COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Isnin, 28 November 2011

Pelancaran Teksi Wanita

Saya telah dijemput menghadiri majlis pelancaran teksi wanita yang dibuat oleh YB Senator Datuk Heng Seai Kie  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama YB. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD di TBS pada 26 November baru-baru ini. 

Dikongsikan serba sedikit rakaman video dan gambar yang saya dapat di sana.



YB. Timbalan Menteri KPWKM bersama Y.B. Tan Sri Pengerusi SPAD semasa gimik pelancaran
Kempen Anti Keganasan terhadap Wanita

YB. Tan Sri Datuk Seri Pengerusi SPAD bersama beberapa ahli persatuan pengusaha teksi

Ybhg. En. Zakuan, Pengerusi KPPCB sempat bergambar bersama YB. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar
Puan Asnimar (kanan) bersama salah seorang pemandu teksi wanita. Khabarnya pemandu ini dipinjam sahaja, bukan bawak teksi pun..., sekadar mencukupkan bilangan teksi untuk dilancarkan...

Pendapat saya berkenaan dengan "teksi wanita" ini pula adalah seperti berikut;

  1. Bagus kerana memberi peluang kepada wanita untuk menceburi bidang perkhidmatan teksi yang selama ini dikuasai oleh golongan lelaki,
  2. Berdasarkan pemerhatian saya, 60% pengguna teksi adalah wanita, pastinya teksi wanita akan menjadi pilihan utama mereka,
  3. Pemandu teksi wanita mesti berusaha menepis persepsi negatif pengguna tehadap cara pemanduan mereka yang dilihat merbahaya. Untuk makluman pembaca, seorang penumpang wanita yang pernah menaiki teksi saya menyatakan rasa takut mereka menaiki teksi yang dipandu oleh wanita (rakan-rakan ahli KPPCB juga) kerana memandu laju, langgar traffic light dan dengan cara yang merbahaya,
  4. Konsep pelaksanaan teksi wanita yang dilancarkan ini amat kabur. Saya tertanya-tanya apakah teksi wanita ini hanya wanita sahaja boleh naik? atau hanya pemandunya sahaja yang berjantina wanita. Apakah ada permit individu khas untuk wanita? atau adakah syarikat tertentu nanti yang akan dapat permit khas teksi wanita nanti?, Bagaimana pula  caranya pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan teksi wanita ini?, Adakah diwujudkan kaunter khas teksi wanita di TBS?
Sekiranya SPAD memikirkan untuk memberi kelulusan kaunter khas "teksi wanita" di TBS, eloklah diberikan pula hak pengendaliannya kepada Koperasi KPPCB ini. Puan Asnimar (Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Wanita KPPCB) mungkin boleh membantu melaksnakannya kelak. Janganlah SPAD hanya memberikan hak pengendalian kaunter teksi ini kepada sebuah "syarikat itu" sahaja. Pandang-pandang lah juga koperasi kecil KPPCB ini untuk dibantu demi faedah 550 pemandu teksi (rakyat) yang menjadi ahlinya . 

Akhir sekali, saya menyokong penuh pengwujudan "teksi wanita" ini, namun suka juga mengingatkan bahawa sesuatu idea yang baik, jika dilaksanakan secara hentam keromo akan memberi natijah yang buruk pula kepada kita nanti.