COOP MyTeksi Hotline 1300 88 2667 (COOP)...

Ahad, 12 Julai 2009

3000 permit teksi individu akan dikeluarkan dalam masa 3 bulan

1. Pada 11hb. Julai saya berkesempatan menghadiri majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" yang diadakan di KLCC.

2. Kehadiran yang begitu ramai (melebihi sekali ganda dari jemputan) menggambarkan harapan rakyat yang begitu besar dengan pendekatan beliau.

3. Sempena majlis ini, beliau telah mengumumkan "11 hadiah kepada rakyat" dan sebagai pemandu teksi, saya tentunya tertarik dengan hadiah beliau yang ke-4 iaitu mengeluarkan 3000 lagi permit teksi individu dalam masa 3 bulan kepada pemandu teksi.

video

4. Pengumuman ini tentunya menggembirakan sebahagian pemandu teksi dan tentunya mendukacitakan pengusaha teksi kerana pengeluaran lebih banyak permit individu bermakna lebih banyak teksi akan dikembalikan kepada mereka yang mungkin akan tersadai.

5. Disebalik kegembiraan saya dengan pengumuman ini, timbul juga kegusaran ekoran lambakan teksi yang berlaku sekarang ini. Tambahan 3000 teksi lagi dalam masa 3 bulan akan datang tentunya akan lebih menyukarkan.

6. Lainlah sekiranya sebanyak 3000 teksi syarikat yang sedang beroperasi sekarang ini dijual kepada penyewa yang telah mendapat permit individu (3000 permit syarikat yang kenderaannya telah dijual kepada pemandu ini hendaklah dibatalkan bagi mengelak lambakan teksi)

7. Jika ini yang dilakukan, mungkin ia akan menggembirakan pemandu dan mengurangkan dukacita pengusaha kerana mereka dapat mengelak teksi mereka dari tersadai tanpa penyewa.

8. Semasa majlis bersurai, saya diberitahu bahawa Dato' Seri Najib (mungkin) tersilap membaca teks. Teks yang sebenar bermaksud kerajaan telah menerima 7000 permohonan permit teksi individu manakala 3000 telah diluluskan.

9. Saya yakin seluruh rakyat Malaysia tidak sanggup menerima kenyataan bahawa Datuk Seri Najib "tersilap membaca teks" di hari ke 100 beliau sebagai PM.

10. Penuh harapan saya agar YB. Datuk Seri Nazri dapat melaksanakan "hadiah" yang diumumkan YAB PM ini dengan cara yang amat bijaksana.

11. Mungkin cadangan saya di perkara 6 dan 7 boleh dipertimbangkan.

12. Saya merasa khuatir apabila mendengar khabar angin bahawa sebuah 'syarikat istimewa' telah mendapat kelulusan 700 permit teksi baru-baru ini. Semoga maklumat tersebut adalah palsu.

4 ulasan:

  1. dah lebih 3bulan tggu permit teksi yg di janjikan sebnyak 3ribu itu tapi tak keluarpn.janji hanya tggal janji.

    BalasPadam
  2. PERMIT TEKSI dikeluarkan hanya kpd isteri yang tidak pernah memandu teksi .Tetapi apa yang saya tidak puas hati saya merupakan ibu tunggal .
    MENGAPA SAYA TIAD DAPAT PERMIT .
    SAYA MOHON !!!!!!
    SAYA TIDAK MELANGGAR PERATURAN JALANRAYA !!!!
    Seperti yang sedia maklum 900 permit kepada wanita .

    100 UTK INDIA
    100 UTK CINA
    700 BUMIPTRA

    ........
    .........

    BalasPadam
  3. adakah ketinggian syarat utama untuk mendapatkan lesen psv?

    BalasPadam
  4. kerajaan sepatutnya bagije permit tu pada rakyat yang nak bawak teksi. dulu syarikat bleh bagi senang senang. kata rakyat didahulukan jadi bagi sajalah. sapa2 mintak bagi dia.10 000 permohonan ke berapa ke asal mereka betul2 bawak teksi kalau ada yang sewa tamatkan permit mereka.jamgan sembang je. kalau rakyat nak permitpun payah dan lembab nak bagi tapi kalau kroni 250 juta senang2 je bagi.itulah contoh rakyat(kroni)didahulukan.

    BalasPadam