COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Sabtu, 12 Disember 2009

PERKHIDMATAN TEKSI YANG TERUK DAN TANDAS YANG KOTOR


  1. Baru-baru ini YB. Menteri di JPM (Dato' Seri Nazri Tan Sri Aziz) mendedahkan berkenaan kualiti perkhidmatan teksi di Malaysia pada mata pelancong berada di tempat yang pertama teruk. Di tempat kedua pula ialah tandas-tandas awam di Malaysia yang kotor.

  2. Berikutan itu (keesokannya), Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia (Pupteksm) mengadakan perhimpunan bagi membantah sekeras-kerasnya kenyataan tersebut selain mendesak YB. Menteri menyerahkan portfolio LPKP kepada kementerian lain.

  3. Turut kelihatan dalam perhimpunan ini seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar ialah Presiden Petekma (Tn. Hj. Yusoff Lahir). Seakan-akan terdapat dendam lama antara dua tokoh ini yang tidak mampu saya jelaskan.

  4. Mengulas mengenai desakan menyerahkan portfolio LPKP ini, YB. Menteri sekali lagi mengeluarkan kenyataan pedas dengan menyifatkan tindakan (desakan beliau meletakkan jawatan) sebagai kerja bodoh.

  5. Beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa "sepatutnya persatuan-persatuan teksi mengambil tindakan kepada ahli-ahli yang melanggar peraturan, bukan mendesak beliau meletakkan jawatan".

  6. Kenyataan ini tersasar jauh kerana kuasa sebenar bagi mengambil tindakan kepada pemandu yang melanggar peraturan ialah LPKP dan JPJ. Persatuan kalaupun boleh mengambil tindakan, hanyalah dengan memecat keahlian, tetapi lesen memandu, permit teksi dan lain-lain adalah di bawah kuasa LPKP dan JPJ sepenuhnya.

  7. Selaku pemandu teksi, saya secara peribadi mengakui fakta bahawa kualiti perkhidmatan teksi yang saya terlibat ini masih rendah, namun tidak berpuas hati dengan cara YB Menteri memberikan kenyataan kepada media.

  8. Walaupun marah dengan kenyataan beliau, memandangkan terdapat kebenaran di dalamnya, terpaksalah saya mengaku kebenaran ini walaupun ianya pahit.

  9. Tetapi kenyataan "pahit" ini sebenarnya tidak perlu ditanggung oleh pemandu teksi sahaja, kerana kegagalan perkhidmatan teksi sebahagian besarnya disumbangkan oleh dasar-dasar yang salah dan penguatkuasaan yang lemah.

  10. Sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga LPKP, sudah tentulah beliau perlu menanggung tanggungjawab yang lebih besar berbanding "pemandu teksi potong leher" yang berleluasa itu.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Boleh minta nasihat cara2 utk memohon permit teksi individu? Sekarang saya sedang dalam proses mengambil PSV teksi.

    Jika tidak keberatan, boleh tak e-mail cara2nya kpd saya hannah8197@yahoo.com.sg.

    Saya tinggal di Johor Bahru.

    Sekian t kasih

    Shamshul.

    BalasPadam
  2. salam....
    saya dari PETA (persatuan pemandu teksi melayu ampang)
    di harap pihak kami dapat menghubungi pihak tuan.
    diharap pihak tuan dapat ke website kami dan meninggalkan email@no.telefon tuan untuk kami hubungi.
    htpp:petaampang.yolasite.com
    email: petaampang@yahoo.com

    BalasPadam