Salam 1Teksi...
24 Jun yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia telah menyebut bahawa pemberian permit kepada syarikat teksi yang kemudiannya menyewa teksi kepada pemandu adalah SISTEM PERHAMBAAN ZAMAN MODEN. Saya percaya bahawa ungkapan yang menusuk hati pemilik syarikat teksi ini dibuat oleh PM secara spontan sebagai refleks kepada ucapan alu-aluan oleh Presiden Petekma (Yufof Lahir) sebelum itu. Difahamkan bahawa Yusof Lahir juga secara spontan memohon hanya permit individu kepada pemandu teksi walaupun tiada dalam teks ucapan.
Hasil dari ucapan PM tersebut serta arahan beliau kepada Y.B. Pengerusi SPAD untuk mencadangkan formula kepada kerajaan untuk menghapuskan permit syarikat, mungkin rakan-rakan pemandu tertunggu-tunggu bilakah berita baik tersebut akan diumumkan. Bagi syarikat teksi pula, mungkin ada yang sedang memikirkan apakah langkah terbaik dalam memastikan keberadaan syarikat mereka dalam industri teksi terus kekal. Yang menariknya, ada juga kalangan pemilik syarikat ini yang menganggap bahawa ucapan PM tersebut sekadar mengambil hati bagi memancing undi pemandu teksi.., wallahuaa'lam.
Saya amat berharap PM ikhlas dengan ungkapan tersebut serta memastikan SPAD mangambil tindakan proaktif dalam melaksanakannya. Walaubagaimanapun, masyarakat pengguna sebenarnya tidak mempedulikan samada permit teksi ini milik siapa. Bagi mereka, yang penting adalah mutu perkhidmatan teksi yang terbaik. Tiada gunanya kalau semua teksi di Malaysia nanti milik individu, namun pemandunya masih ramai tidak menggunakan meter, kotor, busuk dan tidak berdisiplin.
Isnin, 2 Julai 2012
Isnin, 11 Jun 2012
PROGRAM BANTUAN TAYAR TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA (TRIMa) -UPDATE
Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari laman ini
Berkaitan dengan posting saya sebelum ini berkenaan Perhimpunan Teksi Rakyat 1 Malaysia bersama YAB PM, ramai rakan-rakan tertanya-tanya berhubung Bantuan Tayar Untuk Teksi. Oleh yang demikian, saya kongsikan serba sedikit catatan yang saya dapat dari taklimat di Kelab Golf JPA, Bukit Kiara.
IDEA
Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.
OBJEKTIF BANTUAN
- Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
- Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
- Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-).
KELAYAKAN
- Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
- Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
- Memiliki kad pemandu yang sah,
- Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
- Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
- Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti.
- Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
** Link borang boleh di cetak melalui link berikut... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/tr1maapplicationformbmv51.pdf
TERMA DAN SYARAT VOUCHER
- Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
- Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
- 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
- Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
- Tidak boleh ditukar dengan tunai.
- Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)
Untuk senarai panel kedai tayar Goodyear dan Continental..., sila buka link yang saya sertakan di atas posting ini...
HIMPUNAN TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA BERSAMA Y.A.B. PERDANA MENTERI
Jam 3 petang tadi (11 Jun 2012) saya berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan Program Himpunan Teksi Rakyat 1 Malaysia bersama Y.A.B. PM yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara KL. Taklimat ini dihadiri lebih kurang 150 orang persatuan teksi dari seluruh Semenanjung (yang sempat saya bertegur sapa tadi dari KOP LIMO Pulau Pinang, Persatuan Teksi Kuantan, Persatuan Teksi Kluang dan lain-lain).
Taklimat disampaikan oleh YB Pengerusi SPAD, Y.bhg. Datuk Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Y.brs CEO SPAD. Untuk makluman, program ini adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan dan SPAD.
Dikongsikan di sini catatan peribadi saya yang didapati taklimat ini seperti berikut;-
Tarikh Program : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta A dan B, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Aturcara program HIMPUNAN TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA bersama Y.A.B. PM
8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
8.00 pagi - 10.30 pagi : Pentarama (hiburan) yang dihoskan oleh kumpulan Osbon (Mr. Os & Abun)
11.00 pagi : Ketibaan Y.A.B. PM
11.30 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Pengerusi SPAD, YB Menteri Penerangan dan pengumuman Y.A.B PM mengenai program Bantuan Tayar Untuk Teksi, Insurans Berkelompok serta Khairat.
12.00 tengahari : Sesi Walkabout Y.A.B PM bersama pemandu teksi
Antara pengisian program ialah seperti berikut;
SEMUA PEMANDU TEKSI DARI SELURUH MALAYSIA BESERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.
Taklimat disampaikan oleh YB Pengerusi SPAD, Y.bhg. Datuk Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Y.brs CEO SPAD. Untuk makluman, program ini adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan dan SPAD.
Dikongsikan di sini catatan peribadi saya yang didapati taklimat ini seperti berikut;-
Tarikh Program : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta A dan B, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Aturcara program HIMPUNAN TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA bersama Y.A.B. PM
8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
8.00 pagi - 10.30 pagi : Pentarama (hiburan) yang dihoskan oleh kumpulan Osbon (Mr. Os & Abun)
11.00 pagi : Ketibaan Y.A.B. PM
11.30 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Pengerusi SPAD, YB Menteri Penerangan dan pengumuman Y.A.B PM mengenai program Bantuan Tayar Untuk Teksi, Insurans Berkelompok serta Khairat.
12.00 tengahari : Sesi Walkabout Y.A.B PM bersama pemandu teksi
Antara pengisian program ialah seperti berikut;
- Penyampaian Voucher Bantuan Tayar Untuk Teksi
- Pentarama
- Pertandingan teksi tercantik
- Cabutan bertuah. Kementerian Penerangan telah meminta Proton Holding untuk sponsor sebuah kenderaan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
- Pameran Interaktif
- Aktiviti keluarga (pertandingan melukis untuk anak-anak dan lain-lain)
- Gerai jualan produk kenderaan (alat ganti dan lain-lain)
Program akan berlangsung sehingga 5.00 petang.
SEMUA PEMANDU TEKSI DARI SELURUH MALAYSIA BESERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.
3,000 TEKSI PERTAMA YANG MENDAFTAR KEHADIRAN AKAN MENDAPAT SPECIAL GOODIES DARI KEMENTERIAN PENERANGAN.
Khamis, 3 Mei 2012
Bengkel Pelesenan Terminal Pengangkutan Awam Darat
Terlebih dahulu terima kasih kepada SPAD yang memberi peluang kepada saya (Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Bhd.) untuk menyertai bengkel ini pada 3 Mei 2012 yang lalu.
Menarik juga sebab kali ini, buat julung kalinya SPAD mengambil pendapat dan pandangan semua pihak termasuk persatuan pemandu teksi, persatuan pengusaha teksi, pengusaha bas, pihak berkuasa tempatan, persatuan OKU, pengguna dan lain-lain sebelum satu dasar atau peraturan dikuatkuasakan oleh mereka. Tahniah.
"Harapnya lepas ini, kalau mereka ingin tambah lagi jenis kategori teksi, tukar warna teksi atau tambah sticker pada badan teksi atau seumpamanya, mereka akan terlebih dahulu mendengar pandangan semua pihak sebelum dilaksanakan. Tidak lah jadi cacamerba seperti sekarang".
Seperti yang dilaporkan dalam berita semalam, SPAD dalam proses untuk melesenkan terminal pengangkutan awam darat. Ini bermakna terminal atau hentian pengangkutan awam (stesen bas, taxi stand dan stesen keretapi) yang ada sekarang akan dilesenkan. Sebelum lesen diberi, terminal ini mestilah memenuhi beberapa kriteria penting. Macam nak dapat CF rumah kediaman la kut..... Apakah kriteria-kriteria penting sebelum suatu terminal pengangkutan ini diberi lesen?. Persoalan inilah yang ditanyakan kepada peserta bengkel.
Lebih kurang 80 orang peserta bengkel ini dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan. Saya di'group'kan dengan Persatuan Pengusaha Teksi Lembah Kelang (Tn. Hj. Jalil dan En. Razak), Persatuan Pengusaha Teksi Selangor dan lembah Kelang (Dato' Aslah), Persatuan Pemandu Teksi Kepong dan Persatuan Pemandu Teksi Pelabuhan Kelang. Dato' Aslah dilantik sebagai ketua kumpulan atas cadangan En. Razak.
Tugasan yang diberikan kepada kumpulan saya untuk menyatakan pendapat kami berhubung.;
- Senaraikan rangkaian kemudahan yang perlu ada di terminal pengangkutan.
- Penilaian prestasi utama bagi terminal pengangkutan awam.
- Senaraikan mengikut keutamaan 6 penambahbaikan atau perubahan yang dianggap penting di terminal pengangkutan awam.
Dalam masa yang agak terhad, kumpulan kami sempat bersetuju bahawa terminal pengangkutan awam mestilah memenuhi kriteria berikut;
- Menyambungkan pengguna kepada pelbagai jenis pengangkutan mengikut kesesuaian dan keperluan pengguna yang pelbagai. Contohnya, pengguna yang turun dari bas boleh mendapatkan teksi di terminal yang sama untuk terus ke rumah.
- Jarak antara jenis perkhidmatan (keretapi, bas dan teksi) adalah munasabah (walking distance) iaitu kurang dari 300 meter.
- Infrastruktur yang lengkap (surau, bilik air, ruang menunggu, restoran dan lain-lain).
- Signage atau tunjuk arah kepada tiap-tiap jenis perkhidmatan pengangkutan yang lengkap dan jelas.
- Mesti menyediakan ruang menurun dan menaikkan penumpang (petak kuning untuk teksi menurunkan dan mengambil penumpang).
- Laluan khas bas dan teksi untuk masuk dan keluar dari terminal.
- Wujudkan pihak yang bertanggungjawab menyelia perkhidmatan teksi bagi memastikan teksi mengikut barisan, tidak memilih penumpang, menerima aduan pengguna serta perkhidmatan "lost & found".
- Keselamatan
Semasa sesi pembentangan, boleh dikatakan kebanyakan kumpulan memberikan pendapat kumpulan masing dengan baik dan bernas sekali (terlalu panjang untuk dikongsikan di sini).
Namun sedikit kecewa sebab Dato' Aslah yang ditugaskan membentangkan pendapat kumpulan kami telah membentangkan pendapat peribadi beliau yang relevan dengan tajuk bengkel. Beliau bangkitkan mengenai meter beresit dan menyanggah pendapat kumpulan lain yang membuat pembentangan terlebih dahulu. Sebuah kumpulan teksi lain (tak salah saya dibentangkan oleh Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Kajang) telah membangkitkan isu-isu yang langsung tak relevan dengan tajuk bengkel. Beliau membentangkan masalah pemandu seperti bayaran fee puspakom, jenis kenderaan teksi, kos penyenggaraan teksi dan lain-lain.
Khamis, 19 April 2012
APAKAH PENYEBAB SEBENAR ADUAN PENUMPANG TERHADAP PERKHIDMATAN TEKSI?
Salam Perkhidmatan Teksi 1 Malaysia…,
Saya menerima permintaan seorang pengunjung blog
ini yang merupakan seorang mahasiswi yang menyiapkan uji kaji di semester
akhirnya berkenaan permasalahan perkhidmatan teksi. Sebenarnya ramai mahasiswa yang
meminta ulasan saya mengenai perkhidmatan teksi untuk dimuatkan dalam kertas
mereka, namun saya tidak berkesempatan mengulas nya kerana merasakan kebanyakan
pendapat saya telah pun dimuatkan di blog ini. Walau bagaimanapun, kali ini
saya meluangkan sedikit masa untuk ini memandangkan dah lama sangat saya tak
update blog…... :)
Persoalan penting yang ditanya kepada saya ialah Apakah penyebab sebenar aduan penumpang
terhadap perkhidmatan teksi? Sebelum mengulas lanjut mengenai persoalan
ini, saya menjelaskan perihal am mengenai teksi terlebih dahulu.
Sekarang ini, terdapat lebih kurang 30,000 buah
teksi di Lembah Kelang yang terdiri dari pelbagai jenis perkhidmatan, warna,
kadar tambang dan juga kawasan operasinya. Pecahan perkhidmatan teksi boleh
diperincikan seperti berikut;
1. Teksi Bandar
(Bajet)
a) Hanya
kenderaan keluaran Proton sahaja dibenarkan dengan syarat kenderaan tersebut
menggunakan enjin kuasa kuda 1.5 ke atas,
b) Permit
teksi ini dikeluarkan kepada individu dan juga syarikat,
c) Kadar
tambangnya adalah menggunakan meter yang mengira kadar tambang berdasarkan
formula berikut;
-
1KM atau 3 minit pertama RM3.00
-
115 meter atau 21 saat waktu menunggu berikutnya
RM0.10
-
Surcaj perkhidmatan radio teksi RM2.00
-
Surcaj waktu tengah malam (12.00 malam hingga 6
pagi) 50% dari bacaan meter
-
Surcaj ke lapangan terbang KLIA RM12.00.
-
Boleh beroperasi dalam kawasan Lembah Kelang
sahaja (KL, Putrajaya, Seremban, Melaka dan seluruh Negeri Selangor kecuali
kawasan Kuala Selangor dan KLIA). Genting Highland dan Melaka juga dibenarkan
teksi jenis ini menghantar penumpang.
d) Terdapat
pelbagai warna teksi bajet ini yang antaranya ialah;-
-
Merah dan biru bermaksud teksi bajet permit
individu,
-
Merah dan putih tidak mempunyai maksud khusus
untuk mengkategorikan nya sebagai teksi milik individu atau sebab syarikat
sebab ada yang milik individu dan ada juga milik syarikat,
-
Merah di keseluruhan badan kenderaan bermaksud
teksi milik Syarikat Public Cab,
-
Hijau di keseluruhan badan bermaksud teksi milik Syarikat
Sunlight,
-
Putih keseluruhan badan milik syarikat Marlis
Corporation,
-
Kuning di keseluruhan badan milik syarikat Super
Cab, dan
-
Putih dan biru milik Destination Transport dan
lain-lain.
2. Teksi
Premier
a) Boleh menggunakan
kenderaan import atau buatan tempatan dengan syarat kuasa kuda nya 2.0 ke atas,
b) Setahu
saya hanya syarikat mendapat permit teksi jenis ini,
c) Kadar
tambangnya juga adalah berdasarkan meter iaitu;
- 1KM atau
2 minit pertama RM4.00,
- Setiap 45
saat waktu menunggu berikutnya RM0.20,
- Surcaj
midnight 50%,
- Surcaj
call RM2.00
- Surcaj
lapangan terbang RM12.00.
d) Buat masa
sekarang ini, teksi jenis ini sudah berkurangan di jalanraya ekoran kerajaan
menggantikan perkhidmatan ini dengan perkhidmatan yang dinamakan teksi
eksekutif. Yang masih kelihatan hanya teksi jenis Enviro.
3. Teksi
Eksekutif
a) Boleh
menggunakan kenderaan import atau tempatan dengan syarat menggunakan enjin kuasa
kuda 2.0 ke atas,
b) Diberi
kepada pengusaha individu dan juga syarikat,
c) Teksi
jenis ini mesti berwarna biru (Candy Blue) di keseluruhan badan kenderaan,
d) Boleh
beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, dan
e) Kadar
tambangnya adalah berdasarkan meter seperti berikut;
- 1KM atau
2 minit pertama,
- Setiap 21
saat waktu menunggu berikutnya RM0.20,
- Surcaj
midnight 50%,
- Surcaj
call RM2.00
- Surcaj
lapangan terbang RM12.00.
4. Teksi Lapangan
Terbang
a) Menggunakan
kenderaan import atau buatan tempatan,
b) Perkhidmatan
dibahagikan kepada 3 kategori iaitu teksi bajet (kuasa enjin 1.5 ke atas),
teksi premier (kuasa enjin 2.0 ke atas) dan teksi keluarga (van),
c)
Kadar tambang adalah berdasarkan zon yang
dicadangkan oleh pengendali kaunter jualan kupon (tiket) setelah diluluskan
SPAD (kerajaan).
Sebenarnya ada lagi jenis perkhidmatan teksi yang
dipanggil Kereta Sewa. Kereta Sewa adalah jenis perkhidmatan teksi yang
beroperasi dari pangkalan tertentu seperti di Pudu Raya, Pekan Kajang, Kuala
Selangor dan lain-lain. Ia boleh beroperasi ke seluruh semenanjung. Kenderaan
yang digunakan untuk kereta sewa ini adalah pelbagai jenis kenderaan import dan
tempatan. Kadar tambangnya adalah berdasarkan jarak perjalanan tanpa
menggunakan meter.
Pendapat saya mengenai kepelbagaian perkhidmatan
teksi ini sebenarnya MENGARUT
sahaja. Perwujudan pelbagai jenis teksi, kadar tambang, kawasan operasi dan lain-lain
bukanlah sesuatu yang diminta oleh rakyat atau pengguna. Yang dimahukan ialah KUALITI PERKHIDMATAN yang hanya boleh
disumbangkan oleh perkhidmatan yang selamat dan cekap, sistem bayaran tambang
yang jelas dan munasabah, ruang boot kenderaan yang luas serta sedikit selesa,
dan yang paling penting ialah kualiti pemandu teksi itu sendiri.
Menyediakan perkhidmatan teksi eksekutif dengan
kenderaan jenis Mercedes Benz sekalipun tidak memberi makna apa-apa kepada
pengguna sekiranya pemandu nya kasar, biadab, berbau busuk atau memandu secara berbahaya.
Kepelbagaian jenis teksi ini juga hanya menambahkan keresahan dan kekeliruan
kepada pengguna.
Mengikut maklumat yang saya dapat dari LPKP
(Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan - sekarang tugas ini diambil alih oleh
SPAD), aduan yang banyak diterima mereka ialah PEMANDU TIDAK
MENGGUNAKAN METER, MENGENAKAN
TAMBANG LEBIH dan MENGGUNAKAN JALAN
JAUH untuk mendapatkan tambang yang lebih. Kerajaan juga menghadapi masalah
untuk menguatkuasakan semua peraturan mengenai tambang ini ekoran kekurangan penguat
kuasa. Sebagai langkah jangka pendek, kerajaan mewujudkan pula perkhidmatan
teksi berkupon.
Teksi berkupon bermaksud perkhidmatan teksi yang
kadar tambangnya menggunakan kupon. Modus operandi perkhidmatan ini ialah;
a)
Pengusaha kaunter teksi dilantik oleh kerajaan
untuk menjalankan perkhidmatan di lokasi-lokasi strategik seperti di terminal
pengangkutan, pasar raya dan lain-lain,
b)
Kadar tambangnya ditentukan berdasarkan jarak
yang dibahagikan mengikut zon lingkungan. Contohnya, Zon 1 (jarak lingkungan
2KM pertama, kadar kuponnya ialah RM5.00),
c)
Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan
teksi di lokasi yang terdapat kaunter kupon ini perlu pergi ke kaunter teksi,
menyatakan lokasi tujuan, membayar kadar tambang yang dimaklumkan serta
mendapatkan 2 keratan kupon iaitu salinan penumpang dan salinan pemandu,
d)
Pengguna seterusnya menaiki teksi di ‘queue’
pertama, menyerahkan kupon salinan pemandu kepada pemandu tanpa perlu membayar
caj tambahan lain kecuali tol,
e)
Pemandu menghantar penumpang ke destinasi dituju dan
selepas itu membuat tuntutan kupon di kaunter. Pemandu akan mendapat 90% dari
kadar yang dinyatakan di kupon. 10% adalah untuk pengurusan syarikat
pengendali,
f)
Syarikat pengendali juga perlu mewujudkan kaunter
aduan serta perkhidmatan “lost & found” sekiranya penumpang meminta bantuan
untuk mendapatkan barangan yang tertinggal di dalam teksi.
Sistem kupon ini sangatlah membantu untuk
mengelakkan ketidakpuasan atau syak wasangka antara penumpang dan pemandu
berhubung kadar tambang. Penumpang sudah tahu kadar tambang yang tepat untuk
sampai ke destinasi yang dituju, pemandu akan memandu ke destinasi mengikut
laluan yang paling singkat dan cepat kerana kadar tambang yang diperoleh adalah
sama. Pemandu juga mendapat bayaran 90% dari kupon yang kebiasaannya lebih
sedikit dari kadar meter.
Pelaksanaan sistem kupon ini mendapat sokongan
dan tentangan oleh pelbagai pihak. Ada juga ahli politik yang mengambil kesempatan
terhadap isu ini untuk populariti masing-masing. Namun hakikatnya, ekoran sikap
pemandu yang tidak guna meter atau menggunakan laluan jauh supaya bacaan meter menjadi
tinggi, ramai pengguna lebih selesa dengan sistem ini walaupun sedikit mahal
berbanding meter.
Pihak SPAD memaklumkan bahawa mereka sedang
melaksanakan kajian sama ada untuk meneruskan sistem kupon ini atau tidak. Buat
masa ini, perkhidmatan kaunter kupon sedia ada masih dibenarkan beroperasi
sehingga kajian tersebut siap dan dilaksanakan.
Berkenaan komuniti pemandu pula, sebahagian dari
mereka menubuhkan atau menyertai persatuan-persatuan teksi. Banyak sekali
persatuan teksi yang ditubuhkan, selalunya persatuan tersebut mewakili kawasan
mereka selalu beroperasi, contohnya Persatuan Teksi Serdang, Persatuan Teksi
Cyberjaya dan lain-lain. Penubuhan persatuan teksi ini adalah di bawah Akta
Pertubuhan yang mana permohonan penubuhannya perlu dikemukakan kepada Pejabat
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Perkhidmatan persatuan teksi ini terhad kepada
menjaga nasib dan kebajikan sesama ahli dengan mewujudkan khairat kematian,
sumbangan kemalangan dan lain-lain. Namun, boleh dikatakan semua persatuan ini
menyalahgunakan kewujudan persatuan mereka dengan memonopoli kawasan operasi
sesuatu perhentian teksi. Contohnya, Persatuan Teksi Serdang mensyaratkan hanya
ahli sahaja boleh beroperasi di stesen KTM Komuter Serdang. Peraturan
sepatutnya ialah semua teksi Lembah Kelang boleh beroperasi di mana-mana
kawasan kecuali di KLIA dan LCCT.
Akhir sekali, kembali kepada tajuk Apakah penyebab sebenar aduan penumpang
terhadap perkhidmatan teksi? Saya tidak mahu menyalahkan pemandu mahupun
pengusaha sebagai puncanya. Pemandu teksi hanyalah manusia biasa yang
berkhidmat untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga. Boleh juga
diumpamakan mereka sebagai peniaga kecil. Mereka berkhidmat dengan dikongkong oleh
dasar dan peraturan yang ditentukan kepada mereka. Komuniti pemandu ini terdiri
dari pelbagai latar belakang. Antara nya pesara kerajaan, pesara swasta dan
orang-orang yang tidak mendapat pekerjaan (termasuk dibuang kerja atau
berpendidikan rendah).
Pokok pangkalnya ialah kerajaan (SPAD) sendiri dalam
menyediakan dan melaksanakan dasar mereka. Kerajaan tidak punyai satu dasar
perkhidmatan teksi yang jelas. Peraturan-peraturan sedia ada yang bercelaru ini
diwujudkan oleh mereka mengikut keadaan sahaja. Campur tangan politik juga
menambahkan lagi kecelaruan. Contohnya ialah dasar warna teksi yang pelbagai.
Berdasarkan permintaan pengguna yang mahukan
perkhidmatan teksi yang berkualiti melalui pemandu yang berdisiplin dan
terlatih, kadar tambang yang jelas dan munasabah serta ruang boot kenderaan
yang besar dan sedikit keselesaan kerajaan sepatutnya boleh membuatkan dasar-dasar
yang khusus bagi mencapai hasrat pengguna tersebut.
Pemandu teksi amat penting kepada negara,
merekalah yang membawa pelancong yang datang melawat. 30,000 orang pemandu
teksi di Lembah Kelang ini mampu membawa persepsi buruk kepada kerajaan dengan
sekelip mata (dahulu pernah dihebohkan berkenaan pemandu yang berkempen untuk
pembangkang di dalam teksi). Disiplin, cara pemanduan yang berbahaya, berbau
busuk, mengenakan tambang lebih, tidak guna meter, menggunakan jalan yang jauh
sekarang ini menghantui sebilangan besar pengguna. Pemandu teksi yang
berkualiti boleh dianggap sebagai duta kecil yang mampu mengharum nama negara.
Bagaimana menjadikan pemandu teksi ini sebagai
pemandu yang berdisiplin dan terlatih?. Untuk tidak mahu memanjangkan lagi
posting ini, saya ringkaskan cadangan saya seperti berikut;
- Wujudkan skim
latihan dan kursus sepanjang kerjaya yang diwajibkan kepada semua pemandu
teksi untuk menghadirinya sekurang-kurangnya 4 hari setahun. Gunakan
kemudahan yang wujud di Institut Keusahawanan Negara, Institut Kemahiran
Belia Negara, MARA dan lain-lain. Antara latihan yang perlu diberikan
kepada pemandu ialah;-
-
Khidmat pelanggan,
-
Pengurusan Kewangan Diri,
-
Komunikasi dan bahasa,
-
Undang-undang jalan raya dan pemanduan cekap
serta selamat,
-
Maklumat Kawasan Operasi serta Pelancongan, dan
-
Agama dan sivik.
- Pemandu yang menghadiri
kursus ini perlu diberikan pengecualian sewa oleh syarikat teksi serta
elaun kursus dibayar oleh kerajaan seperti pelajar institut kemahiran yang
lain.
- Wujudkan sistem
penilaian terhadap kemahiran pemandu dengan memberikan permit individu
jika mereka berjaya mencapai satu tahap yang terbaik. Pemandu baru perlu
menyewa dengan syarikat teksi dahulu.
- Wujudkan sistem
saringan bagi menapis penjenayah dan penagih dadah untuk bekerja sebagai
pemandu teksi,
- Pastikan pendapatan
bersih pemandu teksi mampu mencapai sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan
dengan cara mengurangkan kos operasi mereka (subsidi), atau meningkatkan
produktiviti mereka dengan mewujudkan dasar yang menggalakkan lebih ramai
orang menaiki teksi, dan
- Sebagai
tambahan, wujudkan lah juga skim yang boleh melindungi mereka dari kemalangan,
kecacatan kekal, kemudahan perubatan dan simpanan hari tua.
Di samping itu, kerajaan perlu secara
berperingkat membuat penyelarasan berikut;-
- Menyeragamkan
kembali jenis-jenis kenderaan teksi sekarang ini dengan hanya mewujudkan 2
jenis teksi iaitu teksi bajet dan teksi keluarga (MPV atau van) sahaja.
Pengguna super elit yang mahukan teksi yang super selesa,
gunakanlah perkhidmatan limousin hotel atau perkhidmatan dari syarikat
kereta sewa.
- Kenderaan teksi
bajet diselaraskan kepada satu jenis kenderaan sahaja contohnya Proton
Exora. Teksi keluarga pula dikhaskan kepada 2 jenis kenderaan (van dan
MPV) sahaja.
- Warna teksi diselaraskan
semula. Identiti pengusaha boleh dibezakan pada nama pengusaha di pintu
atau sticker tertentu sahaja.
- Wujudkan dasar
terbuka bagi kawasan operasi. Malaysia ni bukan besar mana pun…
- Penguatkuasaan
yang lebih ketat dan tegas. Selepas pemandu diberikan latihan, dipastikan
mempunyai pendapatan yang setimpal, maka pemandu yang masih melanggar
undang-undang menerima hukuman yang berat.
Saya penuh yakin kualiti perkhidmatan teksi di Malaysia boleh
ditingkatkan dan orang yang mampu berbuat sesuatu mengenainya hanyalah pihak
KERAJAAN. Pemandu dan pengusaha hanya menurut sahaja dasar-dasar yang
ditetapkan kepada mereka.
Wallahuaa’lam.
Langgan:
Catatan (Atom)



