1. Pengumuman YAB PM dalam Bajet2017 yg menggalakkan Kumpulan B40 menceburi perkhidmatan e-hailing merupakan satu lonjakan segera yang akan menyebabkan pemandu dan penumpang perkhidmatan Uber akan meningkat dengan ketara dalam masa terdekat.
2. Pengurangan permintaan teksi konvensional yang dialami sebelum ini akan menjadi lebih ketara. Untuk menjelaskan lagi kesan ini, saya kongsikan statistik permintaan teksi di Putrajaya Sentral telah merosot sebanyak 15% sebulan berbanding bulan yang sama tahun lepas (pengurangan 3,000 trip sebulan). Dengan pengumuman Bajet oleh YAB PM ini, sy menjangkakan permintaan teksi akan merosot sehingga 40% dalam tempoh 2 - 3 bulan ini.
3. Pemandu teksi nampaknya sedang "dipaksa" oleh "pasaran" untuk berubah samada dengan meningkatkan mutu perkhidmatan atau menceburi bidang kerjaya lain. Namun, apakah kerjaya yang sesuai mereka ceburi dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini?
4. Kumpulan B40 yang sedang digalakkan menjadi pemandu Uber akan dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka dari RM3,855 (pendapatan isi rumah sekarang) kepada RM5,355.
5. Peningkatan pendapatan kepada kumpulan B40 ini sangat signifikan bagi membantu mereka, namun, apa akan jadi kepada pemandu teksi yg juga tergolong dalam golongan yg sama (pendapatan isi rumah kurang RM3855)?.
6. Saya tidak pasti berapa ramai kumpulan B40 yang akan berjaya ditingkatkan pendapatan mereka (jika mereka membawa Uber). Tetapi saya boleh menjangkakan 40% (12,000 orang dari 30,000 pemandu teksi) pemandu teksi di Lembah Kelang terpaksa dimufliskan. Apakah langkah kerajaan untuk membantu mereka?
7. Module perniagaan Uber dan Grabcar juga merupakan satu isu besar yang perlu dikaji. Langkah kerajaan yang seolah-olah terlalu percaya kpd golongan kapitalis untuk memimpin industri e-hailing (teksi) sangatlah diragukan.
8. Lihatlah bagaimana nasib pemandu Uber di seluruh dunia. Bukankah dengan mudah kita boleh menemui bagaimana pemandu mereka "mogok" dan membantah keputusan pihak pengurusan Uber yang sangat menekan. Wajarkah dibiarkan pengendali Uber menyediakan "promosi tambang murah" yang mana kos promosi itu dibebankan (secara paksa) keatas pemandu yang juga terpaksa menanggung kos dan risiko kerjaya yang sangat tinggi (kemalangan, insurans dan penyenggaraan kenderaan).
9. Kerajaan perlu melihat semula isu ini dengan lebih menyeluruh. Sistem kawalan yang ketat oleh kerajaan terhadap modul operasi perniagaan e-hailing perlu diwujud dan dikuatkuasakan. Uber tidak boleh dibenarkan sewenangnya memanipulasi "lebihan sumber manusia (pemandu)" mereka bagi meningkatkan daya saing.
Wallahuaalam
TAXI DRIVERS MIND
Sabtu, 22 Oktober 2016
Rabu, 16 September 2015
PEMANDU SEBAGAI USAHAWAN TEKSI
Salam 1 Teksi...,
Pada 15 September 2015, saya telah dijemput oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk menyampaikan ceramah kepada 120 orang rakan-rakan teksi yang menerima bantuan deposit teksi dari MAWIP. Pihak MAWIP memaklumkan bahawa ramai sekali antara penerima bantuan ini yang gagal memanfaatkan bantuan kerana teksi mereka ditarik atau menyerahkan kepada pihak lain. Jika skim bantuan ini gagal membantu asnaf, maka MAWIP mungkin terpaksa mengkaji semula bantuan ini dan jika ini yang berlaku, maka rakan-rakan asnaf yang memerlukan bantuan ini di masa hadapan akan menjadi mangsa.
Berdasarkan maklumat ini, saya menyediakan kertas pembentangan dengan tajuk "Pemandu Sebagai Usahawan Teksi".
Catatan ringkas ceramah saya adalah seperti berikut;-
Pada 15 September 2015, saya telah dijemput oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk menyampaikan ceramah kepada 120 orang rakan-rakan teksi yang menerima bantuan deposit teksi dari MAWIP. Pihak MAWIP memaklumkan bahawa ramai sekali antara penerima bantuan ini yang gagal memanfaatkan bantuan kerana teksi mereka ditarik atau menyerahkan kepada pihak lain. Jika skim bantuan ini gagal membantu asnaf, maka MAWIP mungkin terpaksa mengkaji semula bantuan ini dan jika ini yang berlaku, maka rakan-rakan asnaf yang memerlukan bantuan ini di masa hadapan akan menjadi mangsa.
Berdasarkan maklumat ini, saya menyediakan kertas pembentangan dengan tajuk "Pemandu Sebagai Usahawan Teksi".
Catatan ringkas ceramah saya adalah seperti berikut;-
- Istilah "Pemandu", "Jurupandu" atau "Usahawan"?. Saya berpendapat istilah yang lebih tepat ialah "Usahawan Teksi". Perkataan pemandu lebih bermaksud kepada perbuatan seseorang yang memandu kenderaan. Seorang doktor juga akan menjadi "pemandu" semasa dia memandu kereta peribadinya. Saya menemui maksud istilah "usahawan" sebagai "seseorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan".
- Pekerjaan sebagai "pemandu" ini tidak sesuai diistilahkan kepada pemandu teksi kerana mereka bukan bekerja, bahkan sebenarnya mereka sedang berusaha sendiri (menjual perkhidmatan) dengan risiko dan peluang yang sama dengan peniaga-peniaga lain.
- Oleh yang demikian, saya mengajak peserta untuk mengubah persepsi salah dalam minda mereka dengan berubah menjadi seorang usahawan.
- Asas pertama untuk menjadi usahawan teksi yang berjaya ialah kena ada matlamat atau Visi, Misi dan objektif. Ia adalah berkenaan impian hidup seorang usahawan, imej yang ingin dibawa dengan perniagaannya serta langkah-langkah yang perlu dia buat untuk mencapai matlamatnya.
- Asas ke-2 ialah pemasaran (marketing). Saya mencadangkan mereka mengamalkan konsep 7P dalam pemasaran iaitu Product, Promotion, Place, Price, People, Process dan Physical. Melalui konsep ini, usahawan teksi perlu pastikan produknya iaitu kenderaan yang selesa, bersih dan wangi. Mesti mempunyai namecard dan membuat edaran flyer mengenai perkhidmatannya kepada pelanggan. Pastikan tempat kita beroperasi adalah lokasi yang sesuai dan ramai pelanggan (menjadi amalan rakan-rakan teksi untuk terus menjadi penunggu stand dengan bermain dam dan lain-lain walaupun tiada penumpang. Sepatutnya kita fikir untuk mencari lokasi lain yang lebih ramai). Pastikan mengenakan tambang berdasarkan kadar yang ditetapkan kerajaan (meter). Pastikan pemandu (kita) kemas, pakaian bersih, jujur, ramah dan mesra. Manfaatkan semua proses dalam mendapatkan penumpang seperti menggunakan "apps", medium pembayaran secara online atau kad kredit/debit. Pastikan setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kita mendapat pengalaman yang jauh berbeza dari teksi lain supaya kita dapat seramai mungkin pelanggan tetap.
- Asas ke-3 ialah menyediakan akaun perniagaan. Saya menggariskan 3 langkah untuk menyediakan akaun ini seperti berikut;-
- Langkah 1, kita kena pisahkan entiti kita sebagai individu pemandu dan perniagaan perkhidmatan teksi yang kita usahakan. Menjadi amalan lumrah rakan-rakan yang mencampur adukkan entiti ini sehingga menyebabkan semua hasil tambang yang kita dapat dihabiskan untuk semua urusan tanpa mengambil kira sebahagian dari hasil itu perlu diasingkan bagi membiayai kos perniagaan kita.
- Langkah ke-2 ialah kita perlu mengira semua kos perniagaan termasuk gaji pemandu (kita), sewa teksi, penyenggaraan, keraian, toll, petrol, NGV dan lain-lain. Melalui pengiraan ini, kita dapat tentukan berapakah sasaran hasil yang mesti dicapai setiap hari. Dalam pembentangan ini, saya mencadangkan sasaran hasil RM270 sehari jika pemandu (kita) mahu mendapat gaji bersih sebanyak RM3,000.00 sebulan.
- Langkah ke-3 ialah mencatatkan pendapatan dan belanja perniagaan kita.
- Bagi mengatasi masalah usahawan teksi yang sukar mendapatkan pinjaman kerana kesukaran untuk kita membuktikan hasil pendapatannya, saya menyarankan supaya setiap hasil yang kita dapat disimpan dalam akaun bank. Gaji kita yang dikeluarkan dari akaun perniagaan juga disimpan ke dalam akaun simpanan yang lain. Jika diamalkan secara istiqamah, pihak bank akan dapat menilai keupayaan kita melalui hasil dari perniagaan teksi yang yang tercatat dalam buku bank.
Dalam sesi penggulungan ceramah saya di atas..., sebahagian peserta nampaknya faham dan berminat untuk mengubah diri menjadi usahawan teksi.., namun sebahagian yang lain masih merungut-rungut mengenai permasalahan semasa yang dihadapi iaitu;-
- Teksi sapu haram yang menggunakan apps,
- Kerajaan tak bagi permit individu,
- Nak dapat RM100 sehari pun susah..., macam mana nak dapat RM270.00 sehari???
Saya akui permasalahan ini..., namun.., dari satu sudut kita boleh memperjuangkan isu-isu ini melalui persatuan-persatuan teksi. Namun, di satu sudut diri kita sendiri sebagai "usahawan" kita kena fikir apa yang kita boleh buat dan usaha untuk mengatasi halangan.
Fikirkan kenapa kita hanya mendapat RM100.00 walhal orang lain boleh mendapat lebih dari itu?
Fikirkan juga apa langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan hasil.
Seorang "USAHAWAN" akan terus berUSAHA untuk mengatasi setiap cabaran dan rintangan yang muncul dihadapannya supaya impian hidupnya dapat dicapai.
Wallahu A'alam..
Selasa, 17 Februari 2015
Bantuan Kemanusiaan Komuniti Teksi Kepada Mangsa Banjir
17 Feb. 2015
Alhamdulillah Misi Kemanusiaan Komuniti Teksi yang bertujuan untuk mengumpul kutipan dari kalangan ahli-ahli persatuan teksi dan orang awam berjaya juga dilaksanakan. Walaupun sasaran asal program ialah kutipan tunai sebanyak RM20,000.00, namun kekangan masa serta ketiadaan pengalaman menyebabkan hanya RM9,610.55 sahaja yang berjaya dikutip. Namun, ini tetap membuktikan komuniti teksi sentiasa peka dan sedia membantu masyarakat yang ditimpa bencana.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak rakan-rakan yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada En. Saiful Nizam (Kuala Lumpur Taxi Driver Club - KLTDC) dan En. Kamal (Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia) atas cetusan idea bagi usaha ini. Saya bagi pihak KPPCB dan GKPMB hanya sekadar membantu bagi menjayakannya.
Untuk makluman semua penderma, jumlah kutipan yang diperolehi melalui persatuan dan koperasi teksi yang terlibat adalah seperti berikut;-
Wakil komuniti persatuan dan koperasi teksi yg diwakili oleh saya, Ust. Mukhtaruddin, En. Mohd Amir dan Muhammad Ajwad (anak saya).
Selepas sarapan pagi dan taklimat oleh Tn. Hj. Sham (ketua misi), kami bertolak ke Kuala Krai kira-kira jam 10.00 pagi.
Kesesakan jalanraya serta beberapa kali kami berhenti rehat, alhamdulillah akhirnya kami sampai di Kg. Dusun Nyiur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Kami ditempatkan di sebuah khemah yang dipasang atas tapak rumah yang telah musnah.
20 Feb. 2015
Sebaik selesai solat subuh, Tn. Hj. Sham sekali lagi memberikan taklimat berhubung pembahagian kumpulan dan gotong royong serta lawatan ke Kg. Picu.
Bagi memudahkan pengurusan saya menyerahkan sumbangan tunai dari komuniti teksi yang saya bawa sebanyak RM5,000.00 kepada Tn. Hj. Sham. (RM2,000.00 untuk kenduri kampung yang dijadualkan malam nanti dan RM3,000.00 untuk disumbangkan kepada penduduk). Setakat ini, jumlah sumbangan yang telah diserahkan adalah sebanyak RM9,000.00.
Sebelum sarapan, kami meninjau keadaan kampung..., masyaAllah..., mangsa banjir masih tinggal di dalam khemah dan keadaan ini sudah berlarutan hampir 2 bulan...,Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh sukarelawan yang ditugaskan, kami mula bergotong royong untuk membangunkan semula rumah Ust. Azman (imam kampung) yang telah musnah. Satu kumpulan lagi ditugaskan untuk merobohkan sebuah rumah yang separuh roboh (tak boleh dibaiki semula).
Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir (Nazir Masjid Al-Falah USJ 9 - Bekas CEO Proton) tiba kira-kira jam 9.00 pagi dan beliau terus bergotong royong bersama-sama kami.
Kami berhenti kira jam 1.00 tengahari untuk menunaikan solat zohor dan asar (jamak) dan makan tengahari.
Kira-kira jam 3.00 petang, kami bertolak ke Kampung Picu yang memerlukan kami menaiki bot ke sana. Jarak masa perjalanan dari Kg. Dusun Nyiur ke Kg. Picu adalah kira-kira 1 jam setengah. Sebaik tiba, kami terus ke rumah Pak Cik Hassan.
Kampung Picu turut dilanda banjir, beberapa rumah yang berada berhampiran sungai telah musnah, rumah yang berada di atas bukit juga ditenggelami air. Namun tiada bantuan yang sampai ke kampung ini, mungkin kerana ketiadaan jalan darat. Terdapat 19 buah keluarga yang tinggal di sini. Datuk Syed Zainal menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM100.00 bagi setiap keluarga, kami menambah sebanyak RM50.00 menjadikan setiap keluarga di sini mendapat sumbangan tunai RM150.00. Belanja sumbangan komuniti teksi setakat ini ialah sebanyak RM9,950.00. Kami bertolak pulang ke Kg Dusun Nyiur kira-kira jam 5.40 petang.
Selepas isyak, kami mengadakan majlis tahlil untuk 2 orang penduduk yang meninggal dunia (kira-kira seminggu yang lalu), diikuti kenduri kampung yang disumbangkan oleh komuniti teksi. Kira-kira 130 orang penduduk menyertai program ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM100.00 bagi setiap 23 ketua keluarga di kampung ini.
21 Feb. 2015
Selepas bersarapan pagi, kami sekali lagi bergotong royong membangunkan semula dan membaiki rumah penduduk.
Kami menamatkan kerja kira-kira jam 1.30 petang untuk solat zohor, makan tengahari dan bergerak pulang.
Penutup
Sekian sahaja laporan saya untuk misi kali ini. Insya Allah kalau ada lagi sumbangan tunai dari rakan-rakan, saya sedia untuk sekali lagi.
Terima kasih juga kepada Masjid Al-Falah USJ 9 kerana sudi menerima kami untuk menyertai program mereka. Tanpa mereka, kami mungkin hanya beli barang-barang keperluan (yang mungkin tidak diperlukan) dan hantar kepada mangsa. Namun, dengan mengikuti program ini, kami dapat menyelami keadaan sebenar mangsa serta memberikan bantuan berdasarkan keperluan.
Musibah banjir ini benar-benar menginsafkan betapa Allah boleh mengambil semula nikmat dan kesenangan kita dengan sekelip mata. Ia juga menguji kita sejauh mana kita menganggap saudara sebangsa dan seagama di sini sebagai saudara.
Terima kasih kepada semua penderma, semoga Allah SWT membalas sumbangan kalian dengan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah.
Alhamdulillah Misi Kemanusiaan Komuniti Teksi yang bertujuan untuk mengumpul kutipan dari kalangan ahli-ahli persatuan teksi dan orang awam berjaya juga dilaksanakan. Walaupun sasaran asal program ialah kutipan tunai sebanyak RM20,000.00, namun kekangan masa serta ketiadaan pengalaman menyebabkan hanya RM9,610.55 sahaja yang berjaya dikutip. Namun, ini tetap membuktikan komuniti teksi sentiasa peka dan sedia membantu masyarakat yang ditimpa bencana.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak rakan-rakan yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada En. Saiful Nizam (Kuala Lumpur Taxi Driver Club - KLTDC) dan En. Kamal (Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia) atas cetusan idea bagi usaha ini. Saya bagi pihak KPPCB dan GKPMB hanya sekadar membantu bagi menjayakannya.
Untuk makluman semua penderma, jumlah kutipan yang diperolehi melalui persatuan dan koperasi teksi yang terlibat adalah seperti berikut;-
- Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Bhd : RM1,000.00
- Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Bhd. : RM3,724.55
- Pemandu dan penumpang teksi Putrajaya Sentral : RM1,936.00
- Tabung Lembaga KPPCB : RM700.00
- Kuala Lumpur Taxi Driver Club : RM615.00
- Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor : RM460.00
- Koperasi Jurupandu Usahawan Limosin KLIA Bhd. : RM215.00
- Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia : RM140.00
- Mohd Amir bin Mohd Nin : RM140.45
- Mohd Kamal bin Mohd Shariff : RM680.00
JUMLAH SUMBANGAN DITERIMA : RM9,611.00
Semua sukarelawan yang terlibat dalam misi ini telah bersetuju untuk mengagihkan sumbangan ini dengan bekerjasama dengan kariah Masjid Al-Falah USJ 9 bagi membina bangsal sementara kepada penduduk Kuala Krai, Kelantan. Anggaran kos bagi bangsal ini ialah sekitar RM2,000.00 seunit. Komuniti teksi menyumbangkan RM4,000.00 bagi membina 2 unit bangsal sementara ini.
Bagi menyampaikan sumbangan seterusnya, kami telah bersetuju menghantar 4 orang wakil komuniti teksi untuk bersama-sama rombongan Masjid Al-Falah USJ 9 ke Kuala Krai pada 19 hingga 21 Februari ini. Baki sumbangan akan diagihkan samada dengan cara membeli barangan dan menyampaikannya kepada mangsa ataupun hanya memberikan sumbangan tunai kepada ketua keluarga yang diziarahi nanti. Sebahagian kecil kutipan ini akan digunakan untuk belanja perjalanan sukarelawan ke sana.
19 Feb. 2015
Wakil komuniti persatuan dan koperasi teksi yg diwakili oleh saya, Ust. Mukhtaruddin, En. Mohd Amir dan Muhammad Ajwad (anak saya).
Selepas sarapan pagi dan taklimat oleh Tn. Hj. Sham (ketua misi), kami bertolak ke Kuala Krai kira-kira jam 10.00 pagi.
Kesesakan jalanraya serta beberapa kali kami berhenti rehat, alhamdulillah akhirnya kami sampai di Kg. Dusun Nyiur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Kami ditempatkan di sebuah khemah yang dipasang atas tapak rumah yang telah musnah.
20 Feb. 2015
Sebaik selesai solat subuh, Tn. Hj. Sham sekali lagi memberikan taklimat berhubung pembahagian kumpulan dan gotong royong serta lawatan ke Kg. Picu.
Bagi memudahkan pengurusan saya menyerahkan sumbangan tunai dari komuniti teksi yang saya bawa sebanyak RM5,000.00 kepada Tn. Hj. Sham. (RM2,000.00 untuk kenduri kampung yang dijadualkan malam nanti dan RM3,000.00 untuk disumbangkan kepada penduduk). Setakat ini, jumlah sumbangan yang telah diserahkan adalah sebanyak RM9,000.00.
Suasana Kg. Dusun Nyiur |
Rumah Ust Azman yang hanya tinggal tapak |
Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir (Nazir Masjid Al-Falah USJ 9 - Bekas CEO Proton) tiba kira-kira jam 9.00 pagi dan beliau terus bergotong royong bersama-sama kami.
Kami berhenti kira jam 1.00 tengahari untuk menunaikan solat zohor dan asar (jamak) dan makan tengahari.
Kira-kira jam 3.00 petang, kami bertolak ke Kampung Picu yang memerlukan kami menaiki bot ke sana. Jarak masa perjalanan dari Kg. Dusun Nyiur ke Kg. Picu adalah kira-kira 1 jam setengah. Sebaik tiba, kami terus ke rumah Pak Cik Hassan.
Bertolak ke Kg Picu |
Rumah Pak Cik Hassan |
Antara keperluan yang disumbangkan kepada penduduk |
Penduduk yang terharu dengan bantuan yang diberikan |
Menyampaikan sumbangan RM950.00 untuk 19 buah keluarga |
Selepas isyak, kami mengadakan majlis tahlil untuk 2 orang penduduk yang meninggal dunia (kira-kira seminggu yang lalu), diikuti kenduri kampung yang disumbangkan oleh komuniti teksi. Kira-kira 130 orang penduduk menyertai program ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM100.00 bagi setiap 23 ketua keluarga di kampung ini.
Datuk Syed Zainal memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada penduduk |
Kenduri Kampung |
Menyampaikan sumbangan tunai (RM100.00) kepada setiap keluarga di Kg Dusun Nyiur |
21 Feb. 2015
Selepas bersarapan pagi, kami sekali lagi bergotong royong membangunkan semula dan membaiki rumah penduduk.
Alhamdulillah, tiang rumah Ust Azman telah didirikan. Semoga penduduk kampung dapat meneruskan kerja menyiapkannya. |
Kami menamatkan kerja kira-kira jam 1.30 petang untuk solat zohor, makan tengahari dan bergerak pulang.
Penutup
Sekian sahaja laporan saya untuk misi kali ini. Insya Allah kalau ada lagi sumbangan tunai dari rakan-rakan, saya sedia untuk sekali lagi.
Terima kasih juga kepada Masjid Al-Falah USJ 9 kerana sudi menerima kami untuk menyertai program mereka. Tanpa mereka, kami mungkin hanya beli barang-barang keperluan (yang mungkin tidak diperlukan) dan hantar kepada mangsa. Namun, dengan mengikuti program ini, kami dapat menyelami keadaan sebenar mangsa serta memberikan bantuan berdasarkan keperluan.
Terima kasih kepada semua penderma, semoga Allah SWT membalas sumbangan kalian dengan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah.
Selasa, 27 Januari 2015
Masalah Ketidakcukupan Teksi Pada Waktu Puncak & Perkongsian Lawatan Ke Blue Bird
Assalamualaikum...,
Pada 23 Januari 2015, saya bersama wakil-wakil dari Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Bhd. (GKPMB) telah melawat Blue Bird Jakarta bagi tujuan untuk membuka minda ALK koperasi-koperasi dibawah GKPMB. Pada kesempatan ini, saya kongsikan sedikit pendapat saya setelah melihat bagaimana Blue Bird menguruskan perkhidmatan teksi mereka.
Selama ini kita mengalami masalah ketidakcukupan teksi pada waktu puncak dan lebihan teksi pada waktu bukan puncak. Masalah ini menyebabkan pengguna marah pada waktu puncak kerana teksi tidak "cukup" dan pemandu pula marah pada waktu bukan puncak kerana terlalu banyak teksi di atas jalan raya.
Mungkin catatan ini dapat memberikan sedikit pendedahan kepada rakan-rakan industri teksi.
Pendahuluan
Istilah teksi merujuk kepada kenderaan yang mana tujuannya diwujudkannya
adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pengguna. Berbeza dengan
perkhidmatan pengangkutan lain, teksi memberikan perkhidmatan yang ekslusif
kepada pengguna yang mendapatkan perkhidmatannya. Maka sepatutnya,
sepanjang 24 jam kewujudan kenderaan teksi ini adalah untuk memberikan perkhidmatan
kepada penumpang.
Di Malaysia, saya menganggarkan lebih separuh dari kitar hayat
kenderaan teksi disalahgunakan. Antara salahguna yang saya maksudkan ialah;-
- Dijadikan sebagai kenderaan persendirian dan hanya parking selama 9 jam sehari oleh pemandu teksi sambilan yang bekerja kerajaan mahupun swasta.
- Dijadikan sebagai kenderaan keluarga oleh pemandu samada untuk ke pasar, hantar isteri ke tempat kerja, anak ke sekolah, bercuti dan balik kampong.
- Hanya disimpan di rumah apabila pemandu tidak bekerja atas alasan kalau bagi orang lain bawak, teksi lebih cepat rosak.
Secara keseluruhannya, dianggarkan bahawa bagi setiap teksi, hanya
40% dari masa kewujudkannya digunakan untuk mengangkut penumpang. Selebihnya disia-siakan
bagi tujuan di atas.
Saya berpendapat inilah puncanya kenapa kita menghadapi masalah ketidakcukupan
teksi pada waktu puncak dan lambakan teksi pada waktu biasa.
Punca Masalah
Antara punca yang menyumbang kepada penyalahgunaan teksi ini
ialah;-
- Skim sewa atau sewa beli.
- Permit individu
Skim sewa atau sewa beli akan menyebabkan pemandu tidak
memanfaatkan sepenuhnya kenderaan. Secara amalannya, pemandu akan bekerja bagi
mencapai sesuatu target kutipan bagi membiayai kos sewaan dan gaji pemandu,
kemudiaannya kenderaan disimpan.
Permit individu pula akan menyebabkan pemandu yang dianugerahkan
permit untuk kerja lebih “santai” kerana kos operasi harian mereka lebih rendah berbanding teksi sewa. Keadaan ini menyebabkan teksi permit individu
lebih tidak produktif dalam memberikan perkhidmatan.
Penyelesaian
Bagi mengatasi masalah ini, transformasi perkhidmatan teksi yang
diolah perlu mengambilkira isu “produktiviti” setiap lesen kenderaan teksi. Transformasi ini amat rumit serta memerlukan keberanian membuat
keputusan oleh pihak berkuasa termasuk tidak mempedulikan tekanan
politik. Dalam konteks Malaysia, ianya kelihatan amat sukar namun bukanlah
sesuatu yang mustahil dilaksanakan.
Transformasi yang paling berkesan untuk memastikan produktiviti
setiap lesen teksi ialah dengan cara menghapuskan skim sewa atau sewa beli.
Penghapusan skim ini akan menyebabkan syarikat pengusaha teksi
marah kerana mereka telah selesa dengan skim sewa yang mana mereka tidak perlu mengurus,
mengawal dan menyenggara setiap aset kenderaan teksi dan pemandu mereka. Syarikat hanya perlu
memantau bayaran sewa harian pemandu sahaja.
Penghapusan permit individu yang tidak produktif pula akan menyebabkan tentangan yang tidak
kurang sengit dari pemandu dan persatuan teksi. Namun, selain dengan cara menghapuskan permit individu, pihak SPAD mungkin boleh memastikan hanya individu yang
benar-benar layak mendapat permit. Sistem kawalan yang ketat perlu dibuat bagi
memastikan setiap teksi individu ini bekerja pada tahap produkiviti yang
bersesuaian.
Perkongsian Cara Blue Bird Menguruskan Perkhidmatan
Di akhir catatan ini, suka saya kongsikan lawatan saya dan
rakan-rakan dari Gabungan Koperasi Pengangkutan Wilayah Tengah Malaysia Berhad
ke Blue Bird Jakarta pada 23 Januari 2015.
Antara ringkasannya adalah seperti berikut;-
Aspek Perkhidmatan.
- Pemandu hanya bekerja dan dibayar gaji/komisen dari hasil pendapatan tambang.
- Kos penyenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh Blue Bird kecuali bagi kerosakan akibat kemalangan atau kerosakan yang berpunca dari kecuaian pemandu.
- Setiap aset kenderaan dipastikan bekerja sepanjang masa yang boleh. Bagi tujuan ini, setiap tiga orang pemandu akan memandu 2 unit kenderaan berdasarkan jadual kerja yang disediakan. Waktu rehat kenderaan hanya sewaktu disenggara sahaja.
- Bengkel kenderaan yang diuruskan sendiri oleh Blue Bird akan memastikan supaya setiap kenderaan yang memerlukan penyenggaraan dibuat dengan secepat mungkin.
- Menyediakan talian hotline serta aplikasi tempahan dan agihan permintaan teksi menggunakan smartphone.
- Promosi dan pembinaan jenama serta imej secara berterusan.
Aspek Kebajikan Pemandu
- Kemudahan asrama percuma.
- Kemudahan pinjaman kenderaan peribadi dan juga perumahan.
- Kursus dan latihan yang berterusan.
- Belanja perubatan.
- Insentif kepada pemandu yang produktif dan berkualiti.
- Kebajikan dan dermasiswa juga dikembangkan kepada keluarga pemandu.
Aspek Disiplin dan Penguatkuasaan.
- Unit khas bagi mengawal selia aduan pengguna.
- Perkhidmatan kaunseling bagi membantu pemandu berjaya dalam bidang ini.
- Hukuman yang tegas bagi kesalahan besar atau yang berulang.
Sistem
- GPS yang boleh mengesan setiap pergerakan unit teksi.
- Sistem untuk mengesan samada meter teksi sedang digunakan atau tidak.
- Sistem untuk mengesan kadar bacaan meter serta jumlah wang yang perlu diserahkan oleh pemandu sebaik habis waktu bekerja.
- Sistem yang melaporkan prestasi kutipan tambang pemandu setiap hari.
Pencapaian Blue Bird
- Semua pemandu Blue Bird yang saya jumpa, semuanya sangat berpuas hati dengan majikan mereka.
- Sebahagian mereka telah bekerja selama 30 tahun dengan Blue Bird (Blue Bird beroperasi mulai tahun 1972).
- Perkhidmatan teksi Blue Bird mendapat pujian dari seluruh dunia serta menjadi salah satu ikon perkhidmatan teksi yang berkualiti di dunia.
Pencapaian Blue Bird dalam mengatasi masalah ketidakcukupan teksi
pada waktu puncak sukar diukur kerana banyaknya perkhidmatan pengangkutan alternatif seperti “ojek” (motosikal), "bajai" (tut tut), “angkut”, bas dan teksi.
Sabtu, 10 Januari 2015
Sistem Kupon VS Kaedah Tambang RM2 + Meter - Taklimat dan dialog dengan usahawan teksi Putrajaya
Sebentar tadi (jam 4.30 ptg., 10 Januari 2014) saya telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan dengan rakan-rakan usahawan teksi Putrajaya berhubung arahan SPAD untuk melaksanakan Kaedah Tambang RM2.00 + Meter. Saya kongsikan butir taklimat saya seperti berikut...
TAKLIMAT DAN DIALOG USAHAWAN TEKSI BERSAMA
PENGURUSAN KPPCB MENGENAI KUPON DAN METER + RM2
1. FAKTA UNDANG-UNDANG
1.1. Kadar tambang teksi adalah menggunakan
meter
Kaedah-kaedah
Kenderaan Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
a)
Perkara 17. Teksi tidak boleh beroperasi jika
meter rosak atau tidak boleh digunakan.
b)
Perkara 22. Waktu mula bacaan meter ialah
apabila pintu teksi dibuka untuk dinaiki penumpang dan tamat semasa teksi berhenti
untuk menerima bayaran.
c)
Perkara 26. Meter teksi tidak boleh ditutup.
d)
Perkara 27. Meter teksi yang menunjukkan
untuk disewa (lampu menyala) tidak boleh tidak berhenti apabila ingin disewa
(ditahan) penumpang.
e)
Perkara 32. Pemandu tidak boleh meninggalkan
tempat duduk.
f)
Perkara 38. Pemandu hendaklah menggunakan
jalan yang paling dekat dan mudah.
g)
Jadual Kelima Butiran 12. Kadar tambang yang
hendak dikenakan mestilah berdasarkan meter.
1.2. Pengecualian penggunaan meter kepada
KLIA dan di KL Sentral.
Kaedah-kaedah
Kenderaan Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
a)
Perkara 35.(7) KLIA dikecualikan.
b)
Perkara 35.(9) KL Sentral dikecualikan.
1.3. Kaedah Tambang RM2 + Meter dinyatakan
dalam Jadual Kelima Butiran 12(k).
1.4. Kaunter Teksi Di Bawah Undang-undang.
a)
Seksyen 6 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
(Perlesenan Terminal)
b)
Denda tidak kurang RM1 juta atau penjara
tidak lebih 5 tahun jika beroperasi tanpa lesen. Seksyen 6.(6).
c)
Denda tidak lebih RM500,000 atau penjara
tidak lebih 2 tahun jika langgar syarat lesen.
2. RUMUSAN MESYUARAT DENGAN SPAD
(1)
Perbincangan
dipengerusikan oleh En. Hazzelan Mohd Said dan beliau memaklumkan bahawa;-
- Notis
pelaksanaan Kaedah Tambang RM2 + Meter adalah berkaitan warta Kaedah-kaedah
Kenderaan Motor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
- Matlamat
SPAD adalah untuk memastikan undang-undang berkenaan penggunaan meter teksi
sepenuhnya.
- Pelaksanaan
Kaunter Tiket Berzon adalah menyalahi kehendak undang-undang kecuali bagi
lapangan terbang dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
(2)
Pihak
Koperasi memberikan respons seperti berikut;-
i. Koperasi
sememangnya menyokong hasrat dan dasar SPAD berhubung perkhidmatan teksi dan
ingin bersama-sama menjayakannya.
ii. Menyatakan
kegusaran terhadap kesan dari pertukaran kaedah tambang ini dengan alasan
berikut;-
§ Keyakinan
penumpang terhadap penggunaan meter serta kejujuran pemandu dalam menggunakan
laluan terdekat masih rendah. Keadaan ini akan menyebabkan meningkatnya aduan
serta pengguna akan beralih kepada medium pengangkutan lain.
§ Penurunan
mendadak penumpang yang menaiki teksi di TBS apabila pihak MIJ menyelaraskan
kepada kaedah tambang RM2.00 + meter.
§ Berdasarkan
tinjauan kepada kesediaan pemandu di ketiga-tiga kaunter teksi yang
dikendalikan, Koperasi tidak mampu melaksanakan kaedah RM2 ini di kaunter teksi
KTM Serdang dan Imigresen Putrajaya. Pemberhentian operasi ini turut melibatkan
proses pemberhentian kakitangan serta kontrak sewaan dengan pemilik premis.
Tempoh singkat yang diberikan tidak memadai.
iii. Memohon
SPAD menyediakan Garis Panduan yang jelas bagi pengoperasian Kaedah Tambang RM2
+ Meter. Ketiadaan garis panduan yang jelas menyukarkan Koperasi untuk
memastikan perkhidmatan yang dikendalikannya diuruskan dengan baik. Antara
maklumat yang perlu diketahui oleh Koperasi, pemandu dan pengguna dalam
mengendalikan perkhidmatan ini adalah seperti berikut;-
§ Peranan
dan tanggungjawab pengendali kaunter,
§ Tanggungjawab
pemandu,
§ Hak
dan tanggungjawab pengguna, dan
§ Apa
yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengendali, pemandu dan pengguna.
iv. Memohon
pertimbangan pihak SPAD supaya Koperasi dibenarkan terus kekal dengan sistem
kupon ataupun sekurang-kurangnya diberi tempoh yang sesuai bagi menyelaraskan
perkhidmatan kepada Kaedah Tambang RM2 + Meter.
(3)
Maklumbalas
pihak SPAD terhadap permohonan Koperasi adalah seperti berikut;-
i. Koperasi
boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan ini dengan cara;-
§ Menyediakan
anggaran tambang berdasarkan meter untuk makluman pengguna,
§ Memaparkan
salinan Akta dan Kaedah berkenaan tambang teksi, dan
§ Memberikan
perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan “marshall” bagi membantu
pengguna membuka pintu dan mengangkat beg.
ii. Koperasi
boleh merujuk kepada Akta dan Kaedah sebagai garis panduan.
iii. Pihak
SPAD sedia menimbangkan perlanjutan tempoh. Koperasi perlu kemukakan permohonan
lanjutan namun tidak boleh melewati bulan Jun kerana sepatutnya kaedah tambang
RM2 + meter dilaksanakan akhir tahun 2014.
(4)
Koperasi menyatakan akan mengkaji tempoh
masa yang sesuai bagi menyelaraskan kaedah tambang ini serta akan memaklumkan
kepada pihak SPAD dalam masa terdekat.
3. KEBAIKAN SISTEM KUPON
3.1.
Keyakinan penumpang yang tinggi.
3.2.
Pemandu bekerja tanpa rasa risau.
3.3.
Sangat kurang aduan.
3.4.
Pemandu rajin ambil trip di ERL (penumpang tidak perlu tunggu lama).
Namun,
apa yang difikirkan dan yang dikehendaki SPAD adalah berbeza dengan apa yang
kita (pemandu) fikir.
4. RISIKO PENYELARASAN KEPADA KAEDAH
TAMBANG RM2 + METER
4.1.
Tambang yang berbeza setiap hari menyebabkan
penumpang tidak selesa / hilang keyakinan.
4.2.
Penumpang yang hilang keyakinan akan mencari
alternative pengangkutan lain (bas, kawan/saudara, Uber).
4.3.
Pendapatan pemandu jika queue di erl adalah
kurang berbanding ambil trip melalui apps Myteksi dan lain-lain. Keadaan ini
menyebabkan kurangnya pemandu kembali ke ERL selepas menghantar penumpang ke
mana-mana lokasi.
4.4.
Kurangnya bilangan teksi yang standby di ERL
akan menimbulkan persepsi bahawa ERL tiada teksi terutamanya pada waktu puncak.
4.5.
Koperasi telah cuba laksanakan kaedah RM2 +
Meter di Lim Kok Wing, namun gagal.
4.6.
MIJ telah menukarkan kaedah kupon di TBS
kepada RM2 + Meter, namun didapati penumpangnya menyusut dari 700 sehari kepada
hanya 200 (hilang 500).
4.7.
Bilangan purata trip harian teksi di
Putrajaya Sentral sekarang ini ialah 700 trip. Apa akan jadi kalau tinggal
hanya 200 trip sahaja?.
5. KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN LAIN
5.1. Meter
dinaikkan pada akhir Januari 2015, namun kupon tidak dibenarkan naik.
Kadar
kenaikan meter baru (seperti dimaklumkan SPAD) adalah seperti berikut;-
-
Flag fall RM3.30, teksi bajet dan RM4.00
Teks1m.
-
RM0.25 bagi setiap 200 meter (kenaikan 40%)
-
RM0.25 bagi setiap 30 saat (kenaikan 40%)
Contoh perbandingan tambang meter sekarang dengan meter
baru adalah seperti berikut;-
Perjalanan
|
Meter Sekarang
|
Meter Baru
|
Kupon (bersih)
|
P. Sentral ke Kompleks B
|
RM9.80
|
RM12.90
|
RM11.30
|
Pendapatan bersih pemandu menggunakan kupon adalah kurang
sebanyak RM1.60.
Jika
berlaku sedemikian (meter naik), adakah kita masih menyokong kupon?
Bagaimana pula jika meter tidak dinaikkan?.
Bagaimana pula jika meter tidak dinaikkan?.
5.2. Koperasi
diberi masa sehingga Jun 2015, dalam tempoh ini, Koperasi dengan sokongan semua
(pemandu) akan melobi supaya kaedah tambang kupon dikekalkan.
Antara pelan tindakan adalah seperti berikut;-
a) Mengumpulkan tandatangan semua pemandu dan
penumpang yang mahukan sistem kupon dikekalkan serta mengemukakan kepada
Menteri Wilayah Persekutuan.
b) Mengeratkan hubungan dengan Menteri
Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya.
c) Menjemput Menteri Wilayah merasmikan
mesyuarat agung tahunan Koperasi yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.
d) Menjemput seramai mungkin pemandu-pemandu
menjadi ahli Koperasi (kalau boleh semua) dan kita bersatu untuk melaksanakan
usaha ini (ramai ahli yang hadir, makin kuat tuntutan kita).
Hanya
SPAD sahaja yang boleh meminta Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Kenderaan
Perdagangan) 1959 bagi membolehkan kaedah kupon digazetkan/disahkan menurut
undang-undang.
6. SEKIRANYA KUPON GAGAL DIPERTAHANKAN
6.1. Keyakinan
penumpang kepada perkhidmatan teksi di Putrajaya Sentral perlu dipertahankan/dipupuk
dengan cara;-
a) Menyediakan
anggaran tambang meter bagi sesuatu perjalanan (seperti disediakan dalam apps
MyTeksi).
b) Menyediakan
“marshall” bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra kepada penumpang.
c) Memastikan
/ menggalakkan perkhidmatan pemandu yang lebih mesra kepada penumpang.
6.2. Meningkatkan
keyakinan pemandu untuk terus beroperasi di Putrajaya Sentral dengan cara;-
a) Mewujudkan
100 usahawan teksi khas yang didaftarkan. Pemilihan berdasarkan kuantiti trip
yang dibuat selama ini.
b) Menyediakan "car wash" mesin penyedut habuk (vakum) untuk kegunaan pemandu di Putrajaya Sentral
(secara percuma) supaya teksi di Putrajaya sentiasa bersih.
c) Membekalkan
(percuma) pewangi kenderaan (setiap 45 hari) bagi memastikan teksi di Putrajaya
Sentral sentiasa wangi.
d) Menyediakan
dua helai uniform beserta name tag (percuma) setiap tahun kepada pemandu (untuk meningkatkan imej teksi di Putrajaya supaya berbeza dan lebih baik).
e) Kurus
dan latihan dengan dibayar elaun.
f) Insentif
RM100 tunai bagi pemandu yang mengambil 200 trip dalam tempoh sebulan (untuk menggalakkan pemandu aktif mengambil penumpang)
g) Kebajikan
pemandu yang berdaftar.
h) Insentif
pulang barang penumpang, cabutan bertuah dan lain-lain.
Pelaksanaan insentif ini
adalah tertakluk kepada keyakinan penumpang terhadap perkhidmatan teksi di
Putrajaya Sentral dapat dipertahankan.
Sekiranya gagal, perubahan
kaedah tambang ini akan menyebabkan kesukaran kepada semua;
a) Penumpang
(mungkin ada pemandu yang akan guna laluan jauh bagi meningkatkan bacaan
meter).
b) Pemandu
(700 trip sehari sekarang ini akan menyusut kepada 200 trip sahaja). Apa guna meter naik 40% tetapi kuantiti trip berkurangan 70%.
c) Koperasi
(hilang sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada perniagaan lain
seperti sewaan teksi, hotel bajet dan dobi layan diri yang sedang dirancang)
7.
RUMUSAN/PENUTUP
7.1. Kaedah
tambang RM2 + Meter serta kupon mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.
7.2. Undang-undang
berkaitan kaedah tambang teksi adalah jelas.
7.3. Untuk
meminda peruntukan undang-undang berkaitan tambang teksi amat memerlukan
kesepaduan semua komuniti pemandu bagi mendasak ahli politik memindanya. Apakah
kita mampu bersatu padu?.
7.4. Selain
berikhtiar untuk mempertahankan sistem kupon, kita juga perlu bersedia dengan
pelbagai pilihan lain termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kita.
7.5. Koperasi
akan bersedia dan bersama-sama dengan pemandu dalam menghadapi saat sukar ini.
Langgan:
Catatan (Atom)