- Kepatuhan berubah apabila tidak lagi memegang jawatan. Contohnya, dia membayar yuran ahli persatuan semasa memegang jawatan Bendahari, tetapi apabila digugurkan, dia tidak mahu lagi bayar yuran,
- Meninggalkan amanah atau tanggungjawab apabila tidak memperoleh yang dihajati. Contohnya, meninggalkan amanah apabila peruntukan elaun ditarik balik. Ini menunjukkan bahawa kerja keras dia selama ini adalah kerana elaun yang dinikmati, bukan kerana ikhlas untuk memajukan Koperasi, dan
- Bersikap seperti pembangkang apabila kalah (bagi pemimpin kerajaan), dan bersikap seperti kerajaan apabila kalah (bagi pemimpin pembangkang). Contohnya, semasa dia berkuasa dahulu, dia berpendapat ISA bagus untuk kesejahteraan. Apabila kalah dengan bengisnya berarak di jalanraya menyatakan kezaliman ISA.
Terlalu banyak rasanya di sekeliling kita tanda-tanda orang yang tidak ikhlas ini untuk disenaraikan. Ringkasnya, ini adalah antara contoh bagaimana orang yang patuh kerana pangkat, orang yang bekerja kerana elaun dan kuasa. Apabila ditarik balik pangkat, elaun dan kuasa itu maka berubahlah sikapnya.
Semoga Ramadhan ini berjaya memupuk keikhlasan dalam hati kita. Dengan perut yang kosong sekarang ini (sementara menunggu waktu berbuka) sempatkanlah diri kita untuk bertanya kepada hati, "Adakah aku akan terus berjuang untuk kemajuan Koperasi walaubagaimana keadaan sekalipun?. Atau aku akan berubah jika tidak dapat itu dan ini. Jika jawapannya "aku akan berubah", maka ambillah kesempatan Ramadhan yang penuh barkah dan tarbiyyah ini untuk memupuk keikhlasan di dalam hati.
Salam Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan