COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet 2012 - TEKSI

Belum pernah sebelum ini rasanya di dalam mana-mana belanjawan tahunan yang menyentuh langsung kepada perkhidmatan teksi. Namun alhamdulillah, Belanjawan 2012 ini, YAB Perdana Menteri menyebutnya dengan begitu panjang juga....
Dibawah ini adalah perenggan ucapan Belanjawan 2012 yang menyebut secara langsung mengenai teksi tersebut...


"Tuan Yang di-Pertua,
92. Pada perspektif lain, Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yang ditanggung oleh pemilik teksi bajet persendirian akibat kos operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi. Selain menjaga kebajikan serta menambah baik perkhidmatan teksi, Kerajaan mencadangkan pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuan seperti berikut:



Pertama: Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;


Kedua: Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;


Ketiga: Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milikpersendirian;


Keempat: Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012; dan


Kelima: Pemberian bantuan 3,000 ringgit bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan 1,000 ringgit akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.


93. Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. Bagi kesemua bantuan di atas, setiap pemilik teksi bajet persendirian dijangka mendapat manfaat kira-kira 7,560 ringgit. Pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian".


Walaupun bajet ini nampaknya tidak menyebut faedahnya kepada pemandu teksi syarikat..., harapnya kerajaan yang amat prihatin ini turut memberi perhatian berat kepada rakan-rakan saya ini kerana mereka juga sepatutnya berhak mendapat sedikit faedah dari belanjawan tersebut.....

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yob,

    Alhamdulillah adalah sikit dari takde. Dah itu tanggungjawab gomen yg memerintah, deme kena jalankan amanah yg diamanahkan.

    BalasPadam
  2. arrayah.info - Bajet 2012 - Tidak Memenuhi Ciri-Ciri Ekonomi Islam

    BalasPadam
  3. Moh Kembara: Alhamdulillah Yong....,

    Abu Idris: teman idok le panda sangat nyembang bab2 ugama nie...., ape kate orang alim.., itu le kate teman..., :)

    BalasPadam
  4. Bagaimana pula halnya seorang pemandu teksi yang secara sewa beli dengan syarikat teksi dan mengikut segala syarat sewa beli , di tipu oleh syarikat dengan tiada pembelaan tiada tempat mengadu , segala aduan tidak di terima :

    BalasPadam
  5. kroni kena jaga bro...
    kan ke syarikat tuuu kroni punya...
    pemandu teksi syarikat pandai2 laa nak hidup...

    BalasPadam
  6. Nampak cukup bagus, tapi ada makna tersirat
    zaman sekarang siapa yg hendak memberi imbuhan tampa balasan
    Pemberian rm3 ribu kepada pemandu dengan syarat
    Teksi lama kita akan diambil oleh pihak bank, sedangkan banyak
    Pemandu hendak menjadikan kereta persendirian
    Maka dengan itu pemberian 3ribu tidak akan diterima

    BalasPadam
  7. hai kengkawan bersangka baik walaupun hati tak suka dari terus kita bertegang urat....hanya rajagopal saja mengenal manikam..kik..kik..kik

    BalasPadam
  8. "pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuan"
    Sedangkan banyak pemandu sewa permit dari syarikat yang dimiliki oleh kroni, sepatutnya pindah milik dulu, siapa sewa dan bawa teksi tu lebih 3 tahun ,tanpa prasangka pindah milik permit tu dulu baru la ada ummh. Ini tidak kah macam lembu punya susu , tukang jual dapat untung giler...bagi permit kat kroni depa abis tu lagak nak kata peka kat teksi driver. mana ada faedah kat teksi driver pun.... buat pindaan sikit boleh tak

    BalasPadam
  9. mohon buat kajian tambang taxi bajet yang daftar slepas 2009 sperti model waja & saga berbanding iswara krn kos penyelangaraan & pinjaman bayar balik agak tinggi.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama 16 Disember 2011 7:11 PG

    Setuju jugak tu, tapi nanti keliru pulak pengguna kita..., ye lah.., ada teksi eksekutif, premier, bajet, separa premier (menurut cadangan saudara nie)..., tak termasuk lagi teksi jenis teksi lapangan terbang, kereta sewa dan lain-lain lagi tu. Dah la warna teksi pun macam-macam..., Citrawarna sungguh teksi kt negara kita skrg nie..., :-)

    Disamping saya meminta pihak "berkenaan" menyemak cadangan Saudara saya di atas ini, saya fikirkan juga masalah yang dihadapi pengguna kita ini..., kalau tambang naik., tapi xde (atau kurang sgt) penumpang yang nk naik teksi pun susah juga....

    Skrg nie.., teksi eksekutif pun dh ada yg terpaksa amik tambang bajet...,

    Saya rasa, dalam masa terdekat ini, akan ada beberapa syarikat teksi yg akan jatuh (dijual dan diambil alih oleh syarikat yang lebih besar...) akibat lambakan permit teksi sekarang ini. Wallahuaa'lam

    BalasPadam
  11. Saya ingin mencadangkan agar tambang teksi bajet dapat dikaji semula selepas kenaikan terakhir pada 2009. cadangan sya: tambang permulaan tetap sama rm 3.00 dan waktu dari 3min ke 2min permulaan dan jarak dari 115m dikrgkn ke 85m dan saat menunggu dari 21saat ke 16saat. caj bagasi rm 1.00. Lain2 sama seperti skrg.

    BalasPadam
  12. Sepatutnya kadar tambang teksi akan dinilai semula setiap 4 tahun..., maknanya tahun 2013 nanti ada kadar baru yang akan diumumkan kerajaan.., (pastinya selepas PRU..., hehe).

    Berkenaan kadar yang dicadangkan, saya bersetuju juga, cumanya..., apabila kita ingin mengemukakan sesuatu cadangan kepada kerajaan, kita perlukan mengemukakan satu cadangan yang lengkap dengan menyatakan;-
    (1)objektif/tujuan
    (2)sebab / alasan
    (3)kesan dari kenaikan
    (4)faedah kepada pemandu/rakyat/kerajaan dan seumpamanya.

    Saya tidak berkesempatan untuk menyediakan kertas cadangan ini bersendirian, jika ada rakan-rakan yang punya masa, silalah kemukakan kepada saya..., kita bincang sama-sama dan kemukakannya kepada SPAD bersama-sama.

    Terima kasih

    BalasPadam