COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Selasa, 29 Mac 2011

PEMILIK LESEN DAN STK KENDERAAN PERDAGANGAN PERLU MENDAFTAR SEMULA LESEN TERSEBUT DENGAN SPAD


KENYATAAN MEDIA
TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI
SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)


PEMILIK LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN PELANCONGAN PERLU DAFTAR SEMULA

Semua pemilik lesen kenderaan perdagangan di Semenanjung Malaysia, iaitu pengusaha pengangkutan awam bas, teksi dan lori perlu mendaftar semula dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bermula 1 April sehingga 30 September 2011. Mengikut Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, kegagalan pelesen mendaftar semula dalam tempoh yang diberikan akan menyebabkan lesen tersebut LUPUT.

Proses pendaftaran semula ini juga melibatkan semua pelesen kenderaan pelancongan iaitu van dan bas persiaran. Objektif utama pendaftaran semula ini adalah untuk meningkatkan kawal selia serta memudahkan transformasi industri pengangkutan awam darat di negara kita, demi kepentingan kemudahan dan keselesaan rakyat Malaysia.

Dengan langkah pendaftaran semula ini, SPAD dapat mengenalpasti status terkini pemilik lesen. Selain pemilik lesen sedia ada, pemegang Surat Tawaran Kelulusan (STK), Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) dan pengendali yang sedang dalam proses rayuan juga perlu melakukan pendaftaran semula.

Pendaftaran semula ini merangkumi pemilik lesen di Semenanjung Malaysia sahaja. Proses pendaftaran semula adalah PERCUMA dan semua pelesen yang terlibat perlu mengisi borang khas yang boleh di dapati di semua Pejabat Wilayah SPAD atau boleh dimuat turun dari laman sesawang di www.spad.gov.my.

Borang yang telah lengkap beserta dokumen berkaitan boleh dihantar ke Pejabat Wilayah SPAD yang terdekat, atau melalui pos berdaftar ke alamat yang tertera di laman sesawang SPAD.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600.

30 MAC 2011
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Badri Ibrahim at 019-349 3300 / badri@spad.gov.my
Nurul Insyirah 03-88805620/ insyirah@lpkp.gov.my

Isnin, 14 Mac 2011

TEMPAHAN TEKSI

Assalamualaikum semua pembaca dan juga rakan-rakan pemandu teksi.

Saya forwardkan email dari seorang pelanggan yang memerlukan perkhidmatan teksi setiap hari seperti berikut;-

En Salleh,

Saya terbaca blog anda dan ingin bertanya sekiranya anda mempunyai rakan yg memandu teksi di sekitar wangsa maju/kl. Saya berminat utk mendapatkan perkhidmatan teksi utk membawa saya ke tempat kerja setiap hari. Jadual perjalanan saya adalah spt berikut:

  • 6.30 am: wangsa maju ss 2 -> menara kl
  • 8.00 pm: menara kl -> wangsa maju ss2
  • 1.00 pm: menara kl -> masjid klcc -> menara kl (hanya utk hari jumaat)

sekiranya boleh, saya perlukan kos perkhidmatan utk jadual diatas juga ...

Terima kasih
Nuzurul Ahmady Sarifudin
nuzurula@hotmail.com


Rakan pemandu yang berminat bolehlah terus menghubungi beliau. Terima kasih.