COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet 2012 - TEKSI

Belum pernah sebelum ini rasanya di dalam mana-mana belanjawan tahunan yang menyentuh langsung kepada perkhidmatan teksi. Namun alhamdulillah, Belanjawan 2012 ini, YAB Perdana Menteri menyebutnya dengan begitu panjang juga....
Dibawah ini adalah perenggan ucapan Belanjawan 2012 yang menyebut secara langsung mengenai teksi tersebut...


"Tuan Yang di-Pertua,
92. Pada perspektif lain, Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yang ditanggung oleh pemilik teksi bajet persendirian akibat kos operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi. Selain menjaga kebajikan serta menambah baik perkhidmatan teksi, Kerajaan mencadangkan pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuan seperti berikut:



Pertama: Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;


Kedua: Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;


Ketiga: Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milikpersendirian;


Keempat: Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012; dan


Kelima: Pemberian bantuan 3,000 ringgit bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan 1,000 ringgit akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.


93. Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. Bagi kesemua bantuan di atas, setiap pemilik teksi bajet persendirian dijangka mendapat manfaat kira-kira 7,560 ringgit. Pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian".


Walaupun bajet ini nampaknya tidak menyebut faedahnya kepada pemandu teksi syarikat..., harapnya kerajaan yang amat prihatin ini turut memberi perhatian berat kepada rakan-rakan saya ini kerana mereka juga sepatutnya berhak mendapat sedikit faedah dari belanjawan tersebut.....