Sensitif juga apabila nak bincangkan mengenai kenaikan tambang teksi tatkala perasaan rakyat baru sahaja (nampaknya) reda dari rasa marah akibat kenaikan harga petrol dan gula. Kenaikan tarif elektrik yang duputuskan mulai Januari 2014 telah menaikkan semula rasa marah ini, diikuti lagi dengan kenaikan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam yang diumumkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Pengerusi SPAD. Dijangkakan beberapa kenaikan lagi (kecuali gaji) akan berlaku sepanjang tahun 2014 nanti.
Saya (sebagai pengguna) rasa marah dan tak puas hati apabila harga barangan naik, tetapi saya tak pula marah (malah menyokong) bila ada cadangan nak naikkan tambang teksi.... Macam tak adillah lah pulak..., ;-)
Walau bagaimanapun, saya boleh guna alasan..., "oleh kerana harga minyak dan gula dah naik serta diikuti peningkatan barangan lain..., maka saya sebagai pemandu teksi, TERPAKSA menyokong kenaikan tambang teksi". Amacam...? relevan tak alasan saya nie..., ;-)
Relevan atau tidak alasan ini sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri. Seorang yang dah "totok" menyokong sesuatu parti, akan tetap mengatakan partinya betul dan suci sekalipun dikemukakan dengan bukti-bukti bahawa partinya itu membebankan rakyat ;-)
Akhir entry ini, saya nak kongsikan sedikit maklumat kadar kenaikan yang diputuskan di peringkat pengurusan SPAD setelah mereka membuat kajian menyeluruh terhadap kos operasi, kos sara hidup pemandu dan juga kesediaan penumpang untuk menerima kenaikan ini. Walaubagaimanapun, kadar ini belum muktamad kerana masih tertakluk kepada keputusan pengurusan atasan SPAD dan juga JPM.
Kadar baru tambang bagi teksi bajet ialah;-
Kadar baru tambang bagi teksi bajet ialah;-
- 1 KM atau 3 minit pertama ialah RM3.30 (naik 30 sen dari kadar asal)
- Setiap 200 meter atau 30 saat (menunggu) berikutnya ialah RM0.25 berbanding RM0.10 bagi setiap 115 meter atau 21 saat. Naik sebanyak 40% dari kadar sebelum ini.
- Caj tempahan dikekalkan kepada RM2.00.
Bagi TEKS1M, kadar tambang mereka berbeza sikit bagi kadar "flag fall" (1KM atau 3 minit pertama). Meter mereka bermula dengan RM4.00. Walaubagaimanapun, kadar bagi jarak atau masa menunggu berikutnya adalah sama dengan kadar teksi bajet.
Bagi rakan pemandu yang membantah kenaikan tambang teksi ini..., saya ingin membuat saranan yang sama dengan saranan YAB Menteri Besar Selangor terhadap bantahan kenaikan elaun ADUN Negeri Selangor..., ;-)