Pagi tadi (18/8/2011) sekali lagi saya dijemput oleh PEMANDU untuk memberikan input terhadap kajian mereka berkenaan kos sara hidup pemandu teksi serta cadangan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Saya telah hadir bersama En. Mohd Suhaimi (Captain Suhaimi).
KAJIAN PENDAPATAN DAN
SARA HIDUP PEMANDU TEKSI
SERTA
CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN
SOSIO EKONOMI PEMANDU TEKSI
A- LATAR BELAKANG PENDAPATAN, KOS OPERASI DAN SARA HIDUP PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KELANG
1. Pemandu teksi berkhidmat untuk menghantar pelanggan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan bayaran tertentu. Pendapatan mereka tidak tetap kerana bergantung kepada permintaan oleh pengguna.
2. Rata-rata mereka bekerja melebihi 12 jam sehari bagi menanggung kos operasi yang sentiasa meningkat,
3. Purata kutipan harian dan kos operasi bagi seorang pemandu teksi adalah seperti di bawah;
ANGGARAN PENDAPATAN DAN KOS OPERASI PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KELANG | ||||
BIL | PERKARA | HARIAN | BULANAN | CATATAN |
| PENDAPATAN | | | |
1 | Kutipan sewa | 180.00 | 4,680.00 | Tempoh bekerja 14 jam 1hari & 26 hari 1bulan |
| JUMLAH | 180.00 | 4,680.00 | |
| KOS OPERASI | | | |
1 | Sewa teksi | 50.00 | 1,500.00 | Termasuk cukai jalan dan insurans |
2 | NGV | 26.00 | 676.00 | Termasuk RM5 sehari kos petrol |
3 | Penyenggaraan teksi | 27.40 | 712.51 | Rujuk Jadual Kos Penyenggaraan |
5 | Makan dan minum | 20.00 | 520.00 | Semasa bertugas |
| JUMLAH | 123.40 | 3,408.51 | |
PENDAPATAN BERSIH | 56.60 | 1,271.49 | |
4. Perincian kos penyenggaraan teksi adalah seperti di jadual berikut;
JADUAL KOS PENYENGGARAAN TEKSI JENIS WAJA CAMPRO @ SAGA BLM | ||||||
Bil | Perkara | Kali dalam sebulan | Kos 1 kali | Jumlah Sebulan | Jumlah Setahun | Catatan |
1 | Servis bulanan | 2 | 87.00 | 174.00 | 2,088.00 | Minyak enjin, air filter, oil filter dan upah |
2 | Tayar | 0.17 | 700.00 | 116.67 | 1,400.00 | Tayar, balancing dan alignment (2 kali setahun) |
3 | Brake disc/pad | 0.08 | 150.00 | 12.50 | 150.00 | Brake system |
4 | Timing belt | 0.11 | 350.00 | 38.79 | 465.50 | Timing belt, tensioner bearing, alternator belt |
5 | Bateri | 0.06 | 180.00 | 10.00 | 120.00 | Bateri jenis kering |
6 | Clutch plate | 0.04 | 400.00 | 16.67 | 200.00 | Sekali dalam tempoh 2 tahun |
7 | Absorber | 0.04 | 240.00 | 10.00 | 120.00 | Sekali dalam tempoh 2 tahun |
8 | Brake, clutch & gear box oil | 0.25 | 80.00 | 20.00 | 240.00 | Tiga kali dalam tempoh setahun |
9 | Top Overhaul | 0.03 | 1,400.00 | 38.89 | 466.67 | Sekali dalam tempoh 3 tahun |
10 | Major Overhaul | 0.03 | 4,500.00 | 125.00 | 1,500.00 | Sekali dalam tempoh 3 tahun |
11 | Lain-lain | 1 | 150.00 | 150.00 | 1,800.00 | Tuning, bulb, alignment, balancing, Puspakom dll |
JUMLAH | 712.51 | 8,550.17 | |
5. Anggaran kos sara hidup isi rumah pemandu teksi pula adalah seperti berikut;
ANGGARAN SARA HIDUP KELUARGA PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KLANG - 5 orang sekeluarga - | |||
BIL | PERKARA | JUMLAH | CATATAN |
1 | Sewa rumah | 800.00 | |
2 | Utiliti | 150.00 | |
3 | Belanja dapur | 500.00 | |
4 | Keperluan lain-lain | 300.00 | |
5 | Pendidikan dan kesihatan keluarga | 300.00 | |
6 | Simpanan kecemasan | 300.00 | |
| JUMLAH | 2,350.00 | |
6. Dengan pendapatan bersih bulanan sebanyak RM1,271.50 sebulan berbanding keperluan sara hidup sebanyak RM2,350.00 sebulan, keluarga pemandu teksi mengalami pendapatan yang DEFISIT sebanyak (RM1,078.50).
7. Kesan daripada ini, pemandu teksi terpaksa bekerja dalam waktu yang lebih panjang sehingga 18jam sehari tanpa rehat bagi menampung perbelanjaan malah ramai dari mereka yang meminjam dengan “ah long”. Kedudukan kewangan mereka menjadi lebih sukar jika mengalami kemalangan atau sakit teruk.
8. Keadaan ini juga menyumbang kepada pelanggaran undang-undang seperti menggunakan dadah untuk bekerja dengan lebih lama dan juga menipu pengguna dengan mengenakan tambang lebih.
9. Kemalangan akibat pemandu teksi yang mengantuk juga sering terjadi dan ini membahayakan mereka serta pengguna jalan raya yang lain.
B- CADANGAN BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN PEMANDU TEKSI
1. Terdapat 2 kaedah meningkatkan pendapatan pemandu iaitu;
1.1. Meningkatkan pendapatan pemandu dengan cara;
(a) Mewujudkan program pembelajaran berbentuk kursus wajib yang ditanggung oleh kerajaan (melalui INSKEN-Institut Keusahawanan Negara) bagi melatih pemandu untuk menguruskan akaun harian, disiplin kerja serta cara memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Mewujudkan sistem pembelajaran pemandu teksi ini juga boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia sesuai dengan melahirkan pemandu yang lebih berdisiplin dan mesra pelanggan.
(b) Meningkatkan kadar tambang teksi mengikut kesesuaian sesuai dengan peningkatan kos operasi. Namun ia sensitif kepada pengguna dan tidak popular.
1.2. Mengurangkan kos operasi pemandu dengan cara;
(a) Membenarkan kenderaan import yang tahan lasak dijadikan teksi. Antara jenis kenderaan yang dicadangkan adalah Chevrolet Aveo CNG/ NGV. yang dikeluarkan di Thailand yang terus dilengkapi dengan sistem NGV serta jaminan 3 tahun. Rujuk http://en.chevrolet.co.th/vehicles/view-all-vehicles/cars/aveo/models/aveo-cng-ngv.html
(b) Menghapuskan cukai jualan (sales tax) bagi kenderaan untuk dijadikan teksi,
(c) Subsidi harga kenderaan dan juga alat ganti kenderaan.
(d) Memberikan permit teksi terus kepada pemandu, namun diingatkan bahawa kaedah agihan permit ini hendaklah dipastikan betul kepada pemandu yang layak sahaja. Pemberian permit teksi kepada pemandu yang lanjut usia, back list, bankrap sebelum ini menyebabkan mereka memajakkan permit teksi tersebut kepada syarikat teksi dan syarikat teksi menyewakan semula kepada pemandu. Dengan ini ia tidak membantu pemandu teksi. Penjimatan kos operasi bagi permit individu ini ialah sebanyak RM415.00 sebulan.
2. Secara objektifnya, kaedah untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi pemandu teksi diringkaskan seperti berikut;-
PERKARA | % | JUMLAH | CATATAN |
Tambahan pendapatan | |||
Melalui latihan kerjaya yang terurus | 5 | 234.00 | Dari kutipan sekarang (RM4,680.00 sebulan) |
Kenaikan tambang teksi | 5 | 234.00 | Dari kutipan sekarang (RM4,680.00 sebulan) |
Pengurangan kos operasi | |||
Permit individu | 27.67 | 415.00 | Dari kadar sewaan dengan syarikat |
Gunakan kenderaan yang lebih tahan | 20 | 142.50 | Dari kos penyenggaraan |
Subsidi harga kenderaan, alat ganti dan pengecualian cukai | 10 | 146.26 | Dari kos penyenggaraan dan sewa teksi |
JUMLAH PENDAPATAN TAMBAHAN | RM1,171.76 | |
Dengan tambahan pendapatan sebanyak RM1,171.76 ini, dapatlah mengimbangi defisit sebanyak (RM1,078.50).
C- MENANGANI MASALAH KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI
1. Kerjaya pemandu teksi sama seperti nelayan atau pun peniaga kecil yang tidak punyai pendapatan tetap, bahkan pemandu teksi dibebankan dengan kos insurans yang lebih tinggi oleh pembekal perkhidmatan insurans kerana kerjaya mereka dianggap berbahaya (risiko kemalangan yang tinggi). Pemandu teksi juga tidak dilindungi oleh skim tabungan hari tua seperti dinikmati pekerja swasta dengan skim KWSP.
2. Mereka juga sukar membeli rumah kediaman sendiri kerana rata-rata nya, pihak bank tidak menyokong permohonan pinjaman oleh pemandu teksi yang tiada pendapatan tetap.
3. Keadaan ini meletakkan risiko kepada pemandu dan juga keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.
4. Dalam jangka masa panjang, apabila pemandu teksi sudah tua dan tidak mampu lagi bekerja, mereka tidak lagi mempunyai sebarang pendapatan dan mungkin akan memenuhi rumah-rumah kebajikan.
D- CADANGAN KERAJAAN MENUBUHKAN KOPERASI PEMANDU TEKSI 1MALAYSIA UNTUK MENAUNGI SELURUH PEMANDU TEKSI DI MALAYSIA.
1. Sehubungan itu, dicadangkan supaya sebuah koperasi diwujudkan bagi menaungi pemandu teksi di seluruh Malaysia dari sudut kerjaya dan juga kebajikan. Koperasi ini diberikan permit teksi oleh kerajaan dan menyewakan teksi tersebut kepada ahli (pemandu). Keuntungan dari perniagaan Koperasi yang berskala besar ini boleh mewujudkan kemudahan, skim simpanan persaraan, pinjaman kecemasan, bantuan khairat, biasiswa pendidikan anak-anak, kemudahan perubatan malah pinjaman perumahan. Sebagai gambaran kasar fungsi penubuhan koperasi ini nanti adalah seperti berikut;-
FAEDAH KEUNTUNGAN SEWA BELI KOPERASI KEPADA AHLI | |
Bilangan teksi (Lembah Kelang sahaja) | 30,000 |
Untung sehari bagi sebuah teksi | 10.00 |
Untung sehari bagi 30000 buah teksi | 300,000.00 |
Untung sebulan bagi 30000 buah teksi | 7,800,000.00 |
Untung setahun bagi 30000 buah teksi | 93,600,000.00 |
SKIM TABUNGAN WAJIB PEMANDU (AHLI KOPERASI) | |
Bilangan teksi (Lembah Kelang sahaja) | 30,000 |
Tabungan sehari bagi sebuah teksi | 10.00 |
Tabungan sehari bagi 30000 buah teksi | 300,000.00 |
Tabungan sebulan bagi 30000 buah teksi | 7,800,000.00 |
Tabungan setahun bagi 30000 buah teksi | 93,600,000.00 |
2. Dengan jumlah wang hasil dari keuntungan Koperasi dan juga simpanan pemandu teksi yang berjumlah RM187,200,000.00 (RM187 juta) setahun ini, sudah tentu boleh diwujudkan kemudahan dan kebajikan khusus buat pemandu teksi dan nasib masa depan keluarga mereka.
3. Kepimpinan dan pengurusan koperasi ini hendaklah dipantau oleh kerajaan bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai.
Salam dan selamat hari raya.
BalasPadammerujuk perkara:1.1. Meningkatkan pendapatan pemandu dengan cara;
Memang bagus cadangan ini,masaalahnya bila kita menghadiri kursus,sewa teksi juga harus dibayar,ini memberi tekanan kepada pemandu teksi pada hari itu.
(d) Memberikan permit teksi terus kepada pemandu,
cadangan ini amat bagus kepada pemandu.
Kepada yang lanjut usia juga harus kita berikan,mengikut kesesuaian,sebagai mana kenalan sy yang sudah berumur 60 tahun lebih,tetapi mempunyai tanggungan yang amat besar(anak2 masih kecil).Jika kita tidak membantunya kepada siapa lagi mereka harus meminta pertolongan.
Cadangan:
Dengan lambakan teksi sekarang,amat menyukarkan pemandu untuk mendapatkan penumpang,malah terpaksa bersaing sesama pemandu(kurangkan sedikit teksi syarikat)
Saga BLM tidak sesuai untuk teksi,sebab Hood belakang yg sempit.
Ixora amat sesuai,kerana besar tetapi haruslah mempunyai engin yg tahan lasak(gantikan dengan engin inspira buatan jepun)
Seragamkan semua teksi di KL ini,baik warna dn keretanya.
Kurangkan sewa harian,yg sekarang ini amat membebankan(tahun 1998 diseragamkan sewa teksi sebanyak rm40)
Jepun pengeluar kereta terbesar,teksinya tetap mengunakan toyota crown,kerana ketahanan dan besar.
Terimakasih kerana sudi mendengar keluhan kami dengan mewujudkan laman web SPAD.
BalasPadamMinta rujukan sekiranya ada dari pihak SPAD berkenaan pengecualian penggunaan "Talipinggang keselamatan kepada Pemandu"semasa adanya penumpang. (Tak ada penumpang wajib pakai la)
Kerana dari aspek keselamatan, pihak pemandu akan berdepan dengan bahaya dimana sekiranya penumpang tersebut ingin merompak dan sebagainya, penumpang tersebut hanya perlu menarik talipinggang keselamatan pemandu tersebut dan menjerut di leher pemandu tersebut, pemandu tidak akan dapat berbuat apa apa lagi selain berserah kepada keadaan. Punggung pun boleh terangkat kalau dijerut (Cuba kalau tak percaya)
Harap diberi perhatian serius dan rujukan akta dari pihak mana dapat kami pemandu buat rujukan. Adakah SPAD,PDRM atau JPJ.
Komen terhadap kos sara hidup pemandu teksi'
BalasPadamKajian diatas adalah utk jawasan Lembah klang, apa nak jadi dengan kami di PULAU PINANG.... Tak ada NGV stesen pun di dalam kawasan pulau. Nak top up nak kena ke Butterworth.Jadi tambahan kos lagi Rm 7 setiap isian kerana harus bayar duit tol jambatan,
Hilang masa berkerja 2 jam untuk setiap isian (tak termasuk jammed atas jambatan, dari 14jam / hari tinggal 12 jam /hari .
Diharap mendapat perhatian pihak yang simpati. Terima kasih didahulukan
Aku Dan Teksi : Setuju dengan pandangan tuan, program latihan jika diadakan kepada pemandu teksi perlu mengambil kira kos masa, tanggungan sewaan teksi dan kehilangan pendapatan oleh pemandu.
BalasPadamSaya dah kemukakan cadangan di atas kepada PEMANDU untuk pertimbangan mereka. Namun tindakan susulan WallahuA'alam. Diharapkan maklumbalas positif diberikan.
Kirana: Berkenaan cadangan untuk tidak mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar tu, saya rasa kena rujuk terus kepada SPAD, JPJ dan juga Jab. Keselamatan Jalanraya.
Hakikatnya pemakaian tali pinggang keledar adalah untuk keselamatan kita sendiri. Risiko dirompak adalah diakui, namun kadangkala kita kena pertimbangkan juga risiko mana yang lebih tinggi antara dirompak dengan kemalangan.
Berkenaan masalah rakan-rakan di Pulau Pinang, saya telah memaklumkan kepada pihak PEMANDU bahawa saya tidak arif mengenainya. Saya telah mencadangkan agar mereka memanggil beberapa persatuan teksi dari sana dan juga seluruh Malaysia untuk mendapatkan gambaran yang lebih adil kerana situasi kita ini berbeza mengikut kawasan.
Assalamualaikum...
BalasPadam1. Cadangan menukar kereta yang lebih tahan lasak adalah satu cadangan yang baik...majoriti teksi kini kurang berkualiti dan tidak tahan lasak, dan cepat rosak...kalau ada yang lasak pun iswara lama...itu pun skrg dah x kluar lagi...
namun dalam kita mengalu2kan idea kereta yang lebih lasak saya kira aspek yang paling penting ialah...menggantikan dengan kereta yang lebih lasak dan mampu dibayar oleh pemandu teksi...
2.pemberian permit individu juga satu lagi langkah yang baik, namun pemberiannya haruslah telus dan kepada yang benar2 layak sahaja..ini kerana banyak kes penyalahgunaan permit individu.
http://www.pemanduteksi81.blogspot.com/