COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Rabu, 13 Julai 2011

"BERSIH 02" sekadar muhasabah

Sejak lebih seminggu lalu, saya banyak membaca pendapat bloggers berhubung perhimpunan BERSIH. Saya pula tidaklah berkeinginan untuk menyemakkan lagi keadaan dengan memberi komen.
Hanya sebagai catatan (supaya tidak lupa), saya turut punyai pandangan peribadi berhubung hal tersebut;-
  1. Pada awalnya saya berasa gundah apabila dikhabarkan media massa wujudnya elemen ganas dalam perhimpunan ini. Siapa yang inginkan negara yang dikasihi ini dirosakkan.
  2. Pada awalnya juga saya menjangkakan perhimpunan tersebut tidak berjaya kerana telah banyak tangkapan dan sekatan jalanraya yang dibuat oleh PDRM, namun yang berlaku sebaliknya.
  3. Saya menjangkakan bahawa perhimpunan sebegitu amat membahayakan, namun setelah melihat video-video yang berselerak di laman maya ini, elemen keganasan oleh peserta boleh dikatakan tiada langsung.
  4. Saya percaya, sekiranya perhimpunan tersebut dibenarkan dengan kawalan ketat polis (bukan dihalang), ianya akan berjalan dengan aman malah merancakkan lagi perniagaan KL ini
  5. Saya juga pernah merasa pelik kepada penganjur Bersih ini, apa perlunya mereka berhimpun dan berarak beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM YDPA, sedangkan mereka boleh sahaja membuat temujanji dan menyerahkan memorandum tersebut dengan mudah. Namun, baru faham bahawa jika hanya begitu, tiada perhatian berat akan diberikan terhadap tuntutan mereka.
  6. Melihat terus kepada 8 senarai tuntutan Bersih itu pula, saya merasakan permintaan tersebut adalah munasabah bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada sistem pengundian di negara kita. Mereka bukannya meminta agar dijatuhkan mana-mana peminpin seperti di Mesir.

Dari peristiwa Bersih ini, mungkin sudah tiba masanya kita semua bersikap terbuka. Parti yang memerintah dan juga parti yang bakal memerintah perlu bersikap terbuka dengan suara/tuntutan rakyat (pengundi). Pastinya pengundi akan memangkah parti yang mendengar suara mereka. Dengan itu, tiada ruginya jika kerajaan mendengar dan menimbangkan suara/tuntutan Bersih tersebut.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob, pandangan yg seimbang...terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam org lenggong..

    kita berkongsi pandangan yg sama.. mengapa susah sgt pihak kerajaan dibawa berbincang.. atau sememangnya ada sesuatu yg tersembunyi..

    BalasPadam
  3. Bagaimana pula jika pemandu2 teksi membuat demo seperti bersih ...agak2 nya apa tindakan pihak polis . Demo kita lebih menuntut kebajikan pemandu teksi agaknya dilayan tak tuntutan kita atau kita akan diancam.....

    BalasPadam
  4. Setuju dengan pandangan saudara.
    Kepada Tampa nama.
    Kalau kepentingan politik memihak kepada mereka,kemungkinan akan dilayan,jika tidak maka bolayan

    BalasPadam