COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Isnin, 28 November 2011

Pelancaran Teksi Wanita

Saya telah dijemput menghadiri majlis pelancaran teksi wanita yang dibuat oleh YB Senator Datuk Heng Seai Kie  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama YB. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD di TBS pada 26 November baru-baru ini. 

Dikongsikan serba sedikit rakaman video dan gambar yang saya dapat di sana.



YB. Timbalan Menteri KPWKM bersama Y.B. Tan Sri Pengerusi SPAD semasa gimik pelancaran
Kempen Anti Keganasan terhadap Wanita

YB. Tan Sri Datuk Seri Pengerusi SPAD bersama beberapa ahli persatuan pengusaha teksi

Ybhg. En. Zakuan, Pengerusi KPPCB sempat bergambar bersama YB. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar
Puan Asnimar (kanan) bersama salah seorang pemandu teksi wanita. Khabarnya pemandu ini dipinjam sahaja, bukan bawak teksi pun..., sekadar mencukupkan bilangan teksi untuk dilancarkan...

Pendapat saya berkenaan dengan "teksi wanita" ini pula adalah seperti berikut;

  1. Bagus kerana memberi peluang kepada wanita untuk menceburi bidang perkhidmatan teksi yang selama ini dikuasai oleh golongan lelaki,
  2. Berdasarkan pemerhatian saya, 60% pengguna teksi adalah wanita, pastinya teksi wanita akan menjadi pilihan utama mereka,
  3. Pemandu teksi wanita mesti berusaha menepis persepsi negatif pengguna tehadap cara pemanduan mereka yang dilihat merbahaya. Untuk makluman pembaca, seorang penumpang wanita yang pernah menaiki teksi saya menyatakan rasa takut mereka menaiki teksi yang dipandu oleh wanita (rakan-rakan ahli KPPCB juga) kerana memandu laju, langgar traffic light dan dengan cara yang merbahaya,
  4. Konsep pelaksanaan teksi wanita yang dilancarkan ini amat kabur. Saya tertanya-tanya apakah teksi wanita ini hanya wanita sahaja boleh naik? atau hanya pemandunya sahaja yang berjantina wanita. Apakah ada permit individu khas untuk wanita? atau adakah syarikat tertentu nanti yang akan dapat permit khas teksi wanita nanti?, Bagaimana pula  caranya pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan teksi wanita ini?, Adakah diwujudkan kaunter khas teksi wanita di TBS?
Sekiranya SPAD memikirkan untuk memberi kelulusan kaunter khas "teksi wanita" di TBS, eloklah diberikan pula hak pengendaliannya kepada Koperasi KPPCB ini. Puan Asnimar (Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Wanita KPPCB) mungkin boleh membantu melaksnakannya kelak. Janganlah SPAD hanya memberikan hak pengendalian kaunter teksi ini kepada sebuah "syarikat itu" sahaja. Pandang-pandang lah juga koperasi kecil KPPCB ini untuk dibantu demi faedah 550 pemandu teksi (rakyat) yang menjadi ahlinya . 

Akhir sekali, saya menyokong penuh pengwujudan "teksi wanita" ini, namun suka juga mengingatkan bahawa sesuatu idea yang baik, jika dilaksanakan secara hentam keromo akan memberi natijah yang buruk pula kepada kita nanti.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Salam ziarah di laman ini.

    BalasPadam
  2. teksi wanita tak praktikal. banyak kajian perlu di lakukan dahulu.

    BalasPadam
  3. pemandu teksi kl sentral2 Disember 2011 pada 4:35 PG

    di harap kerajaan fikir masak masak sebelum membuat keputusan.Banyak perlu di kaji dulu.ingat senang ke nak bawa teksi dalam situasi sekarang. cuba tengok saja lambakan teksi di lembah klang nak cari makan pun susah.teksi wanita tak perlu pada pemikiran saya.pemandu teksi wanita yang ada pun kebanyakan tak larat nak pandu sampai petang. tambah lagi waktu peak hour ada yang dah balik rumah.ada setengah pemandu teksi wanita yang saya perhatikan banyak nak glamour saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..sy salah seorang pemandu teksi wanita aktif di sekitar nibong tebal, pulau pinang dan parit buntar, perak..sy menyangkal sepenuhnya ape yang en.pemandu teksi kl sentral ckpkan..contohnya seperti saya..saya memandu teksi dengan niat untuk membantu dan melindungi yang kebanyakan student kawasan di sini perempuan yang takut menaiki teksi pemandu lelaki dan bayaran yang dikenakan adalah murah sahaja. Dari segi pakaian saya bersopan dan sederhana. dan saya bekerja full time tanpa mengenal erti letih dan penat demi menyara anak2 dan keluarga saya...diharap pemandu teksi lelaki jangan cemburu dengan rezeki pemandu teksi wanita dengan memburuk-burukkan reputasi dan kegigihan kaum wanita yang lebih telus, rajin dan menghormati pelanggan yang menaiki teksi mereka...wassalam

      Padam
  4. SEKARANG NI MACAM MACAM LA NAK TEKSI WANITA, LRT WANITA LA, KOMUTER LA.SEMUA NI MEMBAZIR DUIT RAKYAT JE................

    BalasPadam
  5. Suruh datuk shahrizat menteri wanita bawak teksi dulu, baru dia tau susah senang bawak teksi. jangan ingat senang.bawak teksi mannual dulu baru tau.bagi 3hari dia bawak.lupa nak bg tau suruh timbalan dia bawak sekali. JGN CAKAP AJE

    BalasPadam
  6. saya ada mengulas sedikit hal ini dalam blog joyiman[aku dan teksi].. fakta yg ketiga itu menarik perhatian saya..kadang2 wanita memandu dgn cara yang berbahaya..dan saya lebih memikirkan keselamatan pemandu wanita itu.. jika pemandu lelaki pun kerap saya dengar disamun.. bagaimana mereka?


    t kasih atas pandangan tuan tentang gaya penulisan saya.. saya terima semua pandangan dgn positif.. sesungguhnya mencari kesempurnaan itu terkadang seakan tiada...

    BalasPadam
  7. Salam Yob Joyiman, pe kabor? Hmm ada terbaca tajuk pasal hal ni beberapa hari dulu tp detailsnya belum jumpa sampai laa ni. Pasal #4 tu akak pun heran, belum jelas ke di kalangan org teksi. Hmm payah ni. Pro dan kontranya dayh ada buat survey ke? Tulah harap2 bukan pakai ntam kromo jer. Niat memang baguih tp perlaksanaan tu.

    BalasPadam
  8. Salam 1 Malaysia Darul Unggul Tuan EmPunya Blog Yang Prihatin Lagi BudiMan.

    Komentar hamba TerKandung Pada Entri Blog hamba. Terima Kasih.

    Salam 1 Malaysia Darul Unggul.

    BalasPadam
  9. ...tidak semua wanita yg tidak boleh menjadi pemandu teksi wanita... saya sudah punya lesen memandu sejak tahun 1995.......skrg umur saya 36....saya ibu tunggal punya anak 4 orang.kematian suami....saya tersangat minat dan penuh semangat untuk menjadi pemandu teksi wanita di kawasan saya di daerah batu pahat johor.....saya dengan penuh keyakinan untuk mengatasi masalah yg akan datang.saya sedang dalam proses ambil lesen PSV TEKSI WANITA .sebab saya ingin membela keselamatan wanita2 didalam kenderaan awam....

    BalasPadam