah bergantung kepada pemandu..., cuma.., jika kita mempunyai ciri2 seorang usahawan..., kita akan mengoperasikannya dengan cara yg paling menguntungkan. Ada waktunya lebih menguntungkan kita menunggu di stad dan adakalanya lebih menguntungkan kita bergerak mencari penumpang dikawasan yang banyak teksi diperlukan...

    BalasPadam
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam