COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 10 Januari 2015

Sistem Kupon VS Kaedah Tambang RM2 + Meter - Taklimat dan dialog dengan usahawan teksi Putrajaya


Sebentar tadi (jam 4.30 ptg., 10 Januari 2014) saya telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan dengan rakan-rakan usahawan teksi Putrajaya berhubung arahan SPAD untuk melaksanakan Kaedah Tambang RM2.00 + Meter. Saya kongsikan butir taklimat saya seperti berikut...





TAKLIMAT DAN DIALOG USAHAWAN TEKSI BERSAMA
PENGURUSAN KPPCB MENGENAI KUPON DAN METER + RM2

1.    FAKTA UNDANG-UNDANG
 1.1.    Kadar tambang teksi adalah menggunakan meter
Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
a)    Perkara 17. Teksi tidak boleh beroperasi jika meter rosak atau tidak boleh digunakan.
b)    Perkara 22. Waktu mula bacaan meter ialah apabila pintu teksi dibuka untuk dinaiki penumpang dan tamat semasa teksi berhenti untuk menerima bayaran.
c)    Perkara 26. Meter teksi tidak boleh ditutup.
d)    Perkara 27. Meter teksi yang menunjukkan untuk disewa (lampu menyala) tidak boleh tidak berhenti apabila ingin disewa (ditahan) penumpang.
e)    Perkara 32. Pemandu tidak boleh meninggalkan tempat duduk.
f)     Perkara 38. Pemandu hendaklah menggunakan jalan yang paling dekat dan mudah.
g)    Jadual Kelima Butiran 12. Kadar tambang yang hendak dikenakan mestilah berdasarkan meter.
1.2.    Pengecualian penggunaan meter kepada KLIA dan di KL Sentral.
 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
 a)    Perkara 35.(7) KLIA dikecualikan.
b)    Perkara 35.(9) KL Sentral dikecualikan.
1.3.    Kaedah Tambang RM2 + Meter dinyatakan dalam Jadual Kelima Butiran 12(k). 
1.4.    Kaunter Teksi Di Bawah Undang-undang. 
a)    Seksyen 6 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Perlesenan Terminal)
b)    Denda tidak kurang RM1 juta atau penjara tidak lebih 5 tahun jika beroperasi tanpa lesen. Seksyen 6.(6).
c)    Denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun jika langgar syarat lesen. 
2.    RUMUSAN MESYUARAT DENGAN SPAD 
(1)    Perbincangan dipengerusikan oleh En. Hazzelan Mohd Said dan beliau memaklumkan bahawa;-
-   Notis pelaksanaan Kaedah Tambang RM2 + Meter adalah berkaitan warta Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pengangkutan Perdagangan) 1959.
-   Matlamat SPAD adalah untuk memastikan undang-undang berkenaan penggunaan meter teksi sepenuhnya.
-       Pelaksanaan Kaunter Tiket Berzon adalah menyalahi kehendak undang-undang kecuali bagi lapangan terbang dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. 
(2)    Pihak Koperasi memberikan respons seperti berikut;-
                      i.    Koperasi sememangnya menyokong hasrat dan dasar SPAD berhubung perkhidmatan teksi dan ingin bersama-sama menjayakannya.
                               ii.    Menyatakan kegusaran terhadap kesan dari pertukaran kaedah tambang ini dengan alasan berikut;-
§   Keyakinan penumpang terhadap penggunaan meter serta kejujuran pemandu dalam menggunakan laluan terdekat masih rendah. Keadaan ini akan menyebabkan meningkatnya aduan serta pengguna akan beralih kepada medium pengangkutan lain.
§   Penurunan mendadak penumpang yang menaiki teksi di TBS apabila pihak MIJ menyelaraskan kepada kaedah tambang RM2.00 + meter.
§  Berdasarkan tinjauan kepada kesediaan pemandu di ketiga-tiga kaunter teksi yang dikendalikan, Koperasi tidak mampu melaksanakan kaedah RM2 ini di kaunter teksi KTM Serdang dan Imigresen Putrajaya. Pemberhentian operasi ini turut melibatkan proses pemberhentian kakitangan serta kontrak sewaan dengan pemilik premis. Tempoh singkat yang diberikan tidak memadai.
                       iii.    Memohon SPAD menyediakan Garis Panduan yang jelas bagi pengoperasian Kaedah Tambang RM2 + Meter. Ketiadaan garis panduan yang jelas menyukarkan Koperasi untuk memastikan perkhidmatan yang dikendalikannya diuruskan dengan baik. Antara maklumat yang perlu diketahui oleh Koperasi, pemandu dan pengguna dalam mengendalikan perkhidmatan ini adalah seperti berikut;-
§  Peranan dan tanggungjawab pengendali kaunter,
§  Tanggungjawab pemandu,
§  Hak dan tanggungjawab pengguna, dan
§  Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengendali, pemandu dan pengguna.
                       iv.    Memohon pertimbangan pihak SPAD supaya Koperasi dibenarkan terus kekal dengan sistem kupon ataupun sekurang-kurangnya diberi tempoh yang sesuai bagi menyelaraskan perkhidmatan kepada Kaedah Tambang RM2 + Meter. 
(3)    Maklumbalas pihak SPAD terhadap permohonan Koperasi adalah seperti berikut;-
                     i.    Koperasi boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan ini dengan cara;-
§  Menyediakan anggaran tambang berdasarkan meter untuk makluman pengguna,
§  Memaparkan salinan Akta dan Kaedah berkenaan tambang teksi, dan
§  Memberikan perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan “marshall” bagi membantu pengguna membuka pintu dan mengangkat beg.
                        ii.    Koperasi boleh merujuk kepada Akta dan Kaedah sebagai garis panduan.
                       iii.    Pihak SPAD sedia menimbangkan perlanjutan tempoh. Koperasi perlu kemukakan permohonan lanjutan namun tidak boleh melewati bulan Jun kerana sepatutnya kaedah tambang RM2 + meter dilaksanakan akhir tahun 2014.
(4)    Koperasi menyatakan akan mengkaji tempoh masa yang sesuai bagi menyelaraskan kaedah tambang ini serta akan memaklumkan kepada pihak SPAD dalam masa terdekat.

3.    KEBAIKAN SISTEM KUPON 
3.1.    Keyakinan penumpang yang tinggi.
3.2.    Pemandu bekerja tanpa rasa risau.
3.3.    Sangat kurang aduan.
3.4.    Pemandu rajin ambil trip di ERL (penumpang tidak perlu tunggu lama). 

Namun, apa yang difikirkan dan yang dikehendaki SPAD adalah berbeza dengan apa yang kita (pemandu) fikir.

4.    RISIKO PENYELARASAN KEPADA KAEDAH TAMBANG RM2 + METER 
4.1.    Tambang yang berbeza setiap hari menyebabkan penumpang tidak selesa / hilang keyakinan.
4.2.    Penumpang yang hilang keyakinan akan mencari alternative pengangkutan lain (bas, kawan/saudara, Uber).
4.3.    Pendapatan pemandu jika queue di erl adalah kurang berbanding ambil trip melalui apps Myteksi dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan kurangnya pemandu kembali ke ERL selepas menghantar penumpang ke mana-mana lokasi.
4.4.    Kurangnya bilangan teksi yang standby di ERL akan menimbulkan persepsi bahawa ERL tiada teksi terutamanya pada waktu puncak.
4.5.    Koperasi telah cuba laksanakan kaedah RM2 + Meter di Lim Kok Wing, namun gagal.
4.6.    MIJ telah menukarkan kaedah kupon di TBS kepada RM2 + Meter, namun didapati penumpangnya menyusut dari 700 sehari kepada hanya 200 (hilang 500).
4.7.    Bilangan purata trip harian teksi di Putrajaya Sentral sekarang ini ialah 700 trip. Apa akan jadi kalau tinggal hanya 200 trip sahaja?. 
5.    KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN LAIN 
5.1.    Meter dinaikkan pada akhir Januari 2015, namun kupon tidak dibenarkan naik. 
Kadar kenaikan meter baru (seperti dimaklumkan SPAD) adalah seperti berikut;-
-       Flag fall RM3.30, teksi bajet dan RM4.00 Teks1m.
-       RM0.25 bagi setiap 200 meter (kenaikan 40%)
-       RM0.25 bagi setiap 30 saat (kenaikan 40%)
Contoh perbandingan tambang meter sekarang dengan meter baru adalah seperti berikut;-
Perjalanan
Meter Sekarang
Meter Baru
Kupon (bersih)
P. Sentral ke Kompleks B
RM9.80
RM12.90
RM11.30
Pendapatan bersih pemandu menggunakan kupon adalah kurang sebanyak RM1.60.
Jika berlaku sedemikian (meter naik), adakah kita masih menyokong kupon? 
Bagaimana pula jika meter tidak dinaikkan?.
5.2. Koperasi diberi masa sehingga Jun 2015, dalam tempoh ini, Koperasi dengan sokongan semua (pemandu) akan melobi supaya kaedah tambang kupon dikekalkan. 
Antara pelan tindakan adalah seperti berikut;- 
a)   Mengumpulkan tandatangan semua pemandu dan penumpang yang mahukan sistem kupon dikekalkan serta mengemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
b)    Mengeratkan hubungan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya.
c)     Menjemput Menteri Wilayah merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.
d)  Menjemput seramai mungkin pemandu-pemandu menjadi ahli Koperasi (kalau boleh semua) dan kita bersatu untuk melaksanakan usaha ini (ramai ahli yang hadir, makin kuat tuntutan kita).

Hanya SPAD sahaja yang boleh meminta Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Kenderaan Perdagangan) 1959 bagi membolehkan kaedah kupon digazetkan/disahkan menurut undang-undang. 
6.    SEKIRANYA KUPON GAGAL DIPERTAHANKAN 
6.1. Keyakinan penumpang kepada perkhidmatan teksi di Putrajaya Sentral perlu dipertahankan/dipupuk dengan cara;-
a) Menyediakan anggaran tambang meter bagi sesuatu perjalanan (seperti disediakan dalam apps MyTeksi).
b)  Menyediakan “marshall” bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra kepada penumpang.
c) Memastikan / menggalakkan perkhidmatan pemandu yang lebih mesra kepada penumpang. 
6.2.    Meningkatkan keyakinan pemandu untuk terus beroperasi di Putrajaya Sentral dengan cara;-
a)      Mewujudkan 100 usahawan teksi khas yang didaftarkan. Pemilihan berdasarkan kuantiti trip yang dibuat selama ini.
b)  Menyediakan "car wash" mesin penyedut habuk (vakum) untuk kegunaan pemandu di Putrajaya Sentral (secara percuma) supaya teksi di Putrajaya sentiasa bersih.
c)     Membekalkan (percuma) pewangi kenderaan (setiap 45 hari) bagi memastikan teksi di Putrajaya Sentral sentiasa wangi.
d)      Menyediakan dua helai uniform beserta name tag (percuma) setiap tahun kepada pemandu (untuk meningkatkan imej teksi di Putrajaya supaya berbeza dan lebih baik).
e)      Kurus dan latihan dengan dibayar elaun.
f)   Insentif RM100 tunai bagi pemandu yang mengambil 200 trip dalam tempoh sebulan (untuk menggalakkan pemandu aktif mengambil penumpang)
g)      Kebajikan pemandu yang berdaftar.
h)     Insentif pulang barang penumpang, cabutan bertuah dan lain-lain. 
Pelaksanaan insentif ini adalah tertakluk kepada keyakinan penumpang terhadap perkhidmatan teksi di Putrajaya Sentral dapat dipertahankan.
Sekiranya gagal, perubahan kaedah tambang ini akan menyebabkan kesukaran kepada semua;
a) Penumpang (mungkin ada pemandu yang akan guna laluan jauh bagi meningkatkan bacaan meter).
b)   Pemandu (700 trip sehari sekarang ini akan menyusut kepada 200 trip sahaja). Apa guna meter naik 40% tetapi kuantiti trip berkurangan 70%.
c)   Koperasi (hilang sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada perniagaan lain seperti sewaan teksi, hotel bajet dan dobi layan diri yang sedang dirancang) 
7.    RUMUSAN/PENUTUP 
7.1. Kaedah tambang RM2 + Meter serta kupon mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.
7.2. Undang-undang berkaitan kaedah tambang teksi adalah jelas.
7.3. Untuk meminda peruntukan undang-undang berkaitan tambang teksi amat memerlukan kesepaduan semua komuniti pemandu bagi mendasak ahli politik memindanya. Apakah kita mampu bersatu padu?.
7.4. Selain berikhtiar untuk mempertahankan sistem kupon, kita juga perlu bersedia dengan pelbagai pilihan lain termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kita.
7.5. Koperasi akan bersedia dan bersama-sama dengan pemandu dalam menghadapi saat sukar ini.

7 ulasan:

  1. Maklumbalas dari 50 orang peserta yang hadir adalah seperti berikut;-

    En. Saari - Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor.

    1. Persatuan dengan sepenuh hati meminta Koperasi mengekalkan sistem kupon. Persatuan akan bersama-sama menyokong usaha ini.
    2. Mencadangkan supaya Koperasi menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri dan juga semua Ahli Parlimen akan rasional sistem kupon dikekalkan.
    3. Sekiranya tidak diendahkan, kita boleh buat hari tanpa teksi di P. Sentral.

    En. Abdul Hamid HB8235
    1. Maklumkan sistem kupon hendak dimansuhkan sejak Dato' Halimah Sadique sebagai Pengerusi LPKP. Isu yang sering dinyatakan oleh beliau ialah apa istimewanya sistem kupon kepada pengguna sehingga perlu dikekalkan.
    2. SPAD yang dipimpin Tan Sri Syed Hamid pula hanya meneruskan usaha LPKP malah memperkasakannya lagi dengan Pelan Transformasi / Migrasi.
    3. Untuk pertahan kupon, kita perlu yakinkan kerajaan bahawa ianya terbaik.

    En. Amir
    1. Kita buatkan soal selidik terhadap penumpang sendiri samada mereka mahukan sistem kupon atau meter. Pengalaman di KLIA2, pengguna sanggup queue panjang untuk dapatkan teksi berkupon. Ini menunjukkan pengguna belum yakin terhadap penggunaan meter. Alasan ini merupakan alasan kuat untuk mendesak sistem kupon dipertahankan.

    En. Sulkafli
    1. Soal selidik pengguna boleh diedarkan kepada setiap pemandu di Putrajaya Sentral untuk mendapatkan maklumbalas dari setiap penumpang yang menaiki teksi.
    2. Koperasi perlu perbaiki perkhidmatan kaunter kerana masih ada aduan kerani yang jual kupon muka kelat.
    3. Masalah komunikasi antara pengguna dan staff di kaunter yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan keyakinan pengguna.
    4. Marshall perlu disediakan bagi membantu penumpang.

    En. Ghazali
    1. Cadang supaya kita buat protes pasang riben merah untuk kempen kekalkan sistem kupon.
    2. Jemput SPAD sendiri datang dan bagi taklimat kepada pemandu.
    3. Menceritakan pengalaman saudara beliau di Bandung yang guna perkhidmatan "blue bird" yang kononnya bagus dan guna meter, tetapi pemandunya menggunakan jalan jauh.

    Ust Mukhtaruddin - HBA2416
    1. Menyokong sepenuhnya sistem kupon dipertahankan.
    2. Perlu terus berikhtiar dengan sungguh-sungguh, selepas itu kita bertawakkal dan berserah kepada Allah. Allah sahaja sebaik-baik perancang.

    En. Ohtman.
    1. Bertanya kenapa En Mohd Salleh Mat Zin berkawan dengan Persim Bersatu dan Amran Amran Bbptb sedangkan merekalah yang mendesak SPAD memansuhkan sistem kupon?
    2. Mereka yang menentang sistem kupon tidak tahu betapa sistem ini sangat membantu pemandu mendapat pendapatan yang lebih berbanding meter (sekian lama tidak dikaji semula). Pemandu juga dapat bekerja dengan selesa kerana tambang yang telah tetap tanpa rasa sangsi antara satu sama lain.
    - Saya jelaskan bahawa saya berbeza dengan mereka dalam banyak isu..., (kupon, permit individu sepenuhnya, desak SPAD dibubarkan dan lain-lain) namun sebagai pemandu teksi, saya tidak boleh menjadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk kita bekerjasama dalam hal-hal positif yang lain.

    En. Zakuan
    1. Meminta kata putus semua 50 orang pemandu yang hadir..., samada nak kekalkan sistem kupon atau nak guna meter?.
    - Semua sebulat suara mahukan sistem kupon dikekalkan. Kalau KL Sentral dan KLIA dibolehkan guna sistem kupon, kenapa Putrajaya tidak boleh?.

    Majlis bersurai jam 6.00 petang.

    BalasPadam
  2. duit kutipan coupon disimpan dari hari ke hari sampai lah pemandu tebus duit cash,duit coupon yang disimpan di pakai untuk keguaan apa.

    BalasPadam
  3. Duit yg tak dituntut biasanya disimpan dalam akaun sampai dituntut la.., Kami di Putrajaya sebolehnya menggalakkan pemandu claim secepat mungkin sebaik sahaja menghantar penumpang..., pemandu yg lewat membuat tuntutan menyebabkan koperasi terpaksa menguruskan tunai tersebut serta memastikan keseamatannya...

    BalasPadam
  4. Salam. Sy merupakan seorang pengguna teksi setiap minggu. Walaupun ada kalanya terasa beban dengan bayaran yg mahal tetapi sy berpuas hati dengan kebanyakan perkhidmatan teksi yg sy terima. Sy cuma ingin berterima kasih kepada semua pemandu teksi yg telah banyak menolong sy terutamanya semasa sy terdesak untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan cepat. Sy seronok bercerita dan mendengar cerita drpd pemandu-pemandu teksi yg pernah sy tumpang. Semoga anda semua diberi kemudahan oleh Allah untuk berkhidmat dengan baik. Seringkali kita dengar cerita-cerita tak bagus berkenaan pemandu teksi, tapi lumrahlah yang buruk akan ditayang, yang bagus didiam begitu sahaja. Terima kasih buat pemandu-pemandu teksi sekali lagi.

    BalasPadam
  5. Hello Semua orang,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama ......
    Nama tengah .....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

    BalasPadam
  6. Halo,
    Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.

    BalasPadam
  7. = Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    BalasPadam