Erm.., seminggu dua nie macam banyak pulak masa dan sempat menulis beberapa entry kat blog nie..., ;-)
Kali ini nak berkongsi sedikit berkenaan pendapat pemandu teksi sendiri samada mereka benar-benar tidak mahukan sistem kupon atau mereka mahukannya kerana lebih menguntungkan.
Memandangkan terdapat ura-ura pemansuhan sistem ini kepada sistem "kaunter teksi" dimana penumpang hanya membayar kepada pemandu berdasarkan meter. Koperasi Pengangkutan Putrajaya yang mengendalikan sistem kupon di Putrajaya Sentral dan Perhentian Teksi Jabatan Imigresen Putrajaya membuat soal selidik terhadap pemandu dan juga pengguna terhadap sistem manakah yang menjadi pilihan mereka.
Minggu lepas, saya berjaya mendapatkan 100 pemandu yang beroperasi di Putrajaya Sentral dan Jabatan Imigresen Putrajaya bagi mendapatkan maklumbalas dari mereka. Untuk makluman, hanya sekitar 50 orang sahaja dari mereka adalah ahli Koperasi. Soalan dan temuan yang saya peroleh dari 100 orang pemandu ini ialah seperti berikut;
- Adakah pemandu berpuashati dengan perkhidmatan sistem kupon yang dikendalikan Koperasi di Putrajaya Sentral?. 91% pemandu menjawab Ya dan 9% menjawab Tidak.
- Apakah pemandu bersetuju agar sistem kupon dimansuhkan dan diganti dengan menggunakan meter sepenuhnya?. 89% pemandu Tidak Bersetuju berbanding 11% Bersetuju.
- Dengan sistem kupon, pemandu akan memilih laluan mana bagi menghantar penumpang?. 79% menjawab akan memilih laluan paling dekat atau cepat sampai. Bakinya menjawab mengikut laluan yang dikehendaki penumpang.
- Jika menggunakan meter, pemandu akan memilih laluan mana bagi menghantar penumpang. 64% menjawab akan menggunakan laluan jauh yang lebih menguntungkan. 36% bakinya menjawab akan menggunakan laluan terdekat.
Dalam masa yang terdekat, Koperasi akan cuba mendapatkan maklumbalas penumpang pula. Rancangan saya untuk mendapatkan maklumbalas mereka dari perkara berikut;-
- Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan teksi berkupon yang dikendalikan di Putrajaya Sentral?.
- Adakah anda bersetuju terhadap cadangan untuk memansuhkan sistem ini dan anda hanya membayar terus kepada pemandu berdasarkan bacaan meter?.
- Dengan sistem kupon sekarang ini, adakah anda mendapati pemandu mengunakan jalan terdekat/tercepat untuk anda sampai ke destinasi?.
- Jika menggunakan meter, adakah anda yakin pemandu akan menggunakan jalan terdekat/tercepat?.
InsyaAllah, maklumbalas ini nanti sedikit sebanyak bermanfaat kepada Koperasi dan juga pihak berkenaan dalam membuat sebarang dasar dalam perkhidmatan ini. Maklumbalas ini juga bermanfaat kepada Koperasi untuk bermuhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan yang wujud.