COOP TAXI Hotline 03-8888 4000...

Khamis, 16 Julai 2009

Kadar tambang baru teksi

1. Alhammdulillah dan terima kasih kepada YB. Dato' Noh Omar (Mantan Menteri MECD) yang memulakan inisiatif kajian tambang teksi sebelum ini.

2. Terima kasih juga kepada YB. Datuk Seri Nazri yang meneruskan usaha-usaha kajian tambang bagi menyokong kenaikan tambang ini sehingga diluluskan dan diumumkan sebentar tadi.

3. Pengguna diminta berlapang dada dengan kenaikan ini memandangkan kos operasi pemandu sememangnya tinggi dan sentiasa meningkat.

4. Kerajaan pula tidak mampu menanggung sebarang subsidi bagi membiayai kos operasi yang tinggi ini (pemandu lagilah tidak mampu menanggung subsidi ini).

5. Saya percaya kenaikan ini diluluskan setelah kajian mendalam yang dilaksanakan oleh konsultan yang dilantik.

6. Saya difahamkan antara skop kajian yang dibuat bagi menyokong kenaikan ini termasuklah kos operasi teksi, sara hidup pemandu dan kemampuan (kuasa beli) pengguna.

7. Persatuan pemandu teksi, persatuan pengusaha dan juga Koperasi KPPCB telah dipanggil berbincang beberapa kali bagi membincangkan kenaikan ini.

8. Mungkin sebahagian kita masih tidak puas hati dengan kenaikan ini (masih tidak cukup) dan mungkin juga sebahagian kita tidak puas hati kerana kenaikan ini (membebankan pengguna).

9. Kita perlu terima hakikat, bahawa dalam kehidupan ini, mustahil kita akan dapat apa sahaja yang kita mahu dan mustahil juga kita tidak akan dapat langsung apa yang kita tidak mahu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru untuk perkhidmatan teksi dengan tambang permulaan RM2 dinaikkan kepada RM3 dan 10 sen bagi setiap 115 meter atau sebahagian. Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata sekiranya teksi terperangkap dalam kesesakan dan kenderaan tidak bergerak, tambang RM3 dikenakan bagi tiga minit pertama dan setiap 10 sen bagi setiap 21 saat berikutnya.

Sumber : Berita Harian

2 ulasan:

  1. dari setiap sudut, semua driver teksi lapang dada. sesudah menggunakan perkhidmatan teksi bayar tetap bayar PENTING menggunakan METER.tapi sekarang harus buat perubahan, yang mana SISTEM BERKOPON harus dihentikan yang mana itu dari LPKP. sekarang sudah SPAD. hakikatnya SISTEM BERKOPON ini menyusahkan driver.... terutama kami sabagai pemandu teksi EKSEKUTF.

    BalasPadam
  2. saya amat berharap agar pihak spad akan mempertimbangkan kadar tambang baru bagi teksi bajet yg dinaikkan pd 2009 yg lalu.skrg ini sdh hampir 3 tahun masih tiada sbrg perubahan, mengikut perjanjian oleh pihak yg bkenaan ianya akan dikaji setiap 2 tahun.

    BalasPadam