COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Selasa, 31 Januari 2012

TEKSI EKSEKUTIF - APA DAH JADI..?

Salam 1 Teksi...., terlebih dahulu maaf juga kerana lama sangat tak menulis..., tak ade idea...., :-)

Antara teksi eksekutif yang tersadai
  1. Tak salah saya, jenis perkhidmatan teksi eksekutif diwujudkan oleh LPKP mulai tahun 2007. Dikhabarkan juga matlamat pengwujudan perkhidmatan ini adalah untuk menaik taraf perkhidmatan teksi sedia ada di Malaysia sesuai dengan Wawasan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Difahamkan juga, teksi jenis bajet akan dikurangkan secara berperingkat (dengan menghadkan pengeluaran permit kepada individu sahaja) bagi memastikan perkhidmatan teksi menjadi lebih berkualiti menjelang tahun 2020 tersebut (maaf, saya tiada sumber yang jelas mengenai perkara ini, hanya sekadar sembang dari mulut ke mulut sesama pengusaha teksi).
  2. Pengusaha teksi eksekutif yang pertama, tak salah saya adalah Pempena Sdn. Bhd. anak syarikat Kementerian Pelancongan. YB. Dato Seri Tengku Adnan (Mantan Menteri Pelancongan) memaklumkan bahawa penubuhan teksi eksekutif ini adalah atas inisiatif Pempena selaku syarikat milik Kementerian Pelancongan kerana pada waktu itu Kementerian Pelancongan menghadapi masalah dengan aduan pelancong terhadap perkhidmatan teksi yang kecil, kotor dan lain-lain lagi.
  3. Mulai itu, permit teksi eksekutif rancak dikeluarkan dengan mudahnya kepada syarikat mahupun individu. Dengan itu, wujud beberapa syarikat yang mengeluarkan teksi eksekutif dengan banyaknya. Boleh dilihat dengan banyak sekali jenis model kenderaan yang dijadikan teksi eksekutif ini, antaranya Naza Ria, Naza Citra, Hyundai, Mercedes Vito dan lain-lain.
  4. Lambakan teksi eksekutif yang terlalu banyak disamping teksi bajet yang terus dikeluarkan menyebabkan pengusaha dan pemandu teksi eksekutif tertekan dan terpaksa bersaing dengan cara menurunkan kadar deposit dan sewa harian dan juga tambang.
  5. Ada pengusaha yang telah menurunkan kadar deposit sehingga hanya RM1500 untuk keluarkan teksi eksekutif. Kadar sewaan harian juga ada yang telah dikurangkan sehingga hampir sama dengan kadar sewaan teksi bajet (sekitar RM65). Beberapa pengusaha yang gagal bersaing telah gulung tikar dan kenderaan disita oleh bank (ada wakil sebuah syarikat jumpa saya propose untuk saya beli 18 teksi eksekutif Naza Citra dan 8 Perdana V6 mereka kerana nak tutup operasi).
  6. Pemandu teksi eksekutif pula sudah mula mengenakan tambang yang sama dengan tambang teksi bajet. Pemandu teksi eksekutif sekarang ini, kalau tetap dengan "meter eksekutifnya" alamatnya tiada penumpang sebab berlambak teksi bajet sedang menanti penumpang tersebut. Dengan kadar teksi bajet, mereka hanya boleh mengutip antara RM150 hingga RM250 sahaja sehari. Bagaimana mereka boleh 'survive' dengan pendapatan sebegitu walhal kos penyenggaraan teksi eksekutif lebih mahal sehingga 4 kali ganda kos penyenggaraan teksi bajet (Overhaul Naza Ria +- RM8,000.00). Alamatnya, pemandu ini juga akan gulung tikar apabila kenderaan mereka kena overhaul nanti.
  7. Rumusan entri saya ini, harap sangat lah, kalau kerajaan khususnya SPAD nak mengeluarkan sebarang dasar baru, pastikan ianya dirancang dengan betul, dibincang bersama dengan semua pihak terlibat (pengusaha dan pemandu) serta dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Plan jangka panjang hendaklah didedahkan kepada pengusaha/pemandu supaya sama-sama dapat mempertahankannya.
  8. Kegagalan membuat yang terbaik (seperti dalam masalah pengusaha teksi eksekutif ini) hanya menyebabkan lebih ramai pengusaha bumiputera yang muflis.
  9. Bagaimana kita mahu mendabik dada kononnya membangunkan usahawan bumiptera walhal dasar kita menyebabkan ramai kalangan mereka yang muflis....?
Apa cerita dengan TEKSI WANITA....? :-)

24 ulasan:

  1. Salam Tuan;
    Bagai mana kalau dapat di ajukan kepada SPAD,
    jadikan hanya satu jenis model kenderaan sahaja untuk teksi,seperti Ixora contohnya agak besar juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..., tapi org politik nie selalunya buat keputusan berdasarkan lobi..., bukan berdasarkan kajian yang dibuat...

      Saya rasa, nanti jika ada tokey besar lobi supaya teksi menggunakan perodua kancil pun.... akan diluluskan..., dulu pun dah ada teksi Kenari kat shah alam kan...?

      Padam
  2. Salam. Saya adalah antara pemilik permit individu teksi eksekutif selepas setahun ianya dilancarkan. Langsung tidak mempunyai pengalaman sebelum itu malah tidak pernah mengendalikan teksi bajet. Apabila teksi eksekutif ini mula diperkenalkan, saya telah nampak peluang yang baik dalam pasaran. Teksi biru ini merupakan alternatif kepada perkhidmatan limo dan yang sentiasa mendapat permintaan dari syarikat besar dan hotel. Walau pun kadarnya adalah tinggi, tetapi masih rendah berbanding degan limo dan juga mendapat tempat memandangkan teksi bajet tidak memenuhi kriteria dikehendaki oleh pelanggankorporat seperti kualiti perkhidmatan dan kenderaan tersebut.

    Usaha kerajaan mengeluarkan permit ini secara besar-besaran antaranya bertujuan untuk menaik taraf perkhidmatan teksi terutamanya di Lembah Klang kerana lokasi ini adalah tumpuan pelancong dan juga syarikat-syarikat antarabangsa. Matlamat kerajaan juga adalah untuk melahirkan pengusaha individu yang berjaya dalam industri ini. Namun, setelah hampir 5 tahun objektif ini masih belum tercapai. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini diantaranya:

    1. Pembiayaan dari institusi perbankan
    Syarat-syarat yang terlalu ketat. Memandangkan harga kenderaan adalah tinggi, setiap pemohon mestilah mempunyai dokumen yang kukuh seperti penyata gaji atau bukti pendapatan selain tidak disenarai hitam. Sebagai alternatif, MARA bertindak sebagai pemberi pinjam kepada pemilik permit bumiputera. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berjaya memperolehi permit sendiri.

    2. Lambakan teksi eksekutif di atas jalan raya
    Memandangkan permintaan yangmenggalakkan dari pemandu untuk memiliki teksi ini kerana kadar tambang yang tinggi dan juga kenderaan yang agak mewah dan selesa, pengusaha syarikat dan koperasi berlumba-lumba mengeluarkan teksi ini melalui perjanjian sewa, sewa beli atau makan gaji dengan proses yang agak mudah dan wang pendahuluan atau deposit yang rendah. Akibatnya, para pemandu sukar untuk memperolehi pendapatan yang baik.

    3. Model kenderaan
    Saiz kenderaan dan bilangan penumpang yang lebih besar dari kereta sedan mempunyai kelebihan dan mendapat permintaan memandangkan kereta sedan terpaksa bersaing dengan teksi bajet yang lebih murah.

    4. Jenama kenderaan
    Mutu dan kualiti kenderaan tidak diambil berat oleh pemilik dan pengusaha semasa membuat pilihan belian kerana lebih mengutamakan harga yang murah. Naza Ria yang mempunyai banyak masalah mekanikal dan teknikal walau pun oleh pengguna persendirian dan bukan komersial antara model yang banyak berada di atas jalan raya sebelum ini. Kebanyakan model ini berada dalam keadaan kritikal pada masa kini menyebabkan penyewa memulangkan balik kepada pengendali atau dibiarkan untuk ditunda. Ada diantaranya tersadai di bengkel kerana tidak dapat dibaiki atau pemilik tidak mampu menanggung kos membaik pulih. Bagi pemilik permit individu, mereka tiada pilihan selain dari mengeluarkan belanja yang besar untuk membaiki kerosakan. Kesilapan adalah menjadikan model ini sebagai teksi dan juga kepada MARA yang cuma meluluskan satu-satunya jenis mpv pada 2007 hingga 2009. Saya nyaris-nyaris membeli Naza Ria pada tahun 2008 apabila permohonan pinjaman saya dengan MARA diluluskan namun menukarnya dengan jenama Jepun dengan membuat pinjaman bank. Pada pandangan saya, hanya 2 model yang terbaik untuk dijadikan teksi eksekutif iaitu Nissan Serena dan Toyota Innova berdasarkan pengalaman saya sebagai pengendali perkhidmatan teksi eksekutif

    BalasPadam
  3. Salam, Saya baru sahaja menceburi bidang keteksian ni. Pada pendapat sy yang cetek pengalaman nih. Sepatutnya pihak kerajaan meluluskan satu model teksi sahaja. Seperti pendapatan diatas exora adalah jenis terbaik. Selesa dan luas. Bagi model yg lain sedikt demi sedikit akan digantikan utk seragamkan teksi dilembah kelang. Teksi eksekutif sememangnya perlu kerana ahli korporat atau pelancong yg inginkan keselesaan akan memilihnya. Lebih baik exora darp saga bml yg tak mampu utk memuatkan 2 bijik bag. Sy terpaksa ambik saga bml sbb takut exora tidak ditahan pelanggan.

    BalasPadam
  4. Apa nak buat.. dah dapat menteri bengong..! terima ajer lah..!!

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    saya pelajar tahun akhir UiTM Shah Alam
    saya sedang melakukan uji kaji untuk penulisan ilmiah (thesis) berkenaan permasalahan teksi di Malaysia...
    saya telah mengikuti blog encik awal tahun ni bagi saya mengetahui sedikit sebanyak tentang perkhidmatan teksi..
    saya memohon jasa baik encik untuk saya lebih memahami tentang perkhidmatan ini..
    adakah encik membenarkan saya menghubungi encik mungkin melalui emel atau telefon??

    jasa baik tuan amat saya hargai

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..,
      terima kasih la sbb sudi singgah kt blog yg dh lama xupdate nie..., :P
      Sekarang nie sy tengah sibuk dengan penyediaan mesyuarat agung koperasi.
      Erm.., nak tahu fasal apa ye mengenai teksi nie...,

      Padam
  6. terima kasih kerana sudi reply...saya pelajar graphic..isu & permasalahan tambang mahal, keengganan pemandu mengambil penumpang, aduan dari pelancong luar tentang perkhidmatan teksi yg menjadi punca ujikaji saya tuk semester akhir ni..
    saya ingin tahu pokok kepada permasalahan ini, adakah ia berpunca dari pengurusan dalaman atau sebaliknya?

    persoalan yg bermain sekarang adalah:

    1) apakah penyebab sebenar masalah yg menyebabkan pelancong/pengguna membuat aduan akan perkhidmatan teksi yg teruk?

    2) apakah itu teksi bajet dan jenis kereta apa yg digunakan pada waktu ini?

    3) apakah itu teksi premier? adakah berlainan dari teksi bajet?

    4) apakah jenis kereta (sekarang) yg digunakan untuk perkhidmatan teksi ekslusif?

    5) mungkinkah timbul kekeliruan bagi pengguna untuk membezakan ketiga2 jenis teksi tersebut?

    6) apakah sistem byaran berkupon masih diteruskan? dan bolehkan encik terangkan bagaimana sistem kupon itu dilaksanakan?

    7) bagaimanakah persatuan teksi ditubuhkan di sesuatu tempat?

    8) adakah kerajaan telah mengambil langkah untuk menangani masalah berkenaan aduan yg diutarakan? jika ada apakah langkah2 itu?

    9) siapa yang perlu disalahkan atas masalah ini? pemandu atau pengusaha?

    setakat ini..itu sahaja persoalan yg saya utarakan untuk lebih menguatkan uji kaji saya..maaf jika soalan terlalu banyak..dan maaf juga kerana mengganggu urusan encik...
    jika ada apa2 yg perlu diemelkan kepada saya, ini emelnye..

    irmawahid@gmail.com

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, panjang jugak tu...., erm.., InsyaAllah sy akan buat satu posting utk memberikan pendapat saya terhadap isu2 yg dibangkitkan...

      Padam
    2. boleh ke encik sediakan mungkin dalam minggu depan?...ikut masa lapang encik la...maaf susahkan encik~~

      Padam
  7. kalau semua nak bawak teksi sape nak jadi penumpang?????asal benti keje je bawak taxi.....

    BalasPadam
  8. Tak boleh nak salahkan org yang berhenti kerja nak bawa teksi.... Sepatutnya pengeluaran permit teksi yang dikawal oleh pihak yg berkuasa...., kalau xde teksinya..., xde la org nak berhenti kerja bawak teksi dah..., :-)

    BalasPadam
  9. azlanalimun@rocketmail.com11 Oktober 2012 pada 6:26 PG

    Salam .... Jawatan kosong kepada sesiapa yang ingin bekerja sebagai pemandu teksi eksekutif syarikat dan kepada pemandu-pemandu teksi Eksekutif sewabeli yang ingin mendapatkan stand teksi di Hotel-hotel 5 bintang boleh menghubungi saya . Bayaran stand dari RM 150 - 350 / bulan . Syarat-syaratnya :
    1- Mesti berdisiplin
    2- Mematuhi undang-undang syarikat pemegang kontrak dan Hotel.

    Khidmat nasihat untuk berjaya menjadi pemandu teksi Eksekutif juga diberikan secara percuma. Hubungi saya Azlan ( h/p 019-3034120 ) 0900 am - 0900 pm.

    BalasPadam
  10. mula2 teksi eksekutif dikeluarkan adalah model inviro renault. masa tu teksi sikit.sya jalan di shangrila hotel.dari pagi sampai petang purata gaji 250-350 sehari.(itu meter lama rm3)Bila mandarin oriental guna nissan ramai yang masuk shangrila , teksi dah jadi 70 bijik. masa tu dapat 200 lebih je purata dah tak cam mula2.sekarang ni enviro dah takleh jalan dah monopause. tapi ramai bekas pemandu enviro beli Nissan serena. bila aku tengok orang baru bawak teksi naza ria aku berkata dalam hati taklama dia bawak teksi ni.Ikut pengalaman aku teksi ni bleh cari makan kalau dapat duduk hotel 4 atau 5 bintang je.Kena pandai buat marketing dan promosi utk cari booking.dulu semua orang lama memang buat promosi teksi masing2 bukan takat bisnes kad tapi dengan flyers skali.kalau bwk teksi ni tapi nak ikut meter teksi badget baik tukar je teksi tu.Jangan rosakkan harga.orang baru kena belajar cari makan. kalau tak pandai belajar kalau tak tahu bertanya.apa pun orang lama masih boleh hidup dengan teksi eksekutif terutama yang dah dapat permit sendiri. toyota enova baru rm 40 sehari. persona pun rm 53.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. Saya baru bercadang nak menceburkan diri memandu teksi eksekutif. Boleh saya hubungi tuan? Jika boleh minta jasabaik tuan sms saya 0193956856 Ibrahim. Terima kasih

      Padam
  11. Kalo ikut keadaan sekarang dan baru nak mula bawa teksi patut mula dgn teksi mana?

    BalasPadam
  12. Slm.. Sy br dpt lesen teksi, ingin nk sewa beli teksi, persona xde stock, exora xtau nk cari ktne, sy dh tny kt supercab, destination, public cab, sunlight,, semua x ada exora, minta nasihat, tlg ajar dn beri infor kpd sy apa yg patut buat dn nk cari kt mana?? Trm ksh bnyk2...

    BalasPadam
  13. Sekurang-kuranbgnya isu ini dapat juga perhatian biarpun lama menunggu!

    BalasPadam
  14. Selagi mana kerajaan berniaga dengan rakyat selagi tu kes ni tidak akan selesai!!! Korang kena faham maksud najid (hidup melayu)2.... Rakyat dibahulukan pencapaian diendahkan!!! Kenapa perlu beri permit teksi dengan company??????? Aku sewa sehari RM58 sehari bayangkan klau 5 tahun!!!!! Makin lama kerajaan makin macam taik!!! Bangla baru hidup di malaysia ni ramai dah dapat permit!!! Aku lahirkan malaysia apply 20 kali macam hanjing......

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun. kerajaan macam anjing.. semalam aku amik sorang bangla ni. dari kenanga ke ampang part. bawak ber beg2 plastik kain dari kenanga. bila ditanya.. dia kata dah duduk malaysia 2 tahun siap dapat permit meniaga kain lagi. aku dah 5 tahun bawak teksi. apply permit dah 3 kali x pernah2 dapat. apakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan.. yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin

      Padam
    2. memang pun. kerajaan macam anjing.. semalam aku amik sorang bangla ni. dari kenanga ke ampang part. bawak ber beg2 plastik kain dari kenanga. bila ditanya.. dia kata dah duduk malaysia 2 tahun siap dapat permit meniaga kain lagi. aku dah 5 tahun bawak teksi. apply permit dah 3 kali x pernah2 dapat. apakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan.. yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin

      Padam
  15. Permit Teksi Eksekutif sudah tak ada keluar lagi?

    BalasPadam
  16. Salam ...klu nk ambk permit mcm mana cara nye mntk pencerahan tuan....

    BalasPadam