- Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini, semoga ianya menjadi yang terbaik berbanding Ramadhan sebelumnya.
- Ramai rakan teksi yang mengeluh sekarang ini kerana katanya tak ramai penumpang (mangkau). Seorang rakan yang memandu teksi Koperasi saya memohon agar dikecualikan tabung wajib sewaan teksi dia kerana kekurangan penumpang sekarang inilah kut...
- Hairan juga, yang berpuasa orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga turut kurang keluar di sepanjang bulan ini. Keadaan ini sangat terlihat kesannya kepada pemandu teksi (Airport Limo) di KLIA. Bagi teksi yang beroperasi di bandar, terasa juga perkara yang sama kecuali apabila hampir waktu berbuka, tetapi "traffic jam"nya pula sangatlah menyeksakan.
- Ramai rakan-rakan yang mula risau sekarang ini..., ye lah..., trip kurang, lepas puasa kena raya, untuk raya kena beli baju raya untuk anak-anak, belanja balik kampung dan lain-lain.
- Kita ini (pemandu teksi) agak berbeza dengan orang yang makan gaji, yelah..., diaorang dah tahu berapa diaorang dapat sebulan, mudahlah bajet menyimpan untuk saat ini, kalau sesak, boleh lagi mereka ikhtiar meminjam dengan slip gaji yang ada, kita ini, terpaksa bekerja kuat untuk itu, tapi kerja kuat mana pun, kalau dah tak ada orang nak naik..., nak buat macam mana lagi...?
- Kesian juga kepada rakan-rakan yang terpaksa meminjam dengan Ahlong...., yelah..., dah dia aje yang sudi bagi pinjam....
- Yakinlah bahawa Ramadhan ini adalah bulan yang sangat istimewa kepada kita semua, rintangan di dalamnya tersirat hikmah yang tak ternilai...,
- InsyaAllah, Allah kurniakan keadaan Ramadhan seperti ini kepada pemandu teksi adalah untuk mendidik kita supaya....,
- Supaya kita sentiasa bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa dan diselitkan dengan pembaziran beli nombor ekor, layan GRO dan perkara yang sia-sia yang lain,
- Supaya kita mengamalkan sikap menabung, jika wang yang kita bazirkan dengan rokok atau nombor ekor sebanyak RM15.00 sehari itu disimpan, tentu kita dah ada RM5,000.00 lebih sekarang ini kan....?
- Supaya kita boleh bersatu (berjemaah) contohnya di dalam koperasi agar dengan itu wang atau modal dapat dikumpulkan, dijalankan aktiviti perniagaan bersama dan boleh pula membantu kita dengan memberi pinjaman di saat-saat seperti ini.
Salam Ramadhan sekali lagi dari saya, ampun maaf atas segala salah dan silap....
salam..
BalasPadamt kasih krn sudi menjenguk ke blog saya..
saya ada terbaca kat blog 'aku dan teksi' milik saudara joyiman.. menurutnya, dia berkerja keras sebelum ramadhan utk menampung kurangnya pendapatan sewaktu ramadhan nanti.. mungkin itu langkah yg bijak kan..
salam kembali, begitulah kehidupan kami nie..., ibarat penoreh getah yang kena bekerja kuat/menyimpan sebelum tiba musim hujan atau musim meluruh...,
BalasPadam*** Lama sebelum ini sy terjumpa juga blog tuan, tp tengok heading tu terus ingatkan blog org mude2..., terus x baca...., bila Yong *Moh Kembara" kita tu bagitau semula blog tuan sebagai blog org perak..., baru saya baca..., best... hehe.
Saya org Lenggong, loghat oghang sane dah macam petani sikit..., tapi isteri saya oghang sayong..., hmm..., sebijik dengan loghat tuan..., :-))
Assalamualaikum Yob Salleh,
BalasPadamSalam Ramadhan Al-Mubaraq!
Begitu kisahnya ye Yob. Macam org noreh gak. Adik saya kat kg di Parit noreh gak. Tp sejak 2 bulan ni mengojekan doyan di dusun mak. Ada dpt makan dan buat tempoyak sikit, Alhamdulillah! Betoi kut gaya Yob Joyiman, keja pulun di lain bulan sbb di bulan Ramadhan kurang sikit hasil. Tapi sperti kata Yob, ni satu hikmah dariNya. InsyaAllah rezki ada bagi yg berkoje dgn ikhlas!
apa yg dikata joiman tu memang ada betolnya...tapi bagi pemandu teksi tu sendiri mesti ada disiplin,jangan kita salahkan bulan puasa pendapatan kita kurang setidak2nya kita mesti ada perancangan setahun,supaya apa juga dugaan atau rintangan dapat kita lalui.Sebusuk2nya cubale menabung rm5 sehari kalau setahun dah berapa yob,lupakan nombor ekor,lupakan nak kaya cepat bior sikit2 lama2 jadi bukit.Bagi teman yg dah bawak teksi hampir 10 tahun tak le seteruk mana dalam bulan puasa ni,setidak2nya dibulan puasa, masa kita banyak kat surau berkenal ngan kariah surau yg tak dapat kita jumpa pada hari2 biasa.Apa2 pun kalau kita koje kerana allah inshaalah murah rezeki....tepuk dada tanya selera....amin.
BalasPadam