COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Jumaat, 29 Januari 2010

Kempen "Pemandu Berbudi"





  1. Petang kelmarin (28/01/2010) saya terdengar bual bicara Radio Bernama 24 dengan Dato' Aslah (Presiden PERPEKLI), yang memberikan penilaian 8 dari markah penuh (terbaik) 10 kepada mutu perkhidmatan teksi di Malaysia sekarang ini.

  2. En. Shahril (Timbalan Presiden PETEKMA) pula dalam rancangan yang sama mempertikaikan fakta angka yang dikemukakan LPKP yang katanya "hanya sedikit sahaja" pemandu yang terlibat dengan sikap negatif.

  3. Walaupun pahit untuk diakui, saya terpaksa bersetuju dengan fakta, pendapat dan teguran yang dikemukakan YB. Dato' Seri Nazri Tan Sri Aziz terhadap mutu perkhidmatan teksi, yang mana pada pendapat pelancong asing sebagai antara yang terburuk berbanding kelemahan-kelemahan lain yang wujud.

  4. Markah 8 yang diberikan Dato' Aslah pada saya adalah jauh dari realiti. Selaku orang yang masih berkerjaya sebagai pemandu teksi, saya memberikan markah 3 sahaja.

  5. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi ini, LPKP mengambil tindakan 'ofensif' dengan mengadakan operasi besar-besaran (setakat terdaya kerana bilangan penguatkuasa yang tidak mencukupi). Kempen kesedaran kepada pengguna untuk mendapatkan hak mereka serta menggunakan kuasa pengguna untuk membuat aduan telah dilancarkan.

  6. Akhbar Berita harian (ruangan Sentral) baru-baru ini mendedahkan keengganan pemandu teksi di Alamanda Putrajaya untuk menggunakan meter.

  7. Pengarah LPKP dalam kenyataan kepada Berita Harian berhubung isu yang sama memaklumkan akan membuat operasi penguatkuasaan. Permohonan KPPCB untuk laksanakan sistem kupon tidak diluluskan kerana tambang kupon adalah lebih mahal dari kadar meter. Rakan-rakan teksi memaklumkan adanya operasi bersepadu LPKP, JPJ dan PDRM di lokasi sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

  8. Saya menyokong sepenuhnya operasi ini malah kalau boleh diadakan dengan lebih kerap. Ini kerana saya tidak mahu melihat Putrajaya dan Cyberjaya sebagai pusat pentadbiran negara dan MSC dicemari sikap-sikap negatif rakan-rakan saya yang lain.

  9. Sebagai tanda sokongan kepada operasi dan penguatkuasaan ini, KPPCB telah meluluskan cadangan untuk mengadakan kempen "Pemandu Berbudi" kepada semua pemandu teksi yang beroperasi di Putrajaya dan Cyberjaya ini.

  10. Istilah "berbudi" digunakan bagi mengajak pemandu agar menanamkan sikap "budi pekerti diri" yang baik, ramah, mesra dan mematuhi undang-undang. Dalam masa yang sama pemandu juga diseru untuk "berbudi" kepada kerajaan sebagai tanda terima kasih kerana diberikan lesen atau permit untuk berkerjaya sebagai pemandu teksi.

  11. Budi pada kerajaan ini boleh disumbangkan oleh pemandu dengan cara mematuhi undang-undang, berkerjasama dengan PDRM untuk mencegah jenayah (program Rakan Cop), menyertai pasukan bulan sabit merah untuk membantu dan memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan dan lain-lain.

  12. KPPCB berhasrat untuk menjemput YB. Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz sendiri majlis pelancaran kempen "Pemandu Berbudi" ini.

3 ulasan:

  1. gunakan teksi call, semua akan selesai kerana pemandu teksi call akan sentiasa mengunakan meter jika tidak perkhidmatan call mereka akan digantung olih call centre

    BalasPadam
  2. Bolehlah dianggapkan begitu..., tetapi bukanlah jaminan 100% yang teksi call akan menggunakan meter.

    Pemandu perlu faham bahawa jika tambang mereka kenakan tanpa menggunakan meter...., adakah ia halal untuk kita bawa pulang menyara keluarga.

    Mungkin Majlis Fatwa perlu mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini....., macam kat Indonesia nun..... :-)

    BalasPadam
  3. apakah pemandu teksi ini bangga dengan kerjayanya sebagai pemandu teksi itu persoalan pertama yang perlu dijawab olih setiap orang yang ingin menjadi pemandu teksi,sekira jawapannya ya maka akan timbul rasa tanggungjawap pada keluarga, masyarakat,ugama dan negara.Dan tak akan timbulpemandu teksi menipu,merogol,meter roket maupun sembelih penumpang kerana kita sebagai pemandu teksi kerja kerana ALLAH... dan saya sebahagian dari pemandu teksi sentiasa mendoa kawan2 saya sentiasa iklas sentiasa menjalankan semoga rezeki yang diterima sentiasa diberkati allasubbahanuatala.....amin

    BalasPadam