COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Rabu, 18 Mei 2011

VIDEO ANWAR IBRAHIM

Salam 1Teksi..., :-)

Dah lama jugak saya tak menulis kat blog ini walaupun sebenarnya banyak sangat perkara dan pendapat yang boleh dikongsikan bersama.

Semalam saya sebagai perwakilan pemuda menghadiri mesyuarat pemuda bahagian Putrajaya yang dirasmikan oleh YB. Khairy Jamaludin. Pertama kali saya mendengar ceramah beliau yang begitu jelas, tersusun dan sangat berkesan.

Namun dalam banyak-banyak isu yang disebut seperti pemuda menentang kenaikan harga minyak RON95 dan lain-lain, isu video xxx yang didakwa dilakonkan oleh Anwar Ibrahim turut disentuh berkali-kali secara sinis oleh semua penceramah termasuklah oleh YB. KJ.

Secara peribadi, saya merasakan isu ini sungguh memalukan. Hebahan melalui akhbar, tv dan media internet lain juga menyebabkan perkara yang 'malu' ini disebar dengan begitu luas sekali sehingga saya merasakan seluruh bangsa Melayu berasa malu dengan video ini. Kalaupun benar ia dilakukan oleh Anwar, dakwalah dia secara tertutup, kalau nak sebarkan pun, janganlah sampai dimainkan berminggu-minggu di muka depan akhbar yang dibaca oleh semua orang. Janganlah diulang tayang dalam berita tv berminggu-minggu (saya malu nak tunjuk Utusan yang saya beli kepada anak-anak saya).

Menyebarkan video lucah ini salah dari segi undang-undang dan berdosa hukumnya. Tetapi masyaAllah..., bersepah blog-blog yang menayangkan video ini termasuk blog uncleseekers yang saya percaya beliau ini turut diminati oleh kanak-kanak yang meminati program seekers di tv. Patutnyalah, kerajaan mengharamkan video ini diulangtayang oleh mana-mana pihak kerana ia sungguh memalukan.

Soal betul atau tidak Anwar yang melakukan perkara itu, saya serahkan kepada Polis yang menyiasat, namun sebagai orang Islam, saya diharamkan menuduh Anwar berzina tanpa bukti dan saksi yang dituntut syarak. Bahkan saya boleh dihukum dengan 80 kali sebatan sekiranya saya tidak ada bukti tersebut sekali pun video itu betul dilakonkan oleh Anwar.


Akhir sekali, berpolitiklah dengan cara yang bermaruah agar maruah Bangsa Melayu yang beragama Islam ini terus dipandang mulia. Jangan satu hari nanti, wujud persepsi di kalangan bangsa-bangsa lain yang orang Melayu ini sanggup "berpolitik" sekalipun melibatkan maruah bangsa. Wallahuaa'lam