1. PERPADUAN BOLEH MEWUJUDKAN PERPECAHAN
Perpaduan PAS dan UMNO mengancam PKR, DAP, MIC, MCA dan lain-lain.
3. PERPECAHAN MENYEBABKAN SATU PIHAK MENJADI KUAT
1. PERPADUAN BOLEH MEWUJUDKAN PERPECAHAN
Perpaduan PAS dan UMNO mengancam PKR, DAP, MIC, MCA dan lain-lain.
3. PERPECAHAN MENYEBABKAN SATU PIHAK MENJADI KUAT
Sejak sekian lama, telah wujud persatuan-persatuan teksi yang kesemuanya ditubuhkan dengan hasrat untuk membela nasib dan kebajikan pemandu teksi. Boleh dikatakan disetiap daerah, atau setiap kawasan tumpuan pengguna teksi, telah diwujudkan persatuan-persatuan seperti ini.
Jika kita bersatu dengan kekuatan di atas, tanpa perlu melancarkan mogok pun, ahli politik akan mendekati kita dan akan memenuhi keperluan dan kehendak kita. Mungkin dengan keazaman politik, nasib pemandu menjadi lebih mudah dibela. Seorang rakan dari Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia (tak salah saya) menarik perhatian YB. Datuk Seri mengenai masalah kadar meter teksi eksekutif yang tidak selaras. Ada yang mula dengan RM4.00 (rasanya syarikat Zalnas-milik Naza Group) manakala yang lain mula dengan RM6.00. Beliau menyatakan bahawa keadaan ini menyebabkan kekeliruan pelancong sehingga pernah menyebabkan pergaduhan antara pelancong arab dan ahli persatuan. Beliau mengharapkan supaya kadar meter teksi eksekutif diselaraskan, jika nak tetapkan RM4.00 pun tidak mengapa asalkan tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.
Respon YB. Menteri terhadap isu-isu di atas adalah seperti berikut.
Pada keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar walaupun terdengar soksek2 kat belakang yang tidak berpuas hati dengan ketegasan YB. Datuk Seri....,
Apa pun, saya mendoakan supaya Dato' Seri diberikan hidayah dan kekuatan oleh Allah swt. untuk mengemudi LPKP kearah "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
(Selepas majlis, saya terkenangkan majlis dialog YB. Dato' Noh Omar bersama persatuan, pengusaha dan pemandu teksi di Grand Season Kuala Lumpur sebelum ini - rindu pulak kat kemesraan dan kebijaksanaan YB. Dato' Noh semasa mengendalikan dialog tersebut..., semoga beliau berjaya menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke arah kecemerlangan seperti yang beliau lakukan di MECD sebelum ini....)