COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 22 Oktober 2016

PASCA BAJET 2017 - CABARAN BESAR INDUSTRI TEKSI

1. Pengumuman YAB PM dalam Bajet2017 yg menggalakkan Kumpulan B40 menceburi perkhidmatan e-hailing merupakan satu lonjakan segera yang akan menyebabkan pemandu dan penumpang perkhidmatan Uber akan meningkat dengan ketara dalam masa terdekat.

2. Pengurangan permintaan teksi konvensional yang dialami sebelum ini akan menjadi lebih ketara. Untuk menjelaskan lagi kesan ini, saya kongsikan statistik permintaan teksi di Putrajaya Sentral telah merosot sebanyak 15% sebulan berbanding bulan yang sama tahun lepas (pengurangan 3,000 trip sebulan). Dengan pengumuman Bajet oleh YAB PM ini, sy menjangkakan permintaan teksi akan merosot sehingga 40% dalam tempoh 2 - 3 bulan ini.

3. Pemandu teksi nampaknya sedang "dipaksa" oleh "pasaran" untuk berubah samada dengan meningkatkan mutu perkhidmatan atau menceburi bidang kerjaya lain. Namun, apakah kerjaya yang sesuai mereka ceburi dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini?

4. Kumpulan B40 yang sedang digalakkan menjadi pemandu Uber akan dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka dari RM3,855 (pendapatan isi rumah sekarang) kepada RM5,355.

5. Peningkatan pendapatan kepada kumpulan B40 ini sangat signifikan bagi membantu mereka, namun, apa akan jadi kepada pemandu teksi yg juga tergolong dalam golongan yg sama (pendapatan isi rumah kurang RM3855)?.

6. Saya tidak pasti berapa ramai kumpulan B40 yang akan berjaya ditingkatkan pendapatan mereka (jika mereka membawa Uber). Tetapi saya boleh menjangkakan 40% (12,000 orang dari 30,000 pemandu teksi) pemandu teksi di Lembah Kelang terpaksa dimufliskan. Apakah langkah kerajaan untuk membantu mereka?

7. Module perniagaan Uber dan Grabcar juga merupakan satu isu besar yang perlu dikaji. Langkah kerajaan yang seolah-olah terlalu percaya kpd golongan kapitalis untuk memimpin industri e-hailing (teksi) sangatlah diragukan.

8. Lihatlah bagaimana nasib pemandu Uber di seluruh dunia. Bukankah dengan mudah kita boleh menemui bagaimana pemandu mereka "mogok" dan membantah keputusan pihak pengurusan Uber yang sangat menekan. Wajarkah dibiarkan pengendali Uber menyediakan "promosi tambang murah" yang mana kos promosi itu dibebankan (secara paksa) keatas pemandu yang juga terpaksa menanggung kos dan risiko kerjaya yang sangat tinggi (kemalangan, insurans dan penyenggaraan kenderaan).

9. Kerajaan perlu melihat semula isu ini dengan lebih menyeluruh. Sistem kawalan yang ketat oleh kerajaan terhadap modul operasi perniagaan e-hailing perlu diwujud dan dikuatkuasakan. Uber tidak boleh dibenarkan sewenangnya memanipulasi "lebihan sumber manusia (pemandu)" mereka bagi meningkatkan daya saing.

Wallahuaalam

5 ulasan:

  1. Logik ker tak kalau duit BR1M digunakan untuk bayar muka kereta utk grab dan uber?? Dan satu lagi persoalan, kerajaan sepatutnya beri galakkan supaya b40 diberi peluang untuk memandu teksi secara sambilan. Tak kiralah jadi pemandu kedua ker.. Tu pun ader kebaikan jugak. Tak begitu tuan??

    BalasPadam
  2. Manish Packers and Movers Pvt Ltd as a Services providing company can make all the difference to your Home Relocation experience. Indore based Company which offers versatile solutions, Right team that easily reduce the stress associated with a ??? Household Shifting, Vehicle Transportation. we help things run smoothly and reduce breakages and offer you seamless, Affordable, Reliable Shifting Services, Compare Shifting Charges, Visit :
    https://www.manishpackersmoversindore.in/
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-and-movers-indore.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/manish-packers-and-movers-indore.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-gurgaon.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-kolkata.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-mumbai.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-jaipur.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-nagpur.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-raipur.html
    https://www.manishpackersmoversindore.in/packers-movers-ahmedabad.html

    BalasPadam