- Berbanding Bajet 2012 seperti yang pernah catatkan sebelum ini, Bajet 2013 kelihatan seolah-olah pemandu teksi tidak diberikan perhatian langsung.
- Sebenarnya pemandu teksi adalah sebahagian dari warganegara Malaysia yang turut mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung dari bajet ini melalui BR1M (bagi yang berpendapatan isi keluarga kurang RM3,000.00), bantuan persekolahan anak-anak, voucher buku anak-anak pemandu teksi yang belajar di IPT dan lain-lain.
- Bantuan TR1Ma (bantuan tayar teksi) yang diberikan kepada pemandu teksi sebelum ini juga tidak dinyatakan dalam Bajet 2012, tetapi kerajaan memberikannya juga kepada kita menggunakan peruntukan dari 1MDB. Maka insya-Allah kita akan menerima sekali lagi bantuan tayar ini sebelum PRU-13 berlangsung..., :-)
- Tema pembentangan bajet tahun ini yang menggunakan istilah "Fastabiqul Khairaat" bermaksud berlumba-lumba dalam membuat kebajikan amatlah menarik sekali. Namun, saya agak khuatir kerana "pemberian" yang disebut sebagai fastabiqul khairat ini memberikan kesan negatif kepada negara secara keseluruhannya.
- Sejak PRU 2008, kerajaan kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan (undi) sehingga memberikan "pemberian" yang tidak pernah dibuat oleh 5 orang PM sebelumnya. Keadaan ini menyebabkan sebahagian rakyat mengambil kesempatan untuk "meminta-minta" akan perkara yang dahulunya tidak pernah diminta pun. Rakyat yang tidak dipenuhi permintaan mereka pula akan mengugut untuk mengundi parti lain. Kerajaan yang bakal memerintah selepas PRU 13 nanti pun akan mendapat tekanan yang sama.
- Selepas PRU 13 nanti, saya meragui akan keupayaan kerajaan sekiranya pemimpin kerajaan yang akan dilantik nanti memimpin, membuat sebarang dasar, memberikan "pemberian" dan seumpamanya dalam keadaan yang "kalau aku tidak luluskan pemberian ini, aku akan kalah. Maka aku kena bagi walaupun pemberian ini tidak munasabah, tidak mampu, salah dan menjejaskan sosio ekonomi masyarakat".
- Sebagai pemimpin, adakalanya kita perlu mempunyai kuasa membuat sesuatu keputusan yang dibenci oleh sebilangan rakyat (pada awalnya), namun memberikan lebih kebaikan, keharmonian dan kemajuan kepada rakyat yang lebih ramai pada akhirnya. Tanpa kuasa ini, pemimpin tersebut bolehlah diumpamakan seperti sekeping roti canai kosong sahaja.., wallahuaa'lam.
Rabu, 3 Oktober 2012
BAJET 2013 - TEKSI
Isnin, 2 Julai 2012
PERMIT TEKSI SYARIKAT = PERHAMBAAN MODEN
Salam 1Teksi...
24 Jun yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia telah menyebut bahawa pemberian permit kepada syarikat teksi yang kemudiannya menyewa teksi kepada pemandu adalah SISTEM PERHAMBAAN ZAMAN MODEN. Saya percaya bahawa ungkapan yang menusuk hati pemilik syarikat teksi ini dibuat oleh PM secara spontan sebagai refleks kepada ucapan alu-aluan oleh Presiden Petekma (Yufof Lahir) sebelum itu. Difahamkan bahawa Yusof Lahir juga secara spontan memohon hanya permit individu kepada pemandu teksi walaupun tiada dalam teks ucapan.
Hasil dari ucapan PM tersebut serta arahan beliau kepada Y.B. Pengerusi SPAD untuk mencadangkan formula kepada kerajaan untuk menghapuskan permit syarikat, mungkin rakan-rakan pemandu tertunggu-tunggu bilakah berita baik tersebut akan diumumkan. Bagi syarikat teksi pula, mungkin ada yang sedang memikirkan apakah langkah terbaik dalam memastikan keberadaan syarikat mereka dalam industri teksi terus kekal. Yang menariknya, ada juga kalangan pemilik syarikat ini yang menganggap bahawa ucapan PM tersebut sekadar mengambil hati bagi memancing undi pemandu teksi.., wallahuaa'lam.
Saya amat berharap PM ikhlas dengan ungkapan tersebut serta memastikan SPAD mangambil tindakan proaktif dalam melaksanakannya. Walaubagaimanapun, masyarakat pengguna sebenarnya tidak mempedulikan samada permit teksi ini milik siapa. Bagi mereka, yang penting adalah mutu perkhidmatan teksi yang terbaik. Tiada gunanya kalau semua teksi di Malaysia nanti milik individu, namun pemandunya masih ramai tidak menggunakan meter, kotor, busuk dan tidak berdisiplin.

Isnin, 11 Jun 2012
PROGRAM BANTUAN TAYAR TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA (TRIMa) -UPDATE
Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari laman ini
Berkaitan dengan posting saya sebelum ini berkenaan Perhimpunan Teksi Rakyat 1 Malaysia bersama YAB PM, ramai rakan-rakan tertanya-tanya berhubung Bantuan Tayar Untuk Teksi. Oleh yang demikian, saya kongsikan serba sedikit catatan yang saya dapat dari taklimat di Kelab Golf JPA, Bukit Kiara.
IDEA
Difahamkan bahawa idea ini adalah dari Y.A.B. PM sendiri yang memahami masalah pemandu dalam menanggung kos penyenggaraan yang tinggi.
OBJEKTIF BANTUAN
- Tambah baik kualiti perkhidmatan teksi (dengan tayar kenderaan yang baru).
- Mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.
- Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi (semua teksi pakai tayar ori dah lepas nie.. :-).
KELAYAKAN
- Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Kereta Sewa dan Teksi Lapangan Terbang (kecuali syarikat yang mendapati konsesi daripada kerajaan - Contoh..., Airport Limo). Teksi LCCT layak dapat bantuan TR1Ma ini.
- Pemandu teksi yang tergolong dari jenis-jenis teksi di atas dari seluruh Malaysia, layak menerima bantuan ini.
- Memiliki kad pemandu yang sah,
- Pemandu Pertama sahaja yang layak memohon (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).
PROSES UNTUK MENDAPAT VOUCHER
- Isikan "Borang Permohonan TR1Ma" yang diberikan secara PERCUMA secara online, pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Borang tersebut juga boleh disalin semula (fotostat).
- Serah "Borang Permohonan TR1Ma" yang telah lengkap diisi dengan melampirkan salinan kad pemandu dan salinan kad pengenalan kepada SPAD sebelum 17hb. Jun 2012. Pemandu yang hantar borang sebelum 17 Jun, akan menerima voucher semasa perhimpunan di Bukit Jalil nanti.
- Jika terlewat, selepas 24 Jun 2012, anda masih boleh menghantar borang TR1Ma terus ke pejabat wilayah SPAD dan boleh dapatkan terus voucher.
** Link borang boleh di cetak melalui link berikut... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/tr1maapplicationformbmv51.pdf
TERMA DAN SYARAT VOUCHER
- Setiap pemandu yang layak akan menerima 2 keping voucher yang setiap satu bernilai RM260.00 untuk mendapatkan 2 biji tayar. Kedua-dua voucher ini bernilai RM520.00.
- Tempoh sah laku voucher ialah selama 6 bulan. Anda boleh menukarnya dalam tempoh tersebut.
- 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel. Penukaran voucher hanya boleh dibuat di kedai tayar ini sahaja. (rujuk pada link di bawah)
- Penukaran tayar boleh dibuat selepas 14 hari anda menerima voucher.
- Tidak boleh ditukar dengan tunai.
- Sekiranya tayar yang dibeli melebihi dari nilai voucher, sila-silalah tambah sendiri... :-)
Untuk senarai panel kedai tayar Goodyear dan Continental..., sila buka link yang saya sertakan di atas posting ini...
HIMPUNAN TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA BERSAMA Y.A.B. PERDANA MENTERI
Jam 3 petang tadi (11 Jun 2012) saya berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan Program Himpunan Teksi Rakyat 1 Malaysia bersama Y.A.B. PM yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara KL. Taklimat ini dihadiri lebih kurang 150 orang persatuan teksi dari seluruh Semenanjung (yang sempat saya bertegur sapa tadi dari KOP LIMO Pulau Pinang, Persatuan Teksi Kuantan, Persatuan Teksi Kluang dan lain-lain).
Taklimat disampaikan oleh YB Pengerusi SPAD, Y.bhg. Datuk Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Y.brs CEO SPAD. Untuk makluman, program ini adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan dan SPAD.
Dikongsikan di sini catatan peribadi saya yang didapati taklimat ini seperti berikut;-
Tarikh Program : 24 Jun 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta A dan B, Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Aturcara program HIMPUNAN TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA bersama Y.A.B. PM
8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
8.00 pagi - 10.30 pagi : Pentarama (hiburan) yang dihoskan oleh kumpulan Osbon (Mr. Os & Abun)
11.00 pagi : Ketibaan Y.A.B. PM
11.30 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Pengerusi SPAD, YB Menteri Penerangan dan pengumuman Y.A.B PM mengenai program Bantuan Tayar Untuk Teksi, Insurans Berkelompok serta Khairat.
12.00 tengahari : Sesi Walkabout Y.A.B PM bersama pemandu teksi
Antara pengisian program ialah seperti berikut;
SEMUA PEMANDU TEKSI DARI SELURUH MALAYSIA BESERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.

- Penyampaian Voucher Bantuan Tayar Untuk Teksi
- Pentarama
- Pertandingan teksi tercantik
- Cabutan bertuah. Kementerian Penerangan telah meminta Proton Holding untuk sponsor sebuah kenderaan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
- Pameran Interaktif
- Aktiviti keluarga (pertandingan melukis untuk anak-anak dan lain-lain)
- Gerai jualan produk kenderaan (alat ganti dan lain-lain)
Program akan berlangsung sehingga 5.00 petang.
SEMUA PEMANDU TEKSI DARI SELURUH MALAYSIA BESERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.
3,000 TEKSI PERTAMA YANG MENDAFTAR KEHADIRAN AKAN MENDAPAT SPECIAL GOODIES DARI KEMENTERIAN PENERANGAN.
Khamis, 3 Mei 2012
Bengkel Pelesenan Terminal Pengangkutan Awam Darat
Terlebih dahulu terima kasih kepada SPAD yang memberi peluang kepada saya (Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Bhd.) untuk menyertai bengkel ini pada 3 Mei 2012 yang lalu.
Menarik juga sebab kali ini, buat julung kalinya SPAD mengambil pendapat dan pandangan semua pihak termasuk persatuan pemandu teksi, persatuan pengusaha teksi, pengusaha bas, pihak berkuasa tempatan, persatuan OKU, pengguna dan lain-lain sebelum satu dasar atau peraturan dikuatkuasakan oleh mereka. Tahniah.
"Harapnya lepas ini, kalau mereka ingin tambah lagi jenis kategori teksi, tukar warna teksi atau tambah sticker pada badan teksi atau seumpamanya, mereka akan terlebih dahulu mendengar pandangan semua pihak sebelum dilaksanakan. Tidak lah jadi cacamerba seperti sekarang".
Seperti yang dilaporkan dalam berita semalam, SPAD dalam proses untuk melesenkan terminal pengangkutan awam darat. Ini bermakna terminal atau hentian pengangkutan awam (stesen bas, taxi stand dan stesen keretapi) yang ada sekarang akan dilesenkan. Sebelum lesen diberi, terminal ini mestilah memenuhi beberapa kriteria penting. Macam nak dapat CF rumah kediaman la kut..... Apakah kriteria-kriteria penting sebelum suatu terminal pengangkutan ini diberi lesen?. Persoalan inilah yang ditanyakan kepada peserta bengkel.
Lebih kurang 80 orang peserta bengkel ini dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan. Saya di'group'kan dengan Persatuan Pengusaha Teksi Lembah Kelang (Tn. Hj. Jalil dan En. Razak), Persatuan Pengusaha Teksi Selangor dan lembah Kelang (Dato' Aslah), Persatuan Pemandu Teksi Kepong dan Persatuan Pemandu Teksi Pelabuhan Kelang. Dato' Aslah dilantik sebagai ketua kumpulan atas cadangan En. Razak.
Tugasan yang diberikan kepada kumpulan saya untuk menyatakan pendapat kami berhubung.;
- Senaraikan rangkaian kemudahan yang perlu ada di terminal pengangkutan.
- Penilaian prestasi utama bagi terminal pengangkutan awam.
- Senaraikan mengikut keutamaan 6 penambahbaikan atau perubahan yang dianggap penting di terminal pengangkutan awam.
Dalam masa yang agak terhad, kumpulan kami sempat bersetuju bahawa terminal pengangkutan awam mestilah memenuhi kriteria berikut;
- Menyambungkan pengguna kepada pelbagai jenis pengangkutan mengikut kesesuaian dan keperluan pengguna yang pelbagai. Contohnya, pengguna yang turun dari bas boleh mendapatkan teksi di terminal yang sama untuk terus ke rumah.
- Jarak antara jenis perkhidmatan (keretapi, bas dan teksi) adalah munasabah (walking distance) iaitu kurang dari 300 meter.
- Infrastruktur yang lengkap (surau, bilik air, ruang menunggu, restoran dan lain-lain).
- Signage atau tunjuk arah kepada tiap-tiap jenis perkhidmatan pengangkutan yang lengkap dan jelas.
- Mesti menyediakan ruang menurun dan menaikkan penumpang (petak kuning untuk teksi menurunkan dan mengambil penumpang).
- Laluan khas bas dan teksi untuk masuk dan keluar dari terminal.
- Wujudkan pihak yang bertanggungjawab menyelia perkhidmatan teksi bagi memastikan teksi mengikut barisan, tidak memilih penumpang, menerima aduan pengguna serta perkhidmatan "lost & found".
- Keselamatan
Semasa sesi pembentangan, boleh dikatakan kebanyakan kumpulan memberikan pendapat kumpulan masing dengan baik dan bernas sekali (terlalu panjang untuk dikongsikan di sini).
Namun sedikit kecewa sebab Dato' Aslah yang ditugaskan membentangkan pendapat kumpulan kami telah membentangkan pendapat peribadi beliau yang relevan dengan tajuk bengkel. Beliau bangkitkan mengenai meter beresit dan menyanggah pendapat kumpulan lain yang membuat pembentangan terlebih dahulu. Sebuah kumpulan teksi lain (tak salah saya dibentangkan oleh Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Kajang) telah membangkitkan isu-isu yang langsung tak relevan dengan tajuk bengkel. Beliau membentangkan masalah pemandu seperti bayaran fee puspakom, jenis kenderaan teksi, kos penyenggaraan teksi dan lain-lain.
Langgan:
Catatan (Atom)