COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Selasa, 23 Ogos 2011

TEKSI BERKUPON DI JOHOR MEMBEBANKAN PENGGUNA...?

Salam Ramadhan.., selamat berpuasa untuk hari yang ke-23...
  1. Sinar Harian 23/08/2011 Edisi Johor melaporkan kira-kira 2000 teksi mogok @ berhimpun secara aman di Stadium Larkin.
  2. Sesi tunjuk perasaan ini adalah bagi membantah sistem teksi berkupon dari dilaksanakan di Johor Baharu.
  3. Syarikat yang melaksanakan sistem kupon di sana tak salah saya adalah syarikat yang sama mengendalikan sistem kupon di LCCT, Lapangan Terbang Subang dan Hentian Duta.
  4. Alasan penolakan pemandu adalah kerana "membebankan" pemandu dan juga pengguna.
  5. Saya tidak arif bagaimana teksi di JB tersebut dikendalikan. Adakah benar bahawa mereka semua menggunakan meter teksi?. Apakah selama ini pengguna teksi di JB telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha teksi di sana?.
  6. Sebagai sebuah Koperasi yang juga mengendalikan beberapa kaunter teksi berkupon di Putrajaya dan Serdang, saya juga berpengalaman dalam menghadapi penentangan oleh pemandu teksi. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pemandu teksi sekarang tidak suka dimanipulasikan oleh mana-mana pihak dengan menjadi orang tengah untuk mengaut untung dari hasil titik peluh mereka.
  7. Cadangan saya kepada pengusaha kaunter teksi tersebut ialah, berjumpalah dengan persatuan-persatuan teksi di sana, wujudkan hubungan baik anda dengan mereka dan menyumbanglah sedikit dari hasil yang bakal anda peroleh kepada pemandu teksi yang berkhidmat melalui persatuan-persatuan tersebut.
  8. Yang terbaiknya, berilah kepada Koperasi Teksi Bandaraya Johor Baharu untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut.

Khamis, 18 Ogos 2011

KAJIAN KOS SARA HIDUP PEMANDU TEKSI - ANJURAN UNIT PENGURUSAN PRESTASI DAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI (PEMANDU)


Pagi tadi (18/8/2011) sekali lagi saya dijemput oleh PEMANDU untuk memberikan input terhadap kajian mereka berkenaan kos sara hidup pemandu teksi serta cadangan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Saya telah hadir bersama En. Mohd Suhaimi (Captain Suhaimi).

Setelah membentangkan serba sedikit berkenaan keperluan sara hidup, pendapatan dan kos operasi pemandu teksi, saya diminta untuk mengemukakan kajian saya tersebut secara bertulis. Kertas cadangan yang saya akan kemukakan kepada pihak PEMANDU esok adalah seperti berikut;

KAJIAN PENDAPATAN DAN

SARA HIDUP PEMANDU TEKSI

SERTA

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN

SOSIO EKONOMI PEMANDU TEKSI

A- LATAR BELAKANG PENDAPATAN, KOS OPERASI DAN SARA HIDUP PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KELANG

1. Pemandu teksi berkhidmat untuk menghantar pelanggan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan bayaran tertentu. Pendapatan mereka tidak tetap kerana bergantung kepada permintaan oleh pengguna.

2. Rata-rata mereka bekerja melebihi 12 jam sehari bagi menanggung kos operasi yang sentiasa meningkat,

3. Purata kutipan harian dan kos operasi bagi seorang pemandu teksi adalah seperti di bawah;

ANGGARAN PENDAPATAN DAN KOS OPERASI PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KELANG

BIL

PERKARA

HARIAN

BULANAN

CATATAN

PENDAPATAN

1

Kutipan sewa

180.00

4,680.00

Tempoh bekerja 14 jam 1hari & 26 hari 1bulan

JUMLAH

180.00

4,680.00

KOS OPERASI

1

Sewa teksi

50.00

1,500.00

Termasuk cukai jalan dan insurans

2

NGV

26.00

676.00

Termasuk RM5 sehari kos petrol

3

Penyenggaraan teksi

27.40

712.51

Rujuk Jadual Kos Penyenggaraan

5

Makan dan minum

20.00

520.00

Semasa bertugas

JUMLAH

123.40

3,408.51

PENDAPATAN BERSIH

56.60

1,271.49

4. Perincian kos penyenggaraan teksi adalah seperti di jadual berikut;

JADUAL KOS PENYENGGARAAN TEKSI JENIS WAJA CAMPRO @ SAGA BLM

Bil

Perkara

Kali dalam sebulan

Kos 1 kali

Jumlah Sebulan

Jumlah Setahun

Catatan

1

Servis bulanan

2

87.00

174.00

2,088.00

Minyak enjin, air filter, oil filter dan upah

2

Tayar

0.17

700.00

116.67

1,400.00

Tayar, balancing dan alignment (2 kali setahun)

3

Brake disc/pad

0.08

150.00

12.50

150.00

Brake system

4

Timing belt

0.11

350.00

38.79

465.50

Timing belt, tensioner bearing, alternator belt

5

Bateri

0.06

180.00

10.00

120.00

Bateri jenis kering

6

Clutch plate

0.04

400.00

16.67

200.00

Sekali dalam tempoh 2 tahun

7

Absorber

0.04

240.00

10.00

120.00

Sekali dalam tempoh 2 tahun

8

Brake, clutch & gear box oil

0.25

80.00

20.00

240.00

Tiga kali dalam tempoh setahun

9

Top Overhaul

0.03

1,400.00

38.89

466.67

Sekali dalam tempoh 3 tahun

10

Major Overhaul

0.03

4,500.00

125.00

1,500.00

Sekali dalam tempoh 3 tahun

11

Lain-lain

1

150.00

150.00

1,800.00

Tuning, bulb, alignment, balancing, Puspakom dll

JUMLAH

712.51

8,550.17

5. Anggaran kos sara hidup isi rumah pemandu teksi pula adalah seperti berikut;

ANGGARAN SARA HIDUP KELUARGA PEMANDU TEKSI DI LEMBAH KLANG

- 5 orang sekeluarga -

BIL

PERKARA

JUMLAH

CATATAN

1

Sewa rumah

800.00

2

Utiliti

150.00

3

Belanja dapur

500.00

4

Keperluan lain-lain

300.00

5

Pendidikan dan kesihatan keluarga

300.00

6

Simpanan kecemasan

300.00

JUMLAH

2,350.00

6. Dengan pendapatan bersih bulanan sebanyak RM1,271.50 sebulan berbanding keperluan sara hidup sebanyak RM2,350.00 sebulan, keluarga pemandu teksi mengalami pendapatan yang DEFISIT sebanyak (RM1,078.50).

7. Kesan daripada ini, pemandu teksi terpaksa bekerja dalam waktu yang lebih panjang sehingga 18jam sehari tanpa rehat bagi menampung perbelanjaan malah ramai dari mereka yang meminjam dengan “ah long”. Kedudukan kewangan mereka menjadi lebih sukar jika mengalami kemalangan atau sakit teruk.

8. Keadaan ini juga menyumbang kepada pelanggaran undang-undang seperti menggunakan dadah untuk bekerja dengan lebih lama dan juga menipu pengguna dengan mengenakan tambang lebih.

9. Kemalangan akibat pemandu teksi yang mengantuk juga sering terjadi dan ini membahayakan mereka serta pengguna jalan raya yang lain.

B- CADANGAN BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN PEMANDU TEKSI

1. Terdapat 2 kaedah meningkatkan pendapatan pemandu iaitu;

1.1. Meningkatkan pendapatan pemandu dengan cara;

(a) Mewujudkan program pembelajaran berbentuk kursus wajib yang ditanggung oleh kerajaan (melalui INSKEN-Institut Keusahawanan Negara) bagi melatih pemandu untuk menguruskan akaun harian, disiplin kerja serta cara memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Mewujudkan sistem pembelajaran pemandu teksi ini juga boleh membantu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia sesuai dengan melahirkan pemandu yang lebih berdisiplin dan mesra pelanggan.

(b) Meningkatkan kadar tambang teksi mengikut kesesuaian sesuai dengan peningkatan kos operasi. Namun ia sensitif kepada pengguna dan tidak popular.

1.2. Mengurangkan kos operasi pemandu dengan cara;

(a) Membenarkan kenderaan import yang tahan lasak dijadikan teksi. Antara jenis kenderaan yang dicadangkan adalah Chevrolet Aveo CNG/ NGV. yang dikeluarkan di Thailand yang terus dilengkapi dengan sistem NGV serta jaminan 3 tahun. Rujuk http://en.chevrolet.co.th/vehicles/view-all-vehicles/cars/aveo/models/aveo-cng-ngv.html

(b) Menghapuskan cukai jualan (sales tax) bagi kenderaan untuk dijadikan teksi,

(c) Subsidi harga kenderaan dan juga alat ganti kenderaan.

(d) Memberikan permit teksi terus kepada pemandu, namun diingatkan bahawa kaedah agihan permit ini hendaklah dipastikan betul kepada pemandu yang layak sahaja. Pemberian permit teksi kepada pemandu yang lanjut usia, back list, bankrap sebelum ini menyebabkan mereka memajakkan permit teksi tersebut kepada syarikat teksi dan syarikat teksi menyewakan semula kepada pemandu. Dengan ini ia tidak membantu pemandu teksi. Penjimatan kos operasi bagi permit individu ini ialah sebanyak RM415.00 sebulan.

2. Secara objektifnya, kaedah untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi pemandu teksi diringkaskan seperti berikut;-

PERKARA

%

JUMLAH

CATATAN

Tambahan pendapatan

Melalui latihan kerjaya yang terurus

5

234.00

Dari kutipan sekarang (RM4,680.00 sebulan)

Kenaikan tambang teksi

5

234.00

Dari kutipan sekarang (RM4,680.00 sebulan)

Pengurangan kos operasi

Permit individu

27.67

415.00

Dari kadar sewaan dengan syarikat

Gunakan kenderaan yang lebih tahan

20

142.50

Dari kos penyenggaraan

Subsidi harga kenderaan, alat ganti dan pengecualian cukai

10

146.26

Dari kos penyenggaraan dan sewa teksi

JUMLAH PENDAPATAN TAMBAHAN

RM1,171.76

Dengan tambahan pendapatan sebanyak RM1,171.76 ini, dapatlah mengimbangi defisit sebanyak (RM1,078.50).

C- MENANGANI MASALAH KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI

1. Kerjaya pemandu teksi sama seperti nelayan atau pun peniaga kecil yang tidak punyai pendapatan tetap, bahkan pemandu teksi dibebankan dengan kos insurans yang lebih tinggi oleh pembekal perkhidmatan insurans kerana kerjaya mereka dianggap berbahaya (risiko kemalangan yang tinggi). Pemandu teksi juga tidak dilindungi oleh skim tabungan hari tua seperti dinikmati pekerja swasta dengan skim KWSP.

2. Mereka juga sukar membeli rumah kediaman sendiri kerana rata-rata nya, pihak bank tidak menyokong permohonan pinjaman oleh pemandu teksi yang tiada pendapatan tetap.

3. Keadaan ini meletakkan risiko kepada pemandu dan juga keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

4. Dalam jangka masa panjang, apabila pemandu teksi sudah tua dan tidak mampu lagi bekerja, mereka tidak lagi mempunyai sebarang pendapatan dan mungkin akan memenuhi rumah-rumah kebajikan.

D- CADANGAN KERAJAAN MENUBUHKAN KOPERASI PEMANDU TEKSI 1MALAYSIA UNTUK MENAUNGI SELURUH PEMANDU TEKSI DI MALAYSIA.

1. Sehubungan itu, dicadangkan supaya sebuah koperasi diwujudkan bagi menaungi pemandu teksi di seluruh Malaysia dari sudut kerjaya dan juga kebajikan. Koperasi ini diberikan permit teksi oleh kerajaan dan menyewakan teksi tersebut kepada ahli (pemandu). Keuntungan dari perniagaan Koperasi yang berskala besar ini boleh mewujudkan kemudahan, skim simpanan persaraan, pinjaman kecemasan, bantuan khairat, biasiswa pendidikan anak-anak, kemudahan perubatan malah pinjaman perumahan. Sebagai gambaran kasar fungsi penubuhan koperasi ini nanti adalah seperti berikut;-

FAEDAH KEUNTUNGAN SEWA BELI KOPERASI KEPADA AHLI

Bilangan teksi (Lembah Kelang sahaja)

30,000

Untung sehari bagi sebuah teksi

10.00

Untung sehari bagi 30000 buah teksi

300,000.00

Untung sebulan bagi 30000 buah teksi

7,800,000.00

Untung setahun bagi 30000 buah teksi

93,600,000.00

SKIM TABUNGAN WAJIB PEMANDU (AHLI KOPERASI)

Bilangan teksi (Lembah Kelang sahaja)

30,000

Tabungan sehari bagi sebuah teksi

10.00

Tabungan sehari bagi 30000 buah teksi

300,000.00

Tabungan sebulan bagi 30000 buah teksi

7,800,000.00

Tabungan setahun bagi 30000 buah teksi

93,600,000.00








2. Dengan jumlah wang hasil dari keuntungan Koperasi dan juga simpanan pemandu teksi yang berjumlah RM187,200,000.00 (RM187 juta) setahun ini, sudah tentu boleh diwujudkan kemudahan dan kebajikan khusus buat pemandu teksi dan nasib masa depan keluarga mereka.

3. Kepimpinan dan pengurusan koperasi ini hendaklah dipantau oleh kerajaan bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai.


Kajian dan cadangan di atas masih perlu diperhaluskan. Terima kasih sekiranya pemandu teksi yang membaca entri ini dapat memberikan sedikit pandangan atau komen terhadap cadangan di atas.

Salam Ramadhan...