COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Rabu, 12 Februari 2014

Permit Individu - sekadar muhasabah


Apabila kita menyentuh isu teksi, bagi kalangan pemandu, perkara utama tuntutannya ialah permit INDIVIDU.

Saya cuba membayangkan satu suasana di mana semua kenderaan teksi di atas jalan raya adalah milik individu...., xde dah permit syarikat nie...., erm..., agak-agak apa yang akan jadi ye....?
  1. Adakah semua pemandu individu ini akan bertambah baik dari sudut ekonominya?
  2. Adakah semua pemandu akan menggunakan meter?
  3. Adakah semua pemandu akan memberikan perkhidmatan dengan penuh berdisiplin, ramah dan mesra kepada penumpang?
  4. Adakah penumpang tidak lagi menghadapi masalah mendapatkan teksi pada waktu puncak kerana semua pemandu akan bekerja pada waktu ini?
Sekarang ini saya melihat ramai sekali rakan-rakan permit individu yang teksinya ditarik kerana tidak membuat pembayaran kepada bank. Ramai sekali rakan-rakan saya yang mendapatkan pembiayaan dari MARA yang tidak membuat pembayaran sehingga MARA telah menghentikan kemudahan pembiayaan ini kepada pemandu teksi. Baru-baru ini BSN memberikan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah subsidi 2% sahaja, itupun ramai yang tak bayar walaupun teksi baru berusia 6 bulan. Dengarnya BSN pun sudah nak menghentikan kemudahan pinjaman kepada pemandu teksi ini kerana NPL yang ditanggungnya terlalu tinggi.

Juga ramai pemilik permit individu yang menjadikan teksinya sekadar untuk pergi kerja (ada kerja kerajaan dan ada juga yang swasta), dia hanya "menarik" (membawa penumpang) pada waktu malam, hujung minggu atau apabila poket kosong sahaja. Jika begini, bagaimana kita nak mengatasi masalah ketidakcukupan teksi pada waktu puncak.

Tak cukup dengan itu..., berapa banyak rakan-rakan kita yang dapat permit namun dipajakkan kepada syarikat teksi...., :-(

Kesian kepada rakan-rakan yang benar-benar jujur, ikhlas dan siang malam membawa teksi (bekerja) untuk mencari rezeki...., namun dinafikan hak untuk mendapatkan permit individu ataupun dinafikan haknya untuk mendapatkan pinjaman MARA @ BSN hanya kerana sikap pemilik permit individu yang tidak bertanggungjawab ini.... 

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, En Salleh saya nak tanya, boleh ke pemandu yg guna permit syarikat mendaftar perniagaan perkhidmatan teksi di SSM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada masalah nak daftar syarikat..., boleh sahaja.., elok juga sebagai persediaan nak mohon perit individu apabila buka nnt

      Padam
  2. Salam En Salleh, saya berminat untuk mengetahui dan boleh terangkan operasi teksi di negara kita? - dari segi jam operasi, cuti & berapa orang pemandu, pemilikan teksi (individu atau syarikat).

    BalasPadam