- Sinar Harian 23/08/2011 Edisi Johor melaporkan kira-kira 2000 teksi mogok @ berhimpun secara aman di Stadium Larkin.
- Sesi tunjuk perasaan ini adalah bagi membantah sistem teksi berkupon dari dilaksanakan di Johor Baharu.
- Syarikat yang melaksanakan sistem kupon di sana tak salah saya adalah syarikat yang sama mengendalikan sistem kupon di LCCT, Lapangan Terbang Subang dan Hentian Duta.
- Alasan penolakan pemandu adalah kerana "membebankan" pemandu dan juga pengguna.
- Saya tidak arif bagaimana teksi di JB tersebut dikendalikan. Adakah benar bahawa mereka semua menggunakan meter teksi?. Apakah selama ini pengguna teksi di JB telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha teksi di sana?.
- Sebagai sebuah Koperasi yang juga mengendalikan beberapa kaunter teksi berkupon di Putrajaya dan Serdang, saya juga berpengalaman dalam menghadapi penentangan oleh pemandu teksi. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pemandu teksi sekarang tidak suka dimanipulasikan oleh mana-mana pihak dengan menjadi orang tengah untuk mengaut untung dari hasil titik peluh mereka.
- Cadangan saya kepada pengusaha kaunter teksi tersebut ialah, berjumpalah dengan persatuan-persatuan teksi di sana, wujudkan hubungan baik anda dengan mereka dan menyumbanglah sedikit dari hasil yang bakal anda peroleh kepada pemandu teksi yang berkhidmat melalui persatuan-persatuan tersebut.
- Yang terbaiknya, berilah kepada Koperasi Teksi Bandaraya Johor Baharu untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut.
Selasa, 23 Ogos 2011
TEKSI BERKUPON DI JOHOR MEMBEBANKAN PENGGUNA...?
Salam Ramadhan.., selamat berpuasa untuk hari yang ke-23...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum Yob Salleh,
BalasPadamSelamat hari raya, Maaf zahir dan Bathin.
Lain tempat lain masalah teksi ni tp tetap ada masalah.
ye lah yong..., kalau kena bawak teksi kt libya nun...., lagi masalah... Hakikatnya pemandu teksi kat malaysia nie tetap kena bersyukur dengan apa yang ada disamping cuba memperbaiki kelemahan yang wujud...
BalasPadamsalam pengenalan tuan saya amat tertarik dgn isu yg tuan utarakan. saya zulfikar adalah setiausaha badan bertindak menentang sistem berkopun kota raya di johor. utk pengetahuan tuan perkara ini telah dibawa ke mahkamah, pertama berlakunya penyelewangan dari segi undang2 & persatuan teksi.Dimana persatuan teksi sendiri mengkhianati ahli persatuan teksi sendiri dgn tidak membawa perbincangan isu tersebut kpd ahlix2nya.malangnya persatuan teksi sendiri yg mengajar sistem tersebut. dimana keuntungan tidak dapat dirasai oleh ahlinya.hanya pengerusi dpt hasilnya bahkan lesen tersebut telah di ALIBAPAKAN disebabkan perkara ini lah pemandu2 teksi johor mengambil tindakan sendiri memprotes melalui mahkamah & membuat demomtrasi bantahan di premis2 perniagaan berkopun.dan saranan tuan menwujudkan perhubungan dgn persatuan2 teksi diMalaysia khususnya dgn perstuan teksi KL. kami telah pun menjalinkan perhubungan kami dgn PETEKMA.Dgn kerjasama Petekma byk isu dpt diselesaikan.kami pun telah ke putrajaya pd 25hb Ogos berjumpa PM utk menghantar Memorandom atas bantuan PETEKMA dan kami juga ahli PETEKMA JOHOR~ setiausaha PETEKMA JOHOR~(ZULFIKAR)
BalasPadamSalam pengenalan juga kepada En. Zulfikar. Terima kasih bnyk2 atas penjelasan tuan. Jika begitulah keadaannya, kami di KL ini pasti akan turut menyokong pihak pemandu teksi di sana.
BalasPadamPimpinan persatuan teksi mesti ikhlas kepada ahli-ahlinya, tetapi apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini, begitu banyak sekali persatuan teksi, namun nasib pemandu semakin teruk..., sepatutnya, semakin banyak dan besar persatuan teksi, hidup kita akan bertambah baik,... Kenapa ini terus berlaku?
Berkenaan sistem kupon tersebut, sy masih menyokongnya dengan syarat ianya mesti turut menguntungkan pemandu yang mengerah keringat untuk sesuap rezeki.
sepatutnya, teksi berkupon adalah membebankan. serta pemandu teksi yg x jujur juga adalah membebankan. teksi berkupon dah sah sah makan atas angin. sbg contoh. dr rumah saya di BBU nk ke kempas tmpat kerja biasa RM6, tapi sekiranya di tempat kerja saya nak pulang kerumah...teksi berkupon mengenakan RM7.50. Dan baru2 ni saya dikenakan RM8.30, destinasi yg sama juga. Apa jujurnya. berapa RM orang atas makan atas angin. bukannya teksi tu sediakan tv, cocktail ke. Ada yg teksi bau masam. Pemandu isap rokok, bawa laju2...fikirkan.
BalasPadamNak kata sistem kupon nie "makan atas angin sahaja" tak tepat juga..., kerana ada kos yang perlu ditanggung, gaji pekerja, sistem jualan dan tuntutan kupon, urusan aduan penumpang dll.
BalasPadamTapi saya setuju juga supaya satu hari nanti sistem kupon ini dimansuhkan, cumanya..., pastikan dahulu penguatkuasaan oleh SPAD mampu dikuatkuasakan sepenuhnya serta majoriti pemandu takut utk tidak menggunakan meter..., sekarang ini..., bersepah lagi pemandu tak guna meter..., selamba sahaja driver tawar menawar harga....