COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Jumaat, 13 Disember 2013

Kenaikan Tambang Teksi


Sensitif juga apabila nak bincangkan mengenai kenaikan tambang teksi tatkala perasaan rakyat baru sahaja (nampaknya) reda dari rasa marah akibat kenaikan harga petrol dan gula. Kenaikan tarif elektrik yang duputuskan mulai Januari 2014 telah menaikkan semula rasa marah ini, diikuti lagi dengan kenaikan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan awam yang diumumkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Pengerusi SPAD. Dijangkakan beberapa kenaikan lagi (kecuali gaji) akan berlaku sepanjang tahun 2014 nanti.

Saya (sebagai pengguna) rasa marah dan tak puas hati apabila harga barangan naik, tetapi saya tak pula marah (malah menyokong) bila ada cadangan nak naikkan tambang teksi.... Macam tak adillah lah pulak..., ;-)

Walau bagaimanapun, saya boleh guna alasan..., "oleh kerana harga minyak dan gula dah naik serta diikuti peningkatan barangan lain..., maka saya sebagai pemandu teksi, TERPAKSA menyokong kenaikan tambang teksi". Amacam...? relevan tak alasan saya nie..., ;-)

Relevan atau tidak alasan ini sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri. Seorang yang dah "totok" menyokong sesuatu parti, akan tetap mengatakan partinya betul dan suci sekalipun dikemukakan dengan bukti-bukti bahawa partinya itu membebankan rakyat ;-)

Akhir entry ini, saya nak kongsikan sedikit maklumat kadar kenaikan yang diputuskan di peringkat pengurusan SPAD setelah mereka membuat kajian menyeluruh terhadap kos operasi, kos sara hidup pemandu dan juga kesediaan penumpang untuk menerima kenaikan ini. Walaubagaimanapun, kadar ini belum muktamad kerana masih tertakluk kepada keputusan pengurusan  atasan SPAD dan juga JPM.

Kadar baru tambang bagi teksi bajet ialah;-

  1. 1 KM atau 3 minit pertama ialah RM3.30 (naik 30 sen dari kadar asal)
  2. Setiap 200 meter atau 30 saat (menunggu) berikutnya ialah RM0.25 berbanding RM0.10 bagi setiap 115 meter atau 21 saat. Naik sebanyak 40% dari kadar sebelum ini.
  3. Caj tempahan dikekalkan kepada RM2.00.
Bagi TEKS1M, kadar tambang mereka berbeza sikit bagi kadar "flag fall" (1KM atau 3 minit pertama). Meter mereka bermula dengan RM4.00. Walaubagaimanapun, kadar bagi jarak atau masa menunggu berikutnya adalah sama dengan kadar teksi bajet.

Bagi rakan pemandu yang membantah kenaikan tambang teksi ini..., saya ingin membuat saranan yang sama dengan saranan YAB Menteri Besar Selangor terhadap bantahan kenaikan elaun ADUN Negeri Selangor..., ;-)

9 ulasan:

  1. Saya tak membantah kenaikan tambang teksi sebab saya pemandu teksi,permasalahan nya pada pengguna teksi, apakah mereka akan naik teksi atau tidak, sedangkan sekarang ini ramai juga yang takut menggunakan teksi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut pengalaman 2009 yg lps..., kenaikan tinggi jugak..., flag fall dari RM2 kpd RM3, call surcaj dari RM1 kpd RM2. Masa menunggu 45 saat 10 sen kpd 25 saat 10 sen, bacaan jarak dari 150 meter 10 sen kpd 115 meter 10 sen. Penumpanng terkejut sekejap, tp lps ok balik.
      Tapi kali nie kenaikan serentak dengan kos barangan lain...., dengan minyak nya..., gula.., elektrik.., toll (sikit lagi)...,
      Yang terbaik memang sepatutnya x payah naik..., kerajaan bantu kurangkan kos operasi dengan subsidi harga kenderaan, kos alat ganti, permit individu dll. Cuma persoalannya diaorg nak ke...? PRU14 lambat lagi....

      Padam
    2. Saya rasa pengguna takut menggunakan teksi sekarang ini kerana mereka keliru dengan jenis2 teksi serta warna....,

      Padam
  2. Boleh naik,tp jgn aniaya pengguna, tak bagi balance walaupun jelas terpampang di meter berapa yg perlu dibayar.kita pula yg terkebil-kebil. Ada pula, lepas bayar, macam dihalaunya sebab tak sabar nak ambil penumpang baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akui masalah ini..., sikap negatif pemandu ini boleh diperbaiki sekiranya pengguna tahu hak mereka serta berusaha mendapatkannya..., iaitu dengan cara membuat aduan... Pemandu akan serik sekiranya banyak kali disaman.

      Cuma masalahnya org kita nie malas nak buat aduan....,

      Padam
  3. Saya cadang lebih elok naikkan dlu tambang teksi bajet skrg ni lepas tu baru kuatkuasa kn operasi tak guna meter. Ini adalah kerana kadar tambang skrg ni sudah hampir lebih 4 tahun. Spad harus main peranan dlm hal ni untuk menyelesaikan masaalah pemandu teksi kian hari smakin rumit.

    BalasPadam
  4. Penyelarasan yg tidak sama di antara exora Dng teksi2 lain juga amat mengelirukan, sepatutnya kenaikan adalah sama xkira apa jenis teksi pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pemandu keliru..., penumpang lagi keliru nanti....

      Padam
  5. Mahal x nak naik dah teksil

    BalasPadam