Sekali lagi saya bersama Ybhg. Pengerusi KPPCB (En. Zakuan bin Harun) dan En. Khairul Aszwan dijemput menghadiri sesi dialog di atas di Dewan Bunga Raya, Aras 5, Blok D4, Kompleks D Putrajaya pada 2hb. Julai yang lalu.
Dialog yang sepatutnya dipengerusikan Dato' Ketua Pengarah JPJ telah dipengerusikan oleh En. Salim Parlan, Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia. Difahamkan kerana JPJ pada waktu itu menghadapi masalah sistem komputer yang memerlukan Ketua Pengarah untuk menyelesaikannya.
Ramai rakan yang mewakili persatuan pengusaha dan persatuan pemandu yang turut hadir. Antaranya Dato' Aslah (Perpekli), En. Mohd Shahril (Petekma), En. Abd. Jalil dan En. Razak (PPTLK), Tn. Hj. Mokhtar dan lain-lain.
Berikut saya sampaikan serba sedikit catatan saya mengenai mesyuarat tersebut kerana ianya mungkin boleh dijadikan panduan oleh tuan-tuan khususnya pemandu teksi.
UCAPAN PENGERUSI (PENGARAH PENGUATKUASA)
1. Menerangkan peranan JPJ hanya untuk menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan LPKP,
2. JPJ menerima aduan setiap hari dari seluruh dunia (termasuk melalui email oleh pelancong yang telah pulang ke negara asal),
3. Beliau belum pernah lagi menerima pujian dari pengguna terhadap perkhidmatan teksi yang kita berikan,
4. Y.bhg. Dato' Pengerusi LPKP mengangankan supaya suatu hari nanti, penumpang menahan teksi, menaikinya, sampai ke lokasi dan membayar tambang. Ini adalah juga hasrat penguatkuasa JPJ,
5. Dalam operasi selama 2 minggu yang dibuat oleh JPJ, 95% daripada teksi yang ditahan didapati melakukan kesalahan dan kebanyakannya tidak menggunakan meter,
6. Beliau belum pernah mengalami pengalaman yang memuaskan semasa menggunakan perkhidmatan teksi di kawasan kediaman beliau (Seksyen 2 Shah Alam),
7. Beliau menerima laporan pengusaha bahawa perkhidmatan teksi dah bagus, tetapi pengguna masih mengemukakan aduan malah semakin meningkat, dan
8. Pengusaha tidak boleh mengatakan kesalahan pemandu sebagai kesalahan pemandu kerana sebagai tuan punya lesen mesti turut bertanggungjawab mendidik pemandu mematuhi peraturan.
ISU YANG DIBANGKITKAN PENGUSAHA
Isu oleh Dato' Aslah
1. Cadangan supaya nombor siri tangki NGV dan NGV kit dicatatkan dalam geran teksi bagi mengelak berleluasanya masalah kehilangan tangki NGV oleh pengusaha,
2. Menguatkuasakan kesalahan pemandu kepada pemandu sahaja, bukan pengusaha,
Tn. Hj. Mokhtar
1. Mengenai kesalahan meninggalkan teksi, minta JPJ nyatakan di mana tempat yang pemandu boleh meninggalkan teksi (sebab ada yang pergi makan atau rehat pun kena saman).
Tn. Hj. ___ (tak ingat nama dia) dari Inovasi Timur
1. Memohon supaya kesalahan mengambil penumpang di KLIA tidaklah sampai menyita kenderaan kerana menyusahkan pengusaha dan juga pemandu.
2. Pengusaha tidak perlu dipanggil bagi kesalahan kecil pemandu seperti tidak pakai tali pinggang keledar dan lain-lain. Saman sahaja pemandu tersebut.
En. Abd. Jalil Maarof
1. Mohon supaya JPJ buat satu rekod kumpulan daftar pemandu berpusat supaya membolehkan pengusaha membuat saringan setiap kali pemandu memohon untuk menyewa teksi.
En. Mohd Shahril (Petekma)
1. Mempersoalkan kenapa mesyuarat hanya menumpukan kepada isu-isu yang dihadapi oleh pengusaha sedangkan yang membawa teksi adalah pemandu. Kalau masalah mereka seperti kadar tambang rendah, kos operasi tinggi dan kos sewa teksi tinggi yang mereka hadapi sekarang ini tidak diselesaikan, maka selagi itulah masalah perkhidmatan teksi tidak dapat diatasi.
2. Meminta supaya JPJ atau LPKP supaya pemandu diberi peluang membela diri yang lebih luas termasuk dipanggil pengadu. Ini kerana banyak aduan pemandu yang menyatakan mereka dianiayai.
3. Meminta supaya perbincangan-perbincangan selepas ini menumpukan mengenai isu-isu pemandu dengan memanggil lebih ramai "persatuan pemandu" bukan "persatuan pengusaha".
(isu yang saya kemukakan dari Koperasi tidak dibincangkan kerana tidak diterima oleh JPJ- hmm..., mana dia pergi entah)
SOAL JAWAB
Dalam sesi soal jawab, saya senaraikan beberapa yang dibangkitkan beserta jawapan JPJ dan LPKP yang turut hadir.
Soalan 1. Pemandu teksi bandar menghantar dua orang penumpang (suami & isteri) ke KLIA (Isteri nak ke luar negara dan suami cuma nak hantar sahaja), salah atau tidak teksi tersebut membawa si suami tadi balik semula dari KLIA ke rumah beliau?
Jawapan : Boleh, dengan syarat jika ditahan, pemandu kena buktikan bahawa betul keadaan seperti itu dan bukan trick untuk mengulat (saya ragu dengan jawapan ini kerana jika dah ditahan, selalunya pemandu diminta ambil surat saman dan buat rayuan dengan pegawai penyiasat di ibupejabat JPJ. Mengemukakan rayuan juga bukanlah satu kerja yang senang)
Soalan 2. Pemandu teksi bandar menghantar 4 orang penumpang, orang hendak ke KLIA dan dua orang lagi nak ke LCCT. Boleh atau tidak?.
Jawapan : Boleh, dengan syarat jika ditahan pemandu dan penumpang hendaklah membuktikan keadaan seperti tadi dan bukan trick untuk mengulat (saya ragu dengan jawapan ini).
Soalan 3. Pemandu teksi LCCT, boleh atau tidak mengambil penumpang di KLIA.
Jawapan : Tidak boleh.
Soalan 4. Pemandu Airport Limo, boleh atau tidak mengambil penumpang di LCCT?
Jawapan : Boleh dengan syarat menggunakan kupon LCCT (Jawapan diberikan setelah pegawai LPKP yang hadir bertanya (call) dahulu ibupejabat).
Soalan 5. Permit teksi eksekutif, kawasan operasinya adalah Semenanjung Malaysia, kenapa tidak dibenarkan mengambil penumpang dari KLIA/LCCT kerana ianya terletak di dalam Semenanjung Malaysia?
Jawapan : Tidak boleh kerana kawasan KLIA dan LCCT telah diserahkan konsesi kepada Airport Limo dan syarikat-syarikat teksi di LCCT.
Soalan 6. Apakah pemandu teksi LCCT atau Airport Limo boleh mengambil penumpang dari KL ke KLIA/LCCT?
Jawapan : Boleh dengan syarat ke KLIA atau LCCT sahaja, tidak ke destinasi lain. Saya agak keliru namun tidak sempat bertanya kenapa dalam permit dicetak dengan ayat...,
"Teksi Lapangan Terbang hanya dibenarkan untuk dikendalikan dari pangkalan yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan tidak berulang-alik untuk disewa di atas mana-mana jalan."
RUMUSAN SAYA
1. Dialog ini tidak menghasilkan sebarang keputusan konkrit ke arah menyelesaikan masalah perkhidmatan teksi (mungkin kerana ketidakhadiran Ketua Pengarah JPJ yang sepatutnya mempengerusikan dialog ini),
2. Dialog sepatutnya mengutamakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi pemandu bukan pengusaha, kerana pemandulah yang membawa teksi dan mengambil penumpang,
3. Syarikat pengusaha teksi yang hadir dalam mesyuarat ini lebih berminat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka,
4.Saya percaya bahawa selagi pemandu tidak boleh 'survive' dengan kadar tambang yang ditetapkan, maka selagi itu pemandu terpaksa "mencari jalan" untuk mendapat pendapatan yang lebih supaya mereka boleh 'survive' untuk hidup,
5. Kerajaan mesti mengambil tindakan untuk menyelesaikan punca pelanggaran undang-undang 0leh pemandu teksi sekarang ini, bukan dengan hanya menyaman mereka, dan
6. Sekiranya hanya tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada pemandu, saya khuatir seramai 81,000 pemandu teksi (termasuk pasangan, anak-anak dan adik beradik mereka) di Lembah Kelang merasakan mereka (Rakyat) Tidak Diutamakan seperti slogan YAB Perdana Menteri (1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan). Kesan ini amat tidak baik kepada Kerajaan Barisan Nasional sekiranya masih ingin memerintah selepas PRU ke-13 nanti.
Saya dah jelaskan JPJ hanya jadi macai dan barua jer pada Aiport LIMO. Tak percaya lagi.??? Double standard yang jelas ujud, keistimewaan berlebihan kepada Airport LIMO. Kenapa?
BalasPadamSelepas membaca entry tuan, kesimpulannya dialog ni takda faedah langsung untuk pemandu teksi. Yang dibincangkan hanya masalah pengusaha, bukan masalah pemandu.
Yang dapat pujian ialah kerajaan tapi yang kena hisap darah ialah pemandu teksi.Kenapa kesalahan tidak menggunakan meter masih berlaku? Faham2 sendiri jer la..! Sebab tambang macam taik..!
Berkenaan Soal Jawab no.1 & no.2, saya pernah melaluinya dan berhadapan dengan operasi JPJ di KLIA, kerana teksi saya menggunakan meter adalah tidak munasabah meter saya mencecah RM45 jika saya mencuri penumpang diterminal.
Pegawai JPJ tak puas hati dengan penjelasan saya, dan akhirnya penumpang naik berang lalu menempik pegawai JPJ tersebut kerana melengahkan masa beliau. Terkedulah pegawai JPJ berkenaan dan melepaskan saya pergi.
Dialog..makan..minum..dialog..makan..minum..perut dah kenyang, kencing..terberak.. masalah??? lantak pii lahh..!!
Itulah keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Kita perlu berusaha untuk mengatasi masalah kita ini..,
BalasPadamMereka yang di atas sana langsung tidak memahami, jadi bagaimana mungkin mereka boleh memimpin kita dengan baik.
Banyak cara, mungkin tuan dengan cara yang keras sikit..... :)
Kalau kita dapat menyatukan rakan-rakan kita yang lain, Insya-Allah kita mampu menyelesaikannya sedikit demi sedikit.
Untuk itu, mungkin satu hari kita perlu duduk berbincang sesama kita mencari jalan untuk mengatasi isu ini.
kalau sentiasa guna meter tak makanlah anak bini pemandu2 teksi.
BalasPadamSekarang Teksi Kuala Lumpur dah boleh beropersi ke N.Sembilan. Bagimana pula ke kawasan Bentong dah boleh ke ? Kalau sesiapa tahu maklumkan untuk kekawan sepencarian
BalasPadamSaya diberitau Penceramah JPJ masa kursus PSV hari tu teksi KL/Selangor/Lmbh Klang bole hantar penumpang terus ke Cameron Highland pun. Penting tu jgn cilok ke Ipoh dll. Melaka pun kita boleh masuk tapi kena hati-hati dan berhati perut, ujar beliau sbb takut timbul isu dgn pakcik2 teksi sana kalu asyik pusing sana memanjang. Bentong takde pulak dia sebut. Mohon penjelasan juga perkara ni kalau boleh dari pihak JPJ SPAD, dll tu.
BalasPadamGajah diseberang laut nampak, semut didepan mata pandang sebelah mata jer. Pokok pangkalnya, pengusaha perlu bertanggungjawab kepada pemandu yang dinaungi mereka. Siapa saja boleh jadi pengusaha kalau semua kesalahan hendak diletakkan kepada pemandu dan JPJ, kerja mudah. Pemandu juga perlu berhemah kerana mereka membawa panji imej negara, pakaian dan tutur bicara perlu bersopan dan tertib. Manakala pihak yang bertanggungjawab perlu melihat kebajikan mereka bersesuaian dengan keperluan semasa. Biar pasaran dan pengguna menentukan untung nasib mereka. Jangan kemudian hendak menyalahkan pihak berwajib tidak menjaga kebajikan mereka kelak! Perlu ada rasa tanggungjawab yang besar dan pemikiran yang rasional dan bukan hanya semberono ambil tindakan tanpa ada rasa bersalah. Ibarat lempar batu sorok tangan....jangan sampai orang kata kita sudah, rezeki semua telah ditentukan dan yang penting usaha.
BalasPadam